Thursday, November 6, 2008

Melayu Hanya Nak Duduk Bawah Ketiak Emak

Kemenangan Barack Obama adalah satu bukti yang menunjukan tidak mustahil kaum pendatang pun satu hari mampu menerajui negara ini. Kalau Melayu dok tidoq dan lena tak mustahil satu hari Perdana Menteri negara ini berketurunan Bangla, Nepal dan Vietnam.

Tapi Mummy tak heran laaa, Toknenek Mummy dulu mai dengan tongkang dan kapal arang dan bawang (sitanbaram) dari India singgah di Penang dan kami membawa kemakmuran kepada ekonomi Penang Pearl Of The orient @ sekarang dikenali Penang Darul Mamak. Kami berniaga kain pelikat, kain chukin, manekkoran, barang emas, rempah cabai dan kami menguasai 80 peratus business di Penang. Kami boleh teng dengan China yang mai jadi pelombong bijih timah.

Berkat usaha toknenek Mummy, kami control semua Chulia Street, Penang Street, Beach Street dan Carnavon Street. Sapa tak kenai tok penakan Mummy, saudagar kain yang terkenal Pitchay Gunny?. Dulu sultan Kedah pun mai beli baju kat kedai dia. Hangpa tengok Habib Jewel mai dari mana?

Dan banyak hasil-hasil kejayaan kami dan kebanggaan yang terbesar kami ialah Mahathir cucu Mamak Iskandar sampai jadi Perdana Menteri yang terlama di Malaysia ini. Bila kami mai, Melayu dok lena lagi, disebelah Tanjong Tokong, Balik Pulau, Bayan Lepas..sana terpelau sini terlepaih.

Kami yang berjaya pasai kami berani merantau macam toknenek Obama juga. Tetapi Melayu tak berani hanya nak duduk bawah ketiak mak depa saja. Kalau depa berpolitik depa cantas sesama Melayu. Depa nak shortcut, depa main politik wang. Depa nak kaya cepat depa labur skim cepat kaya. Depa tak mau buat depa kata oarng lain semua tak betui. Depa duduk kedai kopi depa dok mengata hang aku. Kalau orang naik depa dengki. Kalau bercakap depa nak bertengkaq. Kalau ramai depa dok nak kenduri. Kalau nak hidup depa dok harap kepada subsidi.
Sebab tu pure Melayu tak boleh jadi PM. Kena ada campuran Siam, Bugis, Turki, Mamak dan Minang.

7 comments:

  1. Amboi Mummy...

    Check tak tau lak mummy tanjung? hee .. check pun dok kot belah ni gak.. kat telagaq ayaq road.. nana tanjung tu Piee tu beradik-beadik2 check la....nak habaq mai.

    ReplyDelete
  2. Tu dia haiiii..
    Adik hangpa ka? Baguih laa..Kita ni bukan sapa dia no...Sepusat sepusin, lain Pak, Mak asin asin.
    Amad Daud tu pun bukan jauh ngan Mummy tu....

    ReplyDelete
  3. Cik Mummy;

    I tolong betulkan sikit kenyataan : "Kemenangan Barack Obama adalah satu bukti yang menunjukan tidak mustahil kaum pendatang pun satu hari mampu menerajui negara ini....."

    SEMUA presiden2 Amerika adalah kaum pendatang, putih ke atau hitam. Yang asli adalah Red Indian.

    Jadi tak ada beza antara Obama dengan yang putih2 sebelum ini.

    Yang berbeza adalah, kali ini pendatang dari golongan Hamba Abdi... Black/Negro Afrika.


    MRSM Kalae Chepo 66/73

    ReplyDelete
  4. issshhh mummy ni..
    buat cek rasa bangga sungguh tok nenek kita serupa..maklumlah cek pun orang penang dan keturunan sama macam mami!

    ReplyDelete
  5. Haa...
    Apa juga pendapat hangpa Mummy setuju. Mummy terbuka. Tapi keterbukaan Mummy terhad cek
    oiii...
    Mummy bangga Mummny telah menjajah hangpa semua.Hangpa semua dok pekenan nasi kandaq, tosei, masalode, vaddee.

    ReplyDelete
  6. mummy, orang melayu ni masalah utamanya ialah tidak tahu bersyukur..di sekolah cikgu2 tak ajar mcm mana nak jadi manusia bersyukur, agaknya tulah yang jadi mcm tu..wallahulam.

    ReplyDelete
  7. Betulll Azli oi...
    Pemimpin Melayu pun tak tau besyukur bukan setakat orang Melayu.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.