Saturday, January 29, 2011

Pengakuan seorang Gay "saya tidak bernafsu dengan isteri saya kerana......"


Tiga hari lepas MR ronda-ronda di KLCC kerana ingin mencuri sedikit ruang untuk ketenangan setelah letih dengan liputan pelakon-pelakon politik di PRK DUN Tenang.

PAS di Tenang telah menjadi tidak tenang apabila rakan blogger www.marahku.blogspot.com mendedahkan sijil cuti sakit Maarof, suami Normala Sudirman. Dapat sijil cuti sakit tapi berkeliaran sana-sini berkempen untuk isteri.

 Normala menjadi mengelabah bewak untuk menjelaskan kepada pengundi-pengundi di Tenang bahawa suaminya bukanlah seorang penipu kerana mengambil MC.

Malah bukanlah perkara yang senang untuk beliau kelentong bahawa suaminya adalah seorang guru yang tidak kencing berdiri dan murid-murid seharusnya jangan kencing berlari.
Berbalik kepada subjek yang ingin MR paparkan disini ialah semasa minum di Dome KLCC itu MR terjumpa dengan bekas staff MR dahulu bersama dua orang rakannya. Kami berborak panjang sehinggalah menyentuh hal-hal rumah tangga.

Beliau telah berkahwin selama 3 tahun tetapi masih tidak mendapat cahaya mata. Beliau mengaku bahawa beliau seorang gay. Perkahwinan bagi beliau hanyalah lakonan untuk menutup bising-bising mulut keluarga.

Beliau amat sayang kepada isterinya tetapi beliau tidak bernafsu untuk bercengkerama dan berasmara dengan isterinya. Berbagai cara telah diusahakan untuk memulihkan  “sakit” beliau itu tetapi gagal. Beliau hanya bernafsu kepada lelaki comel dan “vogue” sahaja. Malah ada koleksi anak-anak ikan dibawah peliharaan beliau.

Pernah malam pertama perkahwinan beliau, nafsu beliau langsung tidak ada pada isteri kerana katanya apabila beliau bercumbu mulut isteri beliau berbau dan beliau terus keluar rumah mencari “anak ikan”. Beliau juga mendedahkan pada MR bahawa golongan seperti beliau ini ramai dan terdapat kelab-kelab gay sebagai port mereka.

Apa yang ingin MR paparkan ialah gejala gay dalam Negara Islam kita ini semakin membengkak. Kelab-kelab gay seperti di hadapan Beach Club Jalan Sultan Ismail semakin hari semakin ramai pengunjungnya. Malah ianya sukar dikenal pasti golongan ini kerana mereka ialah lelaki tampan dan lelaki sesama lelaki dalam satu bilik hotel tidak dikira berkhalwat.

Konklusinya, berketayap bukan tentu lagi ustaz.

Tuesday, January 25, 2011

Lee Kuan Yew dibuai mimpi ngeri

Provokasi Tan Malaka dalam Utusan Malaysia link telah mendapat reaksi dari blog Che Det.link Che Det.

Yang sebenarnya kenyataan Tan Malaka ini hanyalah provokasi sahaja untuk menyedarkan kaum Melayu negara ini.

Perbandingan hakiki rakyat Singapura dan Rakyat Malaysia harus dilihat dari sudut ISINYA bukan KULITNYA.

Spore mungkin hebat dari segi kulitnya tetapi isi-isi jiwa rakyatnya kosong dan lompong.Hidup mereka di dalam pulau yang sempit itu penuh dengan undang-undang, peraturan, denda dan saman.

Kotak pemikiran kita dan mereka pun berbeza. Kotak pemikiran mereka memikirkan pelabuhan, pasir dan ruang udara manakala kotak pemikiran kita memikirkan pembangunan yang seimbang, membina kekuatan keluarga dan moral, membangunkan kemudahan awam dan lain-lain.

Manusia yang hidup di kawasan pulau sentiasa takut dengan ancaman dari segenap sudut sekeliling laut dan udara.Kocak air dikatakan lanun burung terbang dikatakan serangan bom.

Sekeping sampah bagi mereka semestinya lah satu masaalah yang besar begitu juga setitik air.Jika chewing gum yang kecil ini dipandang enteng oleh LKY maka kelak Singapura akan menanggung beban sampah yang lebih awal dari Malaysia.

Begitu juga seperti kata LKY parti politik pembangkang mestilah dihapuskan sebelum dia tumbuh takut apabila kelak sudah besar mendatangkan masaalah.

