Monday, August 31, 2009

Lim Kit Siang gagal buktikan Utusan Malaysia rasis

blog.limkitsiang.com - All patriotic Malaysians of goodwill and reason must condemn in the strongest possible terms the cowhead sacrilege in Shah Alam yesterday where a group of protestors claiming to be residents of Section 23 in the area protested the construction of a Hindu temple and threatened bloodshed and committed the ultimate act of religious insensitivity, insult and offence to Hindus by severing the head of a cow and stomping on it.

If such an ultimate act of religious insensitivity, insult and offence had been committed against Islam, Utusan Malaysia would have gone to town not only with full front-page coverage and denunciation, probably half the newspaper today would be devoted to it. Why the thundering silence from Utusan Malaysia?

AS I SEE IT:
Tindakan Utusan Malaysia tidak menyiarkan insiden demonstrator yang membawa kepala lembu ke pejabat MB Selangor di kira sebagai tindakan yang bijak.

Jika Utusan Malaysia memaparkan isu ini maka sahlah LKS akan membelasah Utusan bertubi-tubi mengatakan Utusan rasis atau perkauman.

Dengan nada keciwa LKS di dalam blognya menyindir Utusan. Yang sebenarnya LKS tersalah sasar beliau mungkin mengetahui bahawa mereka yang ramai terlibat dalam demonstrasi ini adalah terdiri dari rakan sekongkol DAP yang mana Pengerusi kumpulan penduduk ini adalah Mahyuddin Manap, kini ahli PKR Wangsa Maju.

Naib Pengerusi, Ibrahim Sabri adalah penyokong Anwar Ibrahim dan penggiat tegar Reformasi yang pernah keluar masuk lokap dan individu yang membaca doa semasa perarakan dikenali sebagai Amin seorang ahli PAS.
(sumber :anotherbrickinwall.blogspot.com)

Hakikat yang sebenarnya misi LKS adalah untuk melaga-lagakan Melayu - baik Melayu di dalam PKR sendiri, Melayu di dalam PAS dan Melayu di dalam UMNO.

Yang sedihnya Melayu di dalam PKR dan PAS masih tidak sedar bahawa mereka sedang diperalatkan oleh LKS.


Saturday, August 29, 2009

Kepala lembu VS Kepala Khalid Ibrahim



(Visual Source : gerakan-anti-pkr.blogspot.com)

PM Directs IGP To Act Over Temple Protest

KUALA LUMPUR, Aug 28 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has directed Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan to investigate an incident in Shah Alam Friday where protestors used a cow's head to vent their anger against the Selangor state government.

According to Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam, Najib informed him of this after he (Dr Subramaniam) had briefed the prime minister on the incident which took place outside the Selangor state secretariat after the Friday prayers.

"The prime minister has promised to look into it and asked the IGP to immediately act on the matter," he said in a statement here.

AS I SEE IT :
...dipetik dari www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com :

"protes penduduk seksyen 23 shah alam terhadap kelulusan pembinaan kuil mega semakin panas. sebentar tadi, dalam keadaan cuaca panas terik penduduk telah berarak dari masjid shah alam menuju ke pejabat SUK shah alam. Khalid berahim yang kebetulan baru pulang dari solat jumaat,menutup mukanya didalam dalam kereta apabila bertembung dengan penduduk ! "

Insiden ini adalah "the tips of the iceberg".

Friday, August 28, 2009

Hukuman sebat keatas Kartika- Lagi lama tunggu lagi ganggu

KUALA LUMPUR - THE dramatic case of a Muslim model who faces caning for drinking beer in Malaysia has highlighted concerns Islamic law is on the rise and that the nation's secular status is under threat.

Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, was arrested at a hotel nightclub and sentenced to six strokes of the cane last month, in a rare prosecution of religious laws that ban alcohol for Malaysia's majority Muslim Malays.

Her insistence that she was ready to face her punishment and would not appeal threw government and religious authorities into a spin as they attempted to carry out the sentence against a woman for the first time.

As international headlines mounted, and foreign TV crews reported live from her family's home as the mother-of-two was detained ahead of the thrashing, she was abruptly released and the punishment is now on hold indefinitely.

'The overriding view was that the sentence meted out was too harsh and is not commensurate with the offence,' Women's Minister Shahrizat Abdul Jalil said as she announced the religious court would hold a review. 'We are equally concerned not only for Kartika Sari, but also for the fact that this one particular case could have damaged the image of Malaysia in its fair and just implementation of the Syariah law.'

Despite the queasiness in meting out the sentence, in a jail not far from the glittering capital Kuala Lumpur, Malay politicians have long been competing to be seen as more pious than the other.

The dynamic of 'political Islam", which has alarmed Malaysia's minority ethnic Chinese and Indians, has gone into overdrive since 2008 elections that humiliated the long-serving Barisan Nasional coalition.

The United Malays National Organisation (UMNO) which leads the coalition and needs Malays as its bedrock, is being challenged by the conservative Islamic party PAS, a member of the resurgent Pakatan Rakyat opposition.

