Thursday, May 14, 2009

Lawatan ke Indonesia sebagai “habuan” kekalahan PRK Bukit Selambau

Angin meniup kencang di utara. UMNO Bahagian Merbok membuat kejutan apabila semua anggota Ahli Jawatankuasanya di bawa oleh Ketua Bahagian melawat Indonesia hari ini sebagai habuan kerja teruk menghadapi kekalahan PRK Bukit Selambau.

Di dalam situasi UMNO menghadapi kegawatan politik di Perak, situasi ekonomi negara yang tidak menentu dan yang paling meruncing situasi kekalahan teruk PRK Bukit Selambau baru-baru ini, nampaknya semua ini bukan menjadi perkiraan utama perjuangan UMNO Bahagian Merbok.

Di dalam kebuntuan rakan-rakan UMNO mereka di Perak mereka masih boleh "bershopping" menghabiskan saki-baki peruntukan PRK Bukit Selambau yang lepas. Mereka masih boleh menagih habuan kerana mungkin mereka berada di dalam zon selesa.

Kekalahan PRK Bukit Selambau bukan satu pengajaran bagi mereka tetapi satu hadiah besar untuk mereka membuat lawatan ”sambil belajar’ ke negara Indonesia. Mungkin mereka boleh belajar dari ”sepak terajang” politik negara jiran ini.

Sejauh mana DS Najib akan dapat menangani sikap pemimpin-pemimpin yang sebegini rakyat sedang memerhati dari jauh. Begitu juga sejauh mana kekesanan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shafiee Apdal memantau tingkah laku ketua-ketua UMNO Bahagian dalam negeri Kedah juga pengundi (RAP) di dalam negeri Kedah sedang melihat.

Kata SB Rakyat mungkin ini adalah hasil dari post mortem mereka?

70 comments:

  1. UMNO Merbok menuju kehancuran.Percayalah

    ReplyDelete
  2. mummy jelouse kot sbb tak dapat pi?? oohh lupa la pulak mmg la org tak nak bawak mummy sbb mummy pun bukan buat kerja terukl.. dok dpn pc mengata org.. cari salah org ja.. yg depa lain tu semua sjk PRU dulu lg sampai la PRK BS yg lepas kerja teruk.. bertungkus lumus sampai tidoq tak cukup tinggal anak bini.. untuk pastikan BN boleh menang tapi dah bukan rezeki BN nak buat mcm mana.. takkan kita nak tolak ketentuhan ALLAH dan mentakdirkan macam tu.. takpa nanti kalau nak pi jln2 mana km bwk mummy ya.. tapi keja buat la dulou..hahah

    ReplyDelete
  3. Hehe.. betul tu Anon...
    Tiap hari dok depan pc.. komplen itu ini. sikap ni ler yang bleh pecah belahkan sesama melayu.
    besa la anon........... org kita bukan boleh tengok org len lebih.... tambah2 namaya pon mummy

    ReplyDelete
  4. banyaknya amno ni duit. Mana depa dapat? confius aku...tunggu je la soalan dari Tuhan kat akhirat nanti. Aku nak juga dengar, apa yg depa jawab kat Tuhan.

    ReplyDelete
  5. Elok juga makan angin dari stress politik yang berterusan terutama bila kalah.


    Kos tambang kapalterbang RM300 pergi balik ke Jakarta tentunya tidak mahal dan mampu untuk majoriti rakyat.

    Jika lawatan dibuat selepas menang tentulah 'tidak kena' kerana rakyat mengharapkan perkhidmatan wakil rakyat UMNO - buat sementara ini biarlah YB gelap mereka buat kerja.

    Lawatan ini mungkin lebih baik dari pembaziran PKR buat lawatan ke Taiwan tetapi hasilnya tiada, penipuan 19Sept Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  6. Dia orang nak buat apa pun pakai duit engkau ke yang nak bising sangat.

    Tak boleh langsung bersangka baik sesama Melayu Islam. Ingat engkau sorang aja yang betul.

    Selagi UMNO macam ini, makin kuranglah sokongan. Perasaan hasad dengki tak pernah padam.

    ReplyDelete
  7. TAKPA laaa MUMMY. Tu rezki depa.
    Rezki kita pelan-pelan dok mai.
    Tungguuu...hehe.

    ReplyDelete
  8. pada pendapat saya, kalau dah kalah tu, hishhh, tak payah laa nak buat lawatan kot, elok laa sekadar buat satu majlis jamuan dan doa selamat untuk memperingati mereka yang telah bertungkus lumus. bila kita buat lawatan ni, nampak macam kita bergembira pulak walaupun kalah, dia jadi macam serba tak kena, memang laa kita nak bagi hadiah ataupun tahniah kepada mereka yang membantu, saya sendiri berada disitu waktu itu, bagaikan pesta dengan makan minum dan orang ramai yang sungguh hebat pada malam itu, namun, tindakan begini sedikit sebanyak memang tak kena.
    jadi orang tanya, apa tindakan yang betul, tindakan yang betul ialah seperti diatas, buat doa selamat dan kenduri kesyukuran, sebab dah selamat melalui pilihanraya, dan mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana membantu dalam proses tersebut, itu dah cukup. kenapa? kebuluq sangat nak pi jalan ka? adakah kita nak tunjuk sangat kat orang luar kelaku kita yang kebulurkan duit tu? itukah pegangan kita? bertungkus lumus agar kita dapat pi jalan makan angin?
    cetek sungguh pemikiran manusia, secetek itulah harapan yang tinggal sekarang, jika kita tak berubah, maka, nescaya, tempat kita akan diubah satu hari nanti,

    Tahniah kepada mereka yang telah menyumbang kepada kehancuran, tidak mempunyai pegangan, dan tidak mempunyai matlamat dalam hidup, hipokrit! saya yakin bila bahtera nan satu ini hampir karam, mereka mereka ini akan lompat ke bahtera yang lagi satu, dan membuat benda yang sama,

    dalam hidup ini selain dari harta dan darjat, hanya maruah dan iman yang tinggal, jika itu pun anda tiada, baik mati lah hendaknya

    ReplyDelete
  9. Memang orang UMNO bangangpun.Mummy pulak bangsa mamak pedukang kuat cemburu sampai peluh batang hidung. Cucuk lagi mummy.