Lee Kuan Yew juga menyeru umat Islam supaya kurangkan pegangan Islam mereka kerana ia tidak membantu proses integrasi dan pembangunan negara. Islam bagi LKY menjadi halangan keharmonian antara kaum di Singapura.

Mungkin LKY diambang putus wayar otaknya kerana tidak berkesempatan mendalami ajaran Islam yang sebenar. LKY seharusnya terbuka di dalam masa yang hanya tinggal sedikit ini uintuk mengkaji dan mendalami ilmu dan ajaran Islam. Ajaran Islam ialah cintakan pendamaian bukannya peperangan.

Mengambil satu ajaran dari ribuan ajaran Islam seperti apa yang Islam ajar tentang tanggung jawab terhadap jiran tertangga. Apabila kita  di rumah makan sedap-sedap tetapi jiran sebelah di dalam kelaparan adalah tanggung jawab kita untuk untuk membantu jiran yang susah itu. Itulah ajaran Islam yang sebenar.

Yang menjadi masaalahnya kepada LKY tidak mahu melihat Islam yang sebenar dan sering menutup sebelah mata serta Islam di Singapura ditindas dengan cara terhormat.

LKY sampai bila pun akan dibuai mimpi ngeri kerana diapit oleh Indonesia dan Malaysia negara yang banyak populasi Islam.

Saturday, January 22, 2011

Lawatan DS Rosmah ke luar negara adalah keperihatinan seorang wanita terhadap pendidikan anak-anak

Anak Perempuan dan cucu
Rais Yatim merupakan seorang Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang memang efektif apabila dengan pantas dan bingkas memberi penerangan dengan jelas tanpa bersuluh berhubung isu kiritikan lawatan rasmi isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ke luar Negara.

Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata lawatan isteri Perdana Menteri itu ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh baru-baru ini dibenarkan mengikut Peraturan Etika Anggota Pentadbiran 1988/1999 yang diputuskan oleh Kabinet.

Mengikut Perkara 1180A di bawah peraturan itu, seseorang isteri anggota pentabiran dibenarkan untuk mewakili seseorang suami atau membuat lawatan ke luar negara atas urusan rasmi berkaitan sesuatu aspek atau perkara asalkan tidak bercanggah dengan kerja rasmi dan urusan kementerian atau menteri berkenaan.

Menyentuh mengenai lawatan ke Oman atas jemputan kerajaan negara itu, Rais berkata Rosmah hanya menjalankan tugas sebagai seorang wanita yang prihatin terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita yang sememangnya digalakkan.

"Beliau (Rosmah) harus memainkan peranan untuk membantu negara dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dalam kerja-kerja sampingan yang memberi kepentingan kepada negara," katanya.
(Bernama)

Diharap dengan penerangan yang cukup jelas ini rakyat seharusnya terbuka dan positif dengan initiatif dan pro aktif isteri PM kita atas sikap keperihatinan beliau sebagai seorang wanita terhadap pendidikan anak-anak, orang kurang upaya, aspek pendidikan dan hubungan antara wanita.

Apa juga matlamat dan tujuan, yang rakyat ingin lihat ialah terjemahan usaha-usaha murni ini menjadi realiti dalam kehidupan isteri PM itu sendiri.

Maksudnya isteri PM mestilah dilihat menimang anak-anak dan cucu-cucu atau menantu di dalam rumah tangganya dahulu baru lah berganjak keluar sehingga ke Oman dan Negara Timur Tengah yang lain.

“Berpipi-pipianlah dengan cucu-cucu dan menantu dahulu barulah berpipi - pipian dengan Shah Rukh Khan, nampak tak genuine la Bro…..”  kata rakan kepada rakan MR semasa minum di Starbuck, Village Mall, Sungai Petani.

"Ketam Bunga mengajar Ketam Nipah berjalan"

Friday, January 21, 2011

Ronda-ronda di Selatan Kedah sempena lawatan DS Najib ke Sungai Petani

MR berkesempatan mengikuti program lawatan DS Najib ke Sungai Petani, Kedah semalam walaupun terlewat sedikit kerana terlepas penerbangan ke Pulau Pinang.

Kelangsungan berada di Kedah MR mengambil kesempatan meronda beberapa kawasan seperti Parlimen Jerai, Sungai Petani, Merbok dan Baling.

