Saturday, January 31, 2009

Sendiri rasuah, sendiri siasat, sendiri hukum, sendiri kambus lubang

Politik wang: Biar UMNO siasat sendiri

SEPANG 30 Jan. - UMNO akan menyiasat sendiri dan memutuskan sebarang bentuk tindakan ke atas mana-mana pemimpin atau ahli yang didapati bersalah kerana politik wang.

Ketua Penerangannya, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam tadi.

Menurutnya, sebarang perkara berkaitan dengan UMNO seharusnya diselesaikan di dalam parti meskipun aduan atau laporan yang diterima datang daripada pihak luar.

"Saya fikir, hal-hal berkaitan parti seperti apa yang diputuskan MT malam tadi biarlah disalurkan kepada parti. Aduan boleh datang dari mana-mana tapi hal-hal parti, biar parti putuskan," katanya .

(sumber Utusan Malaysia 30.1.09)

Komen:

Apabila sudah nampak satu persatu kes-kes politik wang @rasuah politik di dalam UMNO akan terbongkar maka nampaknya ada usaha-usaha untuk menutup bangkai yang busuk lagi berulat oleh kepimpinan tertinggi UMNO sendiri.

Jika inilah keputusan MT UMNO maka jelas dan nyata UMNO dipimpin oleh kepimpinan yang beku dan korup. UMNO akan terus-menerus hilang kepercayaan dari pengundi-pengundi di atas pagar pada PRU13 nanti.

Logiknya mana ada satu sistem penguatkuasaan undang-undang di dalam dunia akhir zaman ini, di mana sendiri makan rasuah, sendiri siasat, sendiri hukum akhirnya sendiri kambus lubang.

14 comments:

  1. Apa punya BAHALUL PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO NI,,, rasuah tetap rasuah,,, apa guna SPRM tu??? kalau macam tu semua jabatan dalam Malasia ini boleh lah amik tindakan sendiri tampa SPRM melibatkan diri,,,,,

    ReplyDelete
  2. wah, tajuk posting kau daring dan ada elemen investigatif.

    good.

    ReplyDelete
  3. Mami,
    Kes politik wang ni tak habis2. Tapi ada satu gossip hangat pasal tugasan SPRM yg akan dtg. Kalau jadi betui... mampuih! Pi tgk kat blog saya.

    ReplyDelete
  4. Mummy,
    Blog ni best! Very transparent!!!

    ReplyDelete
  5. Mami oiii,
    Di dalam UMNO dia orang tak panggil rasuah. Di dalam UMNO dia orang panggil Political Fund. Bila diistilah political fund dia orang boleh makan berapa banyak juga dan sewenang-wenangnya tanpa boleh didakwa. Amalan ini menjadi kebiasaan khasnya pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian sebab itu mereka kaya raya, bila ada wang mereka mencabar sesama sendiri. Contoh di Kedah,Perkara ini berlaku dengan rampant semasa setiap UMNO Bahagian diperuntukan sebanyak tujuh juta untuk pembangunan dalam setiap kawasan bahagian tersebut. Projek-projek diuruskan oleh ketua bahagian dan salah satu syarat yg ditetapkan oleh ketua bahagian untuk kontrektor-kontrektor yang ingin dapat projek dari mereka ialah sanggup meletak sebelah 15%-20% untuk political fund UMNO bahagian tersebut.
    Hasil dari amalan ini banyak bahagian-bahagian UMNO di negeri Kedah berakhir dengan kes-kes BPR kerana projek tidak siap,gaduh sesama AJK Bahagian dengan Ketua Bahagian,projek tidak buat tetapi hantar claim dan macam-macam lagi penyelewengan.

    ReplyDelete
  6. Salam Mami,

    Nampaknya UMNO semakin cantik dihias, terlalu tebal sangat make-up...nanti orang meluat...sebab lagi lama lagi hudoh!!!

    ReplyDelete
  7. keputusan yang mereka buat tu nampaknya betul-betul menunjukkan yang mereka tu tidak berfikir menggunakan kepala hotak..sebaliknya mereka lebih suka gunakan "kepala lutut"..inilah diantara faktor2 yg akan mempercepatkan lagi "kelingkupan" ameno..

    ReplyDelete
  8. Itu Lah UMNO yang semakin di tolak oleh rakyat khususnya golongan muda yang berpendidikan.. pemimpin mereka selalu berfikiran yang rakyat ini bodoh dan ikut apa saja mereka buat..

    ReplyDelete
  9. Salam Mummy,

    Sendiri cari nahas... lah tu mummy..

    ReplyDelete
  10. Rakan bloggers,
    Ayuh kita pantau setiap hotel kutu-kutu broker UMNO berlepak melobi untuk tuan mereka. Hotel-hotel ini ialah :Concord KL, Pan Pacific,Legend, Starbuck The Mall,Dome KLCC, Corus, Nikko KL dan banyak lagi. Hantu-hantu raya inilah yg menjadi saluran rasuah politik.

    ReplyDelete
  11. Pak Oncu Atok nasihat jangan guna perkataan kasar,,hidup UMNO

    ReplyDelete
  12. Kenapa kalau UMNO saja... RASUAH , tapi kalau PAS... SEDEKAH !!! Sampai sex pun sedekah... Angkatan MUDA keadilan dah buat pendedahan, ADUN di P.Pinang terlibat RASUAH... @ SEDEKAH... ini bukan angkara ameno kerana yang lapor angkatan muda keadilan... Kong Kali Kong , PR pun sama juga... kenapa dok tutuh ameno saja buat...

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.