Friday, April 10, 2009

KJ dikuarantinkan selama dua penggal

“Ianya positif. Tak ada orang yang jelas terlibat rasuah terpilih khususnya ketua Pemuda (Khairy Jamaludin) yang didapati bersalah guna wang dalam pemilihan (Umno). Dia tak diberi apa-apa jawatan pun. Itu satu bukti Najib ingin bersihkan parti". Tun Mahathir.

Nampaknya Najib bertindak tegas dan bijak apabila tidak melantik KJ. Ini kerana KJ adalah "liabilities" kepada UMNO dan Najib tidak mahu menanggung biawak hidup di dalam kabinetnya.

Tentunya Bapa Mertua KJ akan keciwa apabila menantu kesayangannya yang ditatang dan didik seperti minyak yang penuh tidak dilantik sebagai menteri walaupun memenangi Ketua Pemuda.

Najib telah memecah tradisi UMNO di mana inilah pertama kali Ketua Pemuda UMNO tidak menjawat apa-apa jawatan dalam kabinet.

KJ harus dikuarantin selama satu penggal agar kuman-kuman, penyakit-penyakit, kurap-kurap dan panau di badannya hilang samasekali. Pelaburan yang dibuat untuk memenangi Ketua Pemuda UMNO nampaknya tidak balik modal kerana tidak ada kuasa dalam Kerajaan untuk mengaut kembali belanja yang telah dilabur.

Jangan pula keciwa yang amat sangat nanti KJ bersekongkol dengan Anwar Ibrahim untuk menentang Najib. Bukan nya perkara mustahil kerana di dalam politik seribu kemungkinan boleh berlaku.

37 comments:

  1. Pembetulan... Ahmad Zahid Hamidi ketika memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1996 juga tidak dilantik oleh Mahathir menganggotai kabinet. Ini bukan kali pertama. Fakta ini perlu diperbetulkan.

    ReplyDelete
  2. Akua nak berkongsi sikip dengan kawan-kawan yang bersama blog Mummy Rokiah ni. Aku pun rakyar Malaysia, Bangsaku Melayu, Agamaku Islam. Tak dapat nak dinafikan bukan semua yang dilakukan oleh orang lain kita bersetuju semuanya. Baca komen Mummy berkaitan dengan KJ dikuarantinkan selama dua penggal, pada pandangan aku, aku nampak Mummy tak berkenan sangat dengan KJ. Aku secara peribadi mengakui KJ ada kehebatan tersendiri. Mungkin silap KJ dia menantu Pak Lah. Terima kasih ada yang buat pembetulan berkaitan fakta Ketua Pemuda tak dilantik menganggotai kabinet. Kesilapan ini tak seharusnya berlaku bila nak memperkatakan tentang sesuatu yang Mummy berkehendakan orang lain membincangkannya. Mummy pun sama juga dengan orang lain yang mungkin ada silap salah di sana sini. Cara Mummy menyediakan ruang dan peluang kepada individu lain untuk bagi pendapat dan pandangan tu okey la. Tapi jangan berat sebelah. Jangan kekiri jangan ke kanan. Tengah-tengah. Orang politik Melayu ni Mummy mana ada kerja 100 ikhlas. Dia ada juga niat lain. Nak payah apa Mummy, kalau orang tu tak betul, sampai masa jatuh. Tapi Mummy kita tanya diri kita, kita ni betul ka? Dalam meniti kepuncak kerjaya politik macam-macam cara dan kaedah. Tun cara Tun, Pak Lah cara Pak Lah, Najib cara Najib. Pada saya tak adil kalau salahkan cara KJ 100%. Apakah Dato Mukhriz bersih dari pengaruh RM ketika melobi Ketua Pemuda dulu? Cara Tun Mahathir dulu mengekalkan 22 tahun eranya, Tun ada kaedahnya yang tersendiri. Kita tidak mengetahui rasionalnya PM kita tidak melantik KJ dalam barisan kabinetnya. Jangan hentam KJ macam tu, pada saya tak adil Mummy buat macam tu.
    Drp Sayang Bangsaku

    ReplyDelete
  3. Anom,
    Yes Mummy agreed Zahid Hamidi pernah dikuarantin oleh TDM kerana satu ucapan yang mirip LKY.

