Thursday, March 28, 2013

DAP PAKAI SIMBOL PAS IBARAT SERIGALA PAKAI KULIT KAMBING

Jika Roket diisytiharkan haram oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS), kerana laporan penyelewengan dalam pemilihan CEC DAP yang dibuat oleh ahli-ahli nya, PAS akan tampil menawarkan kepada DAP untuk menggunakan simbol Bulan mereka dalam pilihan raya umum nanti. 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata PAS akan meminjamkan simbol untuk DAP atas semangat setiakawan dan persaudaraan. Pengerusi DAP Karpal Singh juga berkata calon-calon parti itu tidak mempunyai pilihan lain selain bertanding di bawah panji-panji PKR atau PAS jika parti itu dibatalkan pendaftarannya sebelum pilihan raya ini. 
Malah penasihat DAP Lim Kit Siang sendiri tidak keberatan untuk bertanding di bawah label PAS. Dalam hal ini ulama PAS Datuk Harun Taib berkata DAP bebas untuk bertanding di bawah panji-panji PAS tetapi mereka mesti mengemukakan permohonan rasmi. 
Tidakkan ini dilihat tidak ubah ibarat serigala yang telah terdesak terpaksa memakai kulit kambing untuk selamat. Tetapi apabila telah selamat terjaminkah kambing-kambing itu tidak akan dimakan oleh serigala? 
Mereka tahu pengundi kini senang ditipu dan mudah diputar belitkan. Di dalam politik tidak ada istilah ‘Haram’ yang mutlak kerana jika Haram sekalipun ia boleh dihalalkan dengan mengubah ‘packaging’, jenama atau label. Untuk lebih menyakinkan ditampal dengan label ‘Halal’ walaupun kandungannya haram. 
Mereka yang menentang Islam pun boleh memakai sarung, kulit atau jersi Parti Islam janji menang pilihanraya apabila beroleh kuasa kelak golongan inilah yang akan meratah Islam sehingga ke tulang belulang. 
PAS kini memberi jalan pintas dan mudah untuk DAP mencapai cita-cita mereka memperjuangkan supaya kalimah Allah digunapakai di dalam Bible. Mengulangi kata-kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Harun Din “Jika kita relakan dan kita redza Allah itu diletakkan kepada God ini maknanya kita relakan Allah itu disyirikkan oleh manusia”.
Sekadar renungan cuba kita bayangkan bagaimana poster Karpal digantung dengan logo PAS bersebelahannya. Kepada siapakah yang akan kita undi? Kulitnya kah? atau isinya kah?

Tuesday, March 26, 2013

KEPALA MELAYU MESTI BERSATU

Semalam dalam forum Membina Peradaban Bangsa Melayu Berteraskan Tamadun Islam di bangunan Parlimen, Che Det mengulangi bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menerima hakikat bahawa ramai Melayu pernah tawar hati dengan pentadbiran parti itu. Ia bermula pada tahun 2004 dan berlarutan sehingga 2008. 
Kesannya dari itu lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang. Che Det nampaknya seperti tak habis-habis mengkondem Kerajaan Pak Lah. Hari ini PakLah entah kemana. Tak dengar suara. Tak dijemput berforum. Tak diminta untuk memberi pendapat dalam isu-isu negara. Seteruk-teruk Musa Hitam pun dipanggil juga berforum. Diam-diam Daim pun diwawancara juga dalam NST. Mungkin Pak Lah sedang hidup aman damai abadi. Usah dikacau. 
Rakyat dibawah dilantunkan dengan ucapan berdegar-degar supaya Melayu bersatu. Hari ini Melayu lemah dan hampir tergadai mereka diseru untuk bersatu. Tetapi kepala-kepala Melayu yang di atas tidak bersatu. Che Det tak habis-habis hentam Pak Lah, mengapa Che Det tak bersatu dengan Pak Lah?. 
Selagi mereka tidak bersatu selagi itu Anwar Ibrahim bermaharaja lela menyerondol seperti kerbau gila. Rakyat dah naik geli geleman dengan paparan video-video songsang, kelorlor dan loklux. Pak Lebai-Pak Lebai PAS tersipu-sipu malu menutup muka dengan tangan mereka sambil mengintai di celah-celah jari gambar Anwar Ibrahim dalam Youtube dan media social. Maaaasyaalah mengucap panjang mereka. Geli sungguh. Tak malu. Nak termuntah semua ada. Bagaimana kesudahan drama Anwar Ibrahim ini hanyalah Allah SWT yang tahu ‘endingnya’. 
Yang sebenarnya rakyat hari ini menjadi was-was dengan politikus-politikus yang ada kerana terlalu banyak lakunan dan wayang mereka. Semasa mahukan kuasa semua turun ke bawah, nenek tua yang lumpuh pun sanggup dicempung mereka. Isteri-isteri mereka buat muka sedih dihadapan kakak-kakak dan makcik-makcik kampong. Apabila berkuasa sahaja taring mula tumbuh. Motor besar dan kereta mewah mula bergentayangan ke sana sini. Rakyat dah tawar hati dengan lakunan-lakunan ini. 
Itulah yang sebenarnya bibit-bibit kebencian rakyat kepada BN apabila mereka menang besar dalam PRU 2004. Pak Lah merasakan pengaruh Mahathir sudah padam maka kuasa yang diberi rakyat diterjahnya bersama menantunya sehingga pilihanraya 2008 rakyat menghukum mereka, “ambik kau..”.