    Kalau orang UMNO Bangang, Mummy bengong.

    ReplyDelete
  10. hai mummy!!baguz bongkar cerita mcm ni...inilah budaya yg dok ada pada ketua2 bhg d kedah la ni...Ketau bhg jaga hati ajk bagi duit bawa p melancung dan pastikan ketua bhg dan gang AJK kekal..inilah kerja politik UMNO bhg sekarang...rakyat pedulikan sebab depa tak undi dlm UMNO.....Masaalah politik melayu tak pernah d bincang ......Bangsa melayu d hina dan di perlekehkan apa tindakan tak berani buat..ada jawatan dlm UMNO bukan berani nak pertahankan bangsa dan agama......sebaliknya terus membodek pemimpin untuk kekalkan jawatan.......hari ini rakyat dah kenal BADUT2 dlm UMNO.......DATO SHAFIE AFDAL harap dapat kenal pasti badut2 d kedah dan singkirkan mereka jgn takut rakyat dah muak dgn kelaku dan perangai mereka..demi utk kembalikan keyakinan rakyat kedah pada umno.....Tentunya dah ramai ketua2 bhg yg dok lobi dan bodek dato shafie....hati2 dato ,gunakan pengalaman kenal pasti yg mana kaca dan permata.........MERBOK..fikir2lah sendiri.......

    ReplyDelete
  11. Baguis juga mamy buat cerita ni kalau tidak anak anak umnu yang tak dak habuan tu dok menguap kosong sajalah, betoi mamy oi depa umno yang dapat habuan tu kata bukan duit mamy pun , itu betoi tapi itu semua duit rakyat umno sendirilah, yang dapat tu khengeh sampai tepelahang mulut la, tapi hat ramai lagi tu dok nganga sajalah,depa makan harta punya orang ramai depa jawab lah dengan Tuhan nanti,mammy jangan dok campok sama takpasai dapat semangkuk, syabbas mammy cari lagi berita2 yang macam ni kita sama2 bongkar bagi umno2 yang lain tahu,jangan dok jadi macam luncai tu,

    ReplyDelete
  12. Kalau macam nie biaor lah Umno selalu kalah dalam setiap kali PRK tentu mereka dapat pergi melancung..he..he..

    ReplyDelete
  13. Depa p jumpa gus dur mintak nasehat tu.

    ReplyDelete
  14. PAS pun sama dah berubah. Sekarang dah pakai baju mahal. Ahli PAS pun dah bawa Merc Benz. Baguslah itu Melayu dah sama kaya & hidup bertambah mewah. Kita nak gaduh buat apa. Bangsa lain cuti ke USA & Europe 1 minggu tak dah pun bising.

    ReplyDelete
  15. Mummy, setahu kami baru-baru ini ada 2 ajk UMNO bahagian Merbok dah meninggal dunia dan ada 3 ketua cawangan yang pulang ke rahmatullah. Sepatutnya rombongan-rombongan sebegini dibatal sahaja dan saya sokong kalau kita buat kenduri arwah dan tahlil untuk disedekahkan kepada roh-roh mereka. Ini lebih murni dan ikhlas kita berjuang untuk Islam dan Melayu.

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Politiking (Hasil pembangkang) yg tak abis2, kadang2 pergi berehat berjalan2 apa salahnya... Manusia itu bukannya robot

    ReplyDelete
  18. salam mummy,
    depa banyak duit kut...
    biaqpilah...mai tengok kami di http://www.shamelin2u.com/maelkoprat.htm

    ReplyDelete
  19. hahaha.. bengong pnya pyan...
    ang tau dk bgsa lain p melancong pkai duit bpk depa sdiri...'
    melayu umno melancong, rembat duit rakyat... Pyan, ang kalo dh bengong xyah nk ajaq org len jd bengong sama ngan ang...

    ReplyDelete
  20. Salam Mummy,

    Ada cerita cukup baguih d merbok,Ketua Bahagian belah ke Jakarta dan Bandung jadi kepala rombongan,Mesyuarat Perhubungan Negeri Kedah dia hantar wakil iaitu SU Bahagian yang baru Mamak Ramli Karim.Mamak Ramli Karim pula hantaq bini dia jadil wakil dia ke Jakarta n Bandung.

    Ketua Penerangan Pemuda Merbok yang kena blacklist dan dalam Mahkamah untuk di isthirar Muflis pun hantaq wakil iaitu bini dia sendiri.WOW !cukup hebat UMNO MERBOK.

    Mesyuarat Perhubungan Negeri Kedah tak penting,yang penting aku kena pi enjoy di Bandung main golf dari pagi sampai petang dan sebelah malam dangdut sampai pagi.

    Dato Najib dan Dato Shafie Apdal tolong check Bahagian Merbok ada banyak sangat cerita cerita yang tak elok didengar sedang berlaku setiap hari.

    Merbok hari ini sedang menunggu untuk dikapan,ditalkin dan dimasukan kedalam liang lahad buat selama lamanya.

    ReplyDelete
  21. Jerung Makan TapaiMay 15, 2009 at 5:48 AM

    Salam Mummmy,
    Bukan depa nak pi suka-suka depa nak pi buat lawatan sambil belajar dan jalinkan hubungan kembali silarulrahim dengan neng-neng Indon yg dulu berkerja di Sungai Petani dah dihantar balik (tanya Razak Rahman kalau tak caya.....).Duit pilihanraya Bukit Selambau pun masih tak dibelanjakan lagi...
    Blogger Sungai Derhaka,I setuju dengan you mereka lebih penting main golf dan karaoke di Jakarta, Bandung atau Surabaya kerana mesyuarat perhubungan negeri tidak melantik ketua bahagian depa untuk apa-apa jawatan di negeri.
    Paham-paham sajalah.

    ReplyDelete
  22. Yang dibawa kesana tu....semuanya tali barut,untuk menentukan penguasaanya sebagai ketua bahagaian untuk penggal yang seterusnya.Biasalah diapun sama jugak seperti yang dulu.

    ReplyDelete
  23. Syed Osman pegang apa pula?

    *Ahli UMNO interMerbok-Jerai

    ReplyDelete
  24. SALAM...
    HABUAN SEBAGAIMANA PULAK TU???

    MACAM MANA PULA DENGAN ROMBONGAN CIK KIAH KE SUKAN KOMANVEL???
    HE HE HE....