    ReplyDelete
  4. Pembetulan...Najib perlu membersihkan DIRI dan Parti. Jika tidak dia adalah "liabilities" kepada UMNO dan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Sayang bangsaku,
    Apakah kita semua setuju untuk naik dalam politik kita harus menghalalkan cara?
    KJ memang ada ketokohannya sebagai pemimpin seperti juga Anwar Ibrahim,Sukarno,Lee Kuan Yew, Mao Tze Dung,Mahathir.
    Tetapi yang membuat umum benci dengan KJ adalah kegelojohannya dalam campur tangan pentadbiran Bapa Mentuanya.
    Umum masih ingat bagaimana peranan Kalimullah Hasaan dan KJ dalam menguasai dan manipulasi media dan penglibatan dalam projek-projek kerajaan.
    Apa rasionalnya KJ menyerahkan passport pada Anwar Ibrahim?
    Kalau nak disenarai banyak kepincangan Pak Lah adalah kerana KJ.
    Rasionalnya KJ tidak dilantik adalah kerana Najib memberi peluang kepada KJ memperbetulkan masaalah dalaman pemuda itu dahulu.
    Najib pun tidak mahu dibooooooo apabila sebut nama KJ.

    ReplyDelete
  6. Tidak semua yang KJ buat tak betul. Masih ada yang baik tentang KJ. Aku melihat KJ mempunyai pemikiran strategi yang baik bagi mencapai sesuatu maksud. Walau bagaimanapun, tindakan PM tidak melantik KJ di dalam Kabinet adalah suatu keputusan yang baik disebabkan KJ telah didapati bersalah dalam politik wang baru-baru ini. Bagi aku senarai Kabinet yang dilantik adalah memuaskan.

    ReplyDelete
  7. Dalam Politik, kesesuaian masa itu penting. Sikap KJ mengamalkan Politik Machiavelli dimana 'matlamat menghalalkan cara' tidak dapat diterima. Sekiranya diterima ianya akan melahirkan pemimpin kuku besi seperti 'Marcos' maka rakyat akan ditindas bagi mencapai impian pemimpin tersebut.

    Kita akui KJ bijak dari segi taktikal dan ucapan, tapi dalam politik tak semua 1+1 mesti dapat jawapan 2,faktor-faktor yang tidak boleh diukur seperti persepsi, emosi, esprit de-corp juga memainkan peranan. MM pun bukan nya hebat sangat, kalau bukan kerana bapanya. Kita dengar ucapannya pun flat saja, tiada apa yang menarik. Jelas karisma bapanya tiada pada MM.

    Jelas Pemuda tidak banyak pilihan hanya KJ dan MM. Daripada memilih 'Marcos' lebih baik pilih yang 'flat'. Sekurang-kurangnya akar umbi tidak diabaikan.

    ReplyDelete
  8. perkara mudah,k.j tidak digemari det, dan det dibelakang najib...habis cer!

    ReplyDelete
  9. Najib kena jadi cerdik la, Kalau dok nampak gaya KJ macam nak bersongkol dengan AL-JUB potong saja bekalan airnya biar dia mati kering..

    ReplyDelete
  10. Betoi pendapat ahli fikir

    ReplyDelete
  11. yang bersekongkol dendan anuar belum ada lagi kekeringan la oiii.

    ReplyDelete
  12. Hah, betoi jugak, duit Israel & US mana nak kering kan? Lepas ni kita serang Israel la pulok..

    ReplyDelete
  13. Harap selidik dengan teliti dengan fakta sejarah, ianya akan menjejaskan kepercayaan pembaca blog mami. Seperti juga kempen selambau yang dijalankan dengan sepenuh usaha. Tahniah pada Dato Othman Aziz kerana Penerangan umno telah menggunakan belbagai pendekatan untuk kemenangan BN. Syabas kepada semua jentera BN pada kempen selambau. Jika keputusan kabinet Najib diumumkan sebelum pilihanraya nescaya BN akan menang...

