Thursday, May 28, 2009

Simbol yang menakutkan Melayu suatu masa dahulu

Simbol ini melakarkan "Sabit" dan "Kapak". Sabit membawa lambang buruh petani dan kapak membawa lambang buruh industri. Komunisme sebagai anti kapitalisme menggunakan sistem sosialisme sebagai alat kekuasaan, dimana kepemilikan modal atas individu sangat dibatasi.
Prinsip semua adalah milik rakyat dan dikuasai oleh negara untuk kemakmuran rakyat secara merata. Komunisme sangat membatasi demokrasi pada rakyatnya, dan karenanya komunisme juga disebut anti liberalisme.
Sistem kapitalis telah menjarakkan yang kaya dan yang miskin. Yang kaya menghisap cigar beratus ringgit sebatang. Yang miskin kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Yang kaya berbelanja mewah di hotel-hotel lima bintang dengan hidangan Chinese Course dinner paling minima RM200 semangkuk sharksfin soup. Yang miskin sedang menunggu waktu pilihanraya untuk bantuan PPRT dan sekampit beras dan sedikit sumbangan tunai Rm300 setahun.
Yang kaya hanya "flash" credit card kepada Pusat Rawatan Pakar apabila sakit. Yang miskin kena tunggu satu jam untuk daftar dikaunter hospital Kerajaan.

20 comments:

  1. alah, kat Pusat Rawatan Pakar pun kena tunggu 1 jam daftar, 1 jam ambil ubat jugak. ape ada hal.

    yang tunggu peruntukan je keje tu tak reti nak berusaha ke? nadah tangan je?

    ReplyDelete
  2. ideanya bagus, semua sama rata, tapi bila masuk bab praktikaliti, dah masuk campur dengan manusia, semuanya jadi lebih teruk dari yang sepatutnya, langsung tak berbaloi. ada sesetengah benda hanya cantik ideanya, tapi buruk praktikal nya, ada benda sebaliknya, nescaya, kita masih mencari yang baik idea nya, baik praktikal nya.

    www.armyofhope.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Bukan melayu takut mummy... melayu benci & meluat sebenarnya kat komunis ni tahap gaban!

    ReplyDelete
  4. simbol tu sabit dgn tukul bkn kapak, pg belajau lg.
    lg satu zaman skrg peluang byk cuma kita perlu keje kuat dan bertawakal kpd Allah,klu dah memang mls apa sistem pun tak jalan.
    yg plg penting islam dan bangsa melayu mesti diutamakan

    ReplyDelete
  5. Dulu Takut Simbol "Sabit" dan "Kapak".

    Sekarang Takut Simbul "bulan Penuh"

    ReplyDelete
  6. inilah blog paling bodoh aku pernah jumpa!!! cakap ikut logik akal semata-mata..
    langsung tak ikut Quran!!

    bangga bergambar dengan menteri??

    cheh!!! bodoh punya melayu..
    nasib baik ko bukan islam..
    kalau idak malang laaa...
    Islam ada penganut macam ko ni..

    mummy konon.. pi jadi mumia lagi bagus!!

    ReplyDelete
  7. Mummy,
    Misti mau ingat, Melayu benci komunis bukan sbb ideologi, Melayu tak ambik pot pun apa itu komunis, sosialis, liberalis atau apa2. Yang Melayu tak suka Komunis sbb komunis PKM itu cina mata sepet.
    Melayu dijar agar jangan kawan dengan cina sebab depa makan babi.
    Takdak lain kebencian melayu hanyalah asuhan perkauman oleh ultra nasionalis Melayu iaitu bukan PAS,PKR, DAP, ABIM, JIM, PPP tetapi 1 partu melayu yang nama orang putih. Apa ye? Cuba teka.

    ReplyDelete
  8. Chin Peng tu sendiri orang asing, bukan orang Malaysia.

    http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/NewsBreak/20090528183442/Article/index_html

    Yang lebih bahaya lagi dari Chin Peng yang dah tua tu ialah 'komunis-komunis' bertopeng yang berkeliaran di dalam negara ini.

    _Padi

    ReplyDelete
  9. MUMMY ROCK,,, aku cadang kan hang lepas ni jgn tulis lagi kisah politik,,, tetapi hang telanjang kan kedurjanaan kakitangan kerajaan dan juga pegawai pegawai kanan kerajaan yg korap@kurap
    Jentera kerajaan lah yang banyak buek onar dalam sistem pentadbiran negara ni,,,

    ReplyDelete
  10. 1.Prof Emeritus Dr. Khoo Kay Kim. Mengesahkan bahawa Chin Peng adalah warga asing yang tidak jelas adakah Chin Peng pernah memohon sebagai warga persekutuan dan setia kepada DYMM YDP AGONG.