Monday, March 25, 2013

DAP DAN PAP JAUH SEMANGGANG DARI API

"LKY Berkualiti, Cerdik dan Lembut" kata Daim
Di dalam wawancara NST bersama Tun Daim (Daim: Don'tWasteTimeOnAnwar) apabila ditanya persamaan PAP Singapura dan DAP Lim Kit Siang, Daim berpendapat hari ini DAP tidak lagi berkualiti seperti PAP. 
Yang lebih parah ialah Daim juga berpendapat Lee Luan Yew sendiri tidak pandang langsung pada DAP. Bagi Daim Lee Kuan Yew dan PAP ternyata lebih bijak, lebih licik dan sangat lembut dalam pendekatan mereka. 
"DAP tidak berkualiti, chuvanis dan bukan berbilang kaum" kata Daim
Manakala DAP adalah benar-benar sebuah parti pekat Cina dan bukan sebuah parti berbilang kaum. Di dalam pemilihan parti mereka yang lepas membuktikan tidak seorang pun kaum Melayu mendapat tempat dalam pemilihan mereka. Ia adalah parti cauvinis, konon menuntut untuk menjadi ‘Malaysian Malaysia’ kini sudah menyimpang. 
Kenyataan Daim ternyata benar. Strategi berkempen dengan mengasosiasikan DAP dengan PAP Singapura hanyalah akan membesar-besarkan kepala DAP yang tidak berkualiti itu dalam bahasa anak muda kini 'hampeh'. 
Dahulu mungkin kita boleh berkempen bagi meraih sokongan pengundi Melayu (yang ketika itu benci kepada Lee Kuan Yew dan PAP atas sentimen dinyahkan keluar Malaysia) dengan menyamakan DAP dan PAP, kini subjek itu sudah tidak relevan lagi kerana generasi hari ini tidak lagi mengenal sejarah pembentukan negara Singapura. 
Apa yang mereka sedar ialah Singapura telah jauh berjaya dari Malaysia di bawah kepimpinan LKY. Mereka berkejar-kejar mahu menjadi seperti Singapura di mana sistem pendidikan mereka sangat mantap, generasi muda mereka lebih bijak, bahasa Inggeris mereka cukup mantap, kualiti politik mereka lebih matang dan rasuah mereka hampir sifar. Singapura adalah idola mereka. 
Manakala DAP pula telah jauh tersasar matlamat mereka yang kekal chuvanistik malah semakin pekat chuvanis mereka. Kuasa hanya berlegar-legar sesama keluarga, kaum kerabat dan anak-pinak mereka sahaja. 
Akhir-akhir ini mereka mengheret pula agama Kristian sebagai wadah perjuangan baru mereka apabila melihat perpecahan Islam dan Melayu dalam negara ini. DAP kini sudah hilang arah bersekongkol dengan pakatan yang langsung tidak berpakat. Akar umbi PAS kini juga marah dengan pucuk pimpinan PAS sendiri yang diperlembukan DAP. 
Hakikatnya generasi baru kaum China yang ingin melihat DAP membawa perubahan seperti PAP ternyata kosong belaka.

Sunday, March 24, 2013

ROZITA CHE WAN PANAS.

Apabila seseorang itu terkejar-kejar menempatkan dirinya untuk menjadi artis atau selebriti dan akhirnya dia berjaya mendapat tempat di hati masyarakat menjadi artis popular maka itulah permulaan hidupnya yang sudah menjadi hak masyarakat.
Masyarakat akan sensitif dengan tingkah lakunya, perangainya, pakaiannya, bentuk badannya, tutur katanya malah keseluruhan hidup hariannya akan diperhati masyarakat. Rozita Che Wan juga tidak terlepas dari situasi ini. 

(Janganlah pula apabila si Tua bercinta dengan lelaki muda perangainya pun terhegeh-hegeh dan terkinja-kinja macam orang muda. Ingatlah tegang dan cantik hanyalah sementara )
MR terpanggil untuk siarkan teguran Dr Harlina (http://drhar.blogspot.com/) berhubung isu aurat Rozita Che Wan.

Salam ukhuwah 
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. 
Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu. 
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. 
Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!' Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan: Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. 
Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya–adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa! 
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. 
Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘ Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. 
Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu? Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. 
Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. 
Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran. Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah. Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya! 
Salam ukhuwah:
Dr.Harlina Halizah Siraj (Dr.Har)

Friday, March 22, 2013

SATU PERSATU JENTERA PROPAGANDA HILANG MARUAH

Sumber : Sinar Harian

ALOR SETAR - Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam memerintahkan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) membayar RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa kerana menfitnahnya dalam siaran rancangan Titik Sentuhan. 
Pesuruhjaya Kehakiman, See Mee Chun, mengarahkan defendan pertama dan kedua masing-masing membayar RM25,000, defendan ketiga (RM70,000) dan keempat (RM30,000) . Mee Chun membuat keputusan itu dalam kamarnya yang dihadiri peguam Mohd Nasir, Aminuddin Zulkipli dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan, Ruzaimah Mohd Ridzuan mewakili defendan ketiga dan keempat. Pada 23 Mei 2012, Mohd Nasir menfailkan saman fitnah terhadap defendan pertama, Mohd Hanafiah Hanafi, 65, defendan kedua, Zakri Suid, 40, individu yang ditemuramah dalam rancangan itu, penerbit rancangan Titik Sentuhan RTM 1, Hartini Haris (defendan ketiga) serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail, sebagai defendan keempat. 
Nasir menuntut ganti rugi am RM10 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan teruk, kos serta relif-relif lain yang sesuai dan patut diberikan oleh mahkamah. Beliau juga memohon perintah mengarahkan semua defendan meminta maaf secara terbuka dalam rancangan Titik Sentuhan dan menarik balik tuduhan fitnah serta perlu dibuat secara bertulis di muka hadapan akhbar harian dari tarikh perintah writ saman. 
Dalam tuntutannya, Nasir mendakwa rancangan itu disiarkan dengan niat jahat menfitnah beliau sebagai pemimpin yang gagal menunaikan tanggungjawab dan tidak membantu menyelesaikan masalah penurapan jalan di Kampung Hilir, Kubang Rotan” pada 18 Disember 2011. Disebabkan itu, beliau terpaksa menanggung malu dan aib hingga menjejaskan maruah diri serta keluarga. 
Menurutnya, RTM mendakwa jalan itu diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU) sedangkan ia dilakukan kerajaan negeri pada 27 Julai 2011. Sementara itu, ketika ditemui, Nasir bersyukur dengan keputusan itu serta berterima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya sepanjang kes berjalan lebih setahun. 
“Matlamat sebenar tindakan mahkamah adalah untuk menghentikan gejala fitnah dalam usaha mendapatkan sokongan politik dan ini selalu digunakan kelompok media tertentu dengan menabur fitnah. 
“Hak kebebasan bersuara tidak bermakna boleh sesuka hati menyebar fitnah kepada orang lain,” katanya.

KOMEN:
Ini lah kerja Pak Pandir yang yang ghairah mencari kesalahan tanpa kajian yang terperinci dan mendalam.

BUKU BIOGRAPHY ROSMAH MANSOR BUKAN UNTUK RAKYAT

Visual - Sinar Harian
Buku biography Rosmah Mansor telah dilancarkan oleh Tun Mahathir Selasa lepas. Biografi itu diterbitkan di ambang fajar PRU yang Parlimen mungkin akan dibubarkan tidak berapa lama lagi.
Sesuai sangat penerbitannya kerana diharap dapat menjawab segala macam tohmahan dan fitnah terhadap beliau. 
Biografi itu dijual pada harga RM150 senaskhah dengan 50 peratus daripada hasil jualan didermakan kepada Yayasan Kepimpinan Perdana.
Dengan harga RM150 itu tidak semua rakyat marhean mampu membelinya. Walaubagaimanapun amat sesuai dibeli oleh tokoh-tokoh korporat yang gemar mengampu untuk menderma kepada Yayasan Kepimpinan Perdana walaupun kadangkala mereka sendiri tidak membaca.
Apapun yang lebih tepat mesejnya hendaklah disampaikan kepada pelajar-pelajar pengajian tinggi dan mampu dibeli melalui baucher buku 1Malaysia.

