Wednesday, February 18, 2009

UMNO Bahagian Merbok telah digadai kepada Singapura

Melihat banyak respon dan komen yang Mummy terima (350-500 pelayar satu hari) berhubung suasana politik di kawasan Merbok khasnya PRK Bukit Selambau dan situasi UMNO Bahagian Merbok, Mummy ingin mengulas lanjut untuk tambahan sebagai penyampai suara rakyat di kawasan tersebut.

Maklumat-maklumat ini diterima dari SB-SB Rakyat yang sedang berkeliaran di kawasan tersebut sekarang ini. Ada yang sedang minum kopi di kedai Abu Bukit Selambau, ada yang jadi waiter di Restoran Pelita, ada yang sedang berniaga apom lenggang di market Taman Ria Jaya dan ada yang gunting rambut di Sungai Lalang. Mereka ini bukan ahli politik tetapi mereka ini rakyat biasa yang sedang memerhati gelagat juak-juak UMNO Merbok khasnya Ketua UMNO Bahagian Merbok yang menang dengan rasuah politik.

Mummy diminta untuk membuktikan kenyataan di dalam blog Mummy yang lepas tentang “UMNO Merbok dikuasai oleh syarikat Singapura”. Bukti yang mudah Mummy terima laporan tahunan syarikat tersebut dari Singapore Stock Exchange sekembalinya Mummy dari Singapura minggu lepas.

Lapuran ini memberi maklumat terperinci tentang sebuah syarikat Asti Holding Ltd, syarikat yang disenarai di SSE. Syarikat ini telah melantik Tajul Urus Mat Zain sebagai salah seorang ahli lembaga pengarahnya. Tajul juga dilantik sebagai salah seorang “Audit Committee”. Pengerusi “Nominating Committee” dan “Remuneration Committee”. Dalam lapuran ini hanya Tajul seorang sahaja Melayu Malaysia yang dilantik di dalam syarikat tersebut dan ahli-ahli lembaga pengarah yang lain dan pengurusan lyang lain semuanya terdiri dari Cina Singapura.

Betapa hebatnya ketua UMNO Bahagian Merbok yang dahulu hanya jadi cikgu cabuk hari ini boleh duduk di dalam sebuah syarikat awam berpengkalan dan dikuasai oleh Singapura.

Persoalannya di sini, siapa Tajul? apa yang Tajul tahu tentang perniagaan? apa yang Tajul tahu tentang “precision engineering”?, apa yang Tajul tahu tentang peranan ahli lembaga pengarah syarikat awam?. Atau Tajul hanya proxy seseorang? KJ atau Mahazir Khalid?

Dalam kata yang paling mudah Tajul merupakan broker komission atau power broker atau talibarut atau upahan syarikat Singapura yang ingin menguasai tokoh-tokoh politik negara ini.

Banyak syarikat-syarikat Singapura telah menggunakan strategi kotor Yahudi seperti di Amerika Syarikat di mana majoriti syarikat strategik AS dikuasai oleh Yahudi dan setiap kali pilihanraya memilih Presiden AS, syarikat-syarikat ini akan menyalurkan dana yang berbillion ringgit untuk memenangi calun pro mereka. Dalam lain perkataan Presiden tersebut kelak akan tunduk dan mengikut telunjuk Yahudi di dalam segenap dasar luar dan dalam AS.

Contoh yang terjadi dihadapan mata kita ialah, apa jadi dengan PM Thailand, Taksin Shinawatra dimana beliau telah dibeli oleh Temasik Holding Ltd sebuah konglomerat Singapura sehingga beliau akhirnya jatuh diguling oleh rakyat dan rajanya sendiri dengan penuh penghinaan.

Hari ini UMNO Merbok sedang bergembira dengan tokoh mereka yang konon kaya raya. Mereka tidak sedar mereka telah dibeli dengan wang-wang dana dari Singapura. Yang sebenarnya UMNO Bahagian Merbok telah menjadi bahan dagangan dan kempimpinan jawatankuasa yang ada telah tergadai kepada Singapura.

38 comments:

  1. tahniah mummy,
    kerana membongkar rahsia besar Umno Bahagian Merbok.Bravo !! Teruskan bongkar untuk rakyat tahu dan lebih tahu !