(Straits Times Singapore 27/8/2009)

AS I SEE IT:
Kartika Sari Dewi Shukarno yang namanya mirip isteri Sukarno bekas Presiden Indonesia sedang "excited" menunggu untuk disebat sebanyak enam sebatan.

Taubat dan keinsafan Kartika kerana kesalahan meminum arak sesungguhnya melebihi dari lafaz taubat di bibir sahaja. Beliau menterjemahkan taubat beliau sehingga beliau rela dihukum sehingga berbalur dan berparut enam "stroke" di belakang beliau. Beliau juga rela untuk membawa kesan parut itu di sepanjang hayat beliau akibat kesan rotan.

Cuma yang menjadi masaalah sekarang ini ialah untuk mencari orang yang layak untuk menyebat Kartika. Mungkin hakim yang menjatuhi hukuman ke atas Kartika itu terlepas pandang bahawa belum ada lagi orang yang "qualified" untuk menjalankan sebatan ke atas Kartika.

Mungkin mahkamah harus siarkan iklan jawatan kosong "Penyebat" dengan segera dengan kelayakan yang tertentu yang sudah semestinya bukan bekas peminum arak, lulusan empat sanawi sekolah Arab atau ciri-ciri kelayakan yang lain.

Walaubagaimanapun hukuman ini harus disegerakan sebelum bermacam-macam sentimen tersebar yang boleh mengancam kewibawaan Kerajaan Najib.

Yang pasti jangan ada desakan ke atas Kartika untuk membuat rayuan kerana jika keputusannya "differ" dari keputusan asal ini menunjukkan ada campur tangan pentadbir di dalam sistem perundangan negara ini.

Kartika harus diberi penjelasan sahaja dan terpulang kepada beliau untuk memilih hukumannya sendiri kerana beliau hari ini membuat keputusan dalam fikiran dan otak yang waras dan bukan di dalam keadaan mabuk lagi.

Thursday, August 27, 2009

AL Faatihah-Profesor Dr Ismail Salleh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Pakar Ekonomi Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura awal Khamis.

Menurut pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Prof Dr Ismail disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura sebaik tiba di hospital itu pada kira-kira pukul 8 pagi.

Sesungguhnya dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.

Wednesday, August 26, 2009

Sultan Kedah menterjemahkan kuasa Raja-Raja Melayu

Pembangkang tunggu keputusan Sultan Kedah
ALOR SETAR 25 Ogos - Pakatan pembangkang tidak akan membincangkan mengenai calon pengganti Mohd. Radzhi Salleh sebagai Exco kerajaan negeri sehingga Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memutuskan mengenai status jawatan itu.

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Ahmad Kasim berkata, meskipun portfolio yang disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas itu merupakan kuota bagi wakil rakyat daripada parti berkenaan, namun sebarang perbincangan tidak boleh mendahului keputusan Sultan Kedah.

Katanya, jika Tuanku Abdul Halim berkenan dengan permohonan melucutkan Mohd. Radzhi daripada jawatannya, baru pihaknya boleh berbincang dengan Menteri Besar mengenai calon pengganti.

"Kita tidak boleh mengambil sebarang keputusan selagi Tuanku Abdul Halim tidak memberikan jawapan kerana kedudukan Mohd. Radzhi sebagai Exco negeri bergantung kepada pertimbangan Sultan Kedah. "Perlu melihat keputusan Tuanku dan selepas itu baru boleh berbincang mengenai langkah seterusnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam menghadap Tuanku Abdul Halim bagi menyerahkan surat memohon perkenan supaya Mohd. Radzhi yang mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas digugurkan daripada jawatan Exco. Tindakan itu dibuat berikutan Mohd. Radzhi yang merupakan negeri bukan lagi mewakili komponen pakatan pembangkang di negeri ini.

(Utusan Malaysia 26/8/2009)

AS I SEE IT :
Sepanjang yang diketahui Sultan Kedah merupakan salah seorang Sultan yang cukup "senior" di kalangan Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu yang lain. Beliau merupakan seorang yang berhemah, penuh santun, tertib dan mempunyai aura yang tinggi.

Menurut rakan yang pernah berkhidmat dalam istana, katanya Sultan Kedah seorang Sultan yang cukup berdisiplin dengan datang ke pejabat mengikut waktu pejabat dan sentiasa berada di pejabat jika beliau tidak ke luar negara.

Apatah lagi sepanjang perkhidmatan beliau, beliau tidak pernah langsung mencampuri urusan politik.

Walaubagaimanapun sejak akhir-akhir ini baginda seperti kelihatan sedikit gusar dan bimbang tentang perjalanan pentadbiran baru di bawah Pakatan Rakyat dan PAS Kedah. Ini jelas apabila kebimbangan tersebut diterjemahkan dalam titah baginda ketika merasmikan Seminar Khas Perlembagaan Persekutuan peringkat negeri di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman 18 ogos yang lepas.

Dimana titah baginda, perkara-perkara yang terkandung dalam kontrak sosial sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan merupakan sesuatu yang dianggap suci dan tidak harus dipersoalkan bagi menjamin kerukunan negara.