Tuesday, March 19, 2013

DOSA KERING UMNO

Hampir semua kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan pemimpin pembangkang ditambunkan dosanya kepada UMNO. UMNO beroleh dosa kering. 
Berasaskan kejayaan-kejayaan mengabui mata manusia dengan menambun dosa ini kepada UMNO maka tidak hairanlah ketua UMUM PKR kini bebas bermaharajalela bernafsu serakah melakukan maksiat demi maksiat tanpa ada batasan kawalan sehingga ke tahap kesongsangan nafsu syahwat yang sungguh gila. 
Ketua Umum PKR seperti tidak tahu untuk bertaubat sejak kelakuannya yang tidak senonoh itu satu persatu terbongkar bermula pada tahun 1998 sehingga ke hari ini. 
Nafsunya seperti harimau yang ‘hari-hari dia mau’ menyerondol seperti kerbau liar. Bangun pagi seperti ayam jantan mengasah susuh ‘siapa aku mau terkam’. 
Beliau terlepas dan bebas melakukan apa juga seperti paparan kelakuan jijiknya dalam video dan CCTV kerana masyarakat tidak akan percaya pelaku itu adalah beliau. Setiap kali terdedahnya kelakuan maksiat beliau, secepat kilat beliau akan menuduh UMNO. Konon sebagai dalang konspirasi yang ingin menjatuhkan kerjaya politik beliau.
Maka tidak hairanlah jika suatu hari nanti secara terbuka beliau melakukan persetubuhan di atas meja dengan disaksikan orang ramai sekali pun di hadapan mata-kepala mereka, pastinya orang tidak akan percaya itu adalah Ketua Umum PKR. UMNO lah yang jahat, segala-gala nya dilunggok ke atas kepala UMNO. 
Hari ini secara tidak langsung UMNO lah penyelamat kerja-kerja maksiat beliau. 
Begitu juga jika ditakdirkan isterinya Dr Wan Azizah mendedahkan kelakuan kemungkaran beliau sudah pasti UMNO akan dituduh telah membeli Wan Azizah. Inilah kejayaan terbesar Ketua Umum PKR melukiskan wajah indah, sempurna, alim, maksom dan suci di mata masyarakat.

Kepada Ketua Umum PKR, AKU ingin menyeru :
Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Hari ini mereka mendedahkan lagi gambar-gambar engkau bersama seorang lelaki melakukan perhubungan sejenis, 
Jika di dalam gambar itu bukan engkau maka engkau nafikanlah ia 
Engkau kembalilah kepada Allah SWT dengan menjunjung kitab suci Al Quran Kitab yang sama-sama kita percaya yang menjadi pedoman kita bersama di dunia dan akhirat. 

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Jika di dalam gambar itu adalah engkau yang melakukan perkara jijik itu 
Maka kembalilah engkau ke pangkal jalan Bertaubatlah

Wahai Anwar bin Ibrahim
Pintu taubat masih terbuka wahai Anwar 
Allah SWT masih menyayangimu dan Allah SWT sentiasa maha pengampun dan maha mengasihi

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Engkau ingatlah masa kita semakin pendek 
Kita semakin tua 
Tenagamu semakin lemah 
Rambutmu semakin gugur 
Mukamu semakin berkedut 
Otot-ototmu semakin kendur 
Kubur sedang melambai 
Dunia sedang mengucapkan selamat tinggal 

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Mati itu menyakitkan 
Kita semua akan disoal 
Kita akan menghadapi perbicaraan di mahkamah Rabbul Jalil 
Mahkamah yang adil seadil-adilnya mahkamah 
Jika ketika itu kita sesal dengan dosa kita
Ketika itu semuanya sudah terlambat 
Kita tidak akan lagi dapat pulang ke dunia untuk menebus dosa kita 
Ketika itu kita akan menerima pembalasannya kelak.

Wahai Anwar bin Ibrahim,
Bersama-samalah kita mengambil iktibar 
Telah berapa banyak Allah SWT menghancurkan kaum-kaum yang terdahulu dari engkau 
Kerana mereka derhaka dan melakukan dosa kepada Allah 
Ingatkah engkau betapa Allah telah menghancurkan kaum Luth? 
Maka tatkala datang azab Allah, 
Allah terbalikkan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah? 
Dan Allah hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi!

Wahai Anwar bin Ibrahim, 
Sesungguhnya peringatan ini adalah untuk kita bersama 
Untuk aku, untuk engkau dan untuk sesisi umat Islam di dunia ini 
Ingatlah sesunguhnya kita berada di dalam kekuasaan Allah SWT 
Allah yang menguasai kerajaan langit dan bumi serta seisi-nya. 
Janji Allah adalah benar, 
Firman Allah adalah benar, 
Bertemu Allah adalah benar, 
Syurga Allah adalah benar, 
Neraka Allah adalah benar, 
Para nabi yang diutuskan Allah adalah benar,
Muhammad SAW utusan Allah adalah benar 
Dan Hari kiamat adalah benar.

Saturday, March 16, 2013

SILAPNYA PENCEROBOH SULU DARI PANDANGAN TUAN GURU DATUK USTAZ SHAMSURI HJ AHMAD

INSIDEN PENCEROBOH SULU DARI PERSPEKTIF DATUK USTAZ SHAMSURI HJ AHMAD. PUAK SULU TIDAK PERNAH BERSYUKUR DENGAN ALLAH SWT DAN BANTUAN YANG DIBERI OLEH DERMAWAN MALAYSIA.

TIDAK BENAR AHLI PARLIMEN BERTUMBUK ATAU BERGOMOL

YB Rashid Din, MP Merbok
TUMBUK, TINJU, GUSTI DAN TOMOI. Tumbuk, tinju gusti dan tomoi adalah perbuatan yang sama tapi niat yang berlainan. Bertumbuk boleh berlaku dimana-mana seperti di kedai kopi, tepi jalan, dalam pejabat malah dalam bilik mesyuarat. Ia lebih didorong oleh emosi dan perasaan marah yang melampau dan apabila sudah tidak dapat di kawal maka berlakulah tumbuk-menumbuk. 
Sebaliknya tinju, gusti dan tomoi adalah aktiviti sukan yang dirancang dan berlaku pergelutan di dalam gelanggang yang dibina khas di hadapan penonton yang terpaksa membayar jumlah yang tertentu untuk menyaksikan pergelutan ini. 
Di Kedah dalam sekitar tahun 70an setiap tahun di adakan Pesta Kedah. Pesta Kedah adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh agensi Kerajaan Negeri waktu itu sempena musim menuai padi. Berbagai permainan dan acara diadakan dalam kawasan kepungan pesta tersebut seperti mainan judi, pertunjukan ular, rumah hantu dan yang paling mendapat tumpuan ialah perlawanan tinju terbuka. Penyandang johan yang digeruni setiap tahun ialah seorang peninju India yang dikenali sebagai Tiger Raju. 
Kelmarin beberapa media sosial utama melapurkan insiden bertumbuk di antara seorang Ahli Parlimen dengan ketua wanita parti di dalam kawasan Parlimen Merbok di Kedah. Susulan daripada insiden itu Sinar Harian melapurkan Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din menafikan dakwaan kononnya beliau telah menumbuk bertubi-tubi Ketua Wanita PKR Cabang Merbok, S.Malika sehingga terjatuh. 
Dalam masa yang sama beliau tidak menafikan berlaku salah faham semasa mesyuarat pimpinan ahli jawatankuasa PKR. Beliau naik angin satu badan apabila S. Malika yang berada di penjuru meja datang dalam keadaan menyinga menghala ke arahnya ketika sedang mempengerusikan mesyuarat.
Hakikatnya insiden sebegini tidak seharusnya berlaku kerana implikasi kepada seseorang wakil rakyat itu lebih besar dari mangsa yang kena tumbuk. Ia akan menjadi bahan tertawa rakyat di dalam menilai kualiti kepimpinan wakil rakyat yang mereka pilih. Mana-mana lelaki yang bertumbuk dengan wanita mendapat dua malu. Menang pun malu, kalah pun malu hendaknya pula seorang wakil rakyat bergaduh dengan rakyat, lagi besar malu nya.
Kata sahabat di utara kalau lelaki bertumbuk dengan wanita perkataan yang lebih sesuai untuk digunapakai ialah 'bergomoi'.

