Thursday, February 5, 2009

Bantuan usahawan siswazah,seperti tanam tebu di bibir mulut

Setiap kali menghadapi kegawatan ekonomi kenyataan yang pertama pakar ekonomi dan kerajaan ialah untuk membantu pengusaha kecil dan sederhana atau SME. Seperti yang kita tahu ada dua kementerian yang menjuarai initiatif ini iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Kewangan. Betapa bersungguhnya kerajaan Malaysia berusaha membantu SME.

Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan sehingga Menteri Pembangunan Usahawan, Noh Omar berselang- seli dengan Timbalan Menterinya,, Saifudin Abdullah bercakap untuk membantu usahawan SME khasnya usahawan siswazah. Sehingga di kota London, Noh Omar bercakap dan mengeluarkan kenyataan semasa pertemuan palajar-pelajar Malaysia di sana.

Kementerian Kewangan pula menyeru bank-bank tempatan menyalurkan pinjaman kepada SME kerana sektor ini adalah pengalak kepada pembangunan ekonomi negara khasnya semasa kegawatan seperti initiatif yang sama di ambil oleh negara Jepun dan AS.

Tetapi kenyataan menteri-menteri dan kerajaan lebih dari menanam tebu dibibir mulut. Kenyataan-kenyataan popular ini hanya untuk menyedapkan rakyat dan meraih populariti di kalangan siswazah-siswazah menganggur kerana bimbang siswazah-siswazah ini akan menggunakan kepandaian mereka bangun menentang kerajaan.

Untuk disebutkan sebagai satu contoh, berlaku kepada anak seorang sahabat yang amat keciwa apabila anaknya yang sudah enam bulan menjalankan industri kecil-kecilan selepas graduat di alam bidang kejuruteraan telah gagal untuk mendapatkan modal pusingan hanya sebanyak RM50,000 dari SME Bank. Kegagalanya berpunca apabila pegawai SME Bank tersebut meminta cagaran tanah atau apa-apa cagaran untuk jaminan bayaran balik pinjaman.

Padahal sahabat tersebut telah bergolok-bergadai mengeluarkan modal asas sebanyak RM80,000 untuk anaknya memulakan perniagaan tersebut. Cuma perniagaan anaknya memerlukan tambahan sebanyak RM50,000 lagi untuk membeli bahan mentah kerana pasaran meningkat. Kekeciwaan ini telah menghilangkan kepercayaan sahabat ini kepada seruan-seruan kerajaan.

Kerapkali soalan-soalan untuk membunuh SME ini ialah: mana cagaran awak? mana penjamin awak? mana modal permulaan awak? Dan berbagai-bagai soalan lagi dan kadangkala langsung tidak melawat premis perniagaan pemohon telah mengagalkan pemohon.

Yang sebenarnya apa juga dasar, saranan dan kenyataan kerajaan hanya sekadar di peringkat atas sahaja (at the surface level), tidak turun kebawah jauh sekali untuk dihayati kesungguhannya oleh pegawai-pegawai pelaksana. Semua peringkat hanya bercakap untuk sedap mulut sahaja dan untuk pengaruh politik bagi mengekalkan kuasa manakala pegawai di bawah hanya memanaskan kerusi dan menanti untuk dinaikan pangkat.

13 comments:

  1. Saya setuju. Itu satu kes yang tipikal. Saya sendiri mengalaminya. Memohon Microcredit yang wang dari Bank Negara tapi disalurkan ke Bank-bank tertentu. Interestnya hingga 15% (Macam Credit Card).Ada juga syarat yang tidak tertulis. Cuma timbul bila borang dan kertas kerja dihantar. Syarat ini haram saya tidak nampak di dalam risalahnya.Rupa-rupanya pinjaman tanpa penjamin pada jumlah RM20,000 kebawah jika lebih..perlu ada penjamin. Ada lagi praktis yang tidak tertulis iaitu jika ada usahawan mempunyai pinjaman dari institusi lain perlu membayar habis pinjaman terdahulu terlebih dahulu maksudnya hanya pemohon yang bersih boleh meminjam...Kesimpulannya, Menteri cakap lain, Bank Negara cakap lain dan Bank cakap lain.Rakyat confuse dan mula marahkan kerajaan sebab cakap tak serupa bikin!!!

    ReplyDelete
  2. Maaf nak menyampuk sedikit .. dari pengalaman say ayang bergiat dalam mikro kredit MANA ADA penjamin lagi bagi pinjaman bawah RM50,000.00! dan pinjaman sedia ada di institusi kewangan lain TIDAK BOLEH melebihi RM50,000.00 untuk membuat pinjaman di institusi kewangan lain. Harap sedia maklum dan jalankan kajian sebelum menulis
    Akhir kata nak menyalakan orang lebih mudah dari menyelidik apa yang betul
    terima kasih

    ReplyDelete
  3. Anom,
    Itu kata awak. Tapi kennyataannya perkara ini berlaku di peringkat pegawai bawah. Mungkin dalam teori atau buku awak sebegitu.Atau awak sekadar duduk dlm pejabat.Awak perlu siasat Pegawai awak di bawah.
    Kenyataan ini bukan untuk nyalakan sentimen.
    Memang ramai pegawai microcredit macam awak yg pandai bercakap tapi tak pandai berniaga.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan,

    Saya beri penerangan secara kasar tentang pinjaman yang boleh dipohon oleh SME Bank. Anak rakan puan tersebut mempunyai 3 Option jika memohon dengan SME Bank.