    ReplyDelete
  2. erm.. bagus maklumat nie... apa kata mummy selidik juga tentang orang2 yang rapat ngan mr tajul nie.. contohnya ketua pemuda bahagian kuala kedah.. siapa dia nie sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. Inilah yang silapnya mengenai orang melayu. Jelas dan nyata tidak dapat duduk diam bila melihat bangsanya kaya dan memiliki harta bertimbun. Sepatutnya bila kita dengki melihat orang melayu lain kaya raya, kita juga patut berusaha untuk menjadi kaya, bukan mentohmah dan memburuk-burukkan orang melayu lain. Saya tidak hairan jika 50 tahun lagi miliki peratusan melayu dalam bidang ekonomi menjunam jatuh. Sebabnya kerana terdapat orang melayu sendiri yang masih kuat rasa iri hati dan dengki. Tak sedar pula tu. Nama je sekolah melambung tinggi. Tapi hati masih busuk macam bangkai babi.

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    harap maklumat mummy nie bukan rekaan dan fitnah semata-mata.kalau tak kes naya mummy.

    ReplyDelete
  5. sebagai salah seorang orang muda di merbok, samaada tajul ataupun tokmie, jawapannya ialah baik orang lain.samada guna duit atau tidak, perwatakan tajul tidak sesuai untuk menjadi pemimpin yang telus dan ikhlas.susah nak mengenal tajul samada beliau adalah musuh atau tidak.tokmie pula lebih kepada orang-orang lama.merbok begitu slow sehingga tiada tarikan.sifat juah dan berlagak kerana kaya dan jawatan ibarat mengikat tali di tengkuk..bisa menjerut sehingga padam jika salah jalan dan ditarik orang.jika benar apa yang mummy cakapkan maka merbok boleh menjadi contoh kepada umno yang bakal terkubur pada pru 13.pemuda diketuai oleh kroni khairy.wanita diketuai oleh seorang wanita yang tidak berkenyakinan manakala puteri diketuai oleh seorang yang persis lalang.apa lagi yang tinggal?

    ReplyDelete
  6. Saudara Bungaraya,

    Tulisan mummy tidak mempunyaai niat buruk kepada sesiapa,ianya merupakan satu fakta yang benar.Manusia suka ikut orang ramai dan takut untuk berhadapan dengan KEBENARAN.

    Kebenaran itu kebal,ia tidak terkalahkan kerana kebenaran adalah kemahuan Tuhan.

    Satu lagi projek yang dijual kepada Singapura ialah Projek 99 degrees East di Bukit Malut,Langkawi.Tanah milik Kerajaan Negeri diserah kepada Syarikat TIARAMODA yang dimiliki oleh rakyat Singapura.Tanah itu amat Strategik dan cukup besar melebihi 100 ekar di serah secara Joint venture 80% kepada syarikat tersebut dan Kerajaan Negeri Kedah hanya memiliki 20% sahaja.

    Semua Projek ini diatur oleh Tajul melalui Syarikat Kedah Corp.Berapa nilai Projek ini ? ianya hampir mencechah billion ringgit.Siapa yang untung ? tolong tanya mantan MB Kedah Det Khalid.

    Yang anehnya mengikut kelaziman Projek JV selalunya 70 - 30 ,kenapa projek ini 80 - 20 ? siapa dapat 10 peratus ? Sila tanya MB baru dan GM Kedah Corp yang baru, ia ada jawapannya.

    ReplyDelete
  7. wei per yang pelik, kalau ada kilang naik nak salahkan orang, korup la, mcm2 tuduhan dibuatnyer, kalau dah ada kilang uth syukur ramai mana yang leh cari rezeki kat situ, usah cakap dia, hang pon kalau dibagi peluang jd ahli lembaga , hang tak tolak punya, per laa mengarut, sikit2 yahudi, sikit2 yahudi, tak der nak salahkan diri sendiri lasung, apsal hang tak buka kilang satu sana, baru leh nak salahkan orang lain kalau permohonan hang nak buka tu ditolak, akai ada kaa, aku pon sokong PR, tapi tak der lah nak ngata semua yang org buat tu salah dan corup...berapa ramai keluarag yang bergantung harap kerjamencari rezeki kat kilang tuh, itu je yang termampu, nak harapkan hang buka kilang, aduhaiiiii, sikit2 yahudi, sikit2 yahudi, tak der nak salahkan diri sendiri lasung, cubalah buka kilang satu, ramai yang nak kerja, dari engineer ke kuli tukang sapu, kalau pemilik isalam yang warak leh berdakwah sambil niaga, ni hampeh, buatnyer tidak komplen jer kuat, semua org buat salah, tak der yang betui, menyampah aku, Nampaknya pemikiran masih tak berubah, cuma sesetengah pemimpin jerk yang terbuka, penyokong bangap masih ramai lagi.