    2.Dengan kekejaman dan pembunuhan PKM terhadap rakyat Malaysia yang tidak merestui perjuangan mereka, jelas pada kita Chin Peng bukan manusia yang ada perasaan dan kemanusian seperti rakyat malaysia lainnya.Dengan kata lain dia TIDAK LAYAK untuk menjadi rakyat Malaysia.

    Gedung Akal..anda sebenarnya adalah pemikir yahudi yang sedang melaga-lagakan rakyat antara kaum di Malaysia.Orang2 melayu tidak pernah membenci orang cina disebabkan apa yang mereka makan dan tidak semua cina makan babi seperti mana anggapan anda dan tiada asas tuduhan anda bahawa melayu membenci cina. Komunis dibenci bukan sahaja oleh orang2 melayu tetapi orang2 cina tidak semua setuju dengan ideologi komunis malahan rakyat RR China sekalipun tidak semua sukakan komunis.

    Saya harap pihak berkuasa boleh ambil tindakan terhadap anda berdasarkan komen2 anda yang jelas cuba menghasut secara halus dan menimbulkan kebencian antara kaum terutamanya cina terhadap melayu dan UMNO.

    sesuai dengan gelaran anda Gedung Akal..otak anda dipenuhi kesumat terhadap perpaduan kaum yang baik di negara ini..HAIWAN seperti anda sentiasa memikirkan cara untuk menjahanamkan kestabilan perpaduan kaum di Malaysia untuk keuntungan puak2 dan kaum yang berfikiran HAIWAN seperti anda.

    ReplyDelete
  11. Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

    Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

    http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

    Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

    Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

    Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

    Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

    http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

    Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
    negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berlaku di Turkestan Timur?

    Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan sama rata dan sama rasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep sama rata dan sama rasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawah Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

    Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

    ReplyDelete
  12. Bloggers berhak menyatakan pandangan dan penderian tetapi pandangan dan ketegasan Menteri Besar kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dikira pandangan yang harus kita hormati.

    Berikut adalah pandangan penuh beliau yang tidak banyak politiking:

    KODIANG: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyokong pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) pulang ke Malaysia kerana dikhuatiri akan menyebabkan perasaan tidak puas hati di kalangan keluarga yang menjadi mangsa kekejaman komunis ketika darurat.

    Katanya, Ching Peng tidak seharusnya dibenarkan pulang kerana ia akan menimbulkan konflik dan situasi di mana satu pihak akan menganggap bekas komunis itu sebagai wira dan pihak lain mempunyai tafsiran sebaliknya.

    "Pada saya tiada apa-apa sumbangan daripada kegiatan komunis kerana ia banyak menyebabkan kehilangan nyawa selain ideologi perjuangannya yang tidak dapat diterima rakyat.

    "Tetapi mungkin ada segelintir pihak akan menganggapnya sebagai wira berdasarkan pandangan mereka sendiri...Ini pada saya tidak baik untuk negara.

    "Ramai yang terbunuh ketika komunis mengganas di Tanah Melayu, jadi apa perlu dia dibawa balik.

    "Dia (Chin Peng) sudah lama berada di luar malah selepas negara ini merdeka mereka terus menjalankan kegiatan ganas hingga menyebabkan ramai terkorban. Saya tidak nampak di mana yang dikatakan komunis menyumbang untuk kebaikan penduduk di sini," katanya ketika ditemui selepas majlis Kesedaran Komuniti Perdana 2009 di sini, hari ini.

    Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, fahaman komunis kini tidak dapat diterima oleh kebanyakan masyarakat dunia dan hanya ada beberapa negara saja yang masih mempertahankannya.

    ReplyDelete
  13. fuuhhh,,,,TAHNIAH,,
    hebat para bloggers sume,,,masing masing dgn hujah,,,URL,,dan sebagainya untuk menguatkan fakta masing masing,,,secara tidak di sedarii,,disinijuga dah belaku pepecahan sesama kaum,bangsa dan agama,, sejarah telah pun berlaku dan tetap akan menjadi sejarah,,masing masing hipokrit,,,sebelah sabit,,,sebelah lagi tukul,,haaa,,tunggu apa lagi,,.balun larrr

    ReplyDelete
  14. Tuan,
    Bagaimana andainya Chin Peng masuk Melayu? Macam Mummy lah lebih kurangnya keling masuk Melayu!
    Adakah Melayu masih takut lagi pada kapak dan sabit atau mahukah depa berkawan denfgan Chin Peng baru itu -yang sudah dipotong anunya itu?