    ReplyDelete
  14. Salam,

    Mummy..saya rasa isu lantik & tak lantik ni diharap janganlah diperbesar-besarkan. Kalau diperbesar-besarkan akan lebih mengeruhkan keadaan.
    Seperti kata Datuk Najib kita perlu rapatkan barisan untuk memperkasakan bangsa.

    ReplyDelete
  15. ada lagi dua tiga ekog yang terang terangan main duit terlantik jadi menteri dan timbalan.....?jangan syok sangat.yang ni jadi kudis..dan berbau busuk

    ReplyDelete
  16. Pahlawan PrihatinApril 10, 2009 at 3:15 PM

    Sedikit tambahan,
    Adalah lebih bijak jika Najib membentuk pasukannya kepimpinannya tanpa campur tangan TDM.

    Perlu dilihat dari kaca mata orang yg meninggalkan BN dan memilih pembangkang diluar sana, melihat TDM adalah biawak yang jauh lebih besar dari KJ.

    Selagi ada suara TDM sama ada sebagai penasihat atau melalui anakandanya, selagi itu UMNO terus akan dibenci dan dilihat sebagai korup, dan masih belum berubah.

    Bagi ahli UMNO, kemasukan TDM mungkin bagi satu rahmat, tapi bagi pembangkang, ia rahmat lebih besar kerana mereka lebih banyak peluru untuk hentam UMNO dan BN hanya kerana ada TDM.

    Najib harus sedar, dia sudah mula dikaitkan dgn TDM. Mahukah dia dilabel sebagai pemimpin lemah dan dibonekakan oleh TDM?

    Jauhi diri sebelum terlambat. Sebelum UMNO dan BN terus terkubur dan menjadi pembangkang selepas dipilihanraya akan datang. Amin.

    ReplyDelete
  17. Salam, buat teman-teman. Tahniah untuk saf kepimpinan baru Dato Najib.Sebagai rakyat marilah kita bersama-sama menjayakan agenda yang diwawarkan oleh Dato Najib. Bagi peluang. Kalau cakap tak serupa bikin PRU-13, BN bye-bye.

    ReplyDelete
  18. tapi apa boleh buat,kabinet ini dikawal oleh remote jarak jauh dan org belakang tabir yg mencaturkan ini semua ...

    yang kononnya bersih tidaklah bersih mana pun seperti yang dipuja-puja dan dicanang.tapi tidak apa.kita tunjukan sokongan kita meskipun kita tidaklah berpuas hati.

    Sekiranya mereka berkata Khairy terlibat dengan politik wang adalah tidak adil kerana Lembaga Disiplin mengambil tindakan berdasarkan aduan.Sepatutnya Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan terhadap semua calon yang bertanding.Ramai yang tahu bahawa orang atasan Lembaga Disiplin adalah kenalan Tun M.Di atas kelebihan dan peluang ini digunakan oleh Tun M untuk memburukkan calon-calon yang dibencinya dan memberikan kelebihan kepada anaknya serta orang yang dia rasa adalah legasinya sedangkan parti keramat adalah satu dan tiada kem siapa-siapa.

    ReplyDelete
  19. Umno perlu "refor" kembali. Hapuskan golongan elit (bangsawan politik - anak-anak bekas PM). Rakyat Malaysia 26 juta. Ahli UMNO 3 juta. Banyak lagi kut pemimpin dari akar umbi di Malaysia ni. Tak kan lepas anak Tun Razak, anak Tun Hussain Onn, Lepas anak Tun Hussain anak Tun Mahathir, lepas anak depa anak depa. Hai anak-anak kita orang kampung bila lagi. Bagi la peluang anak-anak kampung yang hebat-hebat. Cukup la anak-anak Tun. Bagi pula anak-anak kampung. Anak Nelayan pula. Hebat tu, mana ada anak Tun, Tan sri, Dato Seri dapat 12, 13, 18, 20A dalam akedemik. Kalau bagi peluang hebat tu. Dalam kepayahan dan kemiskinan boleh berjaya. Cukupla. Bagi peluang kepada rakyat jelata jadi Pemimpin pula.