    ReplyDelete
  8. Sayang 1000 kali sayang - fakta dicemuh dengan ulasan emosi - rosak pemikiran budak tu agaknya atau balaci mahadir.

    ReplyDelete
  9. kita bukan marah dan dengki melayu kaya.Hari ni rakyat bolih menilai antara pemimpin yg korap dan rasuah,minta BPR siasat segera salah guna kuasa dlm syarikat2 kerajaan negeri kedah dibawah DET KHALID.TAJUL balaci KJ ??????????????/ burung merbok.

    ReplyDelete
  10. tau banyak tp tak pandai atoq ayatFebruary 18, 2009 at 7:19 PM

    To all, esp bungaraya.

    Rumah Tajul yg berno 183, Jln Legenda 16, Legenda Height tu pun dia habis bayar. Tidak ada orang yang dengki pun. Tetapi !!!!!!
    Dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari semua orang boleh dapat maklumat. AJK Bhg Umno di semua peringkat termasuk ahli2 dan perwakilan saja yang buta IT dok kena bohong oleh Tajul n Geng.
    ASTI, semua boleh check dlm web ASTI pun ada. Seorng yang keluar maktab kemudian sambung kat USM ambek SASTERA (maaf klu silap) tup2 boleh masuk ASTI..precision Engrg bukan dia tau. Beliau adalah PROKSI KJ.
    Menjelang pemilihan ini, Ali Rustam dah mai umah, Muhd Mat Taib dah 2 round mai (sekali kat umah cikgu Wahab)dan 21 Feb ni Hishamudin pula mai ke rumahnya.
    Berbalik kepada dengki, tidak ada orang berdengki jika kaedah beliau guna itu betul. Kaji tengok, selepas dapat Senator. Harta dan RM melimpah-limpah. Dia tabur duit raya sakan pada hari raya. Tetapi dek bodohnya org UMNO Merbok, depa tak tau Tajul boleh RM20K untuk duit raya. Memang tak salah, duit tu halal. Kita kena ingat, jawatan yang dia pegang itu adalah jawatan politik (political post). Tetapi dan2 org UMNO Merbok kata baguih. Sapa boleh bagi RM dia baguih. Faktor2 lain depa ni (UMNO Merbok)dah tak penting! Janji RM!!!

    Selepas mendapat Senator, dalam tempoh lebih kurang tidak sampai 2tahun hampir 2Juta untuk kereta dan rumah di kawasan SP sahaja.
    Bagaimana Tacon dapat projek???
    Bagi yg terpinga-pinga terkejut buruk Tajul di dedahkan...anda sebenarnya dah out of date.

    Merbok juga tidak kurang kaya dengan joker politik. Antara nya ialah Din JJ atau Din Dagu. Bila bercakap dalam persidangan bahagian tiap2 tahun dia bercakap atas amanah cawangan dia iaitu Kg Teluk. Kalau tak cakap berdosa katanya. Maka bercakaplah hentam sana, hentam sini. (Pada PUR12 dia nak kena hetam dgn Mi Loya..senyap pula). Tetapi dia lupa, tak bayaq hutang adalah berdosa!! Dia hutang TEKUN tak bayar. Cara dia pohon TEKUN pun dia boloh fakta. Tak berniaga pun. Samalah dengan Lee Jerung, tipu TEKUN.
    UMNO tidak pernah selesaikan masalah dalaman. Ini menyebabkan ahli-ahlinya (yang reti guna otak) marah dengan apa yang berlaku.
    Semua pemimpin UMNO Merbok pakar kosmetik sahaja. Cantik di luar hitam di dalam. Pasai apa hitam? Apabila benda haram bercampur (hasil dr rompakan samada kontark atau pun rasuah politik), bagaimana hati nak bercahaya!!!
    Pada PUR12 yang lalu dengar kata ada yang terror kona sehingga boleh beli kereta cash.... Sapa2 ada info pls table to this blog.

