Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Beliau juga menyatakan satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian secara menyeluruh berhubung perkara ini supaya semua pihak mendapat manfaat daripadanya dan ia tidak boleh diadakan secara terburu-buru.
Di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri dan yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Hari ini lain pula ceritanya dari Timbalan Menterinya. Kita tidak faham yang mana satu dasar yang mana satu pengumuman dan yang mana satu kenyataan politik.
Semasa pengumuman dibuat di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang lepas bagai nak rak ianya seolah-olah hari besok itu nak dilaksanakan, disertai pula dengan tepuk sorak bertubi-tubi oleh perwakilan UMNO dari seluruh Negara pada ketika itu.
Walaubagaimanapun keesokan hari nya terdengar suara-suara sumbang bukan setakat dari pembangkang tetapi pegawai-pegawai Kementerian sendiri yang MR ketemu mengatakan mereka tidak tahu menahu tentang perlaksanaan itu. TPM hanya mengumumkan di hadapan perwakilan UMNO bukannya kepada pegawai-pegawai di Kementerian.
Seharusnya TPM berbincang secara mendalam dahulu dengan pegawai-pegawai perlaksana sebelum pengumuman dibuat supaya ianya tidak menjadi bahan tertawa dan cebikkan guru-guru yang buta sejarah.
Malah yang menjadi impaknya, Perhimpunan Agung UMNO hari ini bukannya platform yang berbisa lagi untuk pemimpinnya menyatakan dasar Kerajaan pimpinannya kerana Perhimpunan Agung UMNO sudah hilang taringnya dan dilihat menyebelahi hanya kepada kaum Melayu sahaja.
Walaupun pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri. Perhimpunan Agung UMNO sudah hilang gerun dan hebatnya tidak seperti semasa dipimpin oleh Tun Dr Mahathir Mohammad dahulu.
Semasa era Tun M dahulu bukan sahaja kenyataan Tun menjadi dasar tetapi teguran dan batuk beliau pun menjadi perhatian bukan setakat media tempatan tetapi media-media antarabangsa.
Sesungguhya “HARI ITU SUDAH BERLALU” seperti tajuk buku terbaru tulisan Tan Seri Zainudin Maidin.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
Zaman Madey adalah zaman kediktatoran atau autoritarian ala Melayu UMNO, kalu Madey kata kentut itu wangi seekor pun tak berani kata sebaliknya. Zaman Madey telah membawa kepada adanya 8 bilioner Melayu dan hampir 50% isi keluarga Melayu hidup sara hidup saja keran mendapat RM2,000 sebulan.
ReplyDeleteBalik pada soal sejarah, memang banyak distorsi fakta dan data dah berlaku gara-gara sejarah Malaysia bermula dari UMNO yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan, pada hal banyak pihak terlibat, masuk jel, kena bunuh, kena buang daerah, kena tahan. Orang UMNO tak kena pun dan diberi British kerana dipercayai boleh mempertahankan kepentingan British (ladang getahdan bijih timah) lalu mengisytiharkan merdeka. Tungku yang tiada pengalaman memperjuangkan kemerdekaan( beliau masa itu DO di Langkawi suka memancing) diberi keistimewaan melaungkan MERDEKA entah berapa kali. Namun fakta sejarah banyak tak betul dan generasi kini dek asyik korek,korek,korek mencari fakta sebenar agar boleh meletakkan kedudukan sejarah sebenar. UMNO khuatir kerana temberangnya akan meletup dan takut diketahui ramai.Lambat laun hakikat sebenar betapa hebat ditekan/disembunyikan akan zahir dan rakyat kembali mengetahui hakikat sebenar tentang sejarah ibu pertiwinya.