Sehubungan itu adalah tidak mustahil jika baginda mengekalkan YB Razhi Salleh sebagai Exco atau Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Kerana jawatan tersebut merupakan jawatan penting kepada Kerajaan negeri Kedah Darul Aman untuk menjaga industri pelancongan khasnya di Langkawi.

Mungkin juga Tuanku was-was kewibawaan dan keliberalan Pak Lebai-Pak Lebai PAS untuk menarik lebih ramai pelancung ke negeri Kedah dan Langkawi khasnya. Ini kerana jika mereka tidak bijak dengan mengenakan dasar-dasar ”tertutup dalam jubah” pastinya pelancong akan lari.

Sepertimana mereka mengambil-alih Kulim Hitech Park yang dahulunya diterajui oleh Dato' Shukri Tajuddin seorang CEO berwibawa dengan meletakkan penyokong mereka yang tidak berpengalaman kini Kulim Hitech Park menjadi usang, sugul dan masai.

Apapun genggaman keputusan untuk mengugurkan atau tidak YB Radhi Salleh yang berada dalam tangan baginda adalah terjemahan kuasa baginda dalam ertikata lain Kuasa Raja-Raja Melayu.

PR dan PAS Kedah pasti akan menunggu buah yang tidak gugur, jika mereka tidak cerdik dan hilang kewarasan mereka akan menjolok buah tersebut.

Tuesday, August 25, 2009

Yb Radhi Salleh, ADUN Lunas pulang ke pangkuan pengundi Melayu

Tindakan Yb Razhi Salleh, ADUN Lunas yang mengistiharkan keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas yang sebenar adalah menifestasi kehendak rakyat kawasan beliau..

Beliau membuat percaturan yang tepat kerana kembali ke pangkuan rakyat dan kehendak pengundi- pengundinya yang rata-rata adalah Melayu.

Tidak dapat dinafikan kemenangan YB Radhi Salleh di Lunas dalam PRU12 yang lepas dengan majoriti yang tinggi sebanyak 10,323 adalah komposisi di dalamnya yang terdiri dari pengundi-pengundi Melayu amnya dan UMNO khasnya yang mengundi beliau kerana tidak mahu kepada BN yang meletakkan calun India S.Ananthan dari MIC.

Sentimen pengundi-pengundi Melayu ketika itu meruap-ruap marahkan kaum India kerana tindakan Hindraf yang baru sahaja menunjukkan belang mereka dengan perarakan besar-besaran menunjuk perasaan di Kuala Lumpur. Berikutan itu pengundi-pengundi Melayu menterjemahkan kuasa mereka dengan mengundi calun Melayu iaitu YB Radhi Salleh walaupun dari PKR.

Hakikatnya tindakan Yb Radhi Salleh menepati kehendak rakyat di dalam kawasan beliau apabila beliau bertindak keluar dari PKR yang jelas masih mengamalkan sentimen emosi Hindraf seperti apa yang dilakukan oleh Gobalakrisnan atas bimbingan Sdra Anwar Ibrahim semasa penamaan calun di Permatang Pasir.

Iktibar dari insiden ini juga ialah ia membawa satu pengajaran kepada BN supaya mereka tidak boleh lagi dengan sewenang-wenangnya meletak calun atas dasar lambang kerana rakyat sudah mula cerdik untuk menjatuhkan hukuman.

Sunday, August 23, 2009

Hindraf menyeleweng jutaan ringgit kutipan sumbangan dari masyarakat India bawahan.

Pemimpin Gerakan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang dalam pelarian di London P.Waythamoorthy telah menyeleweng jutaan ringgit wang kutipan sumbangan untuk bantuan kepada keluarga lima orang pemimpin mereka yang pernah ditahan ISA pada December 2007.

Dengan pembongkaran ini jelas membuktikan masyarakat India di bawahan menjadi kuda tunggangan peguam-peguam ini.

Inilah juga kesan dari percakaran yang tidak kesudahan di dalam parti Malaysian Indian Congress sehingga memberi ruang kepada Hindraf mengambil kesempatan menjadi pembela kaum India dalam negara ini.

TV3 semalam menyiarkan kemarahan Presiden MIC Samy Vellu mengecam hebat calun Timbalan Presiden Datuk S. Subramaniam dengan katanya "I will wallop him left and right".

Ini berikutan kenyataan Datuk S.Subramaniam "Ini bukan pertandingan antara saya dan dua lagi calon tetapi pertandingan antara saya dan Samy Vellu".

Friday, August 21, 2009

Belit-membelit Nik Aziz membuat Nik Aziz terbelit

Kenyataan belit-membelit Nik Aziz bukan perkara baru. Ketokohannya yang berselindung di sebalik gelaran "MURSYIDUL AM" membuat penyokong-penyokong PAS yang ilmu mereka separuh masak tidak berani mempertikai hujah-hujahnya kerana bagi mereka Nik Aziz adalah sempurna.