    KHAS BUAT RAKYAT PERAK BAGI MENGETAHU KEBENARAN DI SEBALIK TABIR APA YANG BERLAKU SEMASA PEMERINTAHAN NIZAR BINTANG TIGA INI

    http://gomo-no1.blogspot.com/2009/05/apa-berlaku-semasa-nizar-bintang-tiga.html

    RAKYAT PERLU KETAHUI KEBENARANNYA

    ReplyDelete
  25. pengecut mcm aku saja berani sembang pong pang pong pang dlm blog

    ReplyDelete
  26. mami tlg bagi list nama sapa yg p trip bandong tu..kot2 isok2 jumpa depa mau omong indon...

    ReplyDelete
  27. Mummy,
    Adakah ini juga dikira politik wang? Mana Lembaga Displin UMNO?Apakah Lembaga Disiplin ini hanya berkerja semasa pemilihan sahaja?
    Inilah yang dikatakan hangat-hangat tahi ayam.
    Minta Najib rebranding UMNO, jangan panggil UMNO lagi kerana nama UMNO telah sarat dengan politik wang.

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. Kalau ada sorang lagi macam mummy hancur leboq la orang melayu, dengki tak habis. Yang duk angkat golongan dia duk bertapak tu tak pa. Tak payah la duk bodek sukusakat Tun Mahadhir. Bagi la peluang anak-anak kampung pula macam YB Tajudin, sik ni dak sukusakat Tun juga. depa dah kaya raya bagi la orang lain kumpul qeta pula.

    ReplyDelete
  30. geng dangdut mawar biruMay 16, 2009 at 11:47 PM

    Kalau sapa-sapa kata mummy jelous, tak logik langsung. Mummy dah p banyak tempat dah di luar negara.

    Rasionalnya di sini ialah patutkah depa ni p. Bukan buat keja sangat piliharaya kecil Bkt. Selambau. Yang dengar Tango save duit Perhubungan Negeri suruh bagi kat caw. Dia save 100 + peruntukan pilihanraya. Duit tu patut bagi kat daerah mengundi, dia kona. Masalah pengundi luar pun tak selesai-selesai lagi. P tanya Jasni kalau tak percaya. Taman Ria pun sama x selesai lagi.
    Antara yang pi :
    Dato Tango & Datin
    Dato Zubir & Datin
    Man Boleh-Naib Ketua Bhgn yang bayaq RM kat Bang Lah untuk kepak Mi Lawyer.
    Poat
    Abu Awang
    Ali Din
    Cikgu Latif
    Cikgu Razali
    Cikgu Napiah (bohong apa la tak tau cuti x p mengajar)
    Cikgu Mail Gurkha
    Hashim Penerangan
    Hashim Kg Pasir
    Syukur TNB & Isteri
    Mustafa pen S/U Pemuda
    Kak Besah Ketua Wanita
    Kak Kiah
    Juliana
    Mie Despatch (lupa dah kot kena buang kerja, kena offer sikit lupa habeh...mcm paria)
    Bini Lee Jerung (laki muflis)
    Rosmaini
    Halim Simpang 3
    Kamarudin
    Bidin Yahya
    Razak Peruda (penjilat)
    Ust Aziz (ustaz pn melayang)
    Anom
    Nazri (penjilat)
    Hero sepanjang zaman Mr Lot Of Idea but No deliver Pak Tuan Syed (PERKASA KEDAH) & Isteri (1st trip Medan selepas pemilihan UMNO, ni trip ke 2 ke Indon....caya lah)
    Suriati
    Lee Tapai (badan besaq tp penakut)

    Semoga kembalinya ke Merbok, Merbok akan di pacu dengan ilmu baru yang di kutip dari Indon. Semoga cepat ilmu-ilmu yang di tuntut di Indon di laksanakan. Bukan apa, sessi ini UMNO Merbok pendek umoq!

    40 orang kalau belanja 1000 dah 40K.

    PUR atau pilihanraya kecik klu berlaku 40 orang ni la buat keja.

    Yang kesian sekali ialah bini Lee Jerung. Laki dia Tajul kata habuan buka pintu keta, bini dia ka jadi tukang bawa beg Datin Itik Pulang Petang.

    Pengerusi Perkasa Kedah Syed Osman pun p juga....Mungkin p berilmu dengan Gus Dur kot. Atau mungkin juga dia memperkasakan UMNO Merbok di Bandung. Mungkin ini salah satu cara beliau nak perbetul puak2 UMNO Merbok cara nak berjuang untuk kaum pribumi. Dan jangan lupa, gambar yang di ambil tu boleh masuk majalah UMNO Merbok.

    Dato Man Bendahari dengar kata dah nak resign. Pening dengan duit kira nak keluar. Bercakap sumbang sana, sumbang sini. Last claim balik kat bendahari.

    Ini bukan soal dengki, ini kah wadah perjuangan UMNO Merbok yang di pimpin oleh Dato Tajul Urus Hj Mat Zain & Professor Dr Ismail Daut Dekan School Of Power Electrical & System.

    Inilah class yang tersendiri UMNO Merbok.

    Tahniah UMNO Merbok!!!!!!!

    ReplyDelete
  31. Pengerusi Perkasa Kedah pun pergi juga???????????????????????

    ReplyDelete
  32. Sapa pengerusi Perkasa Kedah?

    ReplyDelete
  33. Saipa lagi kalau bukan penghuni tetap Grand Central Hotel. Tidak lain lagi SYED OSMAN BIN SYED MANSOR Bekas Naib Ketua Bahagian UMNO Merbok kini AJK Lantikan.
    Juga Pengerusi Lembaga Pelawat Dangdut Mawar Biru. Dia pelawat bukan pengunjung.

    ReplyDelete
  34. Geng Dangdut Mawar Biru..ada lg la nama yg tertinggail..Pompuan simpanan Tajul...Si Farah dan Bini Hashim Kg. Pasir..Depa ni semua teruk keja ms PRK Bkt. Selambau..Anom tu pun dpt p jugak..sedangkan laki dia sibok berkempen kat Parti Bebas (Mejar)..Inilah politik wayang Dajal Urus Mat Zain.