Thursday, March 14, 2013

KEBAL DENGAN TANGKAL DAN AZIMAT.

KEBAL!!. Amalan dan kepercayaan berperang dengan memakai tangkal dan azimat untuk kebal dan tidak lut oleh peluru dan tidak luka ditetak ternyata syirik dan merupakan salah satu dosa besar yang tidak diampun oleh Allah SWT. 
Di Kedah pada sekitar tahun 1921 terkenal dengan kisah Panglima Nayan yang mendapat gelaran 'Robin Hood Malaya', menyamun si kaya untuk disalur kepada si miskin. 
Menurut kisahnya seperti yang diceritakan oleh Tuan Guru Haji Nik Man Nik Taha, bekas Penghulu Mukim Guar Kepayang, Alor Setar, Kedah di dalam buku Panglima Nayan penerbitan Sinaran Bros. Pulau Pinang, Nayan kononnya seorang yang kebal. Guru silatnya Awang Panjang telah menganugerahkan tangkal yang 'special' kepada Nayan. Kehebatannya melebihi tangkal-tangkal yang diberi kan kepada anak-anak silatnya yang lain. 
“Tangkal yang ku berikan kepada kau ini mempunyai kuasa yang lebih daripada yang ku berikan kepada kawan-kawan kau yang lain, aku harap dengan tangkal ini kau akan menjadi seorang panglima negara pada masa yang akan dating” nasihat Awang Panjang di malam akhir tamat pengajian silat di Kampung Buluh Lima.
Akhir ceritanya seperti kebiasaan cerita-cerita Melayu Nayan menjadi anggkuh dan ganas. Dia mula liar dan buas seperti harimau. Licin laksana belut di lumpur. Akhirnya dia duburu oleh Polis bagai kerbau jalang. 
Menurut yang ampunya cerita kekebalan Nayan menjadi lemah kerana Nayan juga merupakan penagih candu yang tegar dan akhirnya dicekup polis. 
Di zaman siber hari ini pun masyarakat tidak pernah sunyi disajikan dengan kekebalan beberapa mahaguru silat seperti yang dipertontonkan kepada orang ramai di dalam video dan dokumentari seperti di tanam dalam tanah, ditetak dengan parang tajam, dihempap dengan batu besar tetapi masih bernyawa segar kebal tidak mati. Hebat dan mendapat pengiktirafan pemerintah. 
Tangkal di pinggang Lanun Sulu
Insiden yang terbaru lebih trajis apabila lanun-lanun Sulu yang menceroboh Sabah pun tidak kurang juga hebat tangkal dan azimat mereka, tetapi kuasa Allah SWT mengatasi segala kuasa tangkal dan azimat. Akhirnya mereka juga tergolek mati kerana ditembusi peluru tembaga M16 wira-wira negara. 
Sesungguhnya tangkal dan azimat tidak menjanjikan sebarang kekebalan dan tegaknya syiar Islam di dunia ini bukan dengan kuasa tangkal dan azimat tetapi melalui peradaban yang tinggi yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Akibatnya mereka terpesong dan berdosa menceroboh membabi-buta negara Islam lain yang berdaulat di samping dosa mereka mensyirikkan Allah SWT. 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” Surah An-Nisa’: 48

Saturday, March 9, 2013

DARI MANA 'SULTAN' PALING SENGKEK DI DUNIA MENDAPAT DANA MENGHANTAR LANUN KE SABAH?

Jamalul Kiram III yang melantik dirinya sebagai ‘Sultan Sulu’ mengakui dirinya merupakan 'Sultan' yang paling sengkek di dunia. Menyatakan demikian kepada pemberita AP di kediamannya di kampung Maharlika. 
Beliau hanya tinggal di rumah yang buruk dalam komuniti rakyat miskin di Metro Manila. Rumah Jamalul hampir tergadai kerana tidak mampu untuk membayar bayaran bulanan rumah sehinggalah rakan-rakan rapat menghulur bantuan. 
Menurut isterinya Fatima Celia keluarga Jamalul kini sengsara hidup di dalam bebanan hutang disebabkan telah menghabis perbelanjaan yang banyak semasa berkempen untuk menjadi Senator pada tahun 2007 . Ketika itu beliau yakin kerana mendapat sokongan bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo tetapi nasib tidak menyebelahinya dan beliau kalah tersungkur. 
Tahun lepas dalam pemeriksaan kesihatan, buah pinggang Jamalul didapati telah kondem dan terpaksa menjalani rawatan dialysis dan ini memerlukan perbelanjaan yang besar. 
Tidak habis di situ Jamalul juga ditimpa satu lagi bala kerana masaalah sakit jantung dan beliau banyak menghabiskan masanya di bilik tidur mendakap dua tangki oksigen manakala di tepi katil itu jugalah pejabat operasinya. 
Jika diikuti rentetan hidup beliau ini kondisi Jamalul amat tidak stabil. Beliau merupakan seorang yang ‘problematic’, tidak waras dan hidup penuh dengan bayangan mimpi dalam hikayat “Jika aku jadi Raja”. 
Jamalul ini ibarat ular lidi ingin menjadi naga dan cicak ingin jadi buaya. Sahlah Jamalul ini bukan setakat ‘Sultan’ yang paling miskin dalam dunia tetapi Jamalul juga layak untuk disenaraikan sebagai ‘Sultan’ yang paling bodoh di dunia. 
Persoalan yang sedang bermain di minda kita hari ini ialah bagaimana seorang ‘Sultan’ yang merempat dan tak sedar diri ini boleh mendapat dana yang begitu banyak untuk menghantar lanun untuk menceroboh Sabah? 
Jika beliau sedar beliau sedang berada di pintu kubur maka untuk siapakah perjuangan beliau ini? Untuk mendirikan ‘Kesultanan Sulu’ hampir mustahil berlaku atau Jamalul menjadi ‘proxy’ Mr X yang ingin mengulingkan Kerajaan DS Najib di Malaysia. 
Jika ini benar maka pasukan keselamatan kita bukan berperang dengan pengikut Jamalul Kiram tetapi menentang lanun-lanun di bawah naungan Mr X. 
Tidak ada perkara yang mustahil. Konspirasi pengeboman Bangunan World Trade Centre di New York pada 9/11 adalah bukti ‘nothing is impossible’. 
Lupakah kita tentang insiden gerakan Hindraf pada 30 Ogos 2007 yang menghuruharakan ibukota menadah tangan kepada Kerajaan British menuntut sebanyak RM1 juta bagi seorang kaum India konon 'dosa-dosa' membawa warga negara India ke Malaysia sebagai buruh ladang getah dan dieksploit selama 150 tahun.
Apa juga strategi boleh dilakukan untuk memenangi pilihanraya umum yang akan datang.