Provokasi-provokasi Nik Aziz membuat orang-orang UMNO melenting tak tentu pasal sehingga hujah-hujah orang-orang UMNO yang cetek ilmu begitu mudah dipatah Nik Aziz. Mereka menembak Nik Aziz seperti menembak rambang dengan "machine gun" .

Tetapi apabila Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan memutuskan kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa sesiapa yang menyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam, Nik Aziz telah menjadi gabra dan mengelabah. Nik Aziz pula melenting dan mempertikai jawatankuasa tersebut.

Berikut ialah kenyataan bagaimana Nik Aziz memutar-belitkan kata-katanya sendiri:

1) ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. ‘‘Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar’’ kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

2) "Yang menentukan jalan syurga dan neraka ialah Allah dan yang memberitahu kepada kita ialah nabi dan apabila nabi mati tugasnya disambung oleh alim ulama. "Saya bukan menentu syurga dan neraka yang menentu ialah Allah. Saya cuma penyambung tugas Nabi Muhammad SAW," katanya

Komen:
Layakkah Nik Aziz digelar ulama untuk menyambung tugas Nabi Muhammad SAW?

Wednesday, August 19, 2009

Awas Pengundi - PR sedang menunggu satu lagi rukun untuk ke neraka

SHAH ALAM 18 Ogos – Kerajaan negeri Selangor tidak mempedulikan bantahan penduduk di Seksyen 23, di sini apabila tetap akan meneruskan cadangan membina kuil di kawasan itu yang merupakan kawasan majoriti umat Islam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat kerana tapak tanah seluas 0.2 hektar di Seksyen 23 itu dirasakan paling sesuai, selain telah mendapat persetujuan pihak pengurusan kuil di Seksyen 19, tahun lalu.
(Utusan Malaysia 19.8.2009)

AS I SEE IT:
Pemerintahan Pakatan Rakyat khasnya pakatan PAS dan PKR nampaknya telah hampir untuk mencukupkan 5 rukun perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan Islam.

Yang jelas ialah Babi, hapus kontrak sosial, arak dan membina kuil telah menjadi rukun–rukun utama perjuangan Pakatan Rakyat dari usaha menarik pelaburan untuk kemakmuran kepada rakyat di dalam negeri yang mereka perintah.

Cuma mungkin pengundi-pengundi sedang menunggu lagi satu rukun untuk melengkapkan perjuangan mereka iaitu zina. Maka lengkaplah 5 rukun yang akan menjadi legasi kehancuran mereka kelak.

Selain daripada Rukun Islam 5 perkara dan rukun iman 6 perkara Pakatan Rakyat akan meninggalkan satu lagi iaitu Rukun ke neraka 5 perkara kepada pengundi-pengundi yang telah mengundi mereka.

Sunday, August 16, 2009

Rahsia ketakutan Anwar Ibrahim

Menurut Tun Mahathir di dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia 16/8/2009 bahawa ada perkara yang Anwar tidak berani lakukan walaupun kadangkala kita lihat Anwar Ibrahim pandai bercakap dan pandai menganjurkan demontrasi jalanan.

Rupa-rupanya ada juga yang ditakuti Anwar Ibrahim dan perkara yang paling ditakuti Anwar Ibrahim ialah untuk bersumpah di dalam mesjid dengan menjunjung kitab suci Al Quran.

Mungkin sebab itulah Anwar Ibrahim perlu dorongan dan sokongan dari ulama’ separuh masak di dalam PAS yang akan sentiasa menyokong membabi-buta kelakuan Anwar Ibrahim supaya tidak menjunjung Al Quran dan bersumpah di dalam mesjid.

Sokongan ini khasnya datang dari Tuan Guru Mursyidul Am PAS, Nik Aziz dengan mengeluarkan fatwa-fatwa kabur "customised" kepada membela Anwar Ibrahim. Ini supaya kerjaya politik Anwar Ibrahim terus subur, segar dan tidak mati akibat hukuman Allah SWT kesan bersumpah dengan menjunjung Al Quran di dalam mesjid, rumah Allah.

Jika politik Anwar Ibrahim subur maka politik PAS juga akan makmur. Survival PAS buat masa dan ketika ini banyak bergantung kepada Anwar Ibrahim.

Kesimpulannya ”u scratch my back, I scratch your back, but if you turn your back I make you black”

Saturday, August 15, 2009

Yang mana satu ”Iblis”, Yang mana satu ”Malaikat”

(Cut and Paste dari merboktimes.blogspot.com)

1. BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
2. Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
3. Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
4. Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
5. Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
6. Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
7. Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
8. Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
9. Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
10. Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
11. Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
12. Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
13. Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
14. Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
15. Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
16. Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
17. Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
18. Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
19. Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
20. Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya. Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
21. Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
22. Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

(Dipetik dari Utusan Malaysia 14/8/2009 dari tajuk asal “Perangai PAS pelik tapi benar”)

Thursday, August 13, 2009

PAS berdakwah kepada DAP - Nik Aziz

Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bahwa Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Tetapi realitinya, yang kita mushkil ialah samada PAS berdakwah kepada DAP atau DAP yang berdakwah kepada PAS, apabila rakyat sedang melihat bagaimana negeri-negeri Pakatan Rakyat begitu galak menyemarakkan kandang-kandang babi dan menghalalkan arak, beer dan samsu.

