Wednesday, October 24, 2012

KEDAH PUNGGAH!

Tangan-tangan ghaib di kalangan Kedah Civil Service yang sedang membuat onar di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dilihat cukup tidak sihat dan secara tidak langsung tidak menghormati institusi Raja di Kedah. Kepala-kepala politik Kedah kini memperbaharui budaya lama mereka mengambil pendekatan berdemonstrasi sebagai cara mendesak seseorang tokoh melepaskan jawatan.
Sejarah masih segar tindakan mereka berdemontrasi pada tahun 1970an di Baling berhubung isu kebuluran. Kepimpinan pelajar universiti pada ketika itu (ramai yang terlibat sudah jadi YB hari ini) di bawah pengaruh Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin lagi telah mengadakan demonstrasi mendesak supaya Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Seantero dunia gempar dengan berita mati kebulur di Baling padahal ianya tidak pun wujud insiden itu.
Hari ini mereka mengulangi pendekatan yang sama selepas berdemonstrasi mendesak Rektor KUIN meletak jawatan kini giliran SUK, Datuk Rasli Basir pula. Langsung di luar landasan professionalism pentadbiran.
Senario semasa politik di Kedah kelihatan seperti gelanggang sabung. Ia terbahagi kepada tiga kumpulan politik. Kumpulan pertama ialah Pakatan Rakyat khasnya PAS yang memerintah Kedah, kumpulan kedua ialah Barisan Nasional yang sedang terkial-kial untuk berkuasa kembali dan yang ketiga ialah kumpulan Kedah Civil Servant (KCS) yang bukan parti politik tetapi berpolitik bagai nak rak di dalamnya.
Sesama mereka juga bertojah sakan apabila terdapat segelintir mereka memperalatkan parti politik untuk menangguk di air keruh, apabila melihat peluang untuk berkuasa tanpa melalui proses pilihanraya. Mereka Ini ibarat membaling batu sembunyi tangan. Malah yang melucukan terdapat penglibatan laki dan bini di kalangan KCS yang sedang mengatur biji-biji dam di atas papan dam ‘siapa mereka mau makan hari ini’. Mereka inilah yang mendedahkan dan memanipulasikan maklumat dalaman kepada pelatah-pelatah politik sehingga pelatah-pelatah bertindak seperti kucing hilang anak.
Hasil lagaan mereka maka muncul lah kaki geli politik menggunakan Ahli Majlis Daerah berdemo di hadapan Wisma Negeri mendesak Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Datuk Rasli Basir meletak jawatan.
Apa nak jadi dengan Kedah? SLOGAN BARU ‘KEDAH PUNGGAH!’

No comments:

Post a Comment

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.