Thursday, May 7, 2009

*Jeha dan *Lahuma mati ditelan Benten dan Power Rangers

KUALA LUMPUR 5 Mei - Lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Malah dua daripada mereka yang hadir pada sidang akhbar hari ini iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan. Tiga lagi Sasterawan Negara yang menentang PPSMI ialah Datuk Shahnon Ahmad, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Abdullah Hussain.

KOMEN:
Tahniah kerana mereka sanggup mengorbankan anugerah rakyat kepada mereka dan mereka sedar bahawa anugerah ini adalah hak rakyat dan mesti dipulangkan kepada rakyat.

Sepatutnya mereka menolak anugerah ini lebih awal sebelum menerima pencalunan dahulu. Mungkin ketika itu mereka masih hebat dan disanjung tetapi apabila mereka mula sedar mereka sudah tidak ”relevant” lagi di dalam mengharungi badai media baru kini mereka merasa ketinggalan. Apabila merasa tersisih dan sunyi mereka membuat keputusan untuk menolak anugerah ini setelah sekian lama menikmati kebanggaan dan sanjungan dengan ”title” tersebut.

Arus, badai dan gelombang media baru hari ini seperti menyisih langsung para sasterawan negara. Generasi hari ini khasnya cucu-cucu dan cicit-cicit mereka dibesarkan dengan Googles, Facebook, Blog, Friendster dan lain-lain.
Cucu-cucu mereka telah melupai langsung novel-novel Salina, Sungai Mengalir Lesu, Rentung, Ranjau Sepanjang Jalan dan lain-lain malah jauh sekali untuk mengkaji dan mengupas teks-teks novel mereka seperti satu ketika dahulu.

Mereka yang sebenarnya sedih apabila *Jeha dan *Lahuma telah ketinggalan zaman ditelan oleh Benten dan Power Rangers.
*Untuk generasi yang tidak tahu siapa itu Jeha dan Lahuma sila rujuk - Novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad, mengisahkan kehidupan golongan petani di Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah; Lahuma, Jeha dan anak-anaknya yang tujuh mengharungi perit-maung hidup dengan hasil tanaman padi mereka. Saban tahun padi-padi itu tidak diperoleh dengan sewenang-wenangnya. Pertama, semak-samun bendang perlu dibersihkan sebelum semaian dapat dipindahkan ke sawah.

17 comments:

  1. Hikayat Ranjau Sepanjang Jalan itu cuma relevan untuk orang zaman selepas perang sahaja. Atau untuk generasi masa depan sekiranya berlaku perang dunia ke 3. Itu pun sekiranya ada lagi generasi ini yang masih hidup.

    Manusia hidup dengan generasi dan suasana semasa. Perkara yang besar masa dulu sudah tiada maknanya lagi sekarang.

    Zaman susah dulu, masjid adalah bangunan besar yang menandakan wujudnya suatu masyarakat. Sekarang fungsi tersebut telah digantikan dengan Shopping Complex.

    Terimalah hakikat, zaman telah berubah.

    ReplyDelete
  2. Salam
    Mummy....
    bekas MP Sik, Dato' Dr Hj Wan Azmi Ariffin telah cuba menulis novel berantai bekaitan Sik....
    sesiapa sahaja yang berminat boleh menyambung novel tersebut dan setakat hari ini....telah ada 25 page n kalau ikut perkiraan saya....sekitar 300 muka surat kalau dibukukan menjadi novel. Cuma lenggok bahasa tidak menarik dan perlu dipolishkan lagi.
    apapun...itulah hasil karya yang disambung2 hasil idea orang ramai.
    layari http://parlimensik.proboards.com dan masuk ke bahagian novel berantai...

