Wednesday, October 31, 2012

SEMPENA REBRANDING LANGKAWI JANGAN ADA LAGI PENGURUS PELANCONGAN YANG SOMBONG

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penjenamaan baharu Langkawi, "Naturally Langkawi" (Langkawi Serba Asli Penjenamaan "Naturally Langkawi" menandakan inisiatif baru Langkawi bagi menjadikan destinasi pelancongan ini antara 10 pulau destinasi utama di dunia menjelang 2015, selaras dengan Pelan Induk Pelancongan Langkawi 2011-2015.
Naturally Langkawi dipilih memandangkan flora dan fauna yang mengelilingi Langkawi seperti pembentukan batuan berusia 550 juta tahun, 99 buah pulau yang membentuk Geopark pertama di rantau ini, pelengkap semula jadi hutan hujan, pantai-pantai, air terjun, paya bakau, keunikan hidupan liar dan serangga seperti 500 spesies dan sub-spesies rama-rama dan lebih daripada 226 spesies burung.
Yang paling utama, sikap ramah mesra penduduk Langkawi merupakan kekuatan dan denyutan nadi Naturally Langkawi. Bernama
Dalam hal ramah mesra ingin MR singkap kembali posting blog ini pada 16 Mac 2012 sila link Ferry Langkawi dan Pengurus Pelancongan LADA yang tidak MESRA RAKYAT.
Penjenamaan fizikal dan hardware memang mudah dilaksanakan tetapi rebranding 'SOFTWARE' sikap, perangai, kesantunan, ramah mesra, think tourism bukan satu perkara yang mudah tetapi tidak mustahil kerana Langkawi bukan berasal dari pulau lanun.

Monday, October 29, 2012

SYED MOKHTAR, MELAYU DAN UMNO

AHLI Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim tidak senang dengan teguran arjuna terkemuka Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang menegur Syed Mokhtar Al Bukhari kerana memonopoli banyak perniagaan strategik negara ini.

Apakah orang kaya sudah tidak boleh ditegur dan disentuh lagi? Cukupkah UMNO dan Melayu hanya berbangga dengan seorang Syed Mokhtar? Apakah hanya Syed Mokhtar sebagai kayu pengukur pencapaian Dasar Ekonomi Melayu? Ke mana perginya tokoh-tokoh usahawan Melayu yang lain? Apakah usahawan-usahawan Melayu yang lain memang tidak mampu atau tidak diberi peluang seperti Syed Mokhtar?
Apa yang patut UMNO persoalkan ialah sudah berapa ramai kah Syed Mokhtar lahirkan usahawan Melayu hasil dari perolehan projek-projek Kerajaan kepada beliau.

Ramai yang berpendapat Syed Mokhtar ingin bersaing dengan Robert Kuok yang telah lama memonopoli perniagaan-perniagaan utama negara ini seperti gula, tepong, minyak sawit dan peladangan negara ini sejak lepas Merdeka lagi.
Walaubagaimanapun pengalaman pahit membangunkan usahawan Melayu era Daim Zainudin membuatkan UMNO dan Melayu hari ini menjadi bimbang dan tidak yakin jika pendekatan yang sama diambil. Mungkin pada ketika itu pendekatan meletak proxy di dalam syarikat-syarikat berkepentingan UMNO dirasakan sesuai sebagai cara short cut untuk membina usahawan Melayu secara instant tetapi banyak yang berakhir dengan cerita duka dan pendekatan itu sangat rapuh serta tidak mampu bertahan dan tidak sealiran dengan kehendak pasaran bebas.
Menyingkap kembali sejarah hubungkait perniagaan Melayu dan kaum Cina atau khususnya UMNO dan MCA pada permulaan terbentuknya Parti Perikatan selepas Merdeka, Tun HS Lee seorang pelombong dan banker yang terkenal yang juga Bekas Menteri Kewangan pertama pernah menyatakan:
 “..kita orang Cina hanya memiliki 20% sahaja dari ladang getah dan 25% sahaja dari lombong bijih timah dan jika kita ingin mengekalkannya kita perlu mendapatkan sebahagian dari kuasa politik. Kita tidak akan dapat melakukannya sendiri. Orang Melayu juga tidak akan dapat berkuasa dengan bertindak secara sendirian. Cara yang terbuka untuk kita hanyalah bersatu dengan orang Melayu” *Michael Stenson, 1980: 164 
Melihat senario politik terkini kenyataan Tun HS Lee telah membuktikan bahawa kaum Cina bukan setakat berjaya melebarkan perniagaan sebaliknya kaum Melayu hari ini harus mengemis sokongan politik kaum Cina untuk terus berkuasa dalam negara ini.
WASALLAM.