    Drp : Asal Kampung

    ReplyDelete
  20. Terima kasih teman-teman, buat Mummy - TQ. Saya rasa kemelut politik yang melanda rakyat Malaysia amnya dan bangsa Melayu khasnya, tidak lain tidak bukan kerana UMNO dan BN nak terus memerintah manakala PAS, DAP dan PKR nak memerintah. Pilihanraya ke-12, membuktikan pengundi Cina dan India ingin menguji sejauhmana untungnya mereka bersama PAS, DAP, dan PKR. Hari ini, terbukti pengundi Cina dan India merasakan mereka cuma selamat bersama BN tetapi mereka memperolehi laba yang besar bersama PAS, DAP, dan PKR. Pengundi Cina dan India bijak, Pengundi Melayu (PAS - UMNO) bengong. Sebab itu calon BN di Parlimen Grik dimenangkan oleh pengundi Melayu. Belum Pasti calon PKR keturunan Melayu boleh menang di Tanjung Bungah. Tak usah duk bercakap soal KJ. MCA telah pun minta dikekalkan jumlah Menteri dan Timbalannya. Kita orang Melayu baik hati. Minta kekal 6 dapat 7. Itu dalam UMNO. Dalam PAS lagi dungu. Orang tak minta. Kita kasi lebih tak pa sebab "sedekah". YB keturunan Cina berceramah guna ayat Quran (tak betui pun) tak apa. Sebab duk belajar mencari NUR. Itulah kelebihan PAS, kejayaan proses "Islamisasi" kepada DAP dan PKR. Mi mai pi mai UMNO terkenal dengan baik hatinya dan PAS berbekalkan pahala dengan sedekahnya. PAS kata Islamnya sama rata. Jadi MB di Perak, Exconya Cina dan India yang terlebih sedekah. Gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut kelihatan. Itulah orang Melayu UMNO dan PAS. Tahniah.Wassalam.

    ReplyDelete
  21. Apa dah jadi dengan orang Melayu, dihina - tak apa, dilarikan bininya - okey, dicerca agamanya - perkembangan sihat, dirasuah - hebat, membunuh - amalan... tak tau la, lingkup....... lingkup.

    ReplyDelete
  22. ali rustam masih jadi KM melaka walaupun terbabit dengan rasuah ape kes

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  24. Hai....

    KJ adalah insan luar biasa yang diberi kelebihan oleh Allah...tapi dia salah guna kelebihan itu untuk kepentingan keluarga dan sahabat-sahabatnya.....dan sahabat-sahabatnya akan mati mati mempertahankan KJ kerana masooookkkk.....

    Pak Lah jatuh kerana KJ...dan KJ juga jatuh kerana sahabat-sahabat dia yagn seumpama paku-pakis..hidup atas bantuan KJ....Jika dulu projek kerajaan susah untuk diberi terus kepada kroni maka diubah cara....Kerajaan menganugerahkan projek berbillion kepada GLC dan GLC akan menganugerahkan kepada tengkorak-tengkorak hidup.....

    KJ...bermatlamat untuk menjadi PM termuda.....Pernahkah kita dengar perdana menteri yg terdahulu ketika muda dan baru memasuki UMNO membuat kenyataan bahawa bermatlamat untuk menjadi PM termuda.....NIat KJ dari awal pun dah salah....

    Bukannya nak berjuang mempertahankan agama,bangsa dan negara...tetapi mengunakan perjuangan tersebut untuk mencapai matlamat tersendiri....

    JIka betul nak berjuang maka tentanglah projek LCCT LABU, tentanglah pernjualan Agusta Euro $1.....tentanglah perjualan Pantai Hospital kepada Singapore...tentanglah pembelian Saham bank Indonesia dari temasek oleh Maybank......

    Kenapa KJ tak suruh PAC siasat berana komisyen ECM LIbra dapat dalam semua urusniaga tersebut...kenapa ECM libra seronok sangat jadi broker...Siapa dalang dalam ECM LIbra dan siapa KEPALA TENGKORAK belakang dalam ECM LIBRA...

    Saya harap KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO akan berusaha keras membersihkan Kerajaan dari paku pakis yang mengambil kesempatan...Pemuda UMNO harus mempertahankan hak negara dan meminta satu suruhanjaya menyiasat pnegambilan alih ECM Libra dan kenapa dan siapa yang melantik ECM LIbra menjadi broker....