    ReplyDelete
  3. Ambo Mummy... akai mami ni sama nagan mamak det kat pekan rabu tu. Ermm...nak buat macam mana dah asai usul macam mummy no.. Apa pasai Mummy dok ajaq anak-anak muda bnci pada orang tua2 mcm sasterawan negara tu. Kita patut la hormat semua orang tua. Ni Mummy dok perangat budak2 yang tak tau apa2 tentang Leha dan Lahuma tanpa prinsip etic dan etos. tanpa rasa mahu hormat khazanah warisan bangsa Melayu. Sebagai Melayu tulen tentu saya marah sangat2 kalau warisan bahasa Melayu saya diperlekehkan. Mummy ni mamak kan? tapi kena la juga hormat ka budaya lain. ok..mummy teruskan perjuangan daulatkan bangsa.

    ReplyDelete
  4. Mummy oh Mummy....
    Kerana terlalu mengidolakan mahadey inilah akibatnya... pikiran tak berapa nak betul...
    kesian sungguh aku padamu mummy....
    5 Sasterawan itu sudah tua... mereka tak perlukan gossip murahan seperti mummy...

    ReplyDelete
  5. tak jadi calon bebasMay 7, 2009 at 4:09 PM

    Sasterawan melihat isu PPSMI dari sudut sastera. Perlaksanaan PPSMI dari sudut ilmu.

    Dalam hal yang di perkatakan oleh mummy. Kalau Jeha dan Lahuma di telan oleh Benten dan Power Ranger. Kenapa sasterawan tidak bertindak! Ranjau Sepanjang Jalan boleh di filemkan. Mana yang lain?

    Tidak boleh cari satu titik persamaan antara sasterawan dengan orang-orang filem agar satu mekanisma di capai untuk menengahkan hasil karya sasterawan.

    Kenapa sasterawan tidak menghasilkan buku-buku ilmiah Matematik, Sains, Kejuruteraan dan lain-lain dalam bahasa Melayu?

    Kenapa sasterawan tidak menghasilkan cerita kartun seperti Benten dan Power Ranger?

    Gelaran sasterawan dan menentang PPSMI adalah entiti yang berbeza.

    Arus badai tidak menyisih sasterawan, sasterawan perlu hebat dari semua. Kenapa perlu mummy kata tersisih? Tersisih, biasanya melibatkan 2 pihak. Jika mana-mana pihak tidak mahu tersisih, kenalah bersaing.
    Gagal dalam persaingan, sudah pasti tertinggal. Tertinggal lama-lama tersisih dengan sendiri.

    ReplyDelete
  6. SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU...SALAM DARI SAYA kamalfarsya.blogspot.com/




    Orang kata aku lahir dari perut mak..
    (bukan org kata...memang betul)

    Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
    Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
    Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
    Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
    Bila bangun tidur, aku cari.... mak
    Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
    Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
    Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
    Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
    Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
    Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
    Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
    Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
    Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
    Aku selalu teringatkan .... mak
    Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
    Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
    Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
    Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
    Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
    Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
    Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
    Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
    Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
    kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
    Yang selalu berleter kat aku... mak
    Yang selalu puji aku.... mak
    Yang selalu nasihat aku.... mak
    Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

    Aku ada pasangan hidup sendiri....

    Bila seronok, aku cari....pasanganku
    Bila sedih, aku cari.... mak

    Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
    Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

    Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
    Bila berduka, aku peluk erat..... emakku

    Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
    Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

    Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
    Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

    Selalu.. aku ingat pasanganku
    Selalu.. mak ingat kat aku

    Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
    Entah bila... aku nak talipon mak

    Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
    Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

    Renungkan:
    "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
    mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
    Berderai air mata jika kita mendengarnya........

    Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
    MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



    Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
    berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
    berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
    berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
    berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
    berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



    dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

    Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

    1) Tolong pergi kedai : RM4.00
    2) Tolong jaga adik : RM4..00
    3) Tolong buang sampah : RM1.00
    4) Tolong kemas bilik : RM2.00
    5) Tolong siram bunga : RM3.00
    6) Tolong sapu sampah : RM3.00
    Jumlah : RM17.00

    Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

    1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
    2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
    3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
    4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
    5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
    Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

    Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

    "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

    ReplyDelete
  7. salam mammy.