Wednesday, October 24, 2012

CEO GLC telah hilang jatidiri Melayu

(Utusan). Kongres Ekonomi Melayu 2012
Hari ini sempena Kongres Ekonomi Melayu 2012 Che Det menegur lagi di mana terdapat pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya yang sepatut memperkukuhkan ekonomi Bumiputera.
Khazanah Nasional Bhd ditubuhkan untuk memelihara equiti Bumiputera terutama orang Melayu ternyata lemah dari segi ekonomi dan pemilikan ekuiti. GLC yang seharusnya menjaga kepentingan Bumiputera sebenarnya sudah hilang jiwa dan jatidiri Melayu nya.
GLC-GLC ini dipimpin oleh CEO-CEO yang berkelulusan barat yang telah dilatih dengan ilmu ekonomi liberal amalan barat. Keuntungan merupakan matlamat utama. Membantu Bumiputera dan Melayu merupakan liabiliti bagi mereka dan bukan pun KPI utama sebagai penilaian prestasi mereka.
Parut krisis ekonomi 1997 ialah Melayu dan Bumiputera dilihat sebagai kroni. Walaupun kita tidak meminjam dari IMF dan kita menentang Soros penyangak mata wang habis-habis tetapi pemikiran IMF dan Soros telah tertanam di dalam minda pelajar-pelajar kita yang belajar di Universiti Of London, Harvard dan Cambridge.
Mereka-mereka ini lah yang sedang menguasai GLC kita hari ini. Mereka hidup mewah dengan gaji dan saraan hidup yang lumayan dan hanya bercampur sesama mereka dalam kelab elit.
Tidak mustahil generasi selepas ini akan malu untuk mengaku mereka itu Melayu dan Bumiputera. Yang masih kuat memperjuangkan hak-hak Melayu dan Bumiputera ialah mereka yang ‘drop out’ dan terpinggir kerana merasakan mereka harus mendapat pembelaan dari kuasa politik.

KEDAH PUNGGAH!

Tangan-tangan ghaib di kalangan Kedah Civil Service yang sedang membuat onar di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dilihat cukup tidak sihat dan secara tidak langsung tidak menghormati institusi Raja di Kedah. Kepala-kepala politik Kedah kini memperbaharui budaya lama mereka mengambil pendekatan berdemonstrasi sebagai cara mendesak seseorang tokoh melepaskan jawatan.
Sejarah masih segar tindakan mereka berdemontrasi pada tahun 1970an di Baling berhubung isu kebuluran. Kepimpinan pelajar universiti pada ketika itu (ramai yang terlibat sudah jadi YB hari ini) di bawah pengaruh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lagi telah mengadakan demonstrasi mendesak supaya Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Seantero dunia gempar dengan berita mati kebulur di Baling padahal ianya tidak pun wujud insiden itu.
Hari ini mereka mengulangi pendekatan yang sama selepas berdemonstrasi mendesak Rektor KUIN meletak jawatan kini giliran SUK, Datuk Rasli Basir pula. Langsung di luar landasan professionalism pentadbiran.
Senario semasa politik di Kedah kelihatan seperti gelanggang sabung. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan politik. Kumpulan pertama ialah Pakatan Rakyat khasnya PAS yang memerintah Kedah, kumpulan kedua ialah Barisan Nasional yang sedang terkial-kial untuk berkuasa kembali dan yang ketiga ialah kumpulan Kedah Civil Servant (KCS) yang bukan parti politik tetapi berpolitik bagai nak rak di dalamnya.
Sesama mereka juga bertojah sakan apabila terdapat segelintir mereka memperalatkan parti politik untuk menangguk di air keruh, apabila melihat peluang untuk berkuasa tanpa melalui proses pilihanraya. Mereka Ini ibarat membaling batu sembunyi tangan. Malah yang melucukan terdapat penglibatan laki dan bini di kalangan KCS yang sedang mengatur biji-biji dam di atas papan dam ‘siapa mereka mau makan hari ini’. Mereka inilah yang mendedahkan dan memanipulasikan maklumat dalaman kepada pelatah-pelatah politik sehingga pelatah-pelatah bertindak seperti kucing hilang anak.
Hasil lagaan mereka maka muncul lah kaki geli politik menggunakan Ahli Majlis Daerah berdemo di hadapan Wisma Negeri mendesak Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Datuk Rasli Basir meletak jawatan.
Apa nak jadi dengan Kedah? SLOGAN BARU ‘KEDAH PUNGGAH!’

