Saturday, February 14, 2009

Akhirnya...Pak Lah tidak lembik lagi.

PM dianugerah Beret Hijau komando
MERSING 13 Feb. - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini dianugerahkan Beret Hijau Kehormat Rejimen Gerak Khas (RGK) di Kem Iskandar di sini.
Hanya mereka yang benar-benar layak berhak dianugerahkan beret tersebut sebagai salah seorang ahli rejimen GGK iaitu sebuah pasukan yang diperakui elit dalam angkatan tentera dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Penganugerahan beret kepada Abdullah adalah mengambil kira ketokohan, kewibawaan dan kecemerlangan beliau sebagai Perdana Menteri serta sumbangannya dalam usaha meningkatkan pembangunan dan pemodenan GGK dan amnya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Abdullah adalah penerima anugerah beret hijau ke-32 dan merupakan penerima kedua di kalangan Perdana Menteri selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menerimanya pada 2001.
(Sumber Utusan Malaysia 14.2.2009)
KOMEN :
Hanya tinggal beberapa hari lagi Pak Lah akan meninggalkan kerusi PM untuk diserah kepada Najib. Di saat-saat akhir menghitung hari sebelum pemergiannya hari ini Pak Lah dianugerah Green Baret sebaris dengan komando-komando yang berani mati di dalam perjuangan.
Maka hari ini tercatatlah dalam sejarah Pak Lah tidak lagi lembik seperti mula-mula memegang jawatan PM. Hanya dua PM sahaja yang keras dan layak di anugerah green baret Pak Lah dan Tun M.
Perjuangan belum selesai Pak Lah..

9 comments:

  1. makcik..paklah bukan lembek..die pemimpin yang lembut..semoga Allah mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan utk paklah dan keluarge..tak lupe utk makcik juge amin..

    ReplyDelete
  2. Petikan dari:-

    http://jedi-knightstemplar.blogspot.com/2009/02/dishonor-to-green-berets.html

    Bro Templar,

    Kita spent 6 minggu in blood, sweat and tears to earn the beret, this nincompoo senang2 jer dapat and according to some half-cooked reporters, this recepient is considered among the command and do...(command and do, hence commando)...

    Sedih Bro, mcm ni punya mangkuk hayun pun boleh dapat beret, by not having to have second thought at the entrance (of the camp) with signage like "kedatangan anda tidak diundang, jika ragu-ragu lebih baik pulang", remember Bro? Belum training tapi baru sampai depan kem sudah ada greeting mcm tu...

    He ain't know squat about RGK ke, GGK ke, anything et all and this stupid cock-sucker general simply put "our mahkota" on this piece-of-shit...apala nak jadi GGK kita ni Bro?...

    Astagfirullahilazim...

    Hang FAHAM ka MUMMY ROKIAH oiii,,,

    ReplyDelete
  3. Sorry Mummy,

    Perjuangan Pak Lah sudah selesai.

    ReplyDelete
  4. Paklah belum selesai mencari beberapa lagi koleksi menafikan 'lembek dan lembab' yang dilabelkan kepadanya.

    Paklah semakin longlai menghadapi hari hari akhirnya sebagai PM.

    Diharap keajaiban berlaku di saat saat akhir,... ada suara suara ghaib meminta paklah meneruskan kepimpinan negara.

    Pucuk dicita ulam mendatang !

    ReplyDelete
  5. Beret Hijau Kehormat bukan bermakna Pak Lah adalah komando. Sama spt anugerah Doktor Kehormat walaupun penerimanya tak pernah pun ada bachelor degree.

    Tak baik kita menggelarkan seseorg dgn panggilan yg tak sepatutnya, walau siapapun org tu. Mgkn ada yg merasa dia kebal dr dosa walaupun berbuat begitu.

    ReplyDelete
  6. Makcik betulkah kata orang...Peralihan kuasa hanya akan berlaku selepas pilihanraya kecil .. bukan Mac 2009...

    ReplyDelete
  7. Gagak
    Kira-kiranya sekarang pun dah berlaku peralihan kuasa yang tidak resmi.
    Buktinya :
    a) Kenyataan dan dasar Pak Lah dah tak ada bisanya lagi @ tandatangan pun dah tak laku kata org Penang.
    b) Mana-mana pilihanraya kecil kalu Pak Lah kempen hasilnya akan kalah.
    c) Pak Lah pun dah kurang buat public statement. Najib yang banyak sekarang ni.
    d) Banyak rakan-rakan politik dan ahli perniagaan dah lari dari Pak Lah depa dok cari Najib pulak nak lobi.

    Apapun Pak Lah ada jasanya kepada negara ini. Dan jasanya akan dikenanng lagi 20 tahun yang akan datang.

    ReplyDelete
  8. Sisingamangaraja GorgorFebruary 18, 2009 at 9:17 AM

    Ape jasa-jase nye itew?...~

    Whahahahaha...~

    d:...~

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.