Wednesday, August 12, 2009

Tarik balik Darjah Kebesaran yang diberi kepada Anwar Ibrahim

Sultan Azlan Shah memberi amaran bahawa negara berada dalam bahaya jika undang-undang hanya diterima dan dihormati apabila ia menyebelahi diri atau kumpulan sendiri sebaliknya ia ditolak jika keputusannya memihak kepada pihak lawan.

Sultan Perak menegaskan, negara juga terdedah kepada bahaya jika undang-undang dan penguatkuasanya mahu diketepikan manakala rakyat pula mula mengambil tindakan dengan tangan sendiri berasaskan emosi, sentimen dan hawa nafsu.

Titah baginda, jika tidak dibendung secara berkesan, keadaan itu akan meruntuhkan 'budaya bernegara' secara sivil untuk diambil alih oleh 'kaedah bernegara' yang mengamalkan budaya hukum rimba dengan yang lemah menjadi 'makanan' kepada yang kuat.

AS I SEE IT:
Jika United MALAYS National Organisation (UMNO) mempunyai bukti yang kukuh dan mendapati Anwar Ibrahim pengkhianat kepada BANGSA MELAYU seharusnya mereka mendesak RAJA-RAJA MELAYU menarik balik segala darjah dan pingat kebesaran yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim.

Penganugerahan darjah-darjah kebesaran ini adalah satu penganugerahan yang tertinggi Raja-Raja Melayu kepada sesiapa yang terbukti banyak berjasa kepada negara Malaysia ini yang dahlunya bergelar Tanah Melayu.

Pengkhianat-pengkhianat ini adalah sebaris dengan Parti Komunis Malaya, mereka tidak berhak memakai gelaran-gelaran ini kerana mereka bukannya pendamai tetapi pemusnah perpaduan yang telah lama dijalinkan.

Sunday, August 9, 2009

"Kemampuan saya ada, kekuatan saya ada cuma keberanian saya tidak ada" Tan Sri Zam

(Dihijack dari blog - merboktimes.blogspot.com)

Artikel di bawah dipetik dari Mingguan Malaysia 9/8/2009 untuk renungan, pandangan dan jika mampu diamalkan.

Merbok Times pernah seketika dahulu keluar makan beramai-ramai bersama Datuk Zam, beliau pernah secara berseloroh digeletek soalan tentang poligami dan katanya dengan spontan "Kemampuan saya ada, kekuatan saya ada tetapi yang saya tidak ada ialah keberanian".

Kata-katanya disambut dengan gelak-ketawa rakan-rakan UMNO Merbok yang menyokong beliau ketika itu.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Membantu keluarga poligami

Oleh Hafizahril Hamid
mingguan@utusan.com.my

APABILA akhbar ini menyiarkan berita tentang penubuhan Kelab Poligami Ikhwan di Sungai Petani pada Ahad lepas pelbagai pandangan serta minat telah diutarakan oleh orang ramai. Kelab berkenaan yang menghimpunkan lelaki dan para isteri yang rela dimadu termasuklah di luar negara seperti Australia, Indonesia dan Thailand turut memberikan khidmat nasihat kepada orang ramai yang ingin memahami tentang amalan itu.

Setakat ini keahlian adalah terdiri dari pekerja di syarikat Global Ikhwan yang sebelum ini lebih dikenali sebagai Al-Arqam dan jika ramai ahli masyarakat yang berminat untuk menyertai kelab ini maka ia akan didaftar mengikut akta pertubuhan. Ahli kelab setakat ini terdiri daripada 300 suami, 300 isteri pertama dan 300 isteri kedua. Maka keahlian kini dianggarkan melebihi 1,200 orang

Mungkin ramai wanita di luar sana yang bimbang dan kurang senang dengan berita penubuhan kelab ini. Maka untuk memberi ruang dan berlaku adil kepada semua pihak penulis cuba mendapatkan pandangan dari pengasas kelab tersebut Hatijah Aam untuk mengulas mengenai penubuhan kelab poligami ini.

Ketika ditemui di ibu pejabat syarikat Global Ikhwan, di Bandar Country Homes, wanita berusia 54 tahun itu dengan tenang dan konsisten menerangkan apa sebenarnya matlamat penubuhan kelab berkenaan.

Bagi beliau kewujudan kelab ini bukan berniat untuk bermusuh dengan sesiapa dan bukan juga kehadiran mereka untuk mencari populariti.

''Tetapi kami berharap semua pihak faham terutama wanita bahawa poligami ini adalah satu jalan keluar yang yang dibenarkan dalam Islam,'' katanya.

Bagi mereka yang berminat, mereka akan diberikan kursus dan pemahaman tentang apa ertinya poligami. Kita perlu faham bahawa poligami bukan dilakukan untuk memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, tetapi ia turut berkait dalam soal mendekatkan diri dengan Tuhan. Itu belum lagi mengambil kira soal kemampuan kewangan, mental, fizikal dan sebagainya.

