Saturday, April 25, 2009

Peranan pengerusi Perhubungan UMNO negeri seperti ’RUBBER STAMP”

Najib telah menyenaraikan pengerusi-pengerusi dan timbalan-timbalan pengerusi perhubungan UMNO negeri semalam. Tumpuan khasnya diberi kepada negeri-negeri yang BN kalah seperti Selangor, Wilayah, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Semua pengerusi-pengerusi di negeri ini terdiri dari pemimpin dari negeri lain mungkin perlantikan mereka di atas kapasiti mereka sebagai Presiden, Timbalan dan Naib-naib Presiden kecuali Kelantan Dato Mustapha Mohammad.

Contohnya yang menarik ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah ialah Shafiee Apdal dari Sabah dan Timbalan Pengerusi ialah Mahdzir Khalid.

Amalan yang sudah-sudah sejak dari pemerintahan Tun Mahathir dan Pak Lah peranan pengerusi-pengerusi perhubungan UMNO negeri ini hanya seperti ”rubber stamp” sahaja. Timbalan Pengerusi yang lebih camca dari bubur kerana pengerusi sibuk di peringkat persekutuan.

Timbalan-timbalan ini yang kerap mencorak politik UMNO negeri tersebut manakala pengerusi hanya turun bertemu exco-exco perhubungan UMNO negeri hanya untuk mendengar lapuran indah dari pelakon-pelakon ini.

Ketua-ketua UMNO cawangan dan ahli–ahli hanya dapat melihat dari jauh atau pun di pertontonkan seperti tayangan wayang kulit. Ahli-ahli dan rakyat hanya syok, seronok dan terhibur dengan bayang-bayang dari lampu dibelakang tok dalang.

Pengerusi-pengerusi ini tidak menyelami sedalam-dalamnya sepak terajang politik UMNO negeri itu dan kerapkali mereka ”play safe”.

Kesimpulannya DS Najib harus pantau rapat-rapat pengerusi-pengerusi ini supaya peranan mereka betul-betul membawa perubahan senario politik negeri-negeri tersebut dalam lain perkataan jangan banyak bermain dengan bayang-bayang seperti wayang kulit.

18 comments:

  1. mummy..

    Timblan Pengerusi UMNO Kedah adalah Dato Bashah la mummy..bukan Mahdir Khalid...Faktar mummy salah..minta mummy check balik

    ReplyDelete
  2. 2) Kedah
    Pengerusi- YB DATO’ SERI MOHD SHAFIE APDAL
    Timbalan Pengerusi – YB DATUK AHMAD BASHAH MD HANIPAH

    ReplyDelete
  3. Salam dari mum buat mummy,

    Tepat sekali apa yang mummy kata!!! Peranan puppet wayang kulit tu ialah chop.. chop....chop....!!!!!
    So.. no big deal ler....

    ReplyDelete
  4. Mummy,
    ...mujog org peghelih tak kena naik kapalterbang nak pi jumpa Pengerusi Perhubungan Negeri...

    ReplyDelete
  5. Jgn Shafie Afdal dgr cakap pak mertua dia sudah. Dulu Tajol lawan Tok Mi rumah bapak mertua dialah yang jadi majlis Tajul.

    Shafie Afdal, PLEASE TAKE FOR THIS MATTER!

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih bloggers,
    Mummy tau Ahmad Bashah Abu Hanippah tetapi wayang kulit atau Pak Dalang di belakang tu lebih bahaya dari Ahmad Bashah Abu Hanippah.
    Wayang kulit asun pun depa dah modiffied. Etong dan Ekeng pun dah ikut cakap depa...Siapa tu????
    Faham la chek noooo....Politik Kedah Politik Wayang Kulit.
    Hampa dah check sapa Ahmad Bashah? Siapa Ekeng siapa Etong?

    ReplyDelete
  7. Mummy oh mummy,

    Amat sedih ,keciwa dan hampa sekali negeri Kedah telah ditawan dan dijajah oleh Bajau Laut dari SEMPORNA.

    Apa tandus sangatkah pemimpin negeri kedah hingga kena import pemain semi pro dari Sabah.

    Tidak layakkah Dato Mukhriz Tun Mahathir,Ahli Parlimen JERLUN/TIMBALAN MENTERI MITI dan IR Nawi Ahmad ADUN KUAH/Bekas EXCO untuk dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah dan Timbalan.Mereka ini merupakan ikon dan idola anak anak muda di Kedah.