Friday, March 8, 2013

TAHNIAH JENERAL (B) TAN SRI MD HASHIM HUSSEIN DI ATAS PELANTIKAN 'JENERAL POLITIK'

TAHNIAH.
Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein adalah pemegang Ijazah Sarjana dalam War Studies dari King's College di London. Beliau merupakan pegawai Malaysia yang pertama lulusan US Army Command and General Staff College. Beliau juga adalah bekas Panglima 10 Briged Para Pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC). 
Selepas bersara beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan pada 2003 sehingga 2006. Beliau juga pernah menyandang jawatan Panglima Tentera Darat dari 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002.
Berkuat kuasa serta-merta pada 6 Mac 2013 beliau dilantik oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Jeneral Politik PKR. 
Parti Keadilan Rakyat telah mendahului parti-parti politik lain dalam Negara ini dengan mewujudkan jawatan Jeneral Politik. Mungkin semasa Pak Lah menjadi PM dahulu  beliau merintis dengan melantik Brigedier Jeneral (B) Datuk Husaini Hashim sebagai Setiausaha Kerja UMNO tetapi bukan Jeneral Politik.
Jawatan ‘Jeneral Politik’ mungkin diwujudkan bertepatan untuk memperkuatkan arah tuju perjuangan PKR untuk menerapkan nilai-nilai peperangan dalam perjuangan mereka. PKR yang diasaskan dari mata lebam Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini berterusan keagresifan mereka. Dari demonstrasi di mesjid Negara sehinggalah kepada demonstrasi Bersih semuanya diterap dengan elemen-elemen ganas, mengapi-apikan perasaan sehingga hampir berjaya berjaya merasuk minda masyarakat bahawa Polis itu adalah jahat. 
Hari ini mereka sedang mengorak selangkah lagi kehadapan untuk menerapkan nilai-nilai peperangan atau ‘war mind’ di dalam minda ahli mereka. Cita-cita ini sudah hampir dicapai dengan penghijrahan beberapa bekas pemimpin tertinggi angkatan tentera yang menyertai PKR, di antaranya Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (DARAT), Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Khatab (UDARA), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (LAUT) dan Brig. Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad (KAGAT). Kita hairan mengapa mereka ini tidak menyertai PAS atau DAP? Bagi PKR politik adalah peperangan maka tidak hairanlah jika mereka sedang mempersiapsiagakan jentera peperangan mereka.
Berlainan dengan UMNO yang asyik berperang sesama mereka sahaja. UMNO ‘take for granted’ bahawa semua pegawai-pegawai yang telah bersara itu akan suka mereka dan automatik akan menyokong mereka. 
Mereka gagal mendekati tokoh-tokoh ini sehinggalah mengalih menyokong Anwar Ibrahim. Mereka takut jawatan yang mereka sandang dengan imbuhan yang mereka dapat akan terjejas jika tokoh-tokoh ini berada di dalam UMNO.
Apabila amalan cantas-mencantas sudah membiak subur akhirnya yang berada di dalam UMNO penuh dengan ahli-ahli yang tongong dan beryakyeh sesama mereka.

Thursday, March 7, 2013

DI MANA BEZANYA ZAINAL ABIDIN (HEADWIND), ABBY ABADI (ELITE) DAN BOB LOKMAN (PELAWAK)??

Lagu Hijau oleh Zainal Abidin bekas anggota kumpulan Headwind nampaknya tidak relevan dalam kontek alam sekitar di Kedah kerana banyak kawasan hutan simpan telah dikikis dan digondol oleh Kerajaan PAS pimpinan Ustaz Azizan. Persembahan Zainal Abidin di tengah-tengah hutan Pedu ternyata membawa kelainan. Inilah bezanya artis yang pro BN tidak celupar dan hamun seperti artis yang telah menganut PAS. 
Initiatif program ‘Rally Save Kedah’ yang digerak oleh Mukhriz Mahathir telah membuktikan kejayaannya dari perspektif media baru. Dari pemantuan MR rating video beliau di Youtube yang dipost pada 14 Februari 2013 telah mencanak secara mendadak dari 200 pengunjung hingga terkini (6 Mach 2013) mencecah kepada 101,000 lebih .
Mungkin penerimaan golongan muda dan pengundi baru di Kedah yang dah cemuih dengan Kerajaan PAS mula mengalih perhatian dan harapan kepada kepimpinan baru BN yang lebih dinamik dan ‘fresh look’. 
Terkini, Khairy Jamaludin mencadangkan agar senarai calon diumumkan sekurang-kurangnya seminggu hingga 10 hari sebelum tarikh penamaan calon pilihan raya umum supaya boleh membetulkan pelbagai masalah khasnya kekeciwaan mereka yang tidak terpilih. 
Persoalannya apakah ada mereka yang akan keciwa jika tidak terpilih? Mungkin yang dimaksudkan KJ ialah di kalangan Ketua-Ketua Bahagian dan Menteri kabinet. 
Jika ada mereka yang keciwa ternyatalah mereka ini ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong atau 'muka tong'. Mungkin juga kebimbangan Khairi ini ada asasnya kerana sudah sampai angin-angin ke telinganya akan berlaku merajuk besar-besaran dalam PRU13 yang akan datang.

PADANG KOTA LAMA BUKAN LAGI TEMPAT BEROMEN DENGAN PEMBINAAN SURAU PERTAMA OLEH KERAJAAN DAP.