''Pada awalnya tidak ada rancangan pun untuk buat kelab sehinggalah kami melihat adalah perlu satu alternatif diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

''Ini kerana terlalu banyak kes-kes yang mengaibkan berlaku sekarang seperti rogol, sumbang mahram serta tumbuhnya rumah urut pusat pelacuran secara berleluasa. Maka kelab ini ditubuhkan sebagai satu alternatif dan jalan keluar," katanya.

Menurut Hatijah, jika dilihat masalah yang berlaku sekarang ini telah wujud sejak zaman jahiliah lagi maka Tuhan telah memberikan jalan bagaimana masalah ini dapat dihentikan. Maka apabila Rasulullah dan sahabat mempraktikkan poligami maka ia memberi pilihan kepada sesiapa yang mahu mengikutnya dan tidak ada paksaan dalam perkara ini.

''Maka adalah jelas kenapa orang jahiliah itu tenggelam dengan kejahilan mereka maka Islam sebagai sebuah agama yang lengkap membenarkan poligami. Jika kita melihat keadaan sekarang harus diakui dengan mengamalkan poligami mampu menyelesaikan sedikit sebanyak masalah sosial yang semakin menakutkan sekarang.

''Kegiatan pelacuran dapat dihentikan, masalah seperti sumbang mahram tidak berlaku dan orang ramai terutama lelaki tidak lagi perlu ke rumah urut kerana para isteri- isteri mereka memenuhi tuntutan yang mereka mahukan. Oleh itu, bagi orang Islam mereka mendapat satu jalan keluar kepada masalah sosial ini dan terpulang kepada mereka untuk mempraktikkannya,'' kata beliau.

Katanya lagi, kita sering sahaja mendengar tentang masalah antara seorang lelaki yang jatuh cinta kepada wanita lain tetapi pada masa yang sama tetap sayang kepada isterinya. Maka kedengaranlah masalah isteri tidak setuju tetapi lelaki dan wanita berkenaan tidak ada sebarang masalah untuk berkahwin. Maka timbul keadaan di mana semua pihak ini berada dalam dilema.

"Sebenarnya apakah tidak ada penyelesaian kepada masalah sebegini. Sebenarnya ada penyelesaian kepada masalah ini. Kenapa Rasulullah dan sahabat boleh melakukannya dan kita seolah-olah tidak faham dan melihat perkara ini dengan mendalam mesti ada sebab kenapa ia dibenarkan," katanya.

Ujar Hatijah lagi, terlalu banyak faedah yang diperolehi oleh mereka yang berminat menyertai kelab ini kerana kami melakukannya kerana Allah.

"Atas nama Islam, poligami ini ialah perkara yang halal dan indah. Untuk menghalang pihak lelaki daripada melakukan poligami adalah sukar, maka kelab ini adalah jalan terbaik untuk mereka yang memerlukannya.

"Bukanlah niat kami untuk mengajak semua orang menyertainya tetapi ada di antara mereka di luar sana yang memerlukannya dan pihak kami hanya mahu memberi panduan dan jalan untuk mereka,'' kata Hatijah.

Dari sudut kekeluargaan pula seorang ayah mempunyai ketokohan kepimpinan dalam keluarga dan jika ahli keluarga ramai maka ia akan membantu meningkatkan ekonomi. Dan itulah yang berlaku di Global Ikhwan di mana anak-anak hasil daripada perkahwinan poligami bertanggungjawab menggerak dan mengurus perniagaan.

Bagi Hatijah kelab itu mahu memperjuangkan poligami sebagai satu jalan keluar kepada masalah yang sering berkait dengan poligami serta masalah- masalah sosial yang berlaku sekarang.

''Selain itu kami bertanggungjawab untuk memberi kefahaman kepada isteri dan wanita bagaimana untuk menerimanya.

"Saya sendiri dan madu saya pun mula-mula dahulu bukannya boleh duduk dekat, tetapi kerana apa yang dilakukan ini untuk Allah maka kami diberikan hidayah untuk berkongsi dan bekerjasama antara satu sama lain.

"Namun saya faham bukan semua setuju tentang poligami namun bagi kami yang telah merasai kemanisannya, semua ini adalah hasil dari pendidikan, ilmu dan pengalaman yang akhirnya membuat kami mengubah tanggapan tentang poligami,'' katanya.

Namun beliau berasa hairan kenapa poligami ini yang dibenarkan dalam Islam dianggap sebagai sesuatu yang hina.

''Kenapa pusat maksiat seperti pelacuran, kelab malam rumah urut boleh dibenarkan beroperasi tetapi kami yang mahu memperjuangkan perkara yang dibenarkan dalam Islam dipandang serong dan tidak diberi laluan.

"Kami hanya mengajak mereka yang mahu mengamalkan poligami dan kami tidak memaksa sesiapa dan kami tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa. Insya-Allah kami mengharapkan sokongan dari semua pihak masyarakat dari yang di peringkat atasan hinggalah masyarakat seluruhnya," ujarnya.