    Berbalik kepada UMNO MERBOK di gadai kepada Singapura, berapa kerat yang akan faham. Tak payah kita ulas2. Kalau ulas pun tak akan faham!
    Mummy, kepada yang susah faham tu kita ignore sahaja.
    Tajul ambek Zubir jd Ketua Penerangan. Zubir tu org kuat Anuar Ibrahim. Dia pernah dapat kontrak supply ubat atas pertolongan Anuar Ibrahim.
    Tajul pernah guna Anuar Ibrahim untuk tukarkan Pegawai Belia Kuala Muda. Org UMNO Merbok tau tak semua ini???? Boleh sorg RM50, Tajul kaulah Ratu Hatiku.
    Kena ingat dan kaji, pencen dia hanya lebih kurang RM1733-RM2000 sahaja. Iaitu pencen dengan Kementerian Pelajaran sahaja. Beliau tidak ada pencen yang lain.
    Senator x ada pencen sbb tak sampai 1 penggal. Harta dan RM dia adalah hasil jd proksi KJ, berniaga cara paksaan @ rompakan, menjual kepentingan Melayu kepada Singapura. Jumpa Lagi...mau balik dah!!!!

    ReplyDelete
  11. Zubir tu bukankah pemilik Zuffa???

    Kalau betul, siapa dia ini dulunya?

    Kepada siapakah diberi sewa tingakt atas bangunan farmasinya diGuar Chempedak satu ketika dulu?

    Setelah dapat projek pasang lampu jalan di Bdr Sg Petani oleh Det Khalid(guna lesen orang)......

    *Lid gagap....

    ReplyDelete
  12. fuyohh! tokey farmasi tukaq jadi kontraktor besaq?? projek lampu tu besaq juga kos dia..dengaq kata peruntukan mai melalui kementerian pelancongan.

    angin sepoi2 bahsa dok hamboq mai kata tajoi ngan ghamai ketua cawangan kena ngadap lembaga disiplin UMNO? ada btoi ka?

    ReplyDelete
  13. Mummy ,

    nampak gayanya mummy kena kaji balik cadangan calun kepada Mohkzani Mahathir walau pun dia tak bergelumang dgn politik rakyat tempatan tetapi dia besih dan tidak jadi broker Singapore
    Mummy buat kajian dulu rakyat bolih terima Mohkzani atau tidak ,ini lah masa nya bagi peluang kpd Mokhzani untuk bergelumang didlm politik akarumbi...

    ReplyDelete
  14. Mami oooiii,
    Mereka ini bukan setakat UMNO Merbok Tajul gadai. Pulau pun depa gadai. Pakatan Tok Det Khalid yang pelingkup UMNO Kedah. Kedah pun depa gadai.
    Kedah Corp, Tajul jadi MD gadai kepada Singapura, Terra Moda Ltd seluas 340 hecta tanah sebanyak RM2.8 billion siap 2017.
    Apa hukuman kita nak jatuhkan kepada barua-barua Singapura ini?

    ReplyDelete
  15. Mr Chengho, nampaknya hang dok promote Mokhzani sangat ni?
    Hang nak ambik hati Tun Mahathir ka? Kan Mukhriz dah jadi wakil rakyat dan bakal ketua pemuda, cukup lah tu...awat hang nak penaik semua anak PM?
    Hang ingat Melayu lain tak layak ka nak perintah Malaya ni @ Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  16. Saya melihat kewibawaan ketua ini sauadh tercalar. DS Najib mestilah berhati-hati dengan pemimpin yang sebegini kerana jika tidak UMNO akan terperangkap dan imej Najib akan tercalar. Najib baru sahaja akan menerajui kepimpinan negara ini. Jadi biarlah bermula dengan besih dan penuh kewibawaan serta integriti yang baik.
    Sekadar teguran.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Buat makluman mummy rokiah,Tajul adalah seteru dgn det khalid,Tajul adalah org kuat pd najib.salah tanggapan mummy rokiah dedahkan.sy pengundi tetap bkt selambau,parlimen merbok.

    ReplyDelete
  18. Tau bulu ketiak det khalidFebruary 19, 2009 at 11:06 AM

    Det Khalid dan seteru dengan Tajul? Muhung Mummy oooiii..depa berlakon saja. Mana boleh seteru depa boleh pakat mengorat betina sekali?