Di antara semua kawasan ini yang menarik perhatian MR ialah di Merbok kerana kawasan ini satu ketika dahulu memang hebat dan tidak banyak politiking dalaman.

Hebat kerana kawasan ini dahulunya diwakili oleh bukan calang-calang tokoh sebagai Ahli Parlimen mereka seperti YBhg Tun Daim Zainudin bekas Menteri Kewangan yang sangat dihormati dan berjasa kepada negara.

Selepas Ybhg Tun Daim sebagai Ahli Parlimen kawasan ini diwakili pula oleh seorang lagi tokoh iaitu Tan Seri Zainudin Maidin bekas Menteri Penerangan dan Tokoh Wartawan Negara juga bukan calang-calang ketokohannya.

Tetapi hari ini Kawasan Merbok seperti kontang dan tandus, Ahli Parlimen mereka Datuk Rashid Din bekas CEO Modenas langsung seperti tidak wujud atau dalam lain perkataan “ada seperti tiada”.

Rata-rata tempat dan beberapa kampong yang MR turun mereka berkata masih tidak nampak batang hidung Ahli Parlimen mereka. Malah yang melucukan masih banyak yang bercakap-cakap tentang kesan-kesan hasil peninggalan jasa-jasa Tun Daim dan Tan Seri Zainudin Maidin.

Tun Daim kata mereka telah membawa dua buah universiti iaitu UiTM dan Asian Institute of Medical Science, MRSM dan hospital besar. Tan Seri Zainudin katanya walaupun satu penggal menjadi Ahli Parlimen telah membina beberapa jambatan, riadah dalam kampong dan banyak aktiviti-aktiviti rakyat sehinggakan kata seorang imam "kain putih nak mati pun Datuk Zam bagi percuma". Entah imam itu perli MR tidak tahu, ini belum disiasat lagi.

Malah salah satu jambatan kata mereka yang dibawa oleh Tan Seri Zainudin telah di"hijack" oleh PAS mengatakan mereka yang membawa pembangunan tersebut. *(Maaf, MR tak sempat lagi turun untuk mengambil gambarnya kerana kesuntukan masa).

MR mendapat banyak lagi maklumat-maklumat yang terperinci dan MR akan karau maklumat ini untuk posting yang terdekat kalau ada masa.

Hakikatnya Kawasan Merbok seperti dilanggar garuda. Rakyat mengharapkan pembaharuan kepada pemimpin yang mereka undi dalam PRU12 yang lepas tidak melaksanakan tanggung jawab yang sewajarnya.

Datuk Rashid Din wakil dari PKR yang MR temui masih seperti dibuai mimpi tidak tahu apa tugasnya sebagai Ahli Parlimen mungkin pengalaman beliau menjadi CEO syarikat motosikal MODENAS maka rakyat pun nak ditunggang beliau seperti motosikal juga.

Jika DS Najib mahukan “winnable candidate” mungkin dipanggil balik Tun Daim dan Tan Seri Zainudin kalau mahu dicalunkan semula atau pun dipanggil memberi nasihat. Ini kerana pengaruh dan jasa mereka masih kuat dan mantap jika ditanya kepada rakyat, tetapi jika ditanya kepada UMNO awal-awal lagi mereka akan diselinap tinggal tulang.

Thursday, January 20, 2011

Biar mereka berbicara apa digusar kritikan mereka - Rosmah tak risau

MUSCAT: Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak terganggu dengan komen negatif yang dilemparkan terhadap beliau berhubung lawatannya ke seberang laut.

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata semua lawatannya diatur selepas beliau menerima jemputan daripada kerajaan atau menteri wanita sesebuah negara yang terlibat.

Bercakap kepada media Malaysia pada akhir kunjungan empat hari ke Oman pada Rabu, Rosmah berkata beliau akan membuat lawatan itu apabila diperlukan bagi menyampaikan ucaptama di majlis-majlis tertentu.

"Jadi, biar mereka kata apa yang mereka nak kata, tapi saya rasa bahawa lawatan ini sangat berfaedah bukan sahaja kepada kita tetapi kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau malah parti apapun yang mereka wakili," katanya menyentuh mengenai lawatannya terutama ke Oman.

"Saya berada di sini bukan untuk mewakili seksyen tertentu masyarakat tetapi kami di sini mewakili rakyat Malaysia," kata Rosmah menjelaskan bahawa beliau dan anggota rombongannya diterima baik di sini dan pemerintah Oman, Sultan Qaboos Bin Said, sendiri mengambil berat lawatan itu.

