Thursday, January 8, 2009

Jasa-jasa PAS dan SOSIALIS kepada Malaysia

Sistem Kapitalisme Barat Gagal
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Sistem kapitalisme Anglo-Saxon yang diamalkan selama ini oleh Barat telah gagal dan membawa kehancuran kepada ekonomi dunia kerana ia berasaskan ketamakan, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau berkata sistem itu yang mengalakkan spekulasi, membawa kepada pewujudan pelbagai jenis dana serta produk yang begitu kompleks dan tidak masuk akal yang membolehkan begitu banyak pinjaman dibuat.
"Sekiranya sistem perbankan Islam diwujudkan lebih awal lagi kemungkinan besar kehancuran ini tidak akan berlaku kerana ia tidak akan membawa kepada pinjaman berlipat ganda dan berasaskan aset," katanya dalam temu bual rancangan Dialog@1 di TV1, malam ini.
Beliau berkata kehancuran sistem kapitalisme Anglo-Saxon sebenarnya bermula sejak tahun 80-an yang telah memberi kebebasan keterlaluan kepada pihak swasta di mana kerajaan tidak mempunyai peranan langsung dalam ekonomi.

KOMEN
Kempimpinan Perikatan dan Barisan Nasional selepas penjajah masih mengamalkan cara-cara penjajah. Transisi ini bermula dari PerdanaMenteri Tunku Abdul Rahman sehingga Hussein Onn. Seperti amalan minum arak dalam majlis-majlis resmi dan mes-mes tentera menjadi kebiasaan. Pendedahan aurat adalah biasa. Judi dan poker adalah biasa. Pegawai-pegawai daerah Melayu pada masa itu memakai seluar pendek. Untuk bertemu mereka, pintu harus diketuk, kena "address" TUAN! baru boleh masuk, bila disuruh DUDUK! baru boleh duduk. Wakil-wakil rakyat apabila melawat kawasan pastinya kerbau dan lembu disembelih dan ayam dalam "Lau" @ reban menjadi hidangan istimewa wakil rakyat, ditatang seperti raja.

Tidak dinafikan juga masa pendek kepimpinan Tun Razak cuba mengubah budaya ini dan mendekati rakyat melalui Felda tetapi hasilnya belum terbukti kerana beliau telah meninggal dunia lebih awal.

Dalam masa yang sama peranan asakan parti-parti pembangkang seperti PAS dan Sosialis amat kuat pada ketika itu memperjuangkan Islam dan hak samarata serba sedikit menjadi pemantau dan desakan untuk kerajaan mengubah dasar melalui penerapan nilai-nilai Islam.

Walaubagaimanapun pembangkang terbawa-bawa dan tercari-cari idola atau contoh negara mana yang harus mereka ikuti selain dari barat. Maka PAS terjerumus dengan cara Iran dan sosialis terjerumus dengan cara komunis.

Bijaknya Perikatan dan Barisan Nasional mereka mengambil jalan tengah dan membuat kesesuaian dengan mengambilkira semua kaum dan terbukti berjaya.

Inilah jasa-jasa perjuangan PAS dan SOSIALIS dalam Negara ini.

7 comments:

  1. mummy,

    malangnya dalam `mainan politik' BN yang disini tidak..disana pun tidak..moral politik terpelusuk jauh..

    manis nya doctrine sosialisma..kekal dengan kesederhanaan dan berhemah tinggi..adunan yang memberangsangkan.

    kalaulah ingredients yang baik baik itu disatukan dan digarap menjadi model ala Malaysia..negara yang bertambah baik..dulu, kini dan selama nya.

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy,

    Walaupun kita banyak diadunkan dan diajar tentang sistem ekonomi kapitalis di sekolah dan di universiti.. namun apa yang terbukti sekarang jauh menyimpang apa yang didokong oleh sistem pembelajaran di Malaysia...

    Harap Malaysia dapat menerap kembali elemen2 sosialis dalam pentadbiran sekarang bagi mengharungi cabaran ekonomi yang kian meruncing bagi membantu rakyat..