SUMBER HARAKAHDAILY.NET
Padang Kota Lama dan Pulau Pinang sudah sinonim. Adalah tidak sah kalau ke Pulau Pinang tanpa pergi ke Padang Kota bersamaan pergi Haji tidak ke Mekah. Duhulu Padang Kota Lama terkenal dengan gerai-gerai makanan seperti rojak sotong, pasembur ketam, goreng-gorengan mamak ‘style’ dan nasi kandar ori semuanya ada. Kini banyak yang telah pindah dan kesedapannya telah ‘kureeng’. Mungkin resepi generasi lama telah banyak di ‘modifed’ dan tidak kurang juga faktor utama pelanggan yang telah 'cabut' kerana mereka ‘dikapak’ dengan harga yang tidak masuk akal.
Di samping makanan Padang Kota juga terkenal menjadi saksi kelakuan-kelakuan maksiat merpati dua sejoli. Ia menjadi sumber ilham kaki-kaki romen sebagai tempat berasmarada pencinta-pencinta wanita yang baru-baru berjinak dengan alam percintaan di sini mereka memadu kasih menjanjikan bulan dan bintang. Dalam dunia fantasi mabuk cinta, 'keleboq' (lumpur) laut Padang Kota pun dihirup wangi bagai hamparan ladang 'lavender'.
Tidak dinafikan di dalam kemabukkan dibuai 'dalam alam fana cinta' yang sedemikian, ramai juga yang berkesudahan bernikah secara halal sehingga berakhir ke jinjang pelamin dan tidak kurang juga yang dikeciwakan serta meratap hiba seperti sepah yang dibuang setelah madunya dihisap. 
Hari ini di bawah pemerintahan Kerajaan DAP sebuah surau pertama dibina di Padang Kota Lama bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Surau yang berkeluasan 160 meter bernilai RM175,200 dibina dari hasil wang caruman surau. Ia bakal menempatkan 70 jemaah sekali gus iaitu 40 jemaah lelaki dan 30 perempuan.  
Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Datuk Malik Kasim bersama Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Datuk Saleh Man telah membuat lawatan tapak.
Datuk Malik Kassim berkata tidak lama lagi masyarakat Islam yang datang bersiar-siar di tepi pantai bersama keluarga atau ingin menghirup udara senja tidak lagi tergesa-gesa mencari surau bila sampai waktu solat.
"Ini adalah kejayaan PAS yang bersuara melalui MPPP. Setelah 50 tahun baru sekarang ianya jadi kenyataan. Di waktu Umno berkuasa dulu mereka tidak berfikir untuk melaksanakanya maklumlah parti itu lebih condong pada hiburan mana ada masa lontarkan ideal ke arah martabatkan Islam," kata beliau. 
Amboi sedap sungguh bantai UMNO. Biasa lah, lidah tak bertulang. Mungkin beliau terlupa kalau UMNO hendak menyenaraikan jumlah mesjid yang mereka bina nilainya hampir berbillion ringgit dan tidak pernah digahkan. 
Surau yang dibina hasil kutipan wang caruman surau bukannya datang dari wang kerajaan PAS/ DAP itu pun sudah sembang besar. Susunya datang dari lembu tetapi dengan rasa tidak malu sapi pulak yang menempek mencari nama. 
Hakikatnya, tidak mungkin dosa yang lebih besar dengan membenarkan kalimah Allah digunapakai oleh DAP dalam Bible dapat ditutup dengan membina surau sebesar ‘kelemboy’ ini.

Tuesday, March 5, 2013

BOM!!! 5 Mac 2013

BOM LAMA MACAM UBI KELEDEK
BOM!. Di kalangan masyarakat Melayu tidak sunyi menggelarkan orang dengan Bom. Suatu ketika dahulu terdapat bihun sup yang sedap di Pekan Langgar, Alor Setar Kedah diusahakan oleh usahawan yang bergelar Omar Bom dan jenama gerainya pun ‘Bihun Sup Omar Bom’. Ramai yang berkata kesedapan Bihun Sup Omar Bom kerana banyak ajinomoto mungkin benar kerana selepas makan kita akan berasa dahaga dan kering tekak dan mungkin tidak kerana ini mungkin kerja-kerja sabotaj pesaing di dalam pekan itu. 
Semasa di sekolah dan universiti ramai juga rakan-rakan diberi gelaran Bom seperti Ali Bom, Usop Bom dan Din Bom. Gelaran ini anugerah kepada mereka berpunca dari cakap-cakap mereka yang selalu suka goreng, temberang dan gebang besar (cakap besar). 
Selepas 50 tahun Merdeka, Bom bagi rakyat Malaysia merupakan satu benda ganjil, 'alien' atau ketul besi yang luar biasa. Pernah orang kampong di Baling dan sebuah kampong di Perak terjumpa Bom peninggalan tentera British/ Jepun yang sudah berkarat kerana tidak meletup. Apabila ditemui kata mereka, mereka tidak tahu itu adalah Bom. 
Berlaku satu kisah di Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat, Selangor seorang penduduk kampong Mazlan Mori, 53 menemui sebutir bom ketika sedang membersih kawasan kebunnya. Beliau tidak menyangka besi yang terkena bilah cangkul ketika mengambil ubi keledek itu adalah Bom. Beliau bercadang untuk menyimpan besi itu sebagai perhiasan kerana bentuknya yang unik. Hanyalah apabila beliau menelefon polis berhampiran untuk mengenalpasti jenis besi berkenaan baru lah beliau diberitahu bahawa besi itu adalah Bom. Tersirap darahnya. Beliau berkata jantungnya bagai hilang di dada dan saat itu juga beliau menggigil sehingga tidak senang duduk apatah lagi tidur. Nasib baik tidak diasah, dikikir dan diketuk-ketuk untuk dijual kepada keling botol @ hindu besi buruk. 
Begitulah betapa jahilnya rakyat kita tentang Bom mungkin kerana telah dibesarkan hidup di dalam keamanan, damai dan sihat sejahtera. Tidak seperti rakyat sesetengah negara seperti di Palestin, Iraq, Afghanistan dan negara lain yang bergolak di mana anak-anak mereka dibesar bersama Bom dan lebih mengenali ilmu Bom kerana hampir setiap minggu mendengar letupan Bom. 
Hari ini, hari bersejarah setelah melebihi 50 tahun Merdeka bom terpaksa digugurkan untuk menghapus pencerobohan-penceroboh jahil yang masih ingat Sabah itu adalah hak mereka. Walaupun Bom terpaksa digugurkan di Sabah demi menjaga kedaulatan Sabah yang berada di dalam Malaysia rakyat semenanjung tetap terasa ledakan dentuman bom itu . 
Serangan ke atas penceroboh dilancar pagi ini - PM
KUALA LUMPUR 5 Mac - Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Perdana Menteri berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat memandangkan usaha kerajaan menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, bimbangkan keselamatan mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Najib berkata pada hari Jumaat lepas, penceroboh kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang mendakwa diri sebagai "Tentera Sulu" di Sabah itu telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna. “Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak," katanya.
Najib berkata sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12 lepas, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. 
"Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius, “ katanya. Najib berkata sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha untuk mengelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
"Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah," katanya. - BERNAMA
Sesungguhnya rakyat Malaysia merasa cukup tertekan dengan ketegangan pencerobohan di Sabah. Hampir setiap saat cubitan di paha kanan paha kiri juga terasa sakitnya. Bagi rakyat yang biasa ini kita hanya mampu berdoa agar Lahad Datu dan Semporna, Sabah akan pulih kembali dengan suasana damai penuh keheningan dan pantai putih bersih tidak dilumuri darah. 
Di dalam suasana kepiluan peristiwa di Sabah, tiba-tiba rakyat di semenanjung pula 'dibom' oleh Tian Chua dengan mengatakan peristiwa di Sabah adalah sandiwara UMNO. Bertempiaran, bercelaru ketenangan otak-otak orang UMNO apabila 'dibom'  oleh Tian Chua. Celupar sungguh!! Mahu dibomnya mulut Tian Chua ini. 
Dalam masa yang terdekat ini pula negara akan menghadapi PRU13 dan parti memerintah BN akan berdepan dengan Anwar Ibrahim yang juga kaki Bom. Lagi besar Bomnya: di hadapan rakyat lain, di belakang rakyat lain. 
Jika rakyat termakan bom ini maka letupannya akan menamatkan tamadun yang telah dibina dengan kemasukan LGBT, liberalisasi dan kalimah Allah menjadi bahan mainan. Semua ini seperti bom jangka dan jika tidak dimatikan akan meletup pada bila-bila masa sahaja. END

