Thursday, April 30, 2009

Tan Seri Ahmad Rithaudin nak mansuh sayap, vateran UMNO pula minta sayap?

(Utusan Malaysia 30/4/2009)
Veteran UMNO mahu status sayap

KUALA LUMPUR 29 April - Kelab Veteran UMNO yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk memohon status sayap seperti diberikan kepada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Naib Pengerusi Kelab Veteran UMNO Malaysia, Datuk Nordin Yaani berkata, veteran perlu diberi hak itu memandangkan mereka membentuk 30 peratus atau hampir 800,000 daripada keahlian UMNO di seluruh negara.

"Perkara ini akan kami bawa ke pengetahuan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

KOMEN:
Veteran pulak dahh..minta sayap. Sayap pun kalau banyak-banyak sangat nak terbang pi kemana? Kita takut banyak-banyak sayap sangat sat lagi terbang sana-sini simpang kelewang kot..

Tadi ada sahabat telefon Mummy, dia kata golongan vateran UMNO ni kalau dah pencen sepatutnya lebih banyak beribadah di mesjid-mesjid dan surau-surau. Jangan biarkan puak-puak PAS dan PKR dok monopoli surau dan mesjid.

Katanya lagi kalau yang berbakat dan rajin tulislah blog jadi bloggers vateran seperti Tun, "Pak Lah", Rohani Ahmad, Tg Razaleigh, Zainudin Maidin, Kassim Ahmad dll.

Mummy kata kat dia, nak buat macam mana....politik ini macam menggaru ’ kudis buta’ lagi garu lagi sedappppp...padahal mereka tak tau silap garu keluar darah dan kudis merebak.

Perlu difahami yang sebenarnya istilah vateran ini bukan sahaja pencen dan tua tetapi yang ramai di kalangan vateran politik ni adalah mereka yang kalah pilihanraya dan yang tidak lagi dicalunkan.

Mummy minta juga sahabat tersebut jangan anggap hasrat veteran ini sebagai tindakan "gila talak" kerana mereka bukan diceraikan talak tiga tetapi kerana keadaan senario politik semasa sahaja mereka rasa terpisah.

Apapun vateran juga adalah pengundi dan jasa mereka juga banyak kepada rakyat, anak menantu mereka dan kroni-kroni mereka.

7 comments:

  1. Sayap pegi Neraka.. hehehee

    Hi mamma..!

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn mummyMay 1, 2009 at 1:22 AM

    Spesis gila kuasa dan sawan harta

    itula jadinya, mengada - adakan jawatan sbb dah tiada jawatan dalam kerajaan. Jawatan sayap pon jadila.
    Hahaha sedeyy kawe nengok orang tua2 camni. kuikuikui

    ReplyDelete
  3. Mummy,
    Dalam UMNO ada umur bersara wajibkah? Jika ada berapa tu?
    Awat teruk sangat orang UMNO ni, dah kena reject pun nak tubuh sayap lagi.
    Tak ingatkah mereka atas kematian.
    Orang macam ni kena hantar pi hospital pesakit otak tanjong rambutan atau tampoi, supaya mereka boleh buka cawangan/bahagian sendiri dan adakan mesyuarat agung setiap hari dan pemilihan setiap minggu. Mereka ni gila publisiti dan tak mahu rasa terpinggir.

    ReplyDelete
  4. Mummy, ada juga yg kata bersara dalam politik kononnya tak mau terlibat atau kelihatan kelibat dalam mana-mana majlis politik tetapi sibuk bercakap sana-sini dan blogging sana sini, cucuk sana-sini, hentam sana-sini,semua orang tak kena, dia sorang saja yang betul.
    Tapi masa dalam kerajaan dulu dia juga yg bersekongkol merosakkan mantan PM Pak Lah.
    Orang macam ni nak kira macam mana Mummy?

    ReplyDelete
  5. As'kum semua,

    Kenapa 'hot' sangat ni. Mummy pun suka sangat dok hidang kopi panas-panas.
    macam ni je saya rasa, mereka bukan nak jawatan cuma nak berkhidmat. Harapkan yang muda-muda dalam UMNO,semakin banyak mereka semakin ramai pengundi muda yang lari.Itu lah sebabnya Saluran 3 dan 4 dalam PRU 11 dan 12 dahulu UMNO kalah teruk. Pemuda dan puteri hanya saling bercinta sesama mereka sahaja.'Sumbang maharam'. Prestasi rendah.
    Cuma Najib kenalah guna budi dan berbicara letaklah disudut mana pun asalkan memberi menafaat kepada UMNO.
    Yang muda-muda pun boleh juga pergi masjid. Masjid tidak semestinya untuk orang tua-tua sahaja.Ni magrib pun masih berdekah-dekah ketawa kat cafe house.Bikin malu UMNO sahaja. Kes macam ni pun nak beremosi.Semua orang UMNO kena muhasabah diri.

    ReplyDelete
  6. patah sayap terbang juaMay 4, 2009 at 6:03 PM

    Mummy,

    Lagi banyak sayap lagi baguih,depa boleh terbang keseluruh pelusuk negara cari rezeki,ada rezeki Halal dan ada yang Haram.Ada pi kempen SI dan ada SK,yang Salam Kosong tu lingkup la macam Mukhriz kena.

    WOW ! UMNO makin hebat,lepas ni sayap apa lagi pulak ? SAYAP PAYUNG TERJUN TAK MAHU MINTA KA ?

    ReplyDelete
  7. COME AND VISIT ME AT www.myvemma.com/ezymoney

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.