    ReplyDelete
  35. Satu lg lupa nak bgtau..duit utk Ketua2 Cawangan di Merbok sepatutnya dpt RM500 seorang tp Ketua2 cawangan hanya dpt RM300 sahaja..mana p lagi RM200..Dato Bashah selaku Bendhari BN kata dia dah bg peruntukan tu kat Ketua Bhg Merbok..kalu xpercaya Ketua2 Cawangan blh tanya Dato Bashah sendiri..Ni no tel Dato Bashah 012-498 5360

    ReplyDelete
  36. Amboi ! sedapnya boleh mengata kat orang. Itu perangai orang Melayu, orang UMNO. Yang dok pi tuduh bukan2 tu buat apa ? Aku baca cerita ni pun dak nampak niat buruk penulis. Dari dulu lagi rencana yang dimuat dalam blog ini takde kelas, kurang intelektual, tak membantu meningkat ilmu. Seolah2 hanya diwujud untuk menghentam UMNO dan UMNO Merbok. Lepas tu, serang secara peribadi pula tu !

    Aku tengok dan aku perhati betapa ceteknya pemikiran, baik penulis maupun yang masukkan komen. Betul juga macam Anon (May 14, 8.20 am) kata. Tulisan dan komen berbau PHD - Perangai Hasad Dengki !

    Salahkah mereka tu pergi melancung ? Tahukah kita siapa yang membiayai lawatan ini ? Tahukah kita yang Ketua Bahagian belanja duitnya sendiri sebagai memenuhi janji yang dibuat kepada ajk bahagian pada tahun lepas lagi ?

    Awat tak cerita yang Puteri Merbok pun anjur lawatan sambil belajar ke Serawak minggu lepas ? Takkan nak tuduh Ketua Puteri guna duit pilihanraya untuk biayai lawatan ini pula ? Depa ni ( tak payah sebut namalah, tak elok, tak matang ) pun pandai cari duit sendiri. Apa salahnya pergi ke Sarawak ? Sama juga apa salahnya pergi ke Jakarta ? Pokoknya, guna duit sendiri atau pun cari sponsor. Takkan nak marah kalau kita yang tak pandai cari sponsor ? Kalau aku ditawar pergi sama, aku pun nak pergi juga. Tapi tak sampai waktunya lagi, belum ada rezeki. TAPI takut juga, kalau lah aku boleh pergi nanti, kena hentam macam ni tak syok juga kerana aku tahu di Merbok ni sama-sama kawan pun dia boleh tutuh rapat ! Dalam dok minum semeja pun, tak dan angkat punggung pun, dia boleh kona ! Dalam sekelip mata saja ! Ni perangai orang di bahagian ini.

    Bahagian lain pun dah anjur lawatan sambil belajar, dah beratus kali. Tak sapa pun bising ! Tahun lepas Tok Mi bawa pi Beijing. Tak sapa pun komplen. Jadi soalnya, komplen tu kerana lawatan itu sendiri ke ATAU kerana orang yang menganjurnya ??? Jadi yang dok hentam orang yang dibawa pergi bersama, apa ke jadahnya ?

    Biasalah, dalam dunia ni, buka semua manusia serupa. Kalau dia dibawa bersama, maka diam membisulah dia. Kalau orang lain pergi, maka kata2 kesat, kata2 dengki, kata2 nista pun terpancut keluar dari mulut-mulut yang sememangnya berbibirkan racun !!! Kita perlu muhasabah diri. Kita pun tak 'lengkap' sifatnya. Nak buat tuduhan palsu, reka cerita-cerita fitnah, kemudian buat andaian atau kesimpulan yang tak berlapik kepada fakta dan kebenaran, siapa pun boleh ! Sambil tidur pun kita boleh mengumpat kat orang lain. Tapi tak terfikirkah dosa pahala ? Ni, sembahyang tak tinggal, kononnya. Mulut berbuih dengan kata2 dusta, hati bersalut dengan hasat dengki dan otak dipengaruhi oleh fikiran yang serba kotor. Maka inilah yang terdapat pada diri kawan2 sendiri.

    Cuba belajar melihat sesuatu dari sudut yang lebih positif. Bersembunyi diri dan berselindung sebagai seorang blogger atau pemberi komen Anon, BUKAN 'gentelman' TAPI pengecut dan dayus. (Mungkin saya pun tergulung dalam puak ini. Tapi saya cuba elak daripada soal peribadi atau menyatakan sesuatu yang bersifat andaian).

    Dalam soal semacam ini, cari yang jernih daripada teruk-teruk menyeluk tangan ke dalam 'kelebok'. Dalam 'kelebok' pun buka semua yang kotor berselut ; ada juga ketam, umpun-umpun yg diperlu oleh para pemancing !

    Sesungguhnya,otak yang kotor sahaja yang selalu memikir perkara-perkara yang kotor ! Dan itulah keperibadaian yang selalu dibawa-bawa, dah nak buat macam mana.Kita dah macam tu ! Kotor !

    ReplyDelete
  37. Salam bloggers,
    Bercakap pasal politik wang jangan kata UMNO di dalam PAS juga berlaku malah dalam PKR lebih rakus.
    Pokoknya bukan UMNO,PAS dan PKR, pokoknya Melayu.

    Sikap Melayu mudah dibeli dengan wang malah dengan rombongan sebegini pun Melayu mudah lupa dan
    lalai. Mereka masih melihat dari kepentingan pribadi dari kepentingan rakyat dalam Merbok khasnya.

    Apa perasaan pengundi-pengundi di atas pagar yang sedang memerhati?

    Yang benar-benar berjuang dan banyak jasa kepada orang-orang Melayu seperti Tun Daim, Tun Mahathir dilupakan dan dihina.

    Kita mungkin tidak tahu di dalam diam berapa banyak Tun Daim sumbang kepada kerajaan PAS Kedah demi semangat anak Melayu Kedah dan perjuangan.

    Ini kerana keyakinan Tun Daim kepada kerajaan PAS Kedah buat masa dan ketika ini nampak berhemah di dalam membelanjakan wang rakyat.

    Hari ini UMNO telah dijenamakan boros dan lavish sejak Mahadzir Khalid lagi termasuk mereka sekelilingnya.

    Hakikatnya perangai dan tindakan sebegini tidak langsung membantu integriti kepimpinan DS Najib. DS Najib sedang menggalas biawak yang hidup.

