Sunday, January 18, 2009

“Character Assassination” senjata makan tuan

Kekalahan Wan Farid di dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu tidak dapat dinafikan hasil dari gambar beliau berkaroake bersama keluarga yang telah di “positioned” kan seolah-olah Wan Farid kaki "enjoy". Gambar ini tersebar luas sebaik sahaja apabila nama Wan Farid diumumkan sebagai calun. Melalui rangkian cyber hari ini sebaran ini begitu cepat dan meluas khususnya sasaran kepada pengundi luar yang sibuk bekerja di luar Terangganu. Gambar ini lebih menyakinkan lagi apabila diperkuatkan dengan kenyataan sikap Wan Farid yang sombong dan tidak mesra rakyat seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir. Sebab itu jika dilihat peratus pengundi luar yang balik mengundi menurun begitu mendadak.
Apabila isu ini tersebar, jentera UMNO dan Wan Farid sendiri lambat menghidunya dan penjelasan perkara yang sebenar juga terlalu lewat. UMNO "take it easy".

Sebenarnya strategi “character assassination” (CA) ini telah berjaya diamalkan di dalam pilihanraya 1986. Ketika itu BN di bawah Tun Mahathir menghadapi tentangan hebat dari Tengku Razaleigh Hamzah dari Semangat 46. Ini ekoran dari perbalahan yang teruk di dalam UMNO sendiri sehingga UMNO diisytiharkan pertubuhan haram. Kekuatan BN telah lumpuh apabila PBS dari Sabah mengistiharkan keluar dari BN. Sehinggalah tersebarnya gambar Tengku Razaleigh Hamzah memakai tengkolok berlambang salib.

Propanganda ini telah dilakukan oleh Utusan Malaysia di bawah Zainudin Maidin pada ketika itu. Gambar-gambar ini disebar meluas di seluruh mesjid-mesjid dan akhbar Utusan Malaysia. (sumber - rujuk http://cari.com.my/viewhead.php?tid=370708 – “Aku masih ingat lagi, masa tu masih bersekolah tengok terpampang gambar besar Ku Li pakai salib atas kepalanya. Utusan Malaysia menulis betapa kesalnya orang Melayu kerana Ku Li menjadi ejen Kristian. Digambarkan seolah2 Ku Li sudah masuk Kristian. Utusan semasa itu dipegang oleh Zainuddin Maidin. Dia tahu kelemahan orang melayu ialah agama & adat resam. Walaupun ramai orang melayu tonggang arak tapi bab-bab lambang salib nih orang melayu cukup sensitif.” ) Strategi ini berjaya memulihkan kembali kekuatan Mahathir dan BN.

Strategi ini ternyata senjata makan tuan, apabila gambar-gambar Najib dikaitkan bersama wanita Mongolia dan dahulu gambar-gambar Mahathir juga di “fabricate” untuk membunuh watak mereka.

Hari ini apa yang berlaku adalah “duplication” dari apa yang dilakukan oleh pemimpin terdahulu. Cumanya jika dahulu diperalatkan media-media massa yang di bawah kawalan mereka yang berkuasa tetapi sekarang dilakukan melalui jentera-jentera cyber yang diluar kawalan dan lebih bebas. Media kerajaan seperti RTM menghadapi kejatuhan rating kerana pengstrukturan baru yang memeningkan akibatnya apa-apa juga mesej dari RTM tidak sampai.

11 comments:

  1. Mummy,
    Kejatuhan rating RTM dan media utama sebab mesej tidak sampai, atau over dose? Sebab rasanya dulu tidaklah terang-terang kempen pakai TV dan surat khabar macam sekarang..

    ~http://ondastreet.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. betoi tuh!

    mummy...

    ada kontak dak nak cari keja kosong nih!

    saya tengah makan anggoq lani..

    cabaikering

    ReplyDelete
  3. mummy,

    depa nie saya rasa tak nak degaq orang ramai dok kata yang umno nie macam ikan yang akan mula reput tang kepala..so jangan la amik kepala lain yang dah terang-terang orang ramai tak suka...BAGGAGE dia ni terlampau berat menyusahkan orang kampong nak angkat.

    ReplyDelete
  4. padan muka UMNO parti perasuah orang Melayu dah menyampah dan tolak dalam longkang,ketua yang tak sedar diri sahaja masih termimpi UMNO masih kuat.....bodoh punya ketua, itu puntak boleh baca.....duduk le bawak ketiak gemok pendek tu

    ReplyDelete
  5. Nampaknya kepimpinan Pak Lah akan berakhir meninggalkan hampehhhh.
    Tungku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan. Tun Razak - Bapa Pembangunan. Tun Hussein Onn - Bapa Perpaduan. Tun Mahathir - Bapa Permodenan. Pak Lah - Bapa Hampehhhhhh.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Kena akur takdir Tuhan.. Siapa yang usaha lebih ,dia akan dapat..

    ReplyDelete
  7. Mummy,
    Character assassination ini juga akan memburu Datin Sri Rosmah
    Malaysia berdemo setiap jumaat menentang perang di Gaza , TV setiap masa sejak 3 minggu ini menunjukkan penderitaan peperangan di Gaza , BN kesedihan Wan Farid kalah di KT TETAPI malam tadi TV 3 bergembira dgn pesta Juara Lagu dgn sorak sorakan di bukit jalil dan Rosmah bersama sama mereka berpesta.

    ReplyDelete
  8. Itulah namanya hukum imbang, bila kita bertindak secara kotor, kita akan terima tindakbalas secara kotor juga.
    Media internet yang majoriti cenderung kepada mengkritik kerajaan adalah sebagai tindakbalas media kerajaan yang tidak bebas dan tidak memberi ruang kepada pembangkang untuk bersuara, walhal yang membiayai media kerajaan adalah duit rakyat, bukan wang dari akaun parti BN.

    ReplyDelete
  9. Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

    Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

    "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Barisan Nasional adalah liabiliti kepada UMNO dan sewajarnya ia perlu di bubarkan sebelum keadaan menjadi semakin parah. Orang Melayu perlu kembali berdikari dan mempunyai jati diri sendiri.. Berikan pendapat anda di blog saya. tq

    ReplyDelete
  11. salam..

    tq follow blog teman..


    maaf baru dapat datang blog mummy..

    bye bye

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.