    ReplyDelete
  3. Bukan sahaja PAS dan PSRM yang berjasa, malah DSAI dengan ABIMnya ketika itu, Ngo's islam yang lain, kaum ibu bapa yang sentiasa menerapkan nilai islam yang mendalam dikalangan anak-anak muda serta yang terpenting UMNO itu sendiri sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama. UMNO bukan lah sebuah parti yang terlalu degil dan 'dijamin masuk neraka'. Malah ia adalah sebuah parti yang sangat prihatin dan mesra kpd rakyat akar umbi, khususnya melayu dan bumiputera.

    ReplyDelete
  4. Penyangak Mata WangJanuary 10, 2009 at 10:38 AM

    Dulu kita bangga dengan pengswastaan. Mana Halim Saad?Mana Tajudin Ramli?Mana Amin Shah?Mana Samsudin Abu Hassan? Mana Wan Azmi Wan Hamzah?Mana Daim Zainudin?
    Mana semua penyamun duit rakyat ini? Semua dah kaya raya pi hijrah keluar negeri.
    Angkuh,tamak, haloba.

    ReplyDelete
  5. Mummy,
    The fact was Anwar set up Danaharta, Danamodal and CDRC was a credit to him. It proved that he was not blindly following the IMF recommendations. The idea behind the setting up of these bodies was good. But, unfortunately, under the present Finance Ministers, they are increasingly used mainly for the purpose of bailing out cronies and crony companies. For instance, Renong (under Halim Saad) and Tongkah (under one of Mahathir’s sons), have benefited from the CDRC.

    ReplyDelete
  6. SHA,
    Now the government is talking. Nor Mohd Yaakob is talking. Why Mahathir is not defending?That was done by him and his proxy Daim, the arrogant Finance Minister in the history of this country.Eg Same when they control the media like Zainudin Maidin the media manipulator,what he has done to Tengku Razaliegh in defending his boss Mahathir?
    Now who's paying for this?

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya bagi saya yang paling berjasa dalam mentarbiah rakyat malaysia yang beragama ialah pertubuhan Al Arqam bukan PAS,Abim atau JIM. Kebanyakan ahli PAS hanya tertumpu kepada politi dan Abim tertumpu kepada golongan Elit(maksud saya mahasiswa Universiti serta golongan profesional) tetapi tidak kepada ahli al arqam yang berjumpa dengan semua golongan. Al Arqam telah berjaya membuka mata umat islam kepada amalan dan cara hidup yang memenuhi tuntutan ajaran islam baik dari segi ekonomi mahupun sosial. Tapi sayang lama kelamaan pertubuhan itu telah menyimpang daripada akidah. Majalah dan komik mereka yang berteraskan islam telah banyak membuka mata saya bukan sahaja tentang agama islam tetapi tentang dunia. Saya mengetahui tentang HAMKA(Haji Abdul Malik Amrullah Penulis tafsir alazhar), Hassan Albanna, Tujuh pemuda gua, Raja tutankhamun, MIA2 Abram(kereta kebal Amerika Syarikat), Konflik di selatan Filipina, makanan Halal dan Haram, rukun sembahyang, Golda Meir(wanita pertama yang menjadi perdana menteri Israel) serta banyak tempat tempat menarik di dunia ini melalui majalah dan komik mereka. Sampai sekarang saya mengamalkan membasuh dahulu telur(maksud saya kulit diluar) sebelum dipecahkan kerana khuatir takut ketika proses memecahkan kulitnya akan terkena isi dalam dan menyebabkan ianya menjadi najis hasil daripada satu cerita komik berkenaan dengan beberapa orang anak gadis yang mahu membuat kek yang disiarkan dalam majalah yang dipanggil komik Islam. Ye la kulit telur kebanyakannya memang terkena najis ayam dan perlu untuk dibasuh terlebih dahulu sebelum dimasak. Saya masih ingat ahli al arqam inilah yang bersungguh-sungguh berdakwah kepada orang islam. Pada tahun yang sama pertubuhan ini diharamkan saya mengambil peperiksaan UPSR. Kebanyakan pertubuhan islam yang ada sekarang pendekatan dakwah mereka amat berbeza dengan cara pendekatan Al Arqam dan sambutannya kurang menggalakkan serta hanya tertumpu kepada amalan tetapi tidak meliputi hati.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.