    ReplyDelete
  19. out sourcing PRK Bukit Selambau kpd ASTI aje lah

    ReplyDelete
  20. Wah, nampak makin karut UMNO Merbok ni. Hebat lah mummy.
    Korek lah lagi. Dah syok ni.

    ReplyDelete
  21. apahal tiba2 muncul si zubir ni dlm umno merbok?Orang luar tak pernah berjasa pada umno merbok tiba2 dilantik Ketua Penerangan??Pemimpin jenis apa si TAJUL ni?Dia bukan nak jaga umno tapi nak jaga kepentingan dia...MANA kawan2 lama dlm umno merbok yg di janji jawatan eksekutif? ramlikarim ,razak,din jj dan cikgu mud??????

    ReplyDelete
  22. mummy dan sahabat,

    isu isu sebegini sedikit sebanyak akan mencuit hati rakyat. ia mengundang spekulasi negatif.

    sukar untuk menjelaskan akan justifikasi peranan seseorang berada didalam sebuah syarikat yang berdaftar di Bursa Singapura tanpa melibatkan elemen prejudis.

    anyway mummy you have done your part as a responsible citizen to expose these acts which is scandalous in nature..

    ReplyDelete
  23. Alah,mcmlah mummy tak tau dlm UMNo mcm mana no.Mmg kebanyakkan pemimpinnya mmg mcm ni.depa penting jaga poket depa aje.tapi yelah pemimpin dari parti apa pun tetap sama jgk kan.. yg penting pilihlah wakil yg tulin..

    ReplyDelete
  24. medan suraya@sg layarFebruary 20, 2009 at 7:45 PM

    Kesedaran yang bahawasanya Merbok di miliki oleh Merbok sudah lama di kalangan orang-orang PAS melalui anak2 mereka yang berada di IPTA/IPTS. Mereka mendapat maklumat thru internet. Anak2 orang UMNO berapa kerat sahaja yg mendokong perjuangan UMNO.
    Perang cyber telah di mulakan pd tahun 1999. Waktu itu UMNO masih di buai oleh mimpi enak.
    Hari ini UMNO Merbok telah memasuki era Politik Komersial.
    Apabila era ini melanda UMNO Merbok, gadai parti adalah pekara biasa. Samalah selepas PUR 2004, apabila para-para Koprat menerkam UMNO. UMNO Merbok pun turut sama di terkam, seperti Tuan Hj Jaafar dari TH Property. Kesan dari ini ialah, Jawatan UMNO diisi dengan cara koprat. Bagaimana mereka dapat kontrak, begitulah cara mereka guna dalam politik. Maka amalan MERASUAH tidak terlepas.
    Tajul Urus, memenangi jawatan Ketua Bahagian dgn cara POLITIK WANG. Semua orang UMNO tahu. Dari gigi laut Tanjung Dawai hingga ke tebing sungai Muda berhampiran Bukit Selambau, semua orang tahu. Tetapi, memandangkan PERWAKILAN UMNO MERBOK 2008 majoritinya ada DAYUS dan ALAH kepada RM maka kaedah politik wang adalah satu kaedah yang berjaya di Merbok.
    Dalam barisan kepimpinan Merbok, di fahamkan ada beberapa orang yang rasanya diri mereka adalah pejuang kaum Melayu tulin. Dengar kata mereka ini menjadi tunjang kepada satu NGO kaum pribumi. Amatlah berharap sangat mereka-mereka ini dapat mencuci UMNO Merbok dari dalam (jgn jd mcm DSAI). NGO ini khabarnya, pada peringkat pusat Naib Presiden ialah Shuib Lazim. Sayang sekali, Shuib Lazim adalah pengatur program Tajul pada kempen pemilihan 2008. Soalnya MANA MUNGKIN orang yang terlibat dalam agenda memenangi Tajul menggunakan kaedah RM kini menjadi pemimpin kanan NGO yang memperjuangkan hak2 Org Melayu dan kaum pribumi. Boleh percayakah mereka?
    Nak berubat sakit ALAH RM kat Merbok mungkin tidak berjaya sekiranya pesakit2 ini mendapatkan ubat dari Zuffa Farmasi milik Zubir. Dia akan bagi ubat yang akan ALAH lagi.
    DR Ismail Daut dr UNIMAP, adalah Arumugam2, pernah menghadapi masalah kewangan sebanyak RM700,000. Sapa tahu bagaimana dia selesaikan hutang itu, marilah kita berkongsi. Beli sebuah rumah bersama dengan Yati tanpa pengetahuan isteri menjadi bahan sembang ahli-ahli Wanita UMNO Merbok. Beliau pada penggal lepas tidak pernah hadir mesyuarat AJK UMNO Bhg 2004-2008 tiba-tiba menang jawatan Timb Ketua Bahagian Merbok. Public speaking out! Walaupun kriteria bercakap x penting tetapi kita harus ingat. Kalau tidak petah bercakap dalam public atau meeting, for sure kalah kalau berbahas atau berbincang dlm meeting.
    Abdul Rahman @ Man Boleh, naib Ketua Bhg. Seorg Penyelia Kanan KEMAS. Cuba selidik, berapa banyak dia kona duit KEMAS. Pernah berkata, Tok Mi bagi apa kat kita? Tajul jumpa kita, huluq juga.
    UMNO Merbok tidak perlu di bersihkan, UMNO tetap UMNO sebab perlembagaan dan kehendak parti masih relevan. Yang tak guna ialah kepimpinan UMNO khasnya UMNO Merbok.
    Mereka pelu di eliminate !!! Kita berharap Ustaz Din JJ yang dia sorg takut masuk neraka, dapat menyuci UMNO Merbok dari RASUAH.
    Orang yang memenangi cara RASUAH akan mentadbir dengan cara RASUAH juga.
    Waslam.

