Monday, April 20, 2009

Terima Kasih ITM

Impian Yayasan Arshad Ayub Hampir Tercapai

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Yayasan Arshad Ayub (YAA) yang kini bukan sahaja berupaya membantu lebih ramai penuntut kurang berkemampuan mencapai kelulusan tinggi menerusi kejayaannya mengutip derma dan sumbangan lebih RM1 juta, tetapi lebih bermakna ia berdiri sebagai lambang memberi peluang kedua kepada mereka yang ingin berjaya dalam hidup.

Diwujudkan oleh usahawan berjaya terdiri daripada alumni Institut Teknologi Mara (ITM) daripada empat zaman, yayasan itu mengabadikan nama Tan Sri Arshad Ayub, pengarah ITM pertama bagi menjadi contoh ikutan dan menghargai jasa beliau dalam membangunkan pusat pengajian tinggi itu yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM).

KOMEN:
Kami adalah Melayu yang tidak diberi ikan tetapi Melayu yang dibelasah dan dilatih bagaimana memancing.

13 comments:

  1. mancing mancing tak pernah dapat ikan yg besar,,,, asyik asyik ikan keli, talapia dan ikan darat jer ,,, nak juga merasa makan ikan laut dalam,, seperti tenggiri, parang, jenak kerapu sotong,,, yum yum jika dapat makan yg itup,,,, mungkin umpan cacing kot!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Pak Oncu

    Comment daripada saudara,apa maksud yang nak disampaikan?,letih otak dok fikir xsampai.

    ReplyDelete
  3. salam pak oncu lautan ilmu tuan amat dalam sampei tak terduge dek deme same dalam dengan lautan atlantik dan pasifik ha ha

    ReplyDelete
  4. inilah pemikiran melayu patut ada...semua pihak kena usha pada platform masing2 untuk perkuatkan melayu..tahniah...jangan biarkan ahli politik saja yg nak tentukan mekanisma kekuatan melayu...dgn cara ini tak langsung dapat mengimbangi politik melayu samada umno,pas dan pkr yg semakin kehilangan arah mempertahankan melayu sebaliknya bercakaran sesama sendiri, kaum lain yang untung..........

    ReplyDelete
  5. Dear Mummy,

    Sya juga bangga menjadi salah seorang warga UiTM a.k.a. ITM. Saya berbangga kerana berjaya menangkap ikan di laut dalam.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. dok perati dari luaqApril 21, 2009 at 1:22 PM

    'on't give me a fish but teach me a fish, so that I can fish it for the rest of my life'

    ReplyDelete
  7. dok perati dari luaqApril 21, 2009 at 1:24 PM

    Don't..not on't..sori typo error

    ReplyDelete
  8. Salam bloggers,
    Jati diri kita adalah jatidiri ITM. Bukan Oxford atau Cambridge.

    ReplyDelete
  9. errr, kalau selalu sangat makan ikan laut dalam pun muak jugak, hehe
    amal kebajikan anda semua tak terbalas oleh kami didunia ini. moga jasa baik anda dibalas di hari muka,

    ReplyDelete
  10. mancinglah sepuas-puasnya....

    ReplyDelete
  11. Subject memancing bukan bermaksud memancing semata-mata. Fahamlah dengan skop yang lebih besar dan luas.

    ReplyDelete
  12. Salam ziarah.

    Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

    ReplyDelete
  13. 1. Banyak cerdik pandai lahir dari ITM.

    2. Cerdik pandai ini ada dari bangsa Melayu.

    3. Pernah terfikir, orang Melayu yang kurang memuaskan keputusan SPM masih di terima masuk ke ITM

    4. Orang Cina yang cerdik kurang peratus kemasukannya di ITM.

    5. Dulu, Cina tidak pernah memberi komen tentang perkara di atas.

    6. Kini, terdengar bunyi2 kurang menyenangkan tentang perkara di atas.

    7. Angkara siapa agaknya yang ingin mewujudkan ketegangan kaum.

    8. Dulu, setiap perayaan disambut semua bangsa di Malaysia

    9. Kini, semuanya telah berubah.

    10. Sokonglah Datuk Najib.

    11. Sokonglah 'Satu Malaysia'

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.