    ReplyDelete
  15. Akhir nya melayu akan sentiasa di takutkan dengan bermacam macam jenis ketakutan..dulu2 tengok portugis takut , tengok orang putih pun takut , tengok jepun pun takut..sekarang tengok mongolia pun takut , tengok warna hijau pun takut , tengok bulan pun takut.tengok mata lebam pun takut..kini dengar nama cheng peng pun takut da..
    budaya takut kan rakyat makin menular...kini guna kan gestapo PRDM untuk takut kan rakyat..paling koman ada ketua melayu one malaysia paling takut pilihanraya..kah kah..

    hidup takut hidup umno..jerit 10 x..

    ReplyDelete
  16. Salam,

    Sekadar berkongsi pandangan.
    http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/05/isu-komunis-komunisme.html

    ReplyDelete
  17. Gedong Akal dan Gelong gajah.Melayu takkan takut pada Komunis,bulan,hijau dan Chin Peng dan sebagainya...tapi melayu takut pada bangsa sendiri macam engkau orang berdua,macam perangai DS Anwar dan ideologi sasatengah pemimpin pakatan rakyat yang sanggup bersaudara dengan iblis, jin dan syaitan.Mungkin juga macam Mammy Rokiah yang perlu ditakuti orang2 melayu yang semenjak dua menjak ini seolah menyatakan bahawasanya di ada hubungan dua pupu dengan Chin Peng.

    ReplyDelete
  18. KOMUNIS PUN KORUP DI CHINA DAN DI RUSIA (DURING COMUNIS DAY). LEADER YG JADI MULTI BILIONAIRE DARI RUSIA SUMA DUIT KORUP MASA MEREKA JADI COMISSAR COMUNIS.
    YG KAT CINA, MASA MEREKA BLM BUKA OPEN MARKET AND ALLOW INVESTOR MASUK , PRESIDENT DIA ADFA SPORTSCAR PORSCHE/FERRARI ETC.THIS WAS IN 1996. NO ONE DARE QUESTION. COMMUNISM DISALLOWED PEOPLE QUESTIONING THE LEADER. THO THE COMMUUNISM SOUNDSD APPEALING WOULD WRITER OF THE BLOG QUEUE FOR BELI BELANJA DAPUR AND USE ALL PUBLIC BUS ETC. AND NO INTERNET FREEDOM TO BLOG?
    IT WAS JUST AN IDEOLOGY PLS READ MAO BY JUNCHANG. YOU WILL SEE HOW A MAN TRIED TO CHANGE FATE AND ISSUE WITH STUPID THINGS AND PPL ARE STARVING HE LIVE LIKE GOD. IS THAT COMMUNISM. EQUALITY NEVER EXIST IN ANY IDEOLOGY IN PRACTISE. BE IN IN RELIGION, PREACH NEVER BUT NEVER PRACTISE; IN COMMUNISM , IN DEMOCRACY AND IN SOCIALIST. THE FLAWS IS HUMAN ERROR AND THE GREEED AND POWER CAUSED MAN /WOMEN LOST THEIR MAIN FRAME.

    ReplyDelete
  19. cina n rusia korup tu tak heran sangat..ni yang kat mesia ..pemimpin melayu mengaku islam korup hang pa tak nampak ka..masa PAU korup..beli sukhoi korup , beli scopene korup , beli hawk korup , pkfz korup..mmg umno parti banyak kurap..tak caya buka u tube tengok mcmna kj boleh menang KP..hangpa faham ka dak ni.? aku pun tak faham la..

    ReplyDelete
  20. usahlah bercakap tentang kemanusiaan kalau tak faham perjuangan dlm peperangan. bunuh dan dibunuh itulah matlamatnya. pemimpin sekarang ni hanya bercakap ikut sedap mulut saja. contohnya anuar ibrahim dalam kenyataan mengenai membenarkan chin peng balik kemalaysia. usahlah kaitkan rasullullah dengan peemimpin sekarang, pagi cakap lain petang cakap lain, yg penting bagi mereka nak cari sokongan. wahai anuar aku nak ingatkan kat hang, jangan sebab pulut santan binasa, lebih baik aku bela babi dari aku sokong hang, kalau hang betul nak bagi chin peng balik kemalaysia langkah mayat kami dulu,(BEKAS TENTERA & PASUKAN KESELAMATAN)yang berjuang sekitar tahun 50an hingga 70an. cuba bayangkan jika chin peng balik dan mampus dimalaysia, saya bolih bayangkan kaumnya akan berhimpun untuk menandakan sokongan mereka kepadanya dengan tidak secara langsung dan banyak lagi implikasi yang perlu kita fikirkan demi keamanan negara. apakah anuar serta segelintir manusia yang memberi pendapat/menyokong chin peng balik ni dah jemu berada dinegara yang aman damai ni.BARA YANG BELUM PADAM.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.