Dalam lawatan itu, Rosmah disertai beberapa anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Beliau merupakan tetamu kerajaan Oman, kali pertama dalam tempoh 20 tahun, seorang kenamaan Malaysia diberi keistimewaan itu.

Rosmah juga mengulas mengenai lawatannya ke Arab Saudi baru-baru ini di mana beliau memberi ucapan dalam satu persidangan antarabangsa mengenai pengurusan kualiti menyeluruh dalam pendidikan.

"Saya dimaklumkan di Riyadh bahawa saya dijemput bukan hanya kerana saya isteri seorang perdana menteri. Apa yang nyata, mereka telah menyelidik dan mengkaji untuk melihat apa yang saya telah sumbangkan kepada pendidikan kanak-kanak terutama bagi yang berumur di bawah empat tahun dan begitu juga dengan kanak-kanak yang berbakat.

"Dan saya sangat gembira bahawa malah di Arab Saudi, mereka telah mengiktiraf kenyataan bahawa adalah sangat penting memberi perhatian kepada pendidikan awal dan jagaan ke atas kanak-kanak dan juga kanak-kanak yang berbakat," katanya.

Kepada pengkritik beliau, Rosmah berkata: "Bagi saya, jika mereka mahu bersungut, saya tidak ada isu. Biarkan saja. Saya hanya lakukan ini sebagai isteri seorang pemimpin.

"Ia adalah tugas dan tanggungjawab saya untuk membantu setakat yang saya mampu, terutama yang berhubung usaha untuk memperkasakan wanita dan isu-isu kanak-kanak."

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya tidak terbabit dengan polisi kerajaan - yang telah dijalankan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Kabinet.

"Kita hanya membantu dari segi masa dan usaha dan (demi) kepentingan kanak-kanak dan mereka yang kurang bernasib baik, jadi apa masalahnya." - BERNAMA

Apakah rakyat masih tertutup dan mereka mahu isteri Perdana Menteri mereka memerap di dapur sahaja? Usaha yang baik harus sanjungi cuma kurangkan sedikit publisiti.

Tuesday, January 18, 2011

Lagi pemimpin diguling kerana isteri

Leila
Presiden Tunisia Zine el-Abidine Ben Ali (ejaan Melayu Zainal Abidin bin Ali) telah digulingkan melalui kebangkitan rakyat yang sudah jijik dengan keserakahan isteri beliau Leila Trabelsi, 52.

Leila bekas pereka rambut berumur 20 tahun lebih muda dari Zine el-Abidine, sangat cintakan kekayaan dan kemewahan sehingga beliau disamakan dengan Imelda Marcos Arab.

Nesrine Ben Ali
Ben Ali, 74, telah diberikan perlindungan di Arab Saudi, isterinya tidak turut sama malah telah bersembunyi di Dubai – bandaraya mewah untuk beliau shopping.

Dua anak perempuan mereka Nesrine Ben Ali, 24, dan adiknya Cyrine telah melarikan diri ke Hotel Disneyland di Paris, di mana mereka bersembunyi di suite VIP £300 untuk satu malam.

Hasil korup keluarga ini dianggarkan sebanyak £3.5billion telah disimpan di Peranchis bekas penjajah Tunisia.

Mewahnya anak Ben Ali, Nesrine Ben Ali, 24, yang berada di Disneyland sehingga beliau menjamu daging lembu terbaik yang diterbangkan dengan jet mewah oleh suaminya untuk diberi makan kepada harimau kesayangannya bernama Pasha.

Kebangkitan rakyat telah digerakkan melalui internet, Facebook,Blog dan laman web social yang lain sehinggakan ada remaja Tunisia yang bekerja di Paris, Mohamed Ben Hazouz, jurutera software pulang untuk menyertai demonstrasi apabila menadapat maklumat dari Facebook dan Blog.

Presiden Tunisia ini bukanlah pemimpin yang pertama di bunia ini yang digulingkan kerana keserakahan isteri, sejarah seharusnya mengajar.

Monday, January 17, 2011

Tidak mudah untuk DS Najib memilih calun rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu komponen BN melakukan penilaian di samping mempunyai opsyen dalam memilih calon pilihan raya akan datang dengan mengetengahkan mereka yang boleh menang sahaja. 

