Provokasi Tan Malaka dalam Utusan Malaysia link telah mendapat reaksi dari blog Che Det.link Che Det.
Yang sebenarnya kenyataan Tan Malaka ini hanyalah provokasi sahaja untuk menyedarkan kaum Melayu negara ini.
Perbandingan hakiki rakyat Singapura dan Rakyat Malaysia harus dilihat dari sudut ISINYA bukan KULITNYA.
Spore mungkin hebat dari segi kulitnya tetapi isi-isi jiwa rakyatnya kosong dan lompong.Hidup mereka di dalam pulau yang sempit itu penuh dengan undang-undang, peraturan, denda dan saman.
Kotak pemikiran kita dan mereka pun berbeza. Kotak pemikiran mereka memikirkan pelabuhan, pasir dan ruang udara manakala kotak pemikiran kita memikirkan pembangunan yang seimbang, membina kekuatan keluarga dan moral, membangunkan kemudahan awam dan lain-lain.
Manusia yang hidup di kawasan pulau sentiasa takut dengan ancaman dari segenap sudut sekeliling laut dan udara.Kocak air dikatakan lanun burung terbang dikatakan serangan bom.
Sekeping sampah bagi mereka semestinya lah satu masaalah yang besar begitu juga setitik air.Jika chewing gum yang kecil ini dipandang enteng oleh LKY maka kelak Singapura akan menanggung beban sampah yang lebih awal dari Malaysia.
Begitu juga seperti kata LKY parti politik pembangkang mestilah dihapuskan sebelum dia tumbuh takut apabila kelak sudah besar mendatangkan masaalah.
Lee Kuan Yew juga menyeru umat Islam supaya kurangkan pegangan Islam mereka kerana ia tidak membantu proses integrasi dan pembangunan negara. Islam bagi LKY menjadi halangan keharmonian antara kaum di Singapura.
Mungkin LKY diambang putus wayar otaknya kerana tidak berkesempatan mendalami ajaran Islam yang sebenar. LKY seharusnya terbuka di dalam masa yang hanya tinggal sedikit ini uintuk mengkaji dan mendalami ilmu dan ajaran Islam. Ajaran Islam ialah cintakan pendamaian bukannya peperangan.
Mengambil satu ajaran dari ribuan ajaran Islam seperti apa yang Islam ajar tentang tanggung jawab terhadap jiran tertangga. Apabila kita di rumah makan sedap-sedap tetapi jiran sebelah di dalam kelaparan adalah tanggung jawab kita untuk untuk membantu jiran yang susah itu. Itulah ajaran Islam yang sebenar.
Yang menjadi masaalahnya kepada LKY tidak mahu melihat Islam yang sebenar dan sering menutup sebelah mata serta Islam di Singapura ditindas dengan cara terhormat.
LKY sampai bila pun akan dibuai mimpi ngeri kerana diapit oleh Indonesia dan Malaysia negara yang banyak populasi Islam.
How Our Society Is Shaped by the Framing of Collective Thinking
-
by Dr Jahaberdeen Mohamed YunoosPromoting, understanding and analyzing
“thinking” is an important endeavor of the Rapera movement. This is
because the pow...
9 months ago
salah pas juga..sptt nya ke na tarbiah dap dlu..dari situ bila dap mula memahami islam bru lah mereka akan sampaikan pemahaman akan islam kepada pap(LKY)
ReplyDeleteAssalam
ReplyDeleteMasalahnya dia memang anti Islam sama macam sedara mara DAP dia kat Malaysia
Salam Mummy,
ReplyDeleteLKY ka..LKS ka..LGE ka..CSL ka..suma ni dari spesis yang sama..sebagai Melayu yang tak sama spesis dengan depa..takkan la depa nak tulong jaga kita camana depa jaga diri depa. Kita azan kuat sikit..komplen. Lepaih tu mintak maap pasai salah paham..Namawee persendakan lagu negaraku pun mintak maap sebab tak paham..piiiiirah! Kita saja yang kena jaga hati orang lain sampai nak tulih novel pun susah la ni. Takkan 1Malaysia tu untuk orang kita je Mummy?
apa pendapat mummy tentang nyonya yang dihukum bersalah kerana menyebabkan kematian pembantu rumahnya memakai baju kurung dan bertudung seperti wanita islam dimahkamah..
ReplyDeletekenapa beliau berpakaian begitu,apa tujuan dan implikasinya perbuatan beliau terhadap islam.
apakah ini juga salah satu dari provokasi kaum ini terhadap bangsa melayu dan ugama islam.
Tapi kita tidak boleh nafi LKY berjaya membina sebuah negara yang dikira maju meskipun belum sepenuhnya dengan sumber alam yang terhad.Korupsi di negara'kafir' ini hampir nol tidak seperti banyak negara Islam yang memegang rekod rasuah dunia.Melayu Singapura pun berkualiti seperti Melayu di Afrika Selatan hidup tanpa subsidi berdiri sendiri melalui kerja keras dan tanpa membodek parti pemerintah.
ReplyDeleteDi PP LGE mendapat pujian adri Ketua Audit Negara kerana pengurusan kewangannya bagi tahun 2009 kalau tak silap adalah terbaik di negara(baru dua tahun lebih memerintah). Negeri lain bahah UMNO 53 tahun agak teruk. Universiti di Singapura tergolong 30 terbaik dunia, Malaysia pula tergolong yang 200 lebih.Kejayaan sesebuah negara tak ada kena mengena dengan berpegang kepada agama- hanyayou pandai mengembling modal insan dan melaksanakan tadbir urus terbaik untuk negara masing-masing. You nak pandai nak dapat Hadiah Nobel sepert Einstein atau siapa ja tak ada kena-mengena dengan terror you beragama. You terror beragama boleh dapat Hadiah MaalHijrah, Tokoh Intelek Islam atau tokoh Wira Islam bukan tokoh cerdi pandai global.
Tolong sikit agama sepatutnya hal pribadi, buatlah ibadah sebanyak man yang boleh tapi jangan susahkan orang awam. Pentadbiran negara harus berkonsepkan moden, sekular berasas ilmu pengetahuan sains dan teknologi, bermanusiawi dan mesti berinovasi dan berkreatif. Mana ada pemimpin agama yang kreatif, inovatif, berilmu selain memuntahkan hafalan hadis dan al-Quran yang ditafsirkan oleh golongan konservatif ttapi digajikan oleh kepimpinan UMNO.
Kebukuruk LKY hanya satu. Beliau mula-mula berlagak seperti sosialis kemudiankan sumbatkan teman-teman yang mencabarnya lalu menganut fahaman kapitalis yang pentingkan meritokrasi. Negara kita amalkan kapilisme bertuhankan kronisme, rasuah dan nepotisme dan disulam dengan Islam yang berfikiran sempit.