Thursday, August 13, 2009

PAS berdakwah kepada DAP - Nik Aziz

Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bahwa Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Tetapi realitinya, yang kita mushkil ialah samada PAS berdakwah kepada DAP atau DAP yang berdakwah kepada PAS, apabila rakyat sedang melihat bagaimana negeri-negeri Pakatan Rakyat begitu galak menyemarakkan kandang-kandang babi dan menghalalkan arak, beer dan samsu.

21 comments:

  1. PAS BERDAKWAH KEPADA DAP?????...KAH KAH KAH..BETUL KEE..SEKALI LIM 2 BRANAK DAN SINGH BERSUARA..NIK AJIS DAN PENGIKUT PAS TERUS TERKENCING DALAM KAIN

    ReplyDelete
  2. Boleh Mummy bagi statistik pasal jumlah kandang babi, pub, tempat arak sebelum Mac 2008 dan pasca 2008.

    ReplyDelete
  3. yang dok galak menyemarakan cerite2 isu babi,beer ni tak lain dan tak bukan umno dan media propaganda mereka...(kalau nak terasa..terasa lah..)kat melaka & n9 pusat ternakan babi terbesar asia korang taknak pulak kecoh2...nak ckp pasal beer?hahaha tak pyh nak dok pusing2 lah...yg sibuk bcakap tu lah yang sebenarnya org2 yang meluluskan,memberi lesen hatta mendirikan kilang arak di s.alam dan selangor..pls..dun be too biased on this case

    ReplyDelete
  4. Jika PAS gagal berdakwah kepada DAP marilah kita semua umat Islam yang lainnya jalankan kerja dakwah dengan ikhlas.
    Kerja dakwah dalah tanggungjawab semua muslim, bukan PAS semata-mata.
    Marilah sama2 kita fahamkan cina-cina mata sepet itu tentang islam dan janganlah kelirukan mereka.

    Masalahnya sekarang kita melihat mereka itu tolol dan bebal walau pada hakikatnya ketololan itulah sebenarnya yang menyelubungi kita yang Melayu dan Islam ini.

    ReplyDelete
  5. u mmummy ckp x serrupa bikin r..
    u kutuk niz aziz,ulama,ape kejadahnyer.

    ReplyDelete
  6. sakit kepala ku....... sape yg berdiri berkhutbah dan spa pulak yang duduk diam kusyuk mendengar ?

    ReplyDelete
  7. Tiada negeri di malaysia yang tidak mempunyai kedai menjual arak. Semua hypermarket (TESCO, GIANT, CARREFOUR) kecuali MYDIN mempunyai bahagian menjual arak yang diasingkan. Tidak ada perbezaan situasi baik negeri di bawah PR atau BN. This is a non-issue. Di negara negara teluk, seperti UAE, bahrain dan Qatar pun ada jualan arak, malah lebih murah dan diminum oleh orang islam sekali pun. Perjuangan Islam sebenar ialah jihad diri sendiri. Mengharamkan arak tidak seberkesan dari orang Islam sendiri menjauhi arak.
    Jadi, hentikanlah polemik ini. "Orang yang tinggal dalam rumah kaca tidak patut membaling batu keluar." "Meludah ke atas jatuh ke muka sendiri".

    Sri Hartamas

    ReplyDelete
  8. salam mami rokiah

    1.Usaha dakwah mesti berterusan kepada sesiapa saja.Moga terbuka hati untuk menerima hidayah Allah.Kerja dakwah ini ialah kerja berat yang dipikul oleh setiap insan yang bergelar muslim.