Pemilihan calon yang boleh menang itu tidak semestinya seseorang yang mempunyai kedudukan atau popular dalam parti sebaliknya mereka yang diterima baik oleh rakyat secara keseluruhannya.

Ia merupakan satu prinsip yang begitu penting kerana calon yang dipilih itu akan mewakili BN dan calon itu semestinya boleh menang supaya parti mampu membentuk kerajaan. 
Sumber:  Utusan Malaysia

Hasrat DS Najib ini dikira sudah sampai masanya dan menepati kehendak politik semasa. Tetapi perlaksanaannya di peringkat bawah bukanlah satu perkara yang mudah. Rambut sama hitam hati lain-lain. Kuasa dikejar seperti menghambat juara Rajak Lawak.

Selepas sahaja DS Najib mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen BN maka desir angin mulalah membawa khabar bahawa PRU13 sudah tidak lama. Ampunya diri yang merasa layak untuk menjadi YB mula tertunjai-tunjai nak tunjuk wajah.

Masing-masing berkejaran menyambut tangan DS Najib untuk mencium dan kalau boleh hendak dijilatnya sehingga ke siku. Babak ini terpaksa dilakonkan takut-takut Presiden BN terlupa namanya dan tercicir dari dicalunkan.

Kerja memburuk-burukan imej kawan pun berjalan dengan lancar kerana usaha ini harus dibuat untuk menjatuhkan kawan dan hanya imejnya sahaja yang bersih dan layak menjadi calun.

Persoalannya siapakah yang membuat kerja risikan untuk Najib di peringkat rakyat bawah supaya calun yang beliau pilih adalah pilihan rakyat bukan pilihan UMNO.

Ketua UMNO Bahagian kah? Perisik tentera dan Polis kah? KEMAS dan Jabatan Penerangan kah? Ketua Perhubungan UMNO Negeri kah? Rakan-rakan, pupu-poyang dan saudara mara UMNO kah? rakan-rakan DS Najib kah? Atau rakan-rakan “all the Presiden Man”?

Thursday, January 13, 2011

Che Det tak perlu kesal kerana gagal membangunkan Kampung Melayu

Pic :mStar
Di dalam blog Che Det beliau secara ikhlas mengaku bahawa sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri kegagalan beliau ialah untuk membangunkan dan memulihkan Kampung Baru.

Kampung Baru cukup significant dengan kaum Melayu, gagal membangunkan Kampung Baru bermakna juga gagal membangunkan kaum Melayu.

Di antara kegagalannya berpunca dari pemilikkan tanah dan harga tanah yang terlalu tinggi serta ramai penduduk Kampung Baru yang asal telah pun pindah dari situ kerana mereka setelah mencapai kemajuan mendapati Kampung Baru sudah tidak lagi selesa bagi mereka.

Yang sebenarnya inilah cerminan kaum Melayu, mereka lebih sentimental dengan kampong mereka sehingga mereka akan berpusu-pusu balik ke kampung setahun sekali semasa Hari Raya Puasa sahaja.

Realitinya Melayu hari ini lebih selesa hidup di kota raya dan kehidupan di kampong hanyalah indah untuk didendangkan dalam lagu-lagu seperti lagu P.Ramlee “Dendang Perantau”.

“Di hari raya, Terkenang daku kepada si dia,Kampungku indah nun jauh di sana, Ayah serta bondaku

Di tepian mandi, Danauku hijau yang aman damai selalu, Nun di sanalah tempat aku bertemu, Aku dan dia. Apakan daya, Masa tak akan kembali, Hancur musnahlah semuanya, Impian yang murni, Tinggal menjadi kenang-kenanganku, Hanya rangkaian kata dan lagu, Dendang perantau”

Hikikatnya jika betul-betul realiti seperti di dalam lagu itu kehidupan di kampong cukup tidak selesa jika terpaksa mandi di danau. Kampung hanyalah warisan untuk ayah dan bonda menghabiskan sisa-sisa hidup sebelum mati.

Begitu jugalah Kampung Baru yang sejemput di tengah kota raya, apabila Melayu telah kaya raya mereka tidak mahu lagi hidup di Kampung Baru dan berpindah tinggal di apartment-apartment mewah dan rumah-rumah mewah bersama bangsa lain yang lebih maju.

Kata Che Det ”Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi. Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu.


Jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka akan hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di KL”

Apa pun Che Det tidak perlu kesal dan keciwa kerana gagal membangunkan Kampung Baru kerana pada waktu dan ketika itu ekonomi Melayu belum bersedia untuk terlibat di dalam pembangunan Kampung Baru.