Menurut Hatijah, selepas majlis pelancaran kelab ini di Sungai Petani pada 2 Ogos, pelancaran kelab poligami peringkat Asia dijangka diadakan di Kuala Lumpur pada 16 Ogos depan.

''Kepada golongan masyarakat yang merasakan mereka memerlukan poligami, mereka boleh menyertai kelab ini bukan sahaja untuk mengetahui lebih lanjut tetapi mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana bahagianya poligami,'' katanya.

Bagi Hatijah, beliau percaya Tuhan bukan berniat jahat dalam membenarkan poligami diamalkan di kalangan umat Islam.

"Kita umpamakan ia seperti sembahyang, ada peraturan, teknik dan cara yang betul untuk mendapat keberkatan. Begitu juga dalam poligami ada caranya dan bukan semua mampu memenuhi tuntutan dan cara betul supaya diberkati,'' kata beliau.

Komen

Menurut Hatijah, banyak komen mengatakan tentang poligami, ia diamalkan kerana mengikut sunah nabi tapi dalam perkara lain yang diamalkan nabi kenapa mereka tidak mahu mengikutnya.

''Pihak lelaki yang mahu mengamalkan poligami haruslah terdiri daripada mereka yang bertanggungjawab serta dekat pula dirinya dengan perintah dan arahan Tuhan. Saya juga faham kenapa ada wanita yang rela tidak berkahwin dengan suami orang kerana takut dikatakan merampas suami orang.

''Dalam sejarah pun telah dinyatakan bagaimana Rabiatul Adawiyah menolak pinangan Imam Hassan Al Basri kerana takut terganggu urusan dan amalannya dengan Allah jika beliau berkahwin. Ini adalah satu contoh yang sangat hebat dan mungkin tidak ada lagi mereka yang mampu melakukannya,'' kata Hatijah.

Selain itu, beliau juga meminta mereka yang sering melaungkan hasrat dan tindakan memperjuang dan membela nasib wanita agar turut sama membantu usaha kelab poligami.

"Poligami ini bukanlah sesuatu yang keji dan tidak semua wanita yang terlibat dalam poligami tidak bahagia. Malah ramai di antara kami kini menemui kebahagiaan sebenar dalam hidup walaupun mereka ini terlibat dalam poligami dan semua ini berlaku dengan ketentuan Allah disertai usaha dan niat yang murni untuk menegakkan dan mencari keredaan Tuhan," kata Hatijah mengakhiri bicara.
Posted by MERBOK TIMES at Sunday, August 09, 2009

Friday, August 7, 2009

RTM is promoting Anwar Ibrahim

Pada pukul 7.09 minit pagi tadi ”in between” Berita Pagi di RTM1 ada menyiarkan visual-visual demonstrasi jalanan yang menentang ISA di ibu negara baru-baru ini.

Kononnya slot visual tersebut untuk menyedarkan masyarakat dengan tagnya MENYUSAHKAN! MERUGIKAN! MENYEDIHKAN! BUKAN BUDAYA KITA! tetapi yang sebenarnya ianya adalah "backfired" kepada RTM sendiri. Ia menimbulkan impikasi negatif di belakang tayangan slot ini dan harus dikaji oleh pihak RTM.

Visual-visual yang disiarkan seperti himpunan yang begitu ramai dengan pasukan keselamatan menyembur air dan gas pemedih mata, ada yang diusung di atas troli kecemasan dan peniaga-peniaga yang panik di mana semua visual-visual ini menggambar suasana huru-hara yang amat dahsyat dalam negara ini.

Pada hal kejadian itu hanya berlaku satu hari sahaja. Jika visual-visual ini disiarkan saban hari ia akan mengambarkan seolah-seolah ianya berlaku setiap hari dan tagline ”BUKAN BUDAYA KITA” akan menjadi realiti ”INI BUDAYA KITA”.

Jika slot-slot demonstrasi ini dilihat oleh pelancong yang baru menjejak kakinya ke negara ini nescaya ianya amat menakutkan dan ”shock” kepada pelancong tersebut.

Visual-visual yang diulang-ulang tayang akan sentiasa mengingatkan kepada kejadian yang sepatutnya dilupakan.

Siapa yang mendapat ”milage” besar dari slot-slot tayangan demostrasi jalanan ini? Siapakah individu yang sinonim dengan demonstrasi jalanan ini? Siapakah pencetus dan pelopor demonstrasi jalanan ini seperti yang dinyatakan oleh Che Det?

Tidak lain dan tidak bukan ialah Saudara Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim is going for broke and RTM is promoting him everyday. Anwar Ibrahim is gaining wide media milage and awareness at every RTM's prime time.

Hakikatnya RTM tidak cerdik.

Wednesday, August 5, 2009

PAS terkena air lior anjing

Sinar Harian - 5/8/2009
Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua pula memberi amaran kepada Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya berhenti berlakon seolah-olah beliau ‘Menteri Besar UMNO’.

Menurut Pua, Dr Hasan seharusnya sedar bahawa beliau salah seorang dari Pakatan Rakyat (PR) dan bertindak mengikut undang-undang.