    2.proses dakwah ini sekalipun gagal akan di beri ganjaran yang besar di sisi Allah,kepada yang mengaku muslim jangan di persendakan usaha murni ini..Saya begitu hiba dan terharu dengan kawan-kawan pelajar malaysia yang menyampaikan dakwah kepada rakan-rakan malaysia non muslim ketika uk dulu samaada melalui ngo mahupun secara personal...
    3.pelajar-pelajar di bawah kelab Umno luar negara selalunya tidak terlibat dengan kegiatan dakwah dan islah ini.Mereka lebih selesa dengan perjumpaan dan aktiviti sosial,menari ,pamiran kebudayaan etc..hal ini berterusan apabila mereka pulang dan mengambil bahagian secara cergas di peringkat cawangan dan bahagian..itulah rakan mic,mca gerakan tidak menerima kefahaman yang jelas tentang islam kerana pemimpin umno tidak berminat dengan perkara itu,lebih teruk juga apabila peringkat grasroot langsung tiada aktiviti yang membawa kepada pencerahan islam.yang ada hanya sekadar islam yang berupa majlis keraian saja...so untuk semua fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  9. yg ana nampak kat sini bila saja pas kena hentam maka penyokongnya akan ungkitkan kerja2 umno yg lepas, Nampak sgt kurang cerdik org pas. Sbb yg dok hentam kejahilan nik aziz bukan semuanya umno tapi hanya mengulas ttg seorg hamba allah yg telah diberi ilmu agama utk mengajak manusia ke arah akhlak yg baik, bukan mencelarukan keadaan umat yg serba rendah akhlaknya, serta nik aziz yg telah dianugerah allah akan jawatan MB utk mengajak manusia ke arah yg lebih baik akhlaknya.

    Maka ana atau org ramai boleh menilai apa yg ahli agama ni telah buat, telah cakap, adakah sama dgn ilmu yg diberi olehNYA, apakah negerinya serambi mekah telah berjaya mmbtk negeri yg penuh hidayah, dgn tiadanya mat dadah, mat rempit, gejala sosial.

    Apakah negeri nik aziz telah menjalankan program utk anak muda dgn tarbiah yg mantap dan istiqamah spt ikhwan muslimin di mesir bg melahirkan insan yg baik?
    Kalu tak ada maknanya sia2 shj jawatan dan ilmu yg diberi malah boleh mendtgkan bala sbb ulama telah mmbuatkan umat serta manusia yg jahil lg keliru dgn ucapannya.

    al ghazaliyyah Bdr Jengka

    ReplyDelete
  10. Pemimpin hipokrit
    Pengikut hipokrit

    Aku kata orang hipokrit itu munafik

    Tak kiralah kalau ada yang label dia tok guru hipokrit...

    ReplyDelete
  11. salam mammy.

    Betullah agaknya dakwah PAS dah berkesan terhadap DAP (Lin Guan Eng) dah jadi seperti khalifah Omar Adul Aziz, Nge Nga dah jadi ustaz yg boleh baca sepotong dalil Quran. bangga sangatlag rasanya pengikut PAS. serban dan kepiah DAP dah pijak pun masih kata tak apa sebab dia(DAP) tak faham islah, boleh dimafkan.

    Alfatihah kepada Ustaz Asri dan takziah kepada seluruh keluarganya dan kumpulan Rabbani.semoga roh Alayarham mendapat perlindungan dan kasih ALLAH SWT.

    ReplyDelete
  12. Hampeh ..anon 3.52

    Hang tingal di pahang nak komplain TGNA di kelantan..tu la hang masih dok berkokok cara lama..orang felda jengka pun tak macam hang..agak nya hang masih terhutang budi dgn umno hingga kan tak mampu fikir tentang donia luar yang telah menolak umno bn.

    Aku nak cerita sikit kat hang pada tahun 80/90 an di jengka , tong kiat , gelanggi , bila mai bulan posa segelintir peneroka kaki haprak sambut ramadan dengan membuka kasino merata blok di ladang sawit , tepi jeram , di rumah tingal , siap ada jual makan minum sakan...tu dulu no..harap hang bukan generasi tu dan moga semua aktiviti setan macamtu telah pupus di tanah felda..

    hang nak banding ikhwan di mesir dgn kelantan..hal agama yang ada pun melayu umno tak minat ..islam haadari pun orang umno tak faham ni nak cerita ikhwan ..pirahhhh jgn dok harap ilmu akan datang ke riba , elok sedara pi tengok sendiri di pulau melaka apa TGNA buat untuk bangunkan Agama di kelantan..

    ReplyDelete
  13. salam alaikum...

    memang sedap membantai menghentam membelasah org lain!!!
    MANA PERGINYE PEJUANG PENDOKONG
    KEPALA2 DALAM UMNO!!!