Lapuran Audit Negara sebagai senjata politik yang berkesan

Berbagai taktik, strategi dan senjata digunakan oleh parti-parti politik yang bertarung di dalam gelanggang politik sejak Tsunami Politik 2008.

Ada yang berbau fitnah, ada yang membawa pendekatan carutan, ada yang mendedah video, ada yang mendedah rakaman suara, ada yang memutarkan belitkan ucapan pemimpin yang berpengaruh, ada yang potong tampal visual-visual lawan dan dipostkan di blog dan media sosial malah bermacam-macam cara yang kotor yang tidak terlintas di akal yang normal untuk tergamak dilakukan seperti kata strategis politik barat ‘The end justify the mean’ atau ‘Matlamat Menghalalkan Cara’. Gunalah apa cara sekali pun asalkan dapat kuasa.

Salah satu senjata yang paling berkesan dan telah terbukti ialah menggunakan Lapuran Audit Negara untuk menembak politik lawan. Hasil yang paling berkesan yang telah terbukti ialah ia telah menembak jatuh Ketua Wanita UMNO, Shahrizat Jalil berhubung isu NFC. Isu ini dimainkan dengan licik sehingga Shahrizat terpaksa melepaskan jawatan Menterinya dan Pergerakan Wanita UMNO pimpinannya tercalar begitu besar.

Pembangkang memainkan isu ini sehingga pergerakan wanita disekutukan dengan lembu dan terdapat di kalangan ahli-ahli wanita seperti tidak dapat angkat kepala apabila mendengar lagu “Ada Lembu Nak Jaga” menghentam Shahrizat secara halus-mulus. 

Hari ini Lapuran Audit Negara 2013 mendedahkan lagi berbagai kepincangan dalam pentadbiran baik pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan juga pentadbiran Kerajaan Negeri parti pembangkang. Di Kedah, laporan audit negara telah mendedahkan kepincangan pelaburan projek balak oleh anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah, Kedah Corporation Sdn Bhd di Papua New Guinea sebanyak RM135 juta. Pelaburan ‘buluh kasap, masuk angin keluar asap’. Pengarah Urusan Kedah Corp, Akhashah Ismail telah gedembong Kedah Corp dengan membuat pinjaman ‘off-shore’ sebanyak USD40 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah Kedah Corp yang akhirnya Kerajaan Kedah terpaksa membayar khidmat runding sebanyak RM1.4 juta kepada sebuah syarikat tanpa sebab.

Rumusannya apa juga senjata yang digunakan dalam gelanggang politik ia harus berteraskan kebijaksanaan, berakhlak dan berilmu. Yang benar tetap benar hanya masa akan menentukan.

Monday, October 22, 2012

Generasi Muda PAS Beriltizam untuk perbetulkan parti dari dalam.


Ketua Pemuda Pas Kuala Kedah Mohd Azizi Abdullah membuat laporan polis supaya disiasat penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan perumahan awam kos rendah sepertimana didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Mereka juga telah menghantar satu  salinan laporan tersebut kepada pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri, Ahmad I'zzat Mohd Shauki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk tindakan lanjut.
Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini mendedahkan kepincangan kerajaan PAS Kedah membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah sepanjang 2010 hingga 2011.
Tindakan pro-aktif ini tidak harus dilihat sebagai satu keganjilan apabila generasi baru PAS bergitu beriltizam untuk membetulkan kemungkaran dari dalam parti mereka sendiri. Mereka tidak harus menunggu pembangkang Kedah untuk bertindak. Pembangkang Kedah yang ralit(leka) dibuai mimpi di siang hari kini mandom seperti ayam berak kapur. Kesempatan ini harus pergunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk menambat hati rakyat supaya terus mengundi PAS.
Tindakan mereka juga bukan lah perkara baru kerana sebelum ini pun Ustaz Nasharudin, Ustaz Hasan Ali dan Ustaz Harun Din lebih awal telah merintih jalan untuk menegur dari dalam.