    ReplyDelete
  25. Kalau begini nampaknya UMNO Merbok amat parah imejnya. Hakikat yang semua harus terima bahawa mereka tidak bersedia untuk meletak calun yang berwibawa dalam pilihanraya kecil Bukit Selambau ini.UMNO Merbok harus melalui proses bedah siasat yang serius.
    Baik dari ketua sehingga ke bawah pemeriksa kira-kira semuanya hampas.
    Najib harus cari calun berkecuali jika perlu bawa kembali DS Zainudin Maidin bertanding di sini. Kalau Zam tak mau cuba pujuk dia. Yang penting menang pilihanraya.

    Jika tidak mana-mana calun Melayu yang bersih dan berwibawa masuk bertanding Bebas cap Songkok kerana songkok melambangkan mahkota orang Melayu yang tertinggi.
    Dan pasti Parti Cap Songkok akan menang.

    Rakan bloggers sekelian,
    Mummy ucapkan terima kasih di atas komen hangpa semua yang Mummy rasa memang ini lah suara rakyat di kawasan Merbok. The true genuine apa yang terjadi di kawasan ini. Rungutan-rungutan sebegini seharusnya tidak diambil mudah atau ringan oleh pucuk pimpinan UMNO.
    Kerana mesej di sini menjangkau seantero dunia dan pelawat dan pengunjung blog Mummy pun meningkat secara mendadak.
    Jangan padah Kuala Terangganu berulang di sini, di mana blog Mummy telah membuat teguran dari awal lagi.

    ReplyDelete
  26. Don't drink the water.
    Bukit Selambau ni banyak stesyen.

    ReplyDelete
  27. latest info:
    benaq atau tidak..

    Si ZUBIR nie merupakan calon pilihan umno dalam rangking pertama untuk dipilih jadi calon N25 Bkt Selambau..
    saravanan dah jatuh tangga ke dua...

    tunggu dan lihat...

    ReplyDelete
  28. Salam Mami,

    Khabarnya kerusi Bukit Selambau masih kekal milik MIC, cuma calonya belum diputuskan...Saravanan adalah salah seorang dari calon-calonnya.

    ReplyDelete
  29. Mummy ooooiii..
    Bila Mummy nak siar sini kata ada calun Bebas yang tengah Mummy dok siasat mana dia?
    Biar calunnya tidak sombong, berjiawa rakyat dan boleh turun kawasan Mummy oooiii..
    Kadang-kadang depa nak bertanding saja bila menang batang hidung pun tak nampak. Rakyat diperbodohkan saja.

    ReplyDelete
  30. Semalam Datuk Taslemm mana pulak yang dok gatai nak bertanding Bebas tu Mummy?
    Katanya orang Bukit Selambau pun tak kenai?
    Mana calun Mummy? Atau kita calun Cap Blogger?