    ReplyDelete
  38. Kalu guna duit sendiri atau duit sponcer xla sakit ati sgt..ni guna duit rakyat..kalu Ketua Bhg guna duit sendiri p ke Bandung tu xpa la jugak...ni p umum dlm mesy duit pilihanraya..ingat semua AJK Merbok tu org dia ka..tunggu cr silap..mampuih dia..kalu dia nak pakai duit dia..semua ajk tau tu duit sapa..tu yg pakat2 bw laki bini tu..awat xkota janji dia kat AJK Merbok lepas dia menang lg..hampa pikiq tgk la..kalu nak bela tajul pun, siasat2 la dlu..jgn main bodek ja..nnti mkn diri balik..tunggu SPRM siasat ja la..semua yg p tu, tunggu ari ja nak kena panggil.

    ReplyDelete
  39. Anom 6:16 am,
    Nampaknya tuan membela habis tindakan yang tuan buat. Dulu tuan hentam habis-habisan juga apa yang org lain buat semasa pemilihan bahagian kerana ianya menguntungkan tuan.
    In short apa juga menguntungkan tuan, tuan akan membela demi menghalalkan apa yang tuan buat.
    Pergi Beijing bukan janji Tok Mi, itu Tajul yang bawa. Pergi Indon Hj Man yang bawa.
    Dulu tuan kata masa Tok Mi ketua bahagian "kami tidak pernah merasa lawatan seperti ini".Mana penderian tuan?
    Puteri buat lawatan ke Serawak ada logiknya kerana dalam Malaysia juga.Dengan keadaan ekonomi sekarang biarlah wang itu mengalir dalam negara juga.
    Tuan harus ikhlas, mencari pengaruh politik dengan memberi habuan dan membawa lawatan untuk berpoya-poya bukannya cara untuk kekal sebagai pemimpin bahagian.
    Ketua bahagian harus bijak dan berkualiti untuk berdebat dengan pembangkang.
    Bukannya bercakap diperhimpunanan agung UMNO suruh murid-murid sekolah makan banyak telor untuk bijak belajar dan cadangkan pula penagih-pengaih dadah dilunggok dalam satu pulau tahaq bagi depa mampuih. Tun Mahathir pun perli Tajul bila bercakap memberi cadangan bodoh ketika tu.
    Inilah kualaiti peminmpin Merbok yg ada...Hampeeeeeeeeeeh.

    ReplyDelete
  40. UMNO sehingga sekarang masih tidak sedar barah kian menular pada dirinya...orang melayu sudah tiada pilihan? nak undi PKr tidak mungkin, nak undi PAS tidak sama sekali, tiadakan parti lain yang boleh menjadi harapan orang melayu jika UMNO tetap terlena dan tidak bangkit2?

    ReplyDelete
  41. Td Perasmian Mesy Caw Merbok 2009..tp kami ketua caw tidak dibenarkan utk mengadakan sessi soal jawab..mcm2 soalan yg bermain di fikiran..tp lepas ja ucapan ketua bhg..Hashim penerangan dan jugak AJK Bhg di lantik yg tak sah selaku pengacara majlis terus menutup majlis tersebut..ada ka patut..mgkin dia dah tau kot..ada org nak pertikai status dia sebagai AJK Bhg yg dilantik atas kouta apa..

    ReplyDelete
  42. Mummy berapa RM masuuuuk duk hentam KBMerbuk. Gua caya lu la. Gua sokong lu, lepas KB Merbuk sapa pulak mummy?

    ReplyDelete
  43. hai geng dangdut mawar biru, bawah mengucap banyak-banyak. mummy pun duk tumpang sekaki dapat dosa kering bagi ruang duk mengata orang. Berdosa mummy mengumpat saudara sendiri. tak baik duk menghina orang macam tu geng dangdut mawar biru oi. islam tak mengajar penganutnya duk menghina macam tu. Kalau betui la Dato Tajul tu dan pengikutnya buat benda-benda yang tak baik. kita pakat-pakat berdoa agar mereka bertaubat dan tak guna duit rakyat. kan baik macam tu, berdoa agar umat islam jadi baik-baik. amin.

    ReplyDelete
  44. teropong pelita ni tak nampak ka TUN M la ni duk pekemas anak dia DM. Bagi la peluang orang lain pula, tak kan lepaq anak depa, anak depa, Teropong pelita hang teropong la jauh sikit. Di Malaysia ni banyak lagi orang lain yang baik dan baguq. Dato Bashah tu SPM ada ka? Utz Azizan lulusan mana ... hang teropong sikit.

    ReplyDelete
  45. Anom,
    Mendidik anak menjadi pemimpin yang baik bukannya satu kesalahan. Yang salah ialah memberi kuasa kepada menantu yang tidak menentu.
    Lihat Lee Kuan Yew mendidik Lee Hsien Loong. Clinton mendidik isteri Hillary Clinton.
    Najib anak Tun Razak.
    Kalau mereka layak, competent dan boleh bersaing mengapa mereka harus sekat dari berkhidmat untuk rakyat.
    Mengapa TDM tidak mendorong dan mendidik Mokhzani sedangkan Mokhzani lebih awal berkecimpung dalam dunia politik dari Mukhriz?
    Ini kerana TDM lebih tahu perangai luar dalam anak-anaknya.
    Juga tidak salah kita mendidik anak-anak kita menjadi ketua pemuda cawangan, ketua cawangan atau ajk bahagian atau ketua bahagian.
    Tetapi jangan dididik politik kotor dan rasuah politik.
    Tidak ada jalan mudah untuk berkuasa.

    ReplyDelete
  46. Anon mey 17,6:16 am. Aku fikir tak bijak kau kata penulis dan pembahas dalam blog ini tak dak kelas dan kuran intelek.
    sepatutnya kau minta KBMERBOK beri komen dalam blog ini atau buat sidang akhbar buat penjelasan dalam siuasi politik sekarang apa resional meka p melancong bersenang-senang dan dikatakan bukan dengan duit sendiri.
    Jangan buat kenyataan emosi dan ikut stail tak dak kelas dan tak intelektual makin menimbulkan banyak keraguan.ya! Hang ingat pesan,nasihat aku ni jangan merapu macam orang sembelit.

    ReplyDelete
  47. Anon May 17,6:16Am

    Daripada respon yang panjang berjela tuan hamba,nampaknya tuan hamba memang betoi bendul orangnya.