    Pagi tadi berpeluang bersembang dengan Pemimpin PAS KEDAH,mereka terkejut besar dengan perlantikan Dato Shafie Apdal dan ADUN expired Dato Ahmad Bashah,jangkaan mereka ialah Tan Sri Mahyuddin Yassin dan Dato Mukhriz akan menerajui Kedah.Pas ucap banyak banyak terima kasih kerana memudahkan kerja mereka untuk kekal memerintah Kedah buat selama lamanya.

    Mummy, Kedah akan jadi Kelantan 2,kita sama sama tunggu dan lihat. May ALLAH BLESS all of us the RAKYAT OF Kedah, AMEEN !

    ReplyDelete
  8. aku pun xpuas ati bila shafie apdal yg jd pengerusi umno kedah..dia bukan anak jati kedah pun..harap pak mertua ja yg dok kat tmn desa jaya, sp kedah..pak mertua dia kempen manager tajul

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum,
    Rata-rata ramai yg mengharapkan TMY menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri dan DMM menjadi Timb.
    Walaubagaimana pun syukur Alhamdulilah, Det Khalid tidak di lantik. Samada tamparan bagi UMNO Kedah dengan perlantikan orang luar, yang penting UMNO Kedah bahawasanya tiada Ketua Bahagian dari Kedah yang layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.
    Maka dengan itu, ahli-ahli UMNO Kedah kenalah membuat pilihan yang tidak berlandaskan kepada wang ringgit dalam soal pemilihan Ketua Bahagian penggal akan datang.
    Jangan jadi alah kepada RM, inilah kesannya.
    Padahnya apabila silap memilih pemimpin jangan di kesali, yang penting jangan di ulangi lagi.

    Ahli UMNO hanya kesal seketika apabila wang sogokan dah habis. Mulalah mengecam, padahal mereka yang memilih. Sewaktu terima RM, kami sokong. Bila duit dah habis mula terasa silap memilih.
    Sampai bila proses ini akan berakhir?

    ReplyDelete
  10. Asalamualaikum,
    Rata-rata ramai yg mengharapkan TMY menjadi Pengerusi Perhubungan Negeri dan DMM menjadi Timb.
    Walaubagaimana pun syukur Alhamdulilah, Det Khalid tidak di lantik. Samada tamparan bagi UMNO Kedah dengan perlantikan orang luar, yang penting UMNO Kedah bahawasanya tiada Ketua Bahagian dari Kedah yang layak jadi Pengerusi Badan Perhubungan Negeri.
    Maka dengan itu, ahli-ahli UMNO Kedah kenalah membuat pilihan yang tidak berlandaskan kepada wang ringgit dalam soal pemilihan Ketua Bahagian penggal akan datang.
    Jangan jadi alah kepada RM, inilah kesannya.
    Padahnya apabila silap memilih pemimpin jangan di kesali, yang penting jangan di ulangi lagi.

    Ahli UMNO hanya kesal seketika apabila wang sogokan dah habis. Mulalah mengecam, padahal mereka yang memilih. Sewaktu terima RM, kami sokong. Bila duit dah habis mula terasa silap memilih.
    Sampai bila proses ini akan berakhir?

    ReplyDelete
  11. Mummy,
    Dalam politik wayang kulit is a must.Etong dan Ekeng characters penting.Mana ada politik di dunia ini yang straight forward dan telus. Orang politik mesti pandai belakon dan pandai cakap dan kulit muka tebal. Orang politik mana tau malu, tenguk tok dek semalam, bila Najib umum tempatnya diberikan kepada orang sabah, dia masih senyum. Bila diumum pula Mohd Bashah sebagai timbalan pengerusi, dia senyum juga.
    BTW, harapan UMNO/Bn nak berkuasa balik kedah 4 tahun lagi, amat susah tetapi tidak mustahil.