    ReplyDelete
  31. masya allah, saya tak dapat menahan dari sakit hati bila membaca komen2 dari orang yang dk kutuk2 PR esp PAS. Saya sokong PAS bukan sebab itu PAS, tp sebab PAS bawak islam.

    saya nak tanya cket kat orang2 yg insist BN/UMNO ni parti yang jaga islam. kita tak payah tgk yang besar2lah, yang kecik2 aja.

    pertama, kita tgk PM sendiri, takpun PM in future tu, isteri dia tu pakai tudung ke? Tak habis baca surah annur ke diorang ni?

    lelaki2 islam UMNO ni, ada jaga tak, fasal bersentuhan lelaki ngn pompuan. malah PakLah sendiri dengan senyum cerianya memegang michelle yeoh.halala ke? padahal ada hadith nabi cakap, lebih baik kulit kamu dicucuk dengan duri daripada bersentuh ngn wanita ajnabi.

    ada ke isteri2 pemimpin PAS pg majlis hiburan? DS Rosmah tu siap bagi hadiah lagi kat AJL.

    Wanita2 PAS ni ada make up ka? ada set rambut ka? ada pakai gincu tebal2 ka? Wanita UMNO majoritinya dak bawak gaya cam tu.
    Kalau benda2 kecik mcm ni pun payah nak buat, jgn nak mengaku diri tu membela Islam!

    Fasal kerjasama PAS ngn DAP, mmglah ada segelintir non muslim taknak dibuat negara Islam. tp masalh kat sini, kerjasama PAS-DAP berbeza dengan UMNO-MIC-MCA. Pas berusaha memberi kefahaman kepada non muslim, berusaha membuatkan mereka sedar keadilan dalam Islam. PAS masih berazam tinggi untuk melihat negara Islam ditubuhkan. Tp UMNO, ada nak fahamkan non muslim ttg Islam? Ada nak tunjukkan Islam ni bukan benda yang menakutkan? Ada nak tunjukkan semangat mereka untuk tubuh negara berlandaskan undang2 Islam? Yang ada pun, dk menakutkan non muslim fasal hudud, fasal bersunat. tak relevan langsung!!Knp mereka boleh bersatu? Ideologi berbeza, tapi masing2 ada satu titik yang sama, untuk menegakkan keadilan. PAS tak lari dari Islam, sebab keadilan pun adalah sesuatu yang dituntut dalam islam!

    agak2lah, dengan cara pemerintahan UMNO ni, non muslim akan lebih faham fasal Islam tak? jawapnnya, never! Malah makin keliru! UMNO memberi teladan kepada masyrakat yang banayk benda yang dibuat tak berdosa.tak tutup aurat tak berdosa, sentuh laki pompuan tak dosa, hiburan adalah satu benda yang bagus, berjudi tak mengapa, clubbing benda yang halal.

    Saya bukanlah penyokong PAS yang totok, tapi sy pendukung Islam yang sejati. Kalau satu masa nanti PAS juga gelap dengan dunia-insya Allah ini tak berlaku, saya juga akan lari dari membela PAS.

    PAS adalah satu parti yang didukung oleh manusia biasa, yang dasrnya adalh islam. Tapi saya tak nafikan, sebagai manusia biasa, PAS juga tidak lari dari membuat salah dan silap. Tapi PAS sentiasa berusaha meminimumkan dosa, bukan seperti puak UMNO yang hari2 membuat dosa tanpa rasa berdosa!

    Tentang PKR pula, secara peribadi, saya berpendapat, PKR tak akan wujud sekiranya DSAI tak dipecat dari jawatannya 11 tahun sudah. sepatutnyalah DSAI melahirkan rasa syukur pada Allah kerana masih memberi teguran kepadanya. PKR terbentuk adalah untuk membela pemecatan DSAI. Tetapi kemudian, PKR berubah menjadi parti pembangkang yang terpengaruh. Walaupun begitu saya merasakan, tak semua ahli PKR dapat membuang mentaliti dan fikrah mereka semasa masih dalam UMNO dulu. Buktinya, apa yang telah terjadi di Perak ini. Bilangan mereka yang ramai di parlimen tak bermakna mereka kuat berbanding parti pembangkang yang lain. mungkin diluar mereka kuat, tapi perlu bagi mereka menguatkan dalaman juga. setelah apa yang terjadi ini, wajarlah pihak pimpinan PKR mengambil kira pembentukan rohani ahli2nya sebelum diletakkan sebagai saf pimpinan. sekalipun rasa tidak sanggup mengikuti cara pas mentarbiyyah pemimpinnya, gunalah cara yang lebih ringan sedikit, perlahan2. Mereka perlu sekali membuang cinta wang dan pangakat dalam hati ahli2 mereka. sebagai bekas pengasas ABIM, sy menaruh aharapan yang tinggi kpd DSAI untuk membuat perubahan ini...