    LEBIH2 LAGI YB2 UMNO YG KONONNYA MELAYU LAGI ISLAM!!!

    yg kena bantai!!!
    kena hentam!!!
    kena belasah pun dok "relaxxxxx aje!!!
    takut tak dapat jadi calon YB ke lagi!!!
    memang aku pelik perangai
    KEPALA2 DALAM UMNO
    DAN YB2 UMNO NI!!!
    ENTAH APA YG TERSUMBAT DAN DISUMBAT
    KAT DALAM BATANG LEHER MASING2
    TU TAK TAU LA AKU!!!

    EEIIIIIIII.....
    UMNO ADA 191 KEPALA BAHAGIAN
    70 ORG YB MELAYU ISLAM!!!
    TAKKN SORANG PUN...
    TAK ADA YG KEPALA GILA2 SIKIT PUN!!!
    NAK SERGAHHHHHHH NIKOL AJIS DAN
    DAP KAPIR HARBI LAHANAT TU!

    ISLAM NI DAH 1400 TAHUN LEBIH!!!
    SAMPAI KAT TANAH MELAYU NI DAH 400 TAHUN LEBIH!!!

    TAKKN NAK IYAKAN DAN BIAOKN
    CAKAP NIKOL AJIS TU!!!
    NAK TUNGGU SAMPAI PM TPM BUKAK MULUT BARU NAK MASING2 NAK BERSUARA!!!
    POOOOOOOOOORRRRRAAAAAAAHHHHHH!!!

    ITU PUN NAK KENA AJAOOOOOO KE!!!

    JANGAN JADI KEPALA KEPALA UMNO
    YB2 MELAYU ISLAM
    MACAM...
    BURUNG TIUNG BURUNG KAKAKTUA LA!!!
    DOK ULANG2 CAKAP ORG!!!
    JANGAN JADI AYAM DIDIK MAKAN KAT TAPAK TANGAN!!!

    AKU INGAT KEPALA2 DAN YB2 UMNO MELAYU ISLAM NI!!!
    TAKUT DAN TAK GHETI NAK CAKAP PASAL
    MARUAH ISLAM!!!

    TOLONG BUKAK MULUT!!!
    SERGAH BANTAH CAKAP NIKOL AJIS TU TERANG2
    JANGAN BERSUARA BISIK2 BALIK TELINGA PUN TAK DENGARRRRRR!!!

    TAK PAYAH LA KEPALA2 DALAM UMNO
    IKUT RENTAK NAK BUAT DEMO BESAO2!!!
    MASING2 BUAT SIDANG AKHBAR DAH CUKUP BAIK!!!
    BANTAH BELASAH BANTAI NIKOL AJIS TU!!!
    JANGAN INGAT DIA TOK GURU
    BOLEH CAKAP SEMBARANGAN!!!
    MACAM ORG LAIN TAK GHETI PASAL AGAMA...
    PASAL ISLAM!!!
    ISLAM KAT TANAH MELAYU NI DAH
    400 TAHUN LEBIH!!!
    ADA FAHAM TAK!!!

    ReplyDelete
  14. Dari Abdullah r.a, katanya:”Seolah-olah saya melihat Nabi s.a.w menceritakan seseorang di antara nabi–nabi yang dipukul oleh kaumnya hingga mengalir darahnya dan nabi itu menghapuskan darah di mukanya sambil berdoa:”Wahai Tuhan! Ampunilah kiranya kaumku kerana sesungguhnya mereka belum tahu.”

    ReplyDelete
  15. Salam n selamat pagi semua. Anon: 12.07 am. Hang jangan nak perguna qalam Quran untuk politik dan mempersempitkan akal..hang kena ingat Al-Quran tetap sesuai dan terpelhara sehingga qiamat itu jaminan Allah SWT. Aku nak tanya hang islam diturunkan Allah ke muka bumi ini untuk menjadi penyuluh alam dah berapa lama, adakah hanya selepas GE-12? Aku tak percaya kaum kafir tak mengatahui tentang islam,malahan kemajuan yg dikecapi barat pada hari ini adalah banyak yg bersumberkan Al-Quran dan ilmuan islam zaman silam tetapi dek kerana ego dan taksub mereka tetap membenci islam seperti Abu djahal. Ustaz Redwan adalah pendakwah terkenal islam di malaysia yg bukan melayu. So,jangan nak perguna ayat2 suci Al-Quran sewenang2 untuk kepentingan politik apatah lgi utk mempertahankan kaum kafir yg jelas memusuhi islam ianya hanya menjadikan kita tetap akur terhadap kebiadapan dan dalam usaha mereka menidakan islam diserata pelusuk dunia. Malangnya inilah cara berfikir sesetengah org PAS menggunakan ayat2 suci Al-Quran yg akhirnya bangsa sendiri yg keliru.