Adalah lebih mudah bagi Che Det memugar untuk membina Putrajaya dengan corak dan susun atur perbandaran yang lebih terancang daripada membangunkan Kampung Baru supaya tidak menjadi seperti tikus memperbaiki labu.

Sesungguhnya pembangunan Kampung Baru bergantung kepada ekonomi kaum Melayu, jika ekonomi mereka lambat membangun lambat jugalah pembangunan Kampung Melayu dan begitu juga sebaliknya.

Seperti kata pepatah Melayu  ”Biar lambat asal selamat”.

Sunday, January 9, 2011

Novel Interlok - niat baik yang telah diputarrrrr belitkan

Semalam gambar Datuk Abdullah Hussein Sastrawan Negara yang tidak berdosa ditampar dan novelnya Interlok dibakar oleh sekumpulan fanatik dari kaum India di Kelang.

Mungkin mereka yang membakar novel ini pun belum membaca apa itu isi kandungan novel ini yang sebenarnya tetapi apabila emosional mendahului rasional mereka tidak lagi waras dan bertindak atas provokasi-provokasi pihak yang berkepentingan.

Penulisan Datuk Abdullah Hussien yang jujur dan ikhlas dalam satu paragraph muka surat 211 yang menyatakan tentang sejarah kedatangan bagaimana British membawa masuk kaum Tamil kasta pariah dari Selatan India berkihidmat untuk British dan kejayaan berasimilasi dengan kaum Melayu dan Cina.

Tiga watak utama Seman, Chin Huat dan Maniam telah digarap melalui pengalaman mereka di dalam sama-sama melibatkan pembinaan kemakmuran negara ini. Mereka bercampur gaul atau ”berinterlok” tanpa perkauman dan pergaduhan menepati tajuk sebenar novel ini.

Seharusnya novel ini dibaca oleh semua kaum dalam negara ini dan bukannya dharamkan atau dipolitikkan oleh golongan yang sempit fikiran.

Novel ini tidak sepatutnya menjadi isu besar jika pihak tertentu bertegas dari awal. Polimek ini jangan dibiarkan berpanjangan sehingga hilang kawalan kelak.

Saturday, January 8, 2011

Untuk Rekod: Mana satu yang terlajak? Perahu atau Cakap?

Keputusan Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Muktamad, Kata Dr Puad

LABIS: Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, Jumaat, menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.

"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang pada Jumaat.

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013.

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarahwan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah.

Kementerian katanya, akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013.

Langkah itu, katanya untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM. (mStar online - 7/1/2011)

(Utusan Malaysia 7/1/2011)
Wajib lulus Sejarah belum muktamad
Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB

RAUB 6 Jan. – Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, berikutan itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menjalankan kajian berhubung perkara itu.

“Perkara ini tidak boleh diadakan secara terburu-buru kerana ia perlu dikaji secara menyeluruh bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Gong di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Mohd. Puad berkata, jawatankuasa itu akan mengambil pandangan semua pihak bagi membolehkan perkara tersebut dilaksanakan dengan berkesan.

Friday, January 7, 2011

Mata pelajaran sejarah - cakap Tim Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tak laku.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau juga menyatakan satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian secara menyeluruh berhubung perkara ini supaya semua pihak mendapat manfaat daripadanya dan ia tidak boleh diadakan secara terburu-buru.

Di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri dan yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Hari ini lain pula ceritanya dari Timbalan Menterinya. Kita tidak faham yang mana satu dasar yang mana satu pengumuman dan yang mana satu kenyataan politik.

Semasa pengumuman dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang lepas bagai nak rak ianya seolah-olah hari besok itu nak dilaksanakan, disertai pula dengan tepuk sorak bertubi-tubi oleh perwakilan UMNO dari seluruh Negara pada ketika itu.

Walaubagaimanapun keesokan hari nya terdengar suara-suara sumbang bukan setakat dari pembangkang tetapi pegawai-pegawai Kementerian sendiri yang MR ketemu mengatakan mereka tidak tahu menahu tentang perlaksanaan itu. TPM hanya mengumumkan di hadapan perwakilan UMNO bukannya kepada pegawai-pegawai di Kementerian.

Seharusnya TPM berbincang secara mendalam dahulu dengan pegawai-pegawai perlaksana sebelum pengumuman dibuat supaya ianya tidak menjadi bahan tertawa dan cebikkan guru-guru yang buta sejarah.