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  32. Ini pertama kali saya membaca Blog MUMMY ROKIAH dan pada saya mummy sedikit sebanyak membawa suara rakyat biasa. Keep up the good work! Kita perlukan orang begini untuk check and balance pemimpin kita!!
    Di sini Mummy tidak ralat untuk menegur kebocahan pemimpin dari mana2 parti baik BN atau PR.
    Saya lihat ini bertepatan dengan fitrah manusia yang x lari dari melakukan kesilapan. X kira dia pemimpin Parti mana, tidak ada satu pun sempurna!! Tugas kita dibawah ini yang prihatin menegur mereka atas kesilapan yg dilakukan.
    Dari situ kita akan dapat menilai pemimpin mana perjuangannya jujur dan rendah diri dapat menerima teguran kita!! Buat masa ini saya masih lagi seorang rakyat biasa yang cenderung kearah perjuangan Pakatan Rakyat.

    Namun saya bukanlah fanatik malah saya rasa budaya fanatik kearah satu2 pegangan politik adalah budaya yang amat tidak sihat di kalangan rakyat Malaysia!Rakyat Malaysia seharusnya lebih political literate.
    Wujudnya fanatik inilah yang di mana saya lihat:
    1)menunjukkan bidalan "menegakkan benang yang basah" yang saya dapat lihat dalam banyak 'blog cenderung politik' di Malaysia.
    2)Mewujudkan budaya maki hamun antara kita sesama manusia.
    3) Mengagungkan pemimpin.

    Sepatutnya kita mengambil langkah lebih besederhana apatah lagi jika orang itu seorang yang agamanya ISLAM. Apapun Malaysia perlukan lebih ramai pemikir bukan blind follower.

    MUzaMiL (Anak Taiping).

    ReplyDelete
  33. chengho awatla bengap sangat, romli karim la ni dah berjawatan tinggi di umno merbok, segala keputusan berkaitan dengan pengurusan umno dia yang dok buat...din dagu saja ja tak mau menyibuk, yang lain-lain razak, hasan acheh non bukit inas mamak tnb tapai semmua dah dapat projek berjuta-juta ringgit.. tu la dulu keluag umeno buat hapa... kan yang untung depa...anda juga yang rogi,hampoeh pun tarak !!!!

    ReplyDelete
  34. ustaz azizan bila lagi nak buka ladang babi terbesar di bukit selambau? apa dok buat lambat-lambat sangat , dah lama rakyat bukit selambau dahagakan pembangunan. Projek-projek seperti inilah yang ditunggu-tunggu oleh mereaka. takbirrrr .

    ReplyDelete
  35. Nampak nya mummy ni marahkan pasal PRU lepas ker...Datuk Zam kena transfer...udah2 la ...kita kena ingat apa yang telah berlaku tu Allah dah izinkan...dari dok kutuk tak tentu arah mai sini saya bawak gi jumpa Datuk Tajul kita...cakap face to face...mummy mungkin jauh dari Datuk Tajul kot...dah dekat nanti tau la apa matlamat dia...amcam mummy mau ka?

    ReplyDelete
  36. betoi kata jep tu...

    Mummy nampaknya macam telah berkecil hati dengan perkara yang tertentu.. Tajul tidaklah serti yang diceritakan... saya tahu, dia kawan rapat saya, tak elok mereka-reka cerita! Dari seorang pendidik hingga sekarang menjadi pemimpin masyarakat , ia adalah ketentuan Ilahi... siapalah kita nak memburukkan Tajul hingga sedemian rupa... elok sangatkan perangai Mummy ... insaflah diri !

    ReplyDelete
  37. assalamualaikum mummy

    saya ni pengundi di nibong tebal pulau pinang. calon BN ( Dato zainal) kalah dlm PRU12 tapi Paklah lantik juga dia sebagai penasihat kementerian Pem. luar Bandar.
    mummy boleh check dia tak? dengaq kata dia dapat banyak pencalonan utk jawatan MKT. Dia ni memang kaya

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.