    ReplyDelete
  16. Sambung sikit untuk lebih jelas mammy. Rasulullah saw ada mengingatkan kita agar berpegang teguh kepada dua perkara agar umat islam selamat dunia dan akhirat iaitu Al-Quran dan sunnah baginda saw. Malangnya kedua-dua peninggalan nabi kita saw ini sering diputar belit sebahagian pengikut PAS utk kepentingan politik.

    ReplyDelete
  17. alasan paling baik untuk mengaburi orang kampong

    ReplyDelete
  18. (sebaik2 perkerjaan ialah sederhana)
    berhikmah...tak perlu tergesa2...tak perlu gopoh2..
    faham tu....

    ReplyDelete
  19. tak perasan lak kat negeri 'jajahan' bn dah TAK ADA KANDANG BABI DAN DAH TAK ADA ARAK...

    satu lagik nak beritau, si muhyudin (ejaan pun dah buat orang terbelit lidah) tuh masa memerintah johor HABIS SEMUA TANAH ORG DAN KERAJAAN DISWASTAKAN DAN DIJUAL PADA SINGAPOREAN.... kita org johor nih pernah cakap, lagik lama dia jadi mb, org melayu TINGGAL SELUAR DALAM AJE LAAA...

    cakap tak serupa bikin la dia tuh !

    ReplyDelete
  20. Politik Gelanggang Mencari Makan
    Sekarang ini politik bukan gelanggang perjuangan menegakkan keyakinan Ia telah dijadikan gelanggang
    tempat mencari makan
    Rakyat telah dialatkan atau diperjudikan
    Ia sudah terlalu kotor bagaikan tempat pelacuran Kerana tempat cari makan
    ia telah jadi politik wang
    Siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat satu kawasan ladang yang penuh dengan tanaman
    Di ladang itu dia boleh mendapat kekayaan Atau siapa yang berjaya di dalam politik seolah-olah mendapat factory besar tempat mengeluarkan barang
    Di situ dia menjadi jutawan tanpa perniagaan Berebut-rebutlah mereka bergelanggang
    di dalam politik melalui parti politik
    Apa sudah jadi
    bukan bertarung dengan parti lawan bertarung sesama sendiri
    Bertarung sesama sendiri di dalam sebuah parti untuk menguasai parti
    Kerana di situ ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan
    Tikam kawan sendiri, khianat-mengkhianati jatuh-menjatuhkan
    di sesetengah negara berbunuh-bunuhan Daripada gelanggang politik yang kotor itulah lahir para pemimpin
    menjaga negara dan rakyat dan agama Maka lahirlah
    penyangak-penyangak negara dan bangsa yang bertauliah
    Lahirlah lanun-lanun terhormat pencuri-pencuri berlesen
    mengaut wang rakyat dan negara Rakyat mengharap setiap musim
    agar nasib mereka dibela oleh pemimpin mereka Yang senang hanya segelintir
    yang susah dan menderita itulah yang ramai Tunggu lagi setiap musim pilihan raya
    Agar lahir pemimpin-pemimpin pembela rakyat dan cintakan negara
    Hasilnya sama juga
    Begitulah rakyat di kebanyakan negara menunggu pembela
    dari musim ke musim pilihan raya Jawapannya samajuga
    apa yang berlaku sebelumnya berlaku perkara yang sama
    Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi Hanya mengharap dan mengharap harapan tidak kunjung tiba
    Begitulah terjadi di setiap pilihan raya nasib rakyat tetap tidak terbela

    Sajak dipetik dari Ashaari Muhammad

    ReplyDelete
  21. PAS berdakwah kpd DAP atau DAP yg berdakwah kat PAS? Pelik? Takde pun tanda-2 ke-Islaman pada DAP sampai skrg, cuma PAS sahaja hilang jati ke-Islamannnya...

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.