    1. Tabung Usahawan Siswazah TUS dibawah dana MECD.
    Syarat:-
    1.1 Perlu menghadiri kursus selama 3 bulan anjuran MECD.
    1.2 Tiada Cagaran

    2. Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dibawah Dana Kementerian Luar Bandar dan Wilayah.
    Syarat:-
    2.1. Perlu beroperasi sekurang-kurangnya setahun.
    2.2. Keistimewaan dana ini pengusaha boleh dapat diskaun 30% jika bayaran balik pinjaman adalah baik dimana tiada tunggakan.
    2.3 Tiada Cagaran

    3. Dana-sana lain SME Bank.
    Syarat:-
    3.1. Start-up business boleh mohon dana ini.
    3.2. Perlukan cagaran sebanyak 30%-50% dari jumlah pinjaman bergantung kepada rating risiko kredit perniagaan. Cagaran dalam bentuk Simpanan Tetap dan Tanah.

    Diharap Puan boleh menasihatkan kawan dan anak rakan puan tentang pinjaman yang sesuai untuk mereka.

    t/k

    ReplyDelete
  6. mummy ni melemahkan semangat usahawan muda saja la. kalau tak da ilmu baik jgn tulis.

    cuba la berfikiran positif sikit.

    peon pencen.

    ReplyDelete
  7. Pakar pakar ekonomi ,pegawai pegawai kerajjan dan termasuklah menteri nya saperti ketam mengajar anaknya berjalan betul ,mereka sendiri tidak ada pengalaman berniaga ,tidak masak dgn jatuh bangun nya dan sukarnya untuk menjadi peniaga dan sukarnya untuk jadi street smart .
    Menteri kena kumpulkan peniaga peniaga yg street smart ini untuk menjadi mentor dan memberi motivasi kepada siswazah ini.
    Kepten kepten GLC pun tidak ada pengalaman yg bolih memberi motivasi kepada siswazah .

    ReplyDelete
  8. Salam Mummy,

    Saya adalah salah seorang graduan tahun 2008 jurusan kejuruteraan dari universiti tempatan. Sebelum saya sendiri ada terfikir untuk ambil pinjaman dari SME melalui MeCD. Tawaran dan saranan yang diketengahkan memang menarik. Setelah membuat penelitian dan bertanya pelbagai pihak, saya memutuskan untuk tidak membuka syarikat perniagaan. Ini kerana selain syarat yang diletakkan, follow-up yang dijalankan juga tidak sehebat skim yang ditawarkan. Sebagai seorang graduan, ilmu perniagaan masih mentah kerana hanya mempelajari teori sahaja semasa di universiti. Oleh itu, para graduan memerlukan bimbingan dan latihan secukupnya untuk menerajui sebuah perniagaan yang diharapkan akan berkembang. Kini saya hanya makan gaji dengan syarikat Oil & Gas tempatan.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum Mummy..

    kalau kita melihat tajuk je dah buatkan para ushawan siswazah gembira "Bantuan Usahawan siswazah"..tapi pada praktikalnya MECD dah memutuskan harapan banyak para usahawan bumiputera yg mahu memulakan perniagaan.. sy bercakap melalui pengalaman sy sendiri..dan bukan dari pembacaan seperti mummy.

    sy adalah seorang usahawan siswazah yg hanya baru berumur 21tn pada 2009. sy dah pun mempunyai perniagaan sendiri yg menjalankan perniagaan melalui modal sendiri tanpa bantuan dari mana2 bank atau kerajaan. semuanya bermodalkan duit simpanan dan bantuan ibu bapak(dah byk mana gelang dan rantai emas mak sy gadai pun taktau).dan utk pengatahuan mummy sy bukanlah dari keluarga yg berada.sy membuka galeri batik di sungai petani,kedah.sekarang ni sy memberi makan pada 5 org pekerja yg bekerja dibawah sy(2 org pencanting batik,3 org pengaler batik).mereka juga terdiri darisiswazah lepasan IKN. inilah yang kerajaan harapkan sy rasa. utk mengembangkan lagi perniagaan kerana tempahan batik yg semakin meningkat sy memerlukan suntikan modal utk menambah bengkel dan bahan mentah..