Monday, March 4, 2013

SAMBUNGAN ANEKDOT 2 & 3 - MOKHZANI DI ISTANA SULTAN BRUNEI DAN DENGAN ROBERT KUOK (JUTAWAN NO 1)

 (Choir 'Selamat Pergi Pahlawan Ku' yang sedang berhadapan dengan penceroboh di Lahad Datu, Sabah)
Untuk makluman Datuk Mokzani Ismail dilahirkan di Mata Air, Perlis dan telah melanjutkan pengajian dalam bidang muzik pengkhususan Jazz Piano/Orchestral Arranging di Berklee College of Music, Boston, USA.
Kini beliau merupakan Pengarah Muzik RTM dan Professor Adjunct di UPSI.

ANEKDOT 2 : PERFORMED IN BRUNEI.
I had first time experience when first performed in Brunei.somewhere in 1994 .Mula2 pergi Brunei saya ingat nak bawak keyboard yang selalu says pakai manalah nak cari kat sana tapi org Brunei kata tak payah bawak sbb di Brunei cakap saja apa saja nak mereka ada. 

Aihh sedangkan di KL pun susah supplier nak bagi yang kita nak waktu function, takkan kat Brunei ada. Sebab rasa takut jadi saya bawak Roland D70, dalam pada tu beli lagi flight case RM500. Sampai saja di Brunei, promoter bawak saya ke Kelab yg kita nak perform. Di sana ada Mat Salleh yg tunggu. Saya dibawak masuk ke bilik rahsia di bawah kelab.

Mak Oiii..macam bilik simpan mayat. Tarik drawer satu demi satu, keyboard2 yg saya tak pernah mimpikan akan ada di Brunei ada di situ.

Saya tanya Mat salleh "whats the point of having all the branded keyboard underneath here". Dia jawab rupanya. kerabat-kerabat Brunei ni selalu panggil private show mereka artist kelas dunia Michael Jackson, Whitney Houston, Diana Ross, Stevie Wonder for their private party of small gathering. Jadi setiap kali artis ni datang mereka akan beri spec barang back line, PA system etc etc yang mereka nak dan club akan beli dan order. Menyesal betul saya bawak sendiri.

Bila dah kerap ke Brunei saya jadi rapat dgn Prince Sufri Bolkiah, adik Sultan Brunei. Saya dengar2 mereka ni hanya berehat sebelah siang, malam mereka suka dilayan bersembang.

Tahun 1998, apabila saya ke sana untuk show Senandung Muhibbah saya bawak Dato M Nasir. Tetiba Jam 2.30 pagi telefon masuk ke bilik hotel saya, Prince Sufri jemput saya ke studio nya melalui bodyguardnya. Prince menitahkan saya bawak M.Nasir bersama2. Dalam hati mcmanalah dia tau saya ada sana mungkin dia dengar RTM datang ke RTB kot. Jam 2.3opagi, saya antara hendak dgn tidak kena gerakkan M Nasir dan samada nak pergi atau tidak pagi2 buta ni. Sebab stail Prince, kemahuannya tidak boleh dibangkang maka saya dan Nasir menunggu kereta di Lobby Brunei Hotel jam 3.00 pagi. Apabila kereta datang maka kami pun ke studio Prince Sufri di Istananya. Tersenyum dia tengok saya sampai juga bawak M Nasir. Dalam hati saya, hidup jadi antara manusia paling kaya di dunia ni pelik sikit.

Pertama kali menjejak kaki ke studio beliau, terdetik di hati saya sepatutnya studio ni berada di Los Angeles- Kelas dunia. Dengan grand piano Steinway and Sons dan entah2 apa keyboard, mixer, monitor yang dah tak tau brandnya ada di situ. Soundmannya dari London bekerja di situ yang gajinya tak tau nak cakap.

Kira-kira jam 4 pagi saya diingatkan bodyguard, Prince akan main badminton, dia tanya nak join ka? Saya kata tak pandai jadi saya terpaksa mencari bahasa yang baik untuk mengelak dan memohon untuk pulang ke hotel. Melawat ke studionya pun dapat envelope yang cukup untuk saya beli keyboard baru ...cash...

ANEKDOT : 3 WITH ROBERT KUOK
Few years ago, I had privileged to sit down with Tan Sri Robert Kuok in a private lunch@ Shangrila. Five of us with his son and in law. Couldn't traced the guy who took photo of us. 
Facing and chatting with the richest man in Asia made me speechless. Topik apa nak tanya and cakap pun tak tau. Takkan nak tanya mcmana nak kaya. Luckily he talked about his younger days in Perlis Plantation and his circle of Malay friends. Such a nice and humble guy very down to earth.

He speaks fluent Malay with kind of Indonesian accent. I used to perform quite a lot for his sister in law @ the late Puan Sri Eillen Kuok (ex mother in law of TS Rashid Hussin). Still remember she used to request Kroncong 'Di bawah Sinar Bulan Purnama'.
I was hoping TS Robert asked when is my birthday but he didn't.....he he

Sunday, March 3, 2013

PENGALAMAN DATUK MOKHZANI. MAAF BUKAN MOKHZANI MAHATHIR.