    KJ MULA BERSIHKAN UMNO DENGAN MEMBERSIHKAN DIRI DAN RAKAN-RAKAN YANG SOKONG MEMBAWA REBAH.

    ReplyDelete
  25. Saudara Khairy tak layak memimpin Pemuda UMNO...

    Pemimpin bukan sahaja perlu bersih namun hendaklah nampak bersih...

    Buat penyokong Khairy,jika khairy tak bersih janganlah tunjuk jari kata yang pemimpin lain pun tak bersih....so that mean oklah khairy main kotor sebab orang lain pun main kotor...Apa punya akal lar...

    Jangan menunding jari....lihat diri sendiri dan baiki segala kelemahan, hentikan nafsu kawan-kawan.....Biar org menilai khary bagus.....

    ReplyDelete
  26. Salam bloggers,
    Terima kasih di atas komen. Bila mebalik-baik ucapan-ucapan Pak Lah lepas-lepas, Pak Lah pernah menyebut atau meceritakan kisah Hang Nadim apabila Spura dilanggar Ikan Todak. Hang Nadim yang masih muda tetapi cerdik apabila mencadangkan diletak benteng benteng-benteng pisang apabila todak menyerang bukannya betis-betis manusia.
    Cadangan Hang Nadim dipakai oleh Sultan dan Spura selamat dari serangan Todak.
    Mungkin yang Pak Lah maksudkan ialah KJ yang cerdik berkelulusan Oxford kot?
    Bagaimana?

    ReplyDelete
  27. assalammualaikum,

    Tuan Dr....pada saya kalau TDM masuk campur pun saya tak kisah sekurang-kuraungnya saya tahu org yang masuk campur adalah individu yang telah terbukti memajukan negara dan mengukuhkan UMNO....

    Adakah kerana TDM kata jgn lantik A kerana beliau rasuah dan DSN tak melantik A maka ini bererti DSN ikut cakap TDM???? Jika TDM kata 2+2=4 maka DSN tak boleh jawab 2+2=4 sebab takut org kata ikut cakap TDM???????

    Saya pasti ramai dari pengkiritk TDM adalah mereka yang mendapat nikmat hasil dari pemerintahan TDM...bahkan sudah pasti mendapat bantuan pendidikan atau juga sebarang nikmat semasa pemerintahan TDM..siapa rakyat malaysia yang boleh mengatakan tidak mendapat nikmat dari pemerintahan TDM.....

    Namun sekarang bila kita rasa muda kuat dan perasan bijak...kita jadi pengkeritik hebat TDM....dan lupa yang ketika kecil kita bersekolah..melanjutkan pelajaran dan memulakan perniagaan/perkerjaan dan siapa kita hari ini adalah kerana permerintahan TDM...bukannya bersyukur tapi kita hentam pulak TDM.....Yah beliau bukan malaikat, penuh dengan salah dan silap tapi selagi kebaikan melebihi keburukan dan terbukti membawa kemakmuran negara apa salahnya kita berterima kasih..........

    Ingatlah TDM dah tentu 81 tahun kita ni 50 atau 60 atau 70 atau 80 tahun pun tak tentu hidup lagi....

    So jangan syok dok kata kat org Tua nyanyok....sebab nyanyok-nyanyok dia pun....masih dipanggil memberi ceramah di luar negara....

    Buat DSN tak salah mendengar pendapat dari sesiapa pun hatta dari musuh...tapi yang penting

    ReplyDelete
  28. Hang Nadim berjasa mempertahankan Singapura, KJ apa jasanya?? Bukan buat benteng, buang benteng adala.. bagi advice yang bukan-bukan kat pak mentua sampai Pak Mentua jadi macam tu

    Sembang ja pandai ..

    ReplyDelete
  29. Hang Nadim nak pertahankan Negerinya, KJ bercita-cita nak Jadi Sultan Termuda. Huii banyak beza tu..............

    ReplyDelete
  30. salam ... ni nak tambah sikit,
    KJ lulusan Oxford. Okey la tu tapi bidang yang dia ambiltu di Malaysia pun banyak U yang offer.