Malah yang menjadi impaknya, Perhimpunan Agung UMNO hari ini bukannya platform yang berbisa lagi untuk pemimpinnya menyatakan dasar Kerajaan pimpinannya kerana Perhimpunan Agung UMNO sudah hilang taringnya dan dilihat menyebelahi hanya kepada kaum Melayu sahaja.

Walaupun pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Perhimpunan Agung UMNO sudah hilang gerun dan hebatnya tidak seperti semasa dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohammad dahulu.

Semasa era Tun M dahulu bukan sahaja kenyataan Tun menjadi dasar tetapi teguran dan batuk beliau pun menjadi perhatian bukan setakat media tempatan tetapi media-media antarabangsa.

Sesungguhya “HARI ITU SUDAH BERLALU” seperti tajuk buku terbaru tulisan Tan Seri Zainudin Maidin.

Wednesday, January 5, 2011

Siapa gerangan yang terlibat dengan wang "kickbacks" US$700,000 projek TM?

US Securities and Exchange Commission (SEC) dan Jabatan Kehakiman AS baru-baru ini telah menerbitkan dokumen menyatakan bahawa pembekal peralatan telekomunikasi Alcatel Lucent SA telah merasuah perkerja Telekom Malaysia Bhd sebanyak US$700,000 untuk memenangi kontrak US$85mil alatan telekomunikasi antara tahun 2004 dan 2006.

SEC juga menyatakan bahawa pengurusan Alcatel’s Malaysia telah meluluskan bayaran ini kepada dua syarikat perunding dengan bayaran sebanyak US$200,000 dan US$500,000 melalui akaun bank AS konon untuk penyelidikan pasaran.

Inilah amalan kes makan komission untuk membuat bekalan bertanding di dalam politik. Apabila nampak isu akan meletup maka pakat-pakat nak cabut lari. “Mana mau lari?” “Mau pergi study atau PAS juga cari?”.
Jawatan yang disandang menjadi tidak aman lagi untuk di pertahankan dalam PRU yang akan datang. Tidur tidak lena mandi tidak basah.

Tunggu dan lihat apa kesudahannya. Jeng..jeng...jeng.

Monday, January 3, 2011

RTM tidak sensitif kerana menayang filem Tamil ganas

NV Subbarow
Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), NV Subbarow menyatakan pihaknya menerima banyak aduan daripada ramai ibu bapa mengenai penayangan filem Tamil yang ganas oleh RTM.

Katanya ada sesetengah filem yang disiarkan lebih empat kali atau lebih dalam tempoh setahun.

“Sebagai contoh, hari ini (semalam) filem Tamil bertajuk Billa disiarkan melalui TV2, iaitu kali kelima sejak Januari 2010.

“CAP mendapati filem ini mengandungi unsur-unsur keganasan yang melampau, sehingga boleh mempengaruhi minda dan perlakuan anak-anak muda untuk meniru aksi sedemikian.

Poster filem Billa
Subbarow berkata, ada juga sesetengah filem Tamil yang disiarkan RTM tidak mengandungi sebarang mesej baik untuk dijadikan sebagai contoh pengajaran yang berguna kepada masyarakat khasnya kanak-kanak. (sumber : Berita Harian)

MR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada NV Subbarow kerana sensitif dengan perkara ini. Hanya jauhari yang mengenal manikam.

MR tidak menonton filem Tamil maka itu MR tidak tahu kandungan filem Tamil cuma dulu pernah MR tonton filem MGR dengan bunyi adegan tumbuk menumbuk “dush!, dush! dush!”.

Tetapi yang menghairankan bagaimana RTM sebagai sebuah stesyen TV Kerajaan boleh terlepas pandang perkara-perkara yang sensitif sebegini? Di mana peranan lembaga penapisan drama-drama dan filem-filem RTM?

Inilah akibatnya dari terlalu bertempurung yang ada di RTM sehingga pegawai-pegawai mereka buta dan tuli dengan membeli filem-filem Tamil yang ganas tanpa ditapis terlebih dahulu malah tanpa mengetahui apa yang mereka sajikan kepada penonton.

Secara tidak langsung menyuburkan dan mengembalikan semangat Hindraf di kalangan masyarakat Tamil dalam negara ini.

