Bekas isteri putera kepada Ketua Menteri Sarawak Datuk Seri
Mahmud Abu Bekir Taib, Shahnaz Abdul Majid mendedahkan hari ini bahawa anak Tan
Sri Mahmud Taib mempunyai 111 akaun di beberapa buah negara luar termasuk AS,
Eropah dan Carribean.
Keseluruhan jumlah wang yang disimpan ialah sebanyak RM700
juta. Di antaranya di dalam Bank Of Swizerland sebanyak RM70.1 juta, HSBC Bank
Jersey – RM52.19 juta, RM16.27 juta dan RM29.16 juta di HSBC Bank Hong Kong.
Benar atau tidak pendedahan bekas menantu Tan Sri Mahmud
Taib ini satu persoalan lain. Rakyat percaya isteri pasti lebih tahu luar dalam
parut di badan suaminya. Inikan pulak wang dan harta yang pernah dikongsi
bersama semasa dibuai gelora cinta asmara (Pinjam senikata lagu P.Ramlee).
Tan Sri Pehin seorang peminat tegar P.Ramlee pasti mengetahui senikata lagu Jiwa
Rasa Gelora, kasih pada teruna, bukan kerna intan permata kerna budi bahasa.
Mungkin senikata P.Ramlee sudah lapuk dalam kes anak Tan Sri
Pehin ini apabila bekas menantunya menuntut sebanyak RM400juta termasuk
tuntutan mutaah sebanyak RM100juta. Bermula dengan berkasih-kasih akhirnya
apabila bergaduh intan dan permata juga menjadi rebutan.
Jika rakyat bangun dalam pilihanraya di Sarawak bermakna
bergeloralah politik Sarawak hancur taman kencana. Ini sudah melebihi kekayaan
Sadiq Sigaraga yang menyimpan di Kongostan dan Goheadgostan,
No comments:
Post a Comment
Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.