Posting kali ini ialah petikan pengalaman Datuk Mokhzani Ismail, Pengarah Muzik RTM yang MR petik dari Facebook beliau Pianist DM yang dikira sungguh menarik untuk dikongsi bersama.
Kepada Datuk Mokhzani, pengalaman disebalik tabir yang ramai masyarakat tidak tahu ini mungkin sesuai untuk dibukukan anekdot-anekdot menjadi 'bestseller'.
Jadi musician banyak cerita2 menarik.Ada juga yang tak menarik dan tengok org2 besar mabuk dan meniarap atas lantai yang tu tak bolehlah buka pekung. Itu hal peribadi mereka. 
Cuma yang paling seronok tahun 1997, saya dapat peluang bermain private show DS Anwar Ibrahim, Sultan Brunei,TS Halim Saad di rumah Tun Daim Zainuddin. Masa tu guest artis was late Broery Marantika. 
Saya kena perform main piano di bawah rumah Tun, ada grand piano masa depa makan. Pas mereka naik ke atas barulah saya dgn band. Yang paling best masa part DS Anwar Ibrahim tgh menari lagu dangdut saya biasalah boh kopi dangdut.

Masa berlalu apabila TS Zainuddin Maidin jadi Menteri penerangan dia arahkan video Anwar Ibrahim menari dikeluarkan semula. 
Tahun 2007, apabila TS Zam ditunjukkan video tu diapun terkejut dan tergelak video tu ada muka saya gak tgh main piano. Bila saya jumpa dia saya kata biasalah Tok tak kira DAP ke, PKR ke PAS ke dia bayar kita gilah main lagipun time tu tahun 1997, masa DSAI jadi Timbalan Perdana Menteri lagi. 
Apapun TS Zam nak juga tayangkan video part Anwar menari biasalah menari 2 minit diulang-ulang dan edit-edit jadilah dekat 10 minit...
Cuma setiap kali saya tengok video Anwar menari setiap kali lah mengimbau kenangan lama...Kombo RTM dgn Pak Yus (angklung Indonesia)

Friday, March 1, 2013

BELAJARLAH PERISTIWA LAHAD DATU


Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Terlebih dulu, ucapan Al-fatihah kepada perwira yang terkorban di Lahad Datu hari ini. Semoga roh pejuang ini ditempatkan bersama roh orang soleh dan salam takziah kepada keluarga pejuang yang sudah pasti merasai kehilangan orang tersayang. 
Peristiwa Lahad Datu ini sudah pasti akan membuka mata dan minda kita mengenai betapa mudahnya negara ini diceroboh oleh orang luar. Ini kerana sebagai sebuah semenanjung amat sukar untuk kita menjaga setiap inci pesisir pantai kita tambahan pula negara ini sudah menjadi 'gula' yang menarik banyak 'semut' ke sini termasuk kedatangan orang Myanmar ke Pulau Langkawi. 
Jika kita menempatkan semua perwira negara menjaga pesisir pantai negara, ia tidak juga akan menyelesaikan masalah ini tambahan pula ada tempat yang terlalu dekat sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara orang kita dengan penceroboh. Antara tempat itu ialah Golok dan Lahad Datu. Selain itu, kegiatan dalang tempatan yang membawa masuk PATI turut menyumbang kepada kebanjiran orang luar di negara ini. Apatah lagi jika ada pemimpin tertentu yang dikatakan oleh media Filipina terbabit dalam kejadian di Lahad Datu. Penduduk Sulu dikatakan sering berulang-alik ke Lahad Datu sama ada untuk mendapatkan bekalan atau bertemu dengan sanak-saudara mereka di sini. 
Sudah tentulah sebelum ini perjalanan mereka tidaklah sukar sangat kerana sifat mereka yang tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh mengganggu keselamatan negara. Apatah lagi yang datang ialah orang tua, wanita dan kanak-kanak. 
Sebelum sebarang penjelasan diberikan oleh kerajaan bagaimana kumpulan penceroboh itu boleh masuk ke negara ini, sudah tentulah 'suasana' yang disebut di atas tadi, pasti tidak terlintas oleh mana-mana pihak ada golongan yang akan berani membuat 'kacau' seperti yang berlaku pada 12 Februari lalu. Ia mungkin didorong atau terdorong. Apabila penceroboh itu 'sudah berada' di negara ini dengan jumlah yang ramai iaitu dikatakan 180 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, persoalannya ialah apakah strategi yang terbaik untuk menyelesaikan isu pencerobohan ini? Sudah tentu pihak keselamatan memikirkan kaedah berperang bukanlah satu strategi yang baik, walaupun ada pihak yang mungkin mahu ia berlaku, sebalik memikirkan pendekatan perundingan yang boleh mendatangkan keadaan 'tepung tidak berselerak selepas rambut ditarik.' 
Tidak hairanlah selama lebih dua minggu usaha untuk berunding dan terus mengepung dilaksanakan berbanding tindakan menyerang penceroboh itu yang mahu mengaku bahawa Sabah adalah tanah mereka sedangkan mereka tahu bahawa itu tidak mungkin berlaku pada masa sekarang.
Akhirnya, hari ini pada 1 Mac penceroboh dikatakan mengambil sikap menyerang pejuang negara sehingga menyebabkan tiga terbunuh (sehingga berita ini ditulis) dan 12 orang penceroboh terbunuh seperti yang dilaporkan oleh media elektronik malam ini. Sudah sampai masanya untuk memastikan urusan kemasukan ke negara ini diperketatkan tidak kira yang mahu masuk itu orang tua, kanak-kanak atau wanita. 
Asalkan mereka bukan rakyat negara ini harus dihantar pulang atau ditangkap untuk ditempatkan di pusat tahanan. Penulis yang pernah mencari kapal muhibah (yang membawa penduduk Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya) dikatakan tenggelam di perairan Johor pernah ditahan oleh Kastam Indonesia kerana termasuk sedikit ke kawasan mereka. Setelah diminta naik ke kapal dan penulis menjelaskan perkara itu, kami (bersama jurugambar Ridzuan) dilepaskan. Itu baru masuk sedikit ke perairan Indonesia sudah ditahan dan sudah tentulah jika ada yang sudah berada di pantai kita dan tidak mempunyai surat yang sah, perlu ditahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Semoga kerajaan dapat menyelesaikan isu di Lahad Datu seterusnya dan bukan saja rakyat negara ini sedang memerhati malah seluruh dunia pasti mahu menunggu berakhirnya peristiwa bersejarah yang turut diulas oleh ahli politik setengah masak yang mengatakan ia dilakukan oleh parti tertentu dan ada juga pemimpin pembangkang yang suka menyemaikan perasaan benci kepada kerajaan menyatakan kejadian polis terbunuh tidak patut berlaku.

KOMEN
Terlintas ingatan MR semasa pertemuan dengan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan yang menyatakan beliau pernah bertegas untuk mengekalkan unit Polis Marin di bawah PDRM.
Beliau dengan nada keciwa melihat peranan Polis Marin telah dikecilkan dan ternyata telah banyak berlaku penyeludupan. 
Kini peranan Polis Marin telah dipertanggung jawabkan di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)yang telah menjadi telalu besar sehingga hilang fokus untuk membuat rondaan persisiran pantai mengawal keselamatan negara dari diceroboh.