    Tuan hamba,jangan kata 'Tok Mie bawa pi Beijing tak dak sapa komplenpun'.Cuba cari sumber maklumat sendiri diperingkat akar umbi baru tau....kadangx yang disangkakan setia waktu siangnya bagai nak gila tapi bila malam tiba mula nak jagi pontianak samalah spesis dengan biawak.

    Kalau dah kata nak jadi 'Gentelmen' buka lah blog saudara sendiri supaya dapat dilayari,baru leh kita tengok berapa ramai yang dok menentang arus.Kalau dok jadi ahli macam dok kena cucuk hidung xpayah.

    Kalau guna duit sendiripun,sumber yang jadi duit sendiri tu mai kot mana? jika sikit xpe le.... nie kalau dah Ratusan ribu woi....banyak tu,dia buat niaga apa? leh sumbang banyak tu....?

    Jika nak bagi sponser?,apa yang boleh dapat balik daripada pelaburan tu....?Lepas nie jobs banyak ke....?

    ReplyDelete
  48. Salam, buat semua. aku tertarik baca komen dalam blog ni. menariknya ada kaki ampu dan kaki dengki. Memang la betui kata teropong pelita anak-anak bekas PM ada kelas tersendiri dalam arus politik negara. Aku salah seorang yang terlibat dalam usaha melobi dato mukhriz nak jadi KP. dato mukhriz tak guna RM tapi orang kuat dia sdr anas yang duk huluq. tok sah duk kata orang la. 2x5 = 5x2. Itu cerita lama. La ni tak sah duk mengata orang, pebetui diri dulu.

    ReplyDelete
  49. kawan lama kbmerbokMay 18, 2009 at 4:20 PM

    nak tahu lebih lanjut bab tajul ni pi tanya cup usima. setahun dok perabih duit kawan tu, apa habuk pun tarak.

    ReplyDelete
  50. helo saudara/i, daripada duk menghina orang dalam blog ni lebih baik buat saranan yang baik-baik. Macam mana nak menyatukan orang-orang Melayu yang banyak PHD ni.

    ReplyDelete
  51. BERITA TERKINI
    ==============

    Mohd Saiful Bukhari Azlan

    Demi Allah, Agama, Bangsa dan Negara

    Friday, May 15, 2009

    25hb Jun: DSAI berlepas ke Washington? Harap pulang sebelum 1 Julai..

    Kedutaan Turki, KL: DSAI pernah melarikan diri di sini
    konon nyawanya terancam. Harap lakonan ini tidak berulang.

    Terdapat beberapa maklumat yang saya terima mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C, Amerika Syarikat pada 25hb Jun 2009, 6 hari sebelum perbicaraan utama bermula.

    Jika benar maklumat tersebut, saya harap beliau dapat pulang dan hadir pada hari perbicaraan utama kelak. Janganlah ''lari'' mohon perlindungan disana pula. Jika maklumat ini tidak benar, baguslah kalau begitu.

    Dalam pada itu, pada hemat saya adalah tidak wajar untuk beliau kali ini mempertikaikan integriti dan ketelusan Mahkamah. Ini kerana, bermula dari hari beliau didakwa, sudah banyak peluang dan kelonggaran yang telah diberi.

    Antara peluang dan kelongaran yang telah diberi;

    1) Ketika perbicaraan di Mahkamah Sesyen, penetapan tarikh-tarikh perbicaraan mengambil kira dan memberi kelongaran kepada faktor bahawa beliau perlu hadir di Parlimen.
    2) Beliau juga diberi jaminan bon peribadi dimana wang jaminan TIDAK perlu didepositkan
    3) Paspot antarabangsa beliau tidak ditahan.
    4) Perdana Menteri (pada ketika itu Tun Abdullah) sendiri telah memberi jaminan kepada beliau dan keluarga supaya perbicaraan ini dibicarakan dengan seadil-adilnya. Rujuk penghakiman ini

    Selain itu, beliau sendiri baru-baru ini semasa Mahkamah Tinggi memberi kemenangan kepada YB Nizar mengakui dan menyeru rakyat supaya menghormati Mahkamah yang sememangnya telus dan bersama mendaulatkan Undang-Undang.

    Jadi, pesanan saya buat DSAI, ''peganglah kata-kata anda itu untuk kes anda kelak''.

    Akhir kata, pada 1hb Julai 2009 nanti genaplah 1 tahun saya berada dalam penantian bagi menuntut keadilan. Banyak dugaan dan rintangan yang telah dan akan saya, tunang dan keluarga hadapi lagi dalam menanti hari tersebut untuk tiba. Walau apapun, saya akan menantikan hari tersebut dengan penuh sabar dan reda. Saya berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

    Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

    SAIFUL BUKHARI


    ANWAR, TAK MAU SAMAN SAIFUL KE KERANA BERKATA AWAK AKAN "LARI " KE KAMPUNG "UNCLE SAM "

    LAWAN JANGAN TAK LAWAN ANWAR.

    LAWAN JANGAN TAK LAWAN SAIFUL.

    ReplyDelete
  52. Bagi yang tak suka baca blog ni tak payah masuk. Ada mummy invite? Di mana orang UMNO nak luahkan apa yang tak puas hati?
    Mesyuarat UMNO samada di peringkat cawangan atau bahagian sama saja. Segala usul tidak di endahkan. Apa yang di bangkitkan dalam persidangan sekadar memenuhi aturcara mesyuarat.
    Maka, di dalam bloglah orang melepaskan perasaan. Samalah apa yang berlaku di warung-warung kopi. Bezanya di warung dalam bentuk percakapan dan di dalam blog dalam bentuk penulisan.
    Bagi yang rasa boleh menyampaikan sesuatu, binalah blog sendiri.

    Ini bukan soal perpecahan Melayu atau tidak. Soalnya jika berlaku benda yang baik, sudah pasti tiada komen-komen yang negatif.

    Rakyat atas pagar memerhati segala berlaku ke atas BN dan PR. Mereka akan pilih parti yang mereka yakin. Keputusan PUR12 telah mengambarkan segalanya.

    UMNO patut menjadi hero bukan di kalangan ahli UMNO. UMNO kena jadi hero untuk semua dalam segenap segi.