    rasanya terlalu banyak sudah penjelasan dan diperkatakan tentang PPSMI ini kalau golongan seperti sasterawan negara yang menganggap diri mereka berakal dan intelektual itu masih tidak faham,barangkali ketajaman minda dan akal golongan ini sudah sampai tarikh luputnya seperti yang diperkatakan pak samad itu sendiri.

    aku tak dapat ulas banyak mammy.Rasa hati sebak dihambat badai rindu yang mengelora,rindu yang bukan umpama embun jantan yang bergayut pada dedaunan rerumput di subuh sepi,rindu yang akan lenyap berlalu pergi bila disapa sang mentari.

    tapi rindu ini akan tersemat abadi,terlipat kemas di lubuk hati iaitu rinduku pada ibuKU tersayang.

    sorry la mammy tersastera pulak,aku sebenarnya terharu pilu menatap coretan saudara/i kamal.

    "SELEMAT HARI IBU"

    ReplyDelete
  8. Thursday, May 7, 2009
    Walkdtalk pengecut

    Apabila dimaklumkan beberapa orang sahabat handai yang menyuruh saya membaca blog walkdtalk09, sebaik pulang dari kerja, terus saya membacanya. Suami saya agak marah apabila membacanya, tetapi apabila saya membaca tulisan itu terasa lucu pula.

    Saya memang tidak hormat orang yang suka "baling batu sembunyi tangan". Bagi saya penulis seperti ini berani di belakang sahaja dengan bersenjatakan pena, tetapi takut bersemuka dan berselindung di sebalik nama samaran. Bagi saya orang seperti ini adalah seorang penakut. Bak kata bidalan, paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih!

    Profilnya berbunyi "Menyahut cabaran DS Najib, berani menegur dan berani berubah" Nak termuntah saya membaca ayat itu. Awak yang sebenarnya yang cakap tak serupa bikin. Kalau awak berani menegur, kenapa mesti berselindung di sebalik nama samaran?

    Saya boleh menerima teguran dan kritik dan tidak akan berselindung di sebalik topeng. Semua orang boleh membaca profil saya dan tahu di mana mahu mencari saya. Tidak seperti awak, penakut!

    Awak sedar tak apa yang awak tulis itu bukan komen, tetapi adalah satu fitnah yang direka dan SUA PM sendiri boleh menyokong kenyataan saya.

    Beliau mendakwa mendengar sendiri perbualan saya yang kononnya meminta projek dari SUA PM (macamlah orang tak tahu siapa yang dimaksudkannya itu).

    Wahai cik kak/adik/abang di sebalik gambar orang tua manalah tu! Sesiapa pun boleh mereka ayat seperti yang awak reka itu. Adakah awak mempunyai bukti yang sahih mengenai tempat, tarikh waktu, rakaman dan saksi peristiwa itu berlaku?

    Saya sudah menelefon SUA PM, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad dan memberitahu beliau mengenai penulisan blogger penakut ini serta meminta nasihat beliau apakah tindakan yang wajar dilakukan.

    Datuk Tengku Sarifuddin pada mulanya terkejut, tetapi selepas saya membacakan komen itu di telefon, beliau terbahak-bahak ketawa dan berkata: "Bila masa engkau minta aku projek dan apa projek yang aku boleh beri pada kau? Mengarut. Inilah masalah blogger yang menulis sesuka hati dan mereka cerita. Aku sokong jika engkau mahu membuat laporan polis."

    Wahai penulis yang berselindung di sebalik topeng, saya sudah mengenali Datuk Tengku Sarifuddin selama 20 tahun dan sejak beliau menjadi setiausaha akhbar PM selama lebih dari 10 tahun saya tidak pernah memintanya apa-apa daripadanya. Saya juga tidak pernah meminta apa-apa daripada mana-mana Menteri, Timbalan Menteri atau KSU.

    Saya juga hidup sederhana dari dulu sampai sekarang. Walaupun duduk di apartment kos sederhana dan memandu kereta yang sudah berusia lapan tahun saya gembira kerana apa yang saya ada adalah hasil titik peluh sendiri secara HALAL, tanpa mengemis meminta projek dari Menteri atau wakil rakyat!