“Kenyataan Hassan mengkritik tindakan Ronnie yang menjalankan tugas tidak seharusnya berlaku malah bertentangan dengan semangat PR," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan PBT melaksanakan rampasan seperti itu tiada dalam bidang kuasa mereka ataupun atas arahan akta Islam di negeri ini.

AS I SEE IT:
Hassan Ali tidak patut mengeritik Ronnie Liew kerana atas dasar semangat PR. Najis besar hanyalah anjing dan babi manakala semangat bukannya najis kecuali terkena anjing yang basah dan daging babi.

Nampaknya PAS mesti disamak kerana terkena air lior anjing.

Tuesday, August 4, 2009

Tahniah kepada Tan Sri Musa Hassan, KPN

Honoured: Nathan conferring the award to Musa at an official ceremony at the Istana in Singapore yesterday. — Bernama

IGP awarded Singapore’s DSO

SINGAPORE: Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan was awarded Singapore’s Distinguished Service Order for his “outstanding contributions in fostering excellent ties and cooperation” between the Malaysian police and the republic’s police force.

According to the citation which was read before Singapore President S.R. Nathan conferred the award, Musa, 57, had enhanced “the safety and security of both countries”.

It added that Singapore had benefited from Musa’s active and significant contributions in the promotion of close bilateral ties between the Malaysian and Singapore police.

“The excellent cooperation in the areas of investigation, intelligence, training and sharing of information has yielded tremendous benefits for both forces in combating terrorism and transnational crime,” it said.

Among Singapore dignitaries who witnessed the conferment were Deputy Prime Minister and Home Affairs Minister Wong Kan Seng, Law Minister K. Shanmugam and Singapore Police Force chief commissioner Tan Sri Khoo Boon Hui.

The Malaysian side was represented by Malaysian High Commissioner to Singapore Datuk Md Hussin Nayan, his deputy Datuk Ahmad Anwar Adnan and Bukit Aman Police Special Task Force on Counter Terrorism director Commissioner Datuk Fuzi Harun.

Earlier, Musa called on Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong. — Bernama

AS I SEE IT:
Kejayaan pasukan Polis kita mengesan dan menangkap Mas Selamat adalah kejayaan yang besar.

Singapura terhutang nyawa kepada Polis Malaysia. Ini bermakna Singapura juga mengitiraf ISA dengan penganugerahan ini kerana Mas Selamat sekarang di dalam tahanan ISA.


Tahniah Tan Sri!

Demonstrasi jalanan - siapa yang untung?

On the Government’s promise to review the ISA, Dr Mahathir said any amendment to the law should be tailored to the current situation.

“All laws, if need be, should be reviewed and designed according to the current situation. This is because things around us keep changing and it is not suitable if we are still using laws of the 18th century. “It should be applicable for the present situation,” he added.

AS I SEE IT:
Anwar Ibrahim hanya akan hidup di atas gerakan demonstrasi jalanan. Dahulu PAS hidup di atas ceramah-ceramah yang penuh dengan semangat dan kata-kata hamun diselang-seli dengan ayat-ayat Quran dan Hadis untuk menguatkan hujah mereka, PAS juga telah mengubah cara mereka kerana ceramah sudah tidak mendapat sambutan.

Kini PAS juga telah beralih berganding dengan Anwar Ibrahim untuk berdemonstrasi di jalanan kerana dijangkiti penyakit Anwar Ibrahim.

Tetapi yang beruntung ialah DAP dan Gerakan.

Sunday, August 2, 2009

Kalau dah nama pembangkang semuanya dibangkang

''Amat memalukan terdapat pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang yang atas dasar politik sanggup mempertikaikan kedudukan ekonomi Melayu, raja-raja Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dengan menganggap apa yang diperjuangkan oleh UMNO sebagai perkauman dan semua rakyat perlu saksama semuanya," kata Mahyuddin Yassin, TPM.

AS I SEE IT:
Kualiti pembangkang kita yang sebenarnya tidak berkualiti. Mereka akan membangkang apa juga kerana mereka pembangkang. Walaupun ada isu-isu yang melibatkan aqidah yang harus dipertahankan. Kalau isu perbuatan songsang pun mereka mempertahan habis-habisan apa lagi isu-isu lain?

Pembangkang kita bertindak lebih kepada emosi dan sentimen khasnya isu-isu yang diklasifikasikan sebagai "isu-isu kabur" atau "grey area issues".

Yang lawak ialah Pak Lah, mantan PM yang menyuarakan untuk menghapuskan ISA tetapi keesokkan harinya menantunya pula Khairy Jamaludin mempertahankan ISA. Rakyat melihat seperti ada lakonan atau sandiwara di antara Pak Lah dan Khiry.

Walaupun Pak Lah bukan pembangkang tetapi cakap macam pembangkang ini yang rakyat lagi kabur dengan sikap bekas pemimpin yang sebegini.

Tidak dapat dinafikan Pak Lah jugalah yang mengundang ramai penunjuk-penunjuk perasaan yang mengharu-birukan bandaraya Kuala Lumpur kelmarin.