    Barulah nampak UMNO boleh melindungi rakyat. Undi mahu dari semua orang, maka buatlah kerja untuk semua orang juga.

    Ataupun kita kena jajah semula kemudian insaf........

    Ingatlah Agama Islam sebagai agama persekutuan boleh di ubah......

    ReplyDelete
  53. UMNO dimana?
    1. Nampaknya tuan lebih rasional dari emosional.

    2. MUMMY tidak minta dibela dan Mummy bertanggung jawab di atas setiap penulisan Mummy.

    3.Sebenarnya apa yang SB Rakyat dedahkan dengan bukti-bukti kepada Mummy adalah lebih dari apa yang Mummy tulis disini.Mereka keciwa suara mereka dipinggirkan dan hak mereka dibakulsampahkan.

    4.Mummy hanya menulis untuk memberi peringatan supaya pemimpin-pemimpin UMNO berubah untuk mereka diterima kembali oleh rakyat.

    5. Mereka harus boleh membezakan apabila seseorang pemimpin itu dipilih oleh rakyat atau ahli-ahli UMNO dengan secara langsung pemimpin tu telah menjadi hak rakyat dan hak ahli-ahli UMNO.

    6.Perangai dan tingkahlaku mereka akan diperhati oleh rakyat. Keluarga dan rakan-rakan mereka akan diperhati oleh rakyat.Harta dan pakaiannya akan dinilai oleh rakyat.

    7.Pendeknya serba-serbi sehingga cakap-cakap dan janji-janji yang ditabur akan dituntut oleh rakyat.

    8.Jika individu terbabit bukan dipilih oleh rakyat dia boleh bebas melakukan apa yang beliau suka i.e lantaklah apa nak buat.

    9.Seharusnya jika perkara-perkara negatif sebegini berbangkit penyokong-penyokong dan mereka sekeliling pemimpin ini memberi teguran supaya ianya tidak parah kelak.

    10.Jangan mereka mudah dibuai dan dibeli dengan habuan yang tidak seberapa nilainya dan menyokong membuta-tuli dan menjadi alat kepada pemimpin yang korup dan tidak bermoral kelak negeri akan tergadai.

    ReplyDelete
  54. Mummy,
    Bukan soal bela atau tidak. Soalnya kefahaman pembaca. Contohnya macam rombongan ke Indonesia sepertimana dedahkan. Rasionalnya sesuai atau tidak rombongan ini?
    Dengan suasana politik hari ini, sesuaikah rombongan ini?

    PM & TPM sibuk turun padang dan kemelut politik di Perak belum selesai, sesuaikah UMNO Merbok bergembira.

    Ahli-ahli biasa dan RAP menilai sesuaikah rombongan ini. Suasana mengambarkan UMNO MERBOK berada di dalam zon selesa dan Merbok seperti masih menguasai DUN dan Parlimen.

    Apakan daya MUMMY, bila harga diri boleh di beli dan RM penawar segalanya. Kesilapan boleh di tebus dengan RM.

    TQ Mummy.

    ReplyDelete
  55. Perlembagaan Persekutuan boleh di ubah. Umat Melayu kena faham !!
    Bijaklah berpolitik.

    ReplyDelete
  56. Mummy,
    Dalam sejarah UMNO Bahagian Merbok sejak T S Khir Johari,Dato Non Johari,Tun Daim,Pak Njang Badri dan Tok Mi Janggut tak pernah berlaku perkara perkara buruk begini.

    Yang Mummy dedah ni hanya setitik embun saja, ada banyak lagi penyelewangan yang dilakukan oleh TAJUL DAN GENG GENGNYA.

    Tapi yang amat memalukan ialah ada maklumat mengatakan semasa PRK DUN Bukit Selambau ada pembesar UMNO Merbok mengundi calon BEBAS lambang BAS.Diberitakan lagi bahwa calon BEBAS ini seorang jutawan kuari yang menaja calon calon tertentu semasa pilihanraya umum 12 dan pilihanraya UMNO tempoh hari.

    Mummy, keadaan UMNO Merbok cukup sedih,mereka tidak akan dapat bangun untuk menawan semula Parlimen dan kedua dua DUN TANJUNG DAWAI DAN BUKIT SELAMBAU.

    Satu 'TOTAL OVERHALL'dari Ketua Bahagian,AJK BaHAGIAN dan sebahagian dari Ketua ketua cawangan WAJIB dilakukan segera !

    ReplyDelete
  57. Mummy,
    Adalah lebih baik pendedahan ini dilakukan sebelum pilihanraya supaya Najib tidak memilih calun yang silap mewakili UMNo atau BN dalam PRU13.
    Mereka yang kena batang hidung mestilah sedar diri bahawa mereka tidak layak untuk mewakili rakyat.
    Jangan ingat apabila jadi ketua bahagian depa automatik layak jadi ADUN atau Member of Parlimen.
    Kami pemuda penat dok gantung poster muka calun-calun yang rasuah dan taik betina(maaf mami kasaq sikit).
    Bila nak pertolongan kami lembut gigi dari lidah.
    Bila dah menang jadi wakil rakyat, minta bola sebiji pun mengeliat..
    Wakil rakyat PKR langsung laaa...hidung pun tak nampak.

    ReplyDelete
  58. mummy rata2 bhg lain d kedah pon sama saja.....untuk PRU13harap mummy dedahkan kelaku dan tabiat buruk pembesar2 umno d bhagian2 krana depa ni bukan sedar apa yg depa lakukan..rakyat dah benci tapi yg pilih depa nanti pimpinan atas umno..sebab tu depa tak heran....rakyat tak suka..pimpinan atss suka sebab depa ketua bahagian...LOBI jadi calon...tanding kalah sebab rakyat dah benci,........SAYA setuju UMNO bahagian merbok kena buat TOTAL OVERHAUL.....DAPATkan SOLID NEWTEAM dgn corak pemikiran yang Berani dan kreatif dalam memperjuang nasib masa depan melayu yg makin tercabar....ayuh cepat bertindak HINDRAF telah mencabar bangsa MELAYU dgn mencabar institusi POLIS..........