Apakah dasar perolehan filem RTM? Adakah membeli filem kerana sekadar membeli filem kerana ada peruntukan untuk dihabiskan atau membeli filem untuk memupuk nilai-nilai murni dan perpaduan dikalangan rakyat majmuk negara ini? Atau membeli filem kerana ingin menghabiskan stok lapuk pembekal yang mereka kasihi.

Nampaknya RTM tidak pernah berubah malah sukar untuk berubah kerana di sini lombong emas melimpah ruah.

Sunday, January 2, 2011

Adalah tidak cerdik untuk menjadikan kampus UUM kepada zon bebas cukai

Vice- Chancellor UUM Pro Dr Mohamed Mustafa Ishak menyatakan UUM akan menghantar cadangan kepada Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan agar diisyhtiharkan kawasan kampus UUM seluas 1,060ha menjadi kawasan zon bebas cukai.

Ini bertujuan agar UUM dapat memanfaatkan status zon bebas cukai untuk menghasilkan pendapatan, selain membolehkan universiti kurang bergantung pada dana dari kerajaan.

“Lokasi kami sangat strategik untuk seperti status sebagai kampus utama sekitar 8km dari sempadan Malaysia-Thailand.

"Kami menyasarkan untuk menukar kampus utama universiti di sini menjadi sebuah zon bebas cukai pada akhir tahun ini, menunggu kelulusan daripada kerajaan," katanya.

Cadangan ini dikira telah menyimpang dari matlamat utama penubuhan sesebuah universiti sebagai kilang melahirkan warga ilmuan, cerdik pandai dan cendiakawan.

Hakikatnya menjadikan UUM kawasan bebas cukai bukan “core business” universiti ini kerana kawasan-kawasan bebas cukai akan terdedah produk-produk bebas cukai yang majoritinya arak dan rokok.

Universiti ini tidak harus menjana pendapatan dari sumber perniagaan yang was-was dan UUM mesti bergantung harap kepada dana Kerajaan.

Pendapatan untuk pendidikan seharusnya datang dari sumber yang bersih dan tidak bercampur dari sumber yang kotor kelak kita akan melahirkan graduan taik arak, taik rokok dan pengamal rasuah yang tegar.

Kerajaan DS Najib yang berteraskan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tidak harus bersikap tangkai jering untuk menyalurkan dana kepada UUM kerana anak-anak rakyat berhak mendapat “benefitnya” dari sumber cukai yang dibayar rakyat sendiri.

MR harap usahlah Dr Mohammed Mustafa membuang masa menghantar cadangan ini kepada Kerajaan, tumpukan perhatian untuk melahirkan sarjana-sarjana yang setaraf dengan Universiti Harvard.

Lahirkan seorang seperti Mark Zukerberg pengasas Facebook dari Universiti Harvard yang berjaya mencorakkan dunia ini mengikut telunjuk Facebook sehingga warga planet ini menjadi Facebookmania.


Ini lebih bermakna dari menukar kampus UUM menjadi kawasan bebas cukai yang penuh dengan sarang maksiat, judi dan arak kerana keuntungan besarnya ialah Thai bukannya Malaysia.

Property market mencanak di Pulau Pinang.

Subjek yang paling boring dan menidurkan apabila dibawa berbincang ialah “statistic” di mana ia melibatkan angka dan data.


Seperti di dalam pernimpunan agung UMNO, apabila pembahas membawa fakta dan angka di dalam perbahasannya yang pasti pembahas tersebut akan dibooo dan disuruh duduk kerana perwakilan mengantuk. Perwakilan lebih suka pembahas-pembahas yang berpidato dengan cerita-cerita lawak “double meaning” dan berucap kedegung-kedegang.

Lee Kuan Yew pernah menyindir suatu ketika dahulu di dalam Sidang Parlimen apabila wakil rakyat Melayu berucap dengan kata beliau “ dengar-dengar itu penjual ubat sedang bercakap”.

Walaubagaimanapun di Pulau Pinang hari ini statsitik tidak dapat dielakkan, kerana inilah fakta dan reality yang sebenar yang tidak dapat kita lari atau sembunyikan.

Pada tahun 1978 harga rumah terrace dua tingkat di Green Lane bernilai RM95,000, pada tahun 1992 ia telah meningkat 110% kepada RM200,000 dan pada tahun 2006 ia bernilai RM450,000 di mana peningkatannya sebanyak 374%. 

Persoalannya di mana kuasa bersaing kaum Melayu untuk menyelit dicelah-celah peningkatan harta tanah yang pesat ini.