Sunday, October 21, 2012

Bukan setakat bolasepak tetapi pentadbiran Kerajaan Kedah gagal segala-galanya



ILHAM untuk menulis tajuk ini datang selepas menyaksikan kejohanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dan ATM semalam. 
Kegemilangan bolasepak Kedah berkubur menjadi sejarah
Sejak Kedah diperintah PAS pentadbiran mereka dilihat gagal dalam segala aspek. Yang terbukti di depan mata ialah kegagalan mereka menjulang dan mengekalkan kegemilangan bolasepak Kedah yang telah dibina sekian lama oleh Kerajaan BN dahulu. Prestasi pasukan Kedah merudum di tangga yang tercorot langsung tidak menjadi sebutan di bibir-bibir rakyat Kedah khasnya di kalangan pengundi-pengundi dalam pilihanraya kelak.
Berbagai komen berbisa dilontarkan bukan setakat di kalangan remaja malah yang veteran mengatakan pentadbiran Kedah amat lemah dalam segala aspek baik dari segi pentadbiran Kerajaan negeri sehinggalah kepada pasukan bolasepak.
“Tak dak satu pun yang kami boleh banggakan hari ini” kata seorang mamat Kedah dengan penuh emosi ketika bertemu di restoran Pelita Nasi Kandar jalan Ampang semalam.
Nada suaranya yang kuat loghat Kedah telah menarik perhatian meja sebelah kami yang ramai dengan pengunjung dalam restoran tersebut. Mereka menjeling kearah kami. MR hanya mampu berpaling kearah lain untuk menyembunyikan wajah malu. Beliau menghukum seolah-olah kegagalan prestasi bola sepak Kedah bersamaan kegagalan keseluruhan pentadbiran Kerajaan PAS Kedah dalam ertikata lain PAS gagal sebagai kerajaan yang memerintah Kedah.
Ada ura-ura Musa nak masuk PAS?
Sedikit sebanyak MR yakin terdapat ramai ‘the undercurrent feeling‘ yang sebegini di Kedah. Cuma kita tidak ada satu kajian yang terperinci yang benar-benar telus dan menepati sasaran. Memang terdapat banyak kajian-kajian sosio-politik khasnya sikap pengundi yang dijalankan oleh bebagai pihak seperti JASA, Jabatan Penerangan, BTN, MIO dan badan-badan NGO yang lain. Tetapi kebanyakkan kajian adalah memihak kepada satu-satu agenda yang tersembunyi malah ‘sampling’ yang diambil hanya di kalangan kelompok yang 'friendly' dengan mereka sahaja. Mereka gagal menembusi tembok dalaman parti lawan.
Atas alasan ini MR amat bersetuju dengan ura-ura jika bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan masuk menjadi aktivis PAS susulan beliau menarik balik saman ke atas Anwar Ibrahim. PAS perlu dibetulkan dari dalam supaya tidak terus terpesong dan sesat.

Blogger tidak seharusnya menjadi agen penyebaran porno



Blogsfera rantau ini khasnya Singapura dan Malaysia telah dirangsang oleh aksi-aksi porno Alvin Tan (nama sebenar) dan Vivian Lee (nama sebenar) di dalam blog mereka www.alvivi.tblr.com.

Liputan kisah mereka juga mendapat perhatian beberapa media antarabangsa di antaranya The Times Of India, 19 Oct 2012 Sex blog causes outrage in Singapore and Malaysia,  Examiner.com, 19 Oct 2012 Couple feels heat from Singapore, Malaysia after posting sex blog, Yahoo! News UK, 19 Oct 2012 Student sex blog causes stir in Singapore, Malaysia,  Borneo Post Online, 19 Oct 2012 Student sex blog causes stir in S’pore, M’sia, Dailymail.co.uk, 19 Oct 2012 Young couple cause outrage in Malaysia and Singapore by posting their sexual exploits on X-rated blog.
Mereka tanpa segan silu mendedahkan aksi-aksi sex mereka yang dirakam sendiri tanpa seurat benang pun di badan. Perkara-perkara yang tersembunyi telah dipertontonkan dengan rela tanpa segan silu. Aksi-aksi ini dilakukan dengan sukarela tidak seperti sesetengah aksi di mana rakaman dibuat oleh CCTV yang tersembunyi. Banyak blog-blog tempatan yang sempat berpaut sebelum ianya dibuang oleh mereka atas desakan keluarga dan tidak terkecuali blog-blog tokoh ternama.
Aksi asmara si lelaki Alvin Tan seorang penuntut fakulti undang-undang Universiti Nasional Singapura manakala pasangan teman wanitanya ialah Vivian Lee menuntut di Universiti yang sama. Menurut mereka yang dipetik dari akhbar The Star, mereka lakukan semua ini ialah atas nama seni dan konon expressi kasih sayang mereka dan mereka tidak merasa ianya satu kesalahan.
Ramai yang tertunggu-tunggu apakah implikasi undang-undang terhadap couple ini baik dari aspek undang-undang Singapura atau undang-undang Malaysia. Menurut Menteri KPKK Rais Yatim beliau sedang menunggu apa tindakan Kerajaan Singapura terhadap kes ini.
Pornografi mempunyai sejarah yang tersendiri. Manusia telanjang dengan aktiviti-aktiviti seksual ditampilkan dalam sejumlah karya seni paleolitik misalannya patung Venus. Namun tidak jelas apakah tujuannya adakah untuk membangkitkan rangsangan seksual atau membawa unsur-unsur spiritual.
Terdapat juga lukisan porno di tembok-tembok runtuhan bangunan Romawi di Pompeii. Di sekitar April 2005 ara arkeologi Jerman melaporkan mereka telah menemukan apa yang mereka yakini sebagai sebuah gambaran tentang adegan porno yang berusia 7,200 tahun yang melukiskan seorang laki-laki yang sedang membungkuk di atas seorang perempuan gambaran suatu hubungan seksual. Gambaran laki-laki itu diberi nama Adonis von Zschernitz.
Hari ini Alvin dan Vivian telah memecahkan rekod dunia beruk, kera dan monyet. Manusia sendiri tidak pernah melihat alat kelamin dan tahu bagaimana  kera, berok dan monyet mengadakan perhubungan sex kerana di kalangan beruk, kera dan monyet tidak ada telefon bimbit berkamera dan internet jauh sekali blog. Malah kera, berok dan monyet akan membengis malu jika manusia melihat adegan sex mereka.