    ReplyDelete
  59. Saudara Merbok 80:

    Nak Buat 'Total Overhall'apa lagi...?
    kalau kelaku serta prinsip perjuangan
    masih macam biasa.Kita ambil satu contoh yang nyata,semasa berkempen untuk permilihan bahagian yang lalu,semasa majlis dirumah Ket.Bahagian sekarang nie..,kepada sesiapa yang nak jawatan AJK Bahagian disuruhnya membuat penyataan kepada yang hadir untuk memberi ucapan penawaran diri.Ada daripada kalangan mereka ini,usianya telahpun menjangkau lebih tua daripada usia Negara kita merdeka,sudah tentu keahlianya dalam UMNO begitu lama,tetapi kelaku serta prinsipnya samalah seperti baru menjadi ahli.Untuk mendapatkan barisan kepimpinan bahagian yang terbaik,jika tidak diubah pemikiran serta prinsip perjuangan sebenar ahli-ahli selagi itulah permasaalahan ini tidak akan dapat diselesaikan,perlu juga diingatkan merekax ini bukanlah daripada kalangan orangx yang bodoh yang boleh memperbodoh-bodohkan ahli-ahli merbok,rangkaian mereka ini bukanlah setakat dimerbok sahaja.Cuba saudara amati wakil UMNO yang bertanding Pada PRU ke 12 yang lepas siapa yang punya perancangan untuk memajukan senarai nama calon untuk kelulusan kepada pihak yang lebih atas untuk meletakan sesaorang calon itu,jika diberi penerangan berkaitan status UMNO kedah,sudah tentu lapuranya sentiasa dalam keadaan yang memuaskan.Jika betulx nak berubah mahu atau tidak perlulah mejoriti ahli UMNO Merbok kena berubah?

    ReplyDelete
  60. LET FORMAT.. KETUA CAW YG BERASA NAK TONGKAT LANGIT MEMBUATAKAN ORANG MUDA MELUAT NAK GIAT DLM UMNO. TUNGGU LA AKIBATNYA PRU 13..

    ReplyDelete
  61. Latest news..hasil dari lawatan ini ajk-ajk lelaki kata wowwww...neng-neng Indon comel-comel blaka.
    Yang wanita shopping bagai nak rakkk..
    Mereka kan kesana lagi tetapi secara persaorangan.

    ReplyDelete
  62. oi chan kona, awat hang buat lagu tu tusah duk hasat dengki. Dalam politik ni, macam kata Mahfuz BERSAMA SAYA ATAU MENENTANG SAYA

    daripada chan tak kona

    ReplyDelete
  63. Yang aku tau,yang dok hentam umno merbok dan kepimpinan bahagian semuanya dah tak laku dah dalam umno bahagian.Jadi yang depa tau dok hasad dengkitak tentu pasai.Kita tau sapa mereka.Perut busuk macam udang lalat urung.Nak buat belacan pun tak bolih dah.POORAH,Semua cakap tak serupa bikin.Ada sekok betina tu,tengok gaya dan lagak macam betina.......Pantang tengok orang.Kita kenai sapa dia.Cukuplah dengan busuk awak awak tu.Yang dok kalut sangat pasai lawatan tu,dengki sangat ka.

    ReplyDelete
  64. Salam MUMMY...
    Saya berminat juga apa yang SUK KJ dah buat utk merbok...
    Takkan nak jaga perwakilan dia saja kot.. pemuda2 (grass root) tunggang langgang.
    Dah dok tau saluran 3-4 dok kena gila2... tapi satu apa pun tak buat nak tarik balik saluran2 ni... lepas tu dok gaduh pemuda tak sokong UMNO.
    Kalau dok macam ni juga... PRU13, Dato Najib masuk parlimen jadi ketua pembangkang...

    ReplyDelete
  65. Bukan saja UMNO Merbok, UMNO Malaysia tak buat apa-apa lagi. Duk bercakap aje. Buat dak pun. Pedengki pula ramai. Tahniah KB Merbaok. U memang hebat. Orang Melayu PHD cukup tinggi. Yg hebat akan dikutuk, yang teruk akan dipuji. Macam Tun Lah dengan Tun M.

    ReplyDelete
  66. woii, awat dok senyap... kutuk la lagi.... kutuk la... kutuk la..
    sapa lagi nak kutuk umno merbok, kalau geng mammy rokiah tak kutuk. takkan nak bagi pas @ pkr kutuk kut... depa bukan tau nak karang fitnah-fitnah macam ni... ni semua kerja orang umno merbok yang talam dua muka... terhegeh-hegeh jumpa tajul terbongkok-bongkok cium tangan... pijak semut tak mampuih.. belakang kutuk bagai nak rak... musang bulu babi.... biawak kabuk !

    ReplyDelete
  67. Salam...
    Sebenarnya kutuk mengutuk ni tak ada kebaikannya...
    Mummy... cuba mummy bagi cadangan atau idea yang rasanya boleh diterima pakai. setiap orang ada buat kesilapan.. Sebagai Ketua Bahagian yang telah dipilih, kita kenalah bagi sokongan supaya beliau dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna. kalau rasa ada kesilapan dan kekurangan... kita cuba perbaiki melalui jalan yang betul.
    Berilah peluang... kerana dengan kutuk mengutuk...kata mengata... yang menjadi mangsa... kaum melayu juga.

    Sama juga dengan KP Merbok. Beri beliau peluang untuk berkhidmat sebaik mungkin. Kalau rasa2 banyak penyelewengan dan tak buat kerja yang diamanahkan. Lagi 2 tahun... pakat2 kalih...

    Saya akui, dari apa yang saya amati sekarang... banyak yang terlampau gelojoh, termasuklah AJK2bahagian dan pemuda... Terlupa amanah yang diberikan, nampak poket sendiri saja.

    Masing2 boleh buat penilaian dan berilah mereka peluang untuk berkhidmat sebaik mungkin.

    *Lampu Depan*

    ReplyDelete
  68. awat tak sebut sorang lagi otai umno merbok.... mamak karim,
    su bahagian merbok.... tanya tok mi berapa banyak dia kona masa jadi ajk bahagian dulu ( biro pembangunan )... melayu mudah lupa!

    ReplyDelete
  69. Akum tuanpuan fitnah... dosa fitnah lebih besardari dosa membunuh

    ReplyDelete
  70. wahai ahli fitnah sesungguhnya orang yang memfitnah dosanya lebih teruk dari dosa orang membunuh...... ingat allah sebelum berkata-kata
    gunakan akal bukan nya nafsu...............

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.