    apabila sy membaca pinjaman dan grant yg ditawarkan oleh kementerian di surat khabar dan di laman web mereka sendiri telah memberikan sy harapann yg besar kerana niat kerajaan sendiri yg komited utk membentu ushawan IKS.mendengar pengarah MECD memberi ceramah sudah cukup menaikkan semangat para usahawan."kita nak bantu ushawan,kita sediakan bermacam macam bantuan dari segi pinjaman dan grant, tapi ushawan malas nak memohon dan masih kurang yg nak memulakan perniagaan" Tapi harapan hanya tinggal harapan. manataknya.apa yg disebut dan di perkatakan pengarah tidak la sama seperti di lapangan itu sendiri. utk memohon saja para usahawan perlu menyiapkan pelbagai dokumen dan kertas kerja(kalau la org2 tua kampung memang tak akan dapat tunaikan), belum tau nak diluluskan atau tidak lagi.dan yg paling susah utk ditunaikan adalah cagaran..sy ni student..dah pun memulakan perniagaan pulak tu. mana la sy ada tanah atau apa2..dan pegawai yg diharap ingin membantu pula hanya lah ingin mematahkan semangat usahawan kerana kemalasan mereka membuat kerja.."tak boleh adik,track rekod utk ushawan batik tak elok, dulu semua ushawan batik yg buat pinjaman susah nak bayar balik, skim kilang lak penuh, adik mesti susah nak dpt". wah inila yg berlaku dilapangan..langsung tak sama dengan kata2 pak menteri. pak menteri dok asyik memberi harapan tetapi tidak turun kelapangan melihat sendiri apa yg dikatakan itu terlaksana atau tidak. jangan la kegagalan ushawan lain sy pula yg menanggung akibat. sy ni usahawan yg betul2 komited menjalan kan perniagaan..takkan la nak pinjam rm50ribu pun nak cagar mcm2.. ini berlaku kerana pegawai2 yg menguruskan x serupa bikin mcm ckp pak menteri kat atas nuu..depa sgt memandang rendah pada usahawan muda dan kampung. sgt mengecewakan.

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Cik Ahli Nujum, pegawai tersebut cuba menguji anda...
    Sepatutnya cik ahli nujum memberi penerangan kembali secara bernas bagi meyakinkan projek anda viable. Yakinkan pihak bank dengan kertas kerja bahawa perniagaan cik memberi pulangan baik disamping tidak mengabaikan ansuran balik pembayaran bank.

    Jika ujian sekecil itu dapat dijelaskan dengan baik INSYALLAH anda dapat meyakinkan pegawai bank tersebut.

    Maaf kata dari saya lebih 90% peminjam dari graduan siswazah tidak membayar balik pinjaman yang diberikan.

    cik ahli nujum sebenarnya boleh membuat pinjaman tanpa cagaran seperti penerangan saya di atas..

    Jika pihak SME Bank sewenang-wenangnya menawarkan pinjaman usahawan tanpa membuat research dan attitude pemohon saya jamin SME Bank akan bankrap setahun dua lagi.. dan tiadalah tempat untuk usahawan melayu mencari sumber pinjaman.

    Pemohon bukan bumiputera datang memohon mengemukakan permohonan dengan lengkap dengan akaun, kertas kerja, viabiliti projek, market research, secure project dan lain-lain. Mereka telah terlebih dahulu study requirement bank. Pihak bank boleh meluluskan permohonan mereka dengan mudah. tapi pihak bank tidak berbuat sedemikian semata-mata untuk membantu usahawan bumiputera.

    walaubagaimanapun saya tabik spring dengan usaha graduan yang hendak melibatkan diri dalam perniagaan. Nasihat saya mulakan dengan trading, dan selepas mencapai ilmu, networking dan produk bisnes yang boleh memberi pulangan barulah dimulakan dengan industri pengeluaran. Cara begini saya lihat banyak digunakan oleh peniaga bukan bumiputera. Mereka berniaga berdasarkan pengalaman dan fakta.

    mungkin komen saya ini ada kekurangan, tetapi cik ahli nujum boleh bertanya kepada saya jika terdapat sebarang masalah. INSYALLAH saya boleh beri tips cara-cara memohon pinjaman & geran dgn cara yang terbaik..

    sama-samalah kita majukan bangsa kita..

    easy_mmkay@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. paling senang,ngangan mulut bagi kerajaan suap... semua nak senang, dalam dunia apa yang senang, nak mati pun susah ... kena ada duit juga.. upah orang gali kubur... belajar tinggi-tinggi, ada ilmu tak reti guna...


    siswazhaprak !!!

    ReplyDelete
  12. Sy lebih suka melihat situasi sebegini dari perspektif yg lebih luas. Ingatlah, semua rezeki datangnya dari Tuhan. Siapa yang berusaha pasti akan diberikan balasan setimpal. Dalam hal bantuan ini, ianya datang daripada Tuhan, namun melalui kerajaan. Untuk yang benar2 mahu mendapatkan bantuan ini, berusahalah betul2..insya-Allah tuhan akan membuka pintu rezeki baginya, melalui bantuan yang melalui kerajaan ini.Usahalah betul2 semasa memohon, tak perlulah tamak. kerana di luar sana masih ramai yang lebih daif daripada kita.

    ReplyDelete
  13. Setuju ngan "Ahli Nujum"...mmg susah nk dpt bantuan dr agensi kewangan ni..Kita dah la graduan, xde harta cmne nk bg cagaran..nape la bengap sgt diorg ni.. Aku pn pnh pg PUNB, dlm kertas tulis lain, ble sampai sana lain plak katanya...Nak ada mcm2....

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.