Saturday, October 20, 2012

Penjaga pintu bangunan UMNO lebih tinggi hidung dari lobangnya



MR telah ditegur supaya tidak sangat menghentam UMNO kerana mereka merupakan parti majoriti kelak akan menjejaskan perjalanan mereka di dalam menghadapi PRU13 yang dijangka persaingannya kali ini amat sengit demi survival UMNO dan kepimpinan Najib.
Tetapi disatu pihak lagi khasnya di kalangan anak muda yang sentiasa menyokong blog Mummy Rokiah sejak dari mula MR menapak dalam blogsfera pada tahun 2008 mendesak agar MR menulis sedikit teguran tentang penjaga pintu bangunan UMNO yang sombong dan merak tak tentu pasal.
Mengenang kesetiaan dan jasa mereka kepada blog ini MR terpaksa juga bangkitkan rungutan mereka semoga tidak mejadi personal kelak.
Adu hal mereka ialah mereka keciwa dengan salah seorang penjaga pintu yang bergelar datuk bermotor besar kerana semasa sessi perjumpaan temujanji dengan mereka, ayat pertama datuk itu luahkan ialah “Ok, you ada 10 minute apa you nak cakap dengan I? I tak ada masa”.
“Amboiii…mentang-mentang lah kami ini budak-budak yang tidak ada apa-apa kepentingan bagi dia, kami dilayan seperti melepas batuk ditangga saja” keluhan pemuda itu.
Mungkin DS Najib sebagai Presiden UMNO harus  rebranding kembali bangunan UMNO ini menjadi bangunan rakyat supaya ianya tidak dianggap seperti bangunan kelab elit UMNO yang hanya melayan ahli-ahli UMNO yang boleh menjana kuasa kepada mereka sahaja.
Penjaga pintu masuk bangunan UMNO juga tidak harus sombong. Kekalahan mereka dalam PRU lepas seharusnya menyedarkan mereka betapa kebencian rakyat yang memuncak kepada mereka.
Bangunan berprestij sebegini akan rosak dengan penjaga pintu yang berkepentingan khasnya tingkah laku, body language seperti bodyguard dalam filem gangster. Yang lebih parah ialah bertindak sebagai Mat Sibuk yang lebih sibuk dari boss mereka di mana tingginya hidung melebihi lobangnya.
Parti yang hanya tinggal buat rakyat hari ini hanyalah UMNO. Parti Rakyat pimpinann Kassim Ahmad telah terkubur hanya tinggal batu nisan dan pejuang sosialis rakyat Syed Husin Ali pun sudah termakan gedembong oppotunis Anwar Ibrahim.
Apapun kepada rakan-rakan remaja tadi penyokong blog MR, hanya satu pesanan MR, jika marahkan nyamuk jangan dibakar kelambunya.
“Usah diharap padi seberang entahkan masak entahkan tidak, jangan diharap kuasa pembangkang entahkan menang entahkan tidak”