    ReplyDelete
  31. Teman-teman, kalau soal Hang Nadim tu banyak tafsiran yang boleh dibuat. Mami ni tak habis-habis duk hentam KJ. Mami lagi teruk buat dosa kering. Taubat, taubatttt. Duk punah ranah buat apa.

    ReplyDelete
  32. Okey la tu KJ nak jadi PM termuda, yang dah mencipta rekod Tun Razak - Najib, yang nak mai Tun Hussein - Hisamuddin, yang duk merancang Tun Mahathir - Mukhriz. Tak salah, kita doakan mudahan jadi. Kan lebih menarik lepas ni Anuar - anaknya, gempak lagi Lim Kek Siang - anaknya, kalau dan Karpal Singh - anaknya. Kita kan RAKYAT MALAYSIA - MALAYSIA kita punya - tak begitu Mummy.

    ReplyDelete
  33. Bagi yang tidak tahu mengenai KJ, buat penyelidikan sendiri. ECM Libra pun macam2 dia buat. Saham TM...macam macam.

    Buat yang dok nasihat mummy, simple saja. Gamak tak suka dengan blog ni. Jangan masuk. Ada sesiapa di sini di undang khas oleh mummy?

    Bagi yang rasa nak puji KJ, buat blog sendiri. Puji sampai naik asap!

    Yang nyata KJ orang tak suka, ahli pemuda 304 tu saja yang suka.

    KJ dan Ezam ialah spy Al Juburi dalam UMNO.

    ReplyDelete
  34. tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir.

    Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?

    " Apabila orang No 2 anda dipilih dan ada sebagai ketuanya tidak dipilih ,Apa perasaan anda ???

    Apakah alasan Najib yang mahu Khairy menumpukan Pemuda untuk menarik sokongan golongan ini boleh diterima ??Adakah tugas ini harus diletakkan kepada Khairy seorang sahaja , jadi apakah sayap2 UMNO lain dan juga pemimpin2 kanan UMNO seperti Naib Presiden dan Timbalan Presiden duduk sahaja dan tumpukan kepada kementeria masing2 ??

    Dalam politik Umno tanpa wang, jawatan dan kuasa, apa yang seseorang itu boleh buat ? Dahulu Ketua Pemuda UMNO dulu berjawatan Menteri kanan di Kementerian Pelajaran yang memang lubuk punya tempat .Tetapi kini apakah Khairy boleh survive mengharungi semua ini dalama pada masa yang sama ditugaskan untuk menarik sokongan golongan muda .Saya khuatir tidak ada siapa yang akan hormat dan pedulikan Khairy selepas ini kerana tidak berjawatan dan mungkin hanya penyokong2 nya yang sahaja dalam Pemuda akan setia kepada beliau .

    ReplyDelete
  35. Salam bloggers,
    Menghentam KJ? Mummy tidak berminat menghentam KJ.Fokus Mummy adalah ketua pemuda yang kononnya generasi pelapis yang harus mengamalkan nilai-nilai terbilang,cemerlang dan gemilang.
    Bukannya amalan menyogok wang dan wanita untuk menang ketua pemuda.
    Bukannya memelihara dan membina konco-konco yang angkuh dan materialistik..eg Norza Zakaria.
    Bukannya menjadi "power broker" dengan amalan-amalan makan komisyen melalui kerja-kerja "lobbying government project".
    Bukannya memanipulasi media untuk ketamakan kuasa.
    Bukannya meletakkan proxy-proxy dalam GLC untuk kepentingan sendiri.
    Mungkin mereka percaya bahawa cara beginilah "template" idola pemimpin muda yang akan datang. Maka jawabnya lingkuplah Melayu Muda UMNO.

    ReplyDelete
  36. Suffiah Yusof pun Oxford juga, tapi jadi &*!@$^ . Moral of the story, tak semesti cemerlang akedemik, cemerlang dalam mentadbir hidup..

    ReplyDelete
  37. Salam DERHAKA utk Mummy,

    Ramai bloggers yg jeles dgn KJ nampak...ese percayo kalau dio org nie ado kek tompek KJ tu..dio org pun buek kojo yg samo joo...jgn main tuduh2 jer..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.