Saturday, January 8, 2011

Untuk Rekod: Mana satu yang terlajak? Perahu atau Cakap?

Keputusan Wajib Lulus Sejarah Dalam SPM Muktamad, Kata Dr Puad

LABIS: Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, Jumaat, menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.

"Jawatankuasa ini sedang membuat kajian bagi memastikan kurikulum yang baru dan bakal digubal kelak benar-benar memberi impak yang berkesan untuk melahirkan generasi yang menghayati sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ramah mesra dengan guru-guru sekolah kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Sekolah Kebangsaan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Tenang pada Jumaat.

Menurut beliau, laporan tersebut perlu diperjelaskan kerana ia boleh disalah ertikan seolah-olah kementerian akan berpatah balik dalam keputusannya untuk mewajibkan mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM mulai 2013.

Beliau juga berkata, jawatankuasa khas yang ditubuhkan itu dianggotai oleh pakar sejarahwan dan pensyarah universiti yang pakar dalam bidang Sejarah.

Kementerian katanya, akan memperkenalkan Sijil Peperiksaan ulangan untuk mata pelajaran Sejarah kepada pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2013.

Langkah itu, katanya untuk membolehkan pelajar yang gagal mata pelajaran itu mengambil peperiksaan ulangan sebagaimana mata pelajaran Matematik dan Bahasa Malaysia untuk membolehkan mereka mendapat sijil SPM. (mStar online - 7/1/2011)

(Utusan Malaysia 7/1/2011)
Wajib lulus Sejarah belum muktamad
Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB

RAUB 6 Jan. – Kementerian Pelajaran masih belum membuat keputusan muktamad bagi membolehkan mata pelajaran Sejarah dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, berikutan itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk menjalankan kajian berhubung perkara itu.

“Perkara ini tidak boleh diadakan secara terburu-buru kerana ia perlu dikaji secara menyeluruh bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Gali, Gong di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Mazlan Mohamad.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.

Mohd. Puad berkata, jawatankuasa itu akan mengambil pandangan semua pihak bagi membolehkan perkara tersebut dilaksanakan dengan berkesan.

3 comments:

  1. Sebab nak cari sangat kelemahan rasa_rasanya media yg terkeliru dan tak faham termasuk MR sendiri terhadap kenyataan Mohd.puad. Tentang komen Anon pada postng sblm artkl ini sebenarnya sekiranya tak lahir org melayu UMNO spt Tun.Mahathir di tanah melayu ini dah lama org seperti Anon ini spin,ubah dan putar belit sejarah tanah melayu ini.

    ReplyDelete
  2. Apa pun keputusan oleh kerajaan nanti janganlah jadi cerita pak pandir,pak kadok,lebai malang, dan si luncai di zaman pasca moden ini.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Mohon link ke blog tuan untuk berkongsi perjuangan.
    T kasih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.