    ReplyDelete
  12. ANAK BAJAU SEMPORNAApril 25, 2009 at 10:11 PM

    anak kedah.
    mulut anda terlalu biadap.anda kena ingat berapa ramai orang2 semananjung yang dok cari makan di bumi sabah,jadi pengarah dan sebagainya tidak terkecuali kedah.kami di sebah amat tidak bersatuju dan sangat benci dengan kerakusan orang2 dari tempat anak kedah yang berada di bumi sabah dan tak terkecuali di bumi semporna ini.UMNO telah selematkan mereka di sabah.Anda sifatkan dato shafie sebagai bajau laut yang jadi penjajah,sebenarnya minda anak kedah yang sangat bute sehinga tak nampak DAP telah menjajah dan ceroboh lubuk jiwa orang2 melayu di kedah.kehadiran orang2 semananjung sangat merimaskan orang2 sabah tetapi kami cuba menarima mereka seadanya.kedatangan UMNO ke sabah telah banyak membuncitkan tembolok orang2 kedah di bumi semporna ini anak kedah kena insaf siapa sebanarnya penjajah, dato shafie hanya menjalankan beban amanah berat di pundaknya atas semangat 1MALAYSIA yang patut dihayati orang2 semananjung kerana penghayatan ini telah lama diresap oleh orang2 sabah.

    ReplyDelete
  13. Dengar kata Tajuk akan dilantik sebagai Setiausaha Politik Muhyidin Yassin.
    Bagaimana anak Merbok?

    ReplyDelete
  14. Saya setuju dengan Mummy Rokiah. Tapi apa bezanya degan PR? PAS, DAP dan PKR kan ke rubber stamp Anwar ?

    ReplyDelete
  15. pengerusi-cari modal
    timb pengerusi-atuq modal bedak akaun mana2 aktiviti/pentadbrian umno
    su negri-pengerusi mesy kerja di pejabat,atuq bilik,tpt,mkn dsb pasai kursus,seminar,bengkel,program umno,sign cek gaji,payment.
    suk-tlg su negri contact org2 yg berkaitan. atuq mesyuarat-ambik minit mesyuarat.
    suk bhgn-balaci ketua bhgn/patuh arahan suk umno negri-byaq bil,jumpa org cwgn,antaq surat atuq mesyuarat,program dsb..
    cawangan-buat kerja yg disuruh,buat program ikut jumlah duit yg bhgn bagi dan yg syok sendiri.
    cwgn antaq laporan aktiviti pi bhgn-bhgn antaq pi negri-negri antaq pi mesy mt.
    wow byk program-semua laporan steady ja..
    cth: dlm mesyuarat mt sekitar thn 2007-umno kedah mendahului negeri lain dlm pendaftaran pengundi.
    apa lagi seronok abis tapi last sekali lingkup-hangpa daftar pengundi tp tak jaga,tak bg penerangan cukup.
    program/aktiviti semua yg status quo-syok sendiri-buat antra ahli shj-tak libat RAKYAT.

    sapa yg jd think-tank sebenaqnya?

    bloggers umno-separuh duk dedah,buka ruang mencaci,melempaq tuduhan buta tuli bknnya yg membina.

    pembaca laporan atasan-tiada tindakan susulan.

    last sekali-APAPUN TADAQ BILA SEMUA ORG SYOK SENDIRI.

    lepas ni harap2 la bersatu dlm hal kecik sampai besaq.

    ReplyDelete
  16. Cuba kita renung perangai orang Melayu versi oarng utara baik UMNO, PAS dan PKR.
    1. Kalau bercakap pompang-pompang.
    2. Kalau kenduri riuh-rendah
    3. Kalau bertengkar gedegang-gedegang
    4. Kalau lari- lintang pukang.
    Habukpun taraaaakkkk.

    ReplyDelete
  17. dik nun ooi,,
    mana senarai nama yang puak2 bhgn merbok yang hg mau publish...dok tunggu ni..dengaq kata ramai pu3 pun ikot serta..katanya geng unitkomputer yang xreti buat kerja masa pilihanraya baru2 ni..sapa depa2 tu.??depa tu makanan tajoi & geng kat sana la tu..

    ReplyDelete
  18. Terkedu aku baca komen XSUKMerbok...ada betoi nya...banyak blogger pro UMNO dok bantai UMNO kat Kedah...tanpa memberi kritikan yg constructive...maka jahanam la UMNO Kedah lagu ni...semua tak kena dipandangan depa...semua depa kritik..abih tu? nak bagi sapa handle Kedah? Tun dah pencen...penasihat buleh la kot...Mukhriz? rasanya dia dah tolak dah masa kami bagi proposal kat dia...alasannya takut tak sempat nak bagi komitmen...abih tu? lagu mana? nak biaq ja PR dok jahanamkan Kedah ni teruih?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.