Tuesday, January 20, 2009

UMNO berpenyakit "barah persepsi"

UMNO sekarang sedang mengidap penyakit “barah persepsi” yang parah dalam sejarah penubuhannya. Penyakit ini kalau tidak dirawat dengan segera akan menular ke seluruh anggota badan UMNO.

Penyakit “barah persepsi” ini ialah penyakit tanggapan yang buruk, mual, hodoh dan teruk oleh pengundi atas pagar terhadap perangai dan sikap segelintir pemimpin-pemimpin UMNO.
Mereka berpesepsi UMNO ialah sebuah parti yang bermandi memewahan, penuh glamour, rakus, keangkuhan, gila kuasa, mementingkan kroni dan memonopoli kekuasaan yang keterlaluan.

Prestasi UMNO yang telah berjuang untuk orang-orang Melayu dan membawa kestabilan dan perpaduan di dalam politik Negara ini telah dikuburkan dengan persepsi-persepsi buruk ini. Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terangganu membuktikan kenyataan ini.
Berapa ramai menteri-menteri kabinet yang turun menyokong calun BN dengan membawa projek yang dilulus segera “there and then”, calun dan menteri turun sehingga ke dapur rumah pengundi, yang sakit dicempung yang cacat dikendung, ini pun masih lagi tidak berjaya menawan pengundi malah kalah lebih teruk dari sebelumnya.

Persepsi-persepsi buruk makin tertanam dalam fikiran mereka dan lebih menyakinkan mereka lagi apabila melihat sendiri pemimpin-pemimpin UMNO yang turun berkempen mempamirkan kemewahan-kemehwahan yang melampau, saling tonjol-menonjol untuk bertanding dalam perhimpunan agung UMNO, mengagih-agihkan projek sesama rakan dan taulan sehinggalah isteri Timbalan Perdana Menteri pun gemar kepada hiburan apabila terlibat dengan Anugerah Juara Lagu TV3.
Melihat kelakuan ini, sedikit demi sedikit rakyat akan lari dari UMNO, sedikit demi sedikit keyakinan kepada UMNO akan terhakis dan jika tidak dirawat segera UMNO akan terhakis di bumi ini. Mungkin UMNO kena balik kepada asas atau “back to basic”.

10 comments:

  1. Bukan "back to basic" tetapi UMNO mesti mengamalkan nilai-nilai murni sebagai seorang pemimpin. Samada ianya diperingkat cawangan, bahagian maupun peringkat tertinggi. " Mesti turun kampong dalam keadaan selikih dan sangat mesra serta sangat prihatin kepada rakyat akar umbi pada sepanjang masa dan ketika. Tidak hanya bermusim. Pemimpin UMNO tidak sepatutnya memperlihatkan "perangai Koperat" mereka dikhalayak kerana rakayt akan muak dan mual. Apatah lagi sikap mengada-ngada dan sombong.

    ReplyDelete
  2. Salam Mami

    Imej UMNO makin terjejas akibat politik wang yang semakin buruk. Golongan muda, intelek dan pengundi atas pagar memandang ini sebagai satu penyakit yang boleh melumpuh sesebuah organisasi dan negara.

    Apalagi kini pemimpin UMNO di peringkat Bahagian kebanyakannya adalah di kalangan koporat yang lebih mementingkan keuntungan perniagaan berbanding dengan jati diri dan perjuangan parti. Mereka jadi UMNO sebagai batu loncatan untuk mendapat pengaruh dan kekayaan. Ini juga yang menjelekkan persepsi rakyat.

    Sewajarnya pemimpin UMNO dipelbagai peringkat hendaklah membaiki imej dan keperibadian masing-masing supaya tiada lagi pandangan serong rakyat terhadap mereka. Jika imej kita baik, agak mudah kita menawan hati rakyat dan tak sukar hendak memenangi sebarang Pilihan Raya.

    ReplyDelete
  3. Salam MUMMY,

    Selepas PRU yang lalu, imej UMNO/BN terjejas teruk. Terlalu banyak pekung yang terdedah dengan adanya media tambahan untuk rakyat dapatkan maklumat.

    Cuba tanya manusia muda dan yang berpelajaran adakah pemimpin pemerintah yang ada hari sedang memandu negara ke arah yang betul?

    Selama ini semua media yang dikuasai kerajaan menglabukan pandangan rakyat. Zaman berubah, media berubah, pemikiran berubah maka persepsi juga akan berubah. Malangnya UMNO tertinggal kapal di dalam bab ini.

    ReplyDelete
  4. umno tak parah lah. kalau sakit pun sebab racun arsenik yang diberi kepada anwar 10 tahun lalu telah menjadi anwar semakin sewel dan gila. dia tak mati tetapi sawan saja.

    Sikap lembut BN menyebabkan kuman dan bakteria menyerang BN dan sukar untuk di ubati

    Biarkan lah nak buat macam mana lagi, biarkan kuman tersebut bemaharaja lela dan berakhir dgn kematian baru raja racun arsenik dapat memerintah. pada masa itu tahulah langit tu tinggi atau rendah.

    Dulu Pas dan Dap tak sekata sebab berlainan ideologi tetapi hari ini mereka dah boleh tidur sebantal walaupun mimpi lain-lain.

    Lantaklah apa nak jadi dengan generasi melayu akan datang.

    biar mereka diratah oleh yahudi.....macam palestine

    ReplyDelete
  5. siapa nak guna camry? siapa nak guna Perdana?

    siapa kencing rakyat dengan janji kebajikan?

    yang realiti ialah kutuk UMNO dan BN sedangkan ramai dok hilang kerja dan Pakatan dan Anwar Ibrahim dok kencing kononnya nak cari pelabur Arab...

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Salam hormat mummy dan sahabat bloggers,

    It`s all about perseption and the first impression that people thought about you.Bukankah seperti yang telah diajarkan dari dulu...dalam politik,POLITICIAN MUST NOT ONLY CLEAN BUT MUST LOOK CLEAN.Mana-mana politikus yang BAGGAGEnya berat sangat akan sukar mengajak rakyat untuk sama-sama memikul bebanan mereka.

    Komen saya yang selanjutnya dalam blog..nasilemakbungkus.blogspot.com

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. Rakan bloggers,
    TPM, Najib pun dah mula mengakui terdapat penyakit ini. Najib kena ubah secepat mungkin sebab pilihanraya dan dekat.
    Cakap mungkin mudah tapi bukan senang nak ubah.

    ReplyDelete
  8. Klu UMNO terus berperangai begini.. Ramai generasi muda akn tolak abis. Mungkin PRU akan datang BN akn mula menang atas tiket kasihan oleh rakyat, bukanlah atas dasar kepercayaan.

    ReplyDelete
  9. barah jika sedar dan dicegah diperingkat awal, dengan izin Allah akan sembuh. tapi kalau dibiarkan melarat dan dibiarkan berterusan sudah pasti tidak ada ubat lagi boleh menyembuhkannya, biarpun dengan meminum air zam-zam sampai kering pun.

    masih tertunggu-tunggu satu kerajaan yang sedar dan mengakui bahawa rakyat adalah majikan mereka.

    ReplyDelete
  10. Pas juga pernah kena barah, kurap dan sengkela. Sebab tu Pas pernah kalah teruk di Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, pahang atau umumnya hampair semua negeri dan Pas hampir berkubur....Tu pun mampu hidup balik.

    Ini semua kerja ALLAH.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.