    WalkdTalk melabel saya sebagai blogger setengah masak. Tapi saya nak tanya, bukankah awak sendiri pun baru setahun jagung dalam bidang ini? Bukankah blog awak sendiri pun pun baru bermula April 2009. Saya juga nak tanya dah berapa lama awak belajar menulis? Saya juga nak tanya kenapa takut nak dedahkan identiti? Bukankah berani kerana benar?

    Saya tidak kisah jika beliau mengkritik penulisan saya. Tetapi apa yang beliau tulis adalah satu fitnah dan membabitkan dua pihak lain, iaitu Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya, Agendadaily (walhal di nota pengenalan blog ini saya sudah menyatakan bahawa segala tulisan saya tidak mewakili organisasi tempat saya bekerja).

    Fitnah beliau itu boleh menjejaskan reputasi saya, Datuk Tengku Sarifuddin dan majikan saya. Dengan nama ALLAH saya bersumpah tulisan/tuduhan Walkdtalk adalah fitnah yang bertujuan menjejaskan kredibiliti saya dan majikan saya!

    Walkdtalk, I dare you to reveal yourself and prove your allegations. Are you man or woman enough to come to me and repeat your allegations straight at my face?

    Atas semangat keadilan, saya memberi peluang kepada WalkdTalk untuk menarik balik tuduhan fitnah ini. Saya memberi tempoh sehingga 8 Mei, 2009, jam 10 pagi. Sekiranya saya tidak mendapat apa-apa maklum balas dari anda, saya akan membuat laporan polis secara rasminya.

    And I am not joking!

    ReplyDelete
  9. TQ mami kerana mengimbau kenangan Jeha dan Laluha, yang membuat saya terkenangkan karya Fatimah Busu - Nasinya Tumpah. Saya bersetuju dengan mami. Kita terima hakikat zaman telah berubah. Bangsa lain makin maju, orang Melayu makin layu. Sebab itu diPerak orang Melayu menolak kombinasi 26 Melayu (BN) 2 Cina (BN) 2 Melayu (Bebas) 1 Cina (Bebas) memerintah Perak.

    ReplyDelete
  10. Salleh Awang LimitMay 8, 2009 at 6:12 PM

    Mami, bukan setakat Jeha dan Lahuma dimamah Power Ranger.
    Mangsa Hikayat Selindung Bulan Kedah Tua dan Hikayat Terung Pipit langsung dilupa.
    Mana tidak sasterawan negara tidak gundah gulana. Mereka menjadi sia-sia dan kemaraan Bahasa Inggeris menjadi angkara dan mereka harus tentang musuh yang membara.
    Cuba renung bait-bait dari Hikayat ini samada masih relevant dengan dunia kini:
    1. "Cantik sungguh, adik Jerun, yang kata Wan Cik Antan Besi Antan Tembaga. Tubuhnya kecik lembut, bidang dada ada empat hasta, putih kuning bagai arang para, pinggangnya ramping bagai tai dara, misainya bagai ijok kembar tiga, rambutnya bagai biji lada, Tiada siapa lagi yang hendak banding berdengan dengan ida, yang kata Wan Cik Antan Besi Antan Tembaga."(HTP: 35)

    2. "Maka hulubalang yang gagah tadi, pada zaman itu, bidang dadanya lima hasta, bulu romanya songsang, misainya tembaga, dan bila ia bercakap terkejut habis lotong dan kera, gajah dan badak pun berlari hingga patah paha."(SBKT: H 17)

    Wahai sastrawan negara tepuklah dada tanya mana generasi ini menghala...

    ReplyDelete
  11. Salam bloggers,
    Mummy tidak bermaksud memperlekehkan sesiapa tetapi ini lah realiti.
    Kita sering atau suka dibuai dengan bahasa-bahasa indah dan mimpi-mimpi tanpa realiti yg sebenar sehingga kita Melayu tenggelam dalam mimpi indah dan khayalan.

    Realiti hari ini sejauh mana novelis kita boleh bersaing dengan JK Rowling dengan novel Harry Potter?

    JK Rowling juga bukan sasterawan British yang setanding Shakespere.
    Tetapi JK Rowling telah menghasilkan karya yang berjaya mengangkat ekonomi Britain dan menjadi penulis yang terkaya di dunia mengatasi Queen Elizebeth sendiri.

    ReplyDelete
  12. Norhasilah,
    Awat jadi lagu mana? Mummy pun tak tau apa cerita ni...
    Hang kena sabar la. Boss hang Rosli tu pahammmm.

    ReplyDelete
  13. Mummy,
    masa telah beredar dgn lajunya
    teknologi baru telah mencakupi kehidupan masyarakat kini
    sasterawan negara kita masih nostalgic dgn cerita cerita lama yg bolih menghayalkan , perasaan romantik bodoh yg memundurkan pemikiran masyarakat
    hari ini masyarakat berkomunikasi dgn facebook ,twitter , myspace ,dll
    mereka mereka ini mungkin masih lagi berada didunia analoque dan dunia sudah jauh ke dunia digital 4G
    Bahasa adalah juga mengikut kehendak semasa ,sasterawan negara sudah tidak relevan kerana salah mereka tidak menulis lagi mengikut peredaran cakarawala , mereka berhenti berkreatif setelah mendapat anugerah....

    ReplyDelete
  14. Mummy,
    1. Hakikat yang sebenarnya sasterawan-sasterawan negara ini hanya dapat bernafas dan hidup atas royalti sahaja apabila novel-novel mereka diwajibkan menjadi teks kajian kesusasteraan pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam oleh Kementerian Pelajaran.

    2. Kalau nak diharapkan karya mereka dijual dipasaran terbuka jawabnya sudah lama mereka makan maggie dan janggut A.Samad Said pasti akan mencecah tanah.

    3.Jauh api dari semanggang untuk mereka bersaing dengan JK Rowling dan Harry Potter.

    4. Saya setuju dengan Mummy bahawa mereka sudah ketinggalan zaman, mana tidaknya apabila pelajar-pelajar tingkatan lima dan enam sekarang lebih tertumpu kepada Mathematik dan Sains dan sudah tidak berminat dengan kajian kesusasteraan Melayu.

    5. Ini membuat novel-novel mereka sudah tidak laris lagi.

    6. Malah Shahnon Ahmad sendiri kerana tidak menguasai Bahasa Inggeris novelnya "Rentung" telah diterjemahkan oleh Harry Aveling yang membawa tajuk ”Rope Of Ashes : Rentung”.

    7. Terimalah bahawa yang mengangkat martabat mereka selama ini hanyalah Kerajaan bukannya pasaran.

    8. Bila menemui zaman buntu mereka mencari jalan menentang Kerajaan.

    ReplyDelete
  15. Kalau JK Rowling nak dijadikan contoh...dia pun reka cerita yg ada magic dan sebagainya...tak masuk akal juga.

    Bukankah sastera itu warisan Melayu jadi mengapa bila Sasterawan Negara menegur dasar yg menyimpang berkenaan budaya Melayu kita nak melenting.

    Maka akan hilanglah Melayu didunia. Bagusss.

    add

    ReplyDelete
  16. Saya memang setuju 100%...ada ketika, bila individu sering diselimuti dengan kuasa, gelaran dan sanjungan..mereka seperti lupa diri dan tidak berpijak kepada bumi yang nyata...

    kepada sasterawan2 negara ini, tahniah kepada anda kerana sanggup mengadai gelaran yang diguna selama ini untuk memperjuangkan bahasa ibunda...tetapi apa yg jadi persoalan, mereka dok sibuk perjuang bahasa melayu, tapi bagaimana pulak bahasa pertuturan anak, cucu, cicit dan keluarga mereka..bukan kah semua english educated dan dok guna bahasa international tuh...paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih....

    http://politikusmengkritik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. manusia menjadi terlalu bijak sehingga terlalu pandai menilai yang buruk menjadi baik, dan sebaliknya

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.