Tuesday, January 13, 2009

Boikot produk AS : Emosional VS Rasional





Tindakan segelintir NGO yang berkempen memboikot produk Amerika Syarikat (AS) telah tersasar di luar fokus dan tidak menepati sasaran yang strategik. Sehingga ia kelihatan berlarutan ke tahap emosional dan kurang rasional.

Bukti yang terdekat dan lojik, cuba kita rasionalkan satu sahaja produk dari ribuan produk AS atau UK yang dicadangkan untuk diboikot. Ambil contoh “Mark and Spencer (MS)”. Kunjungilah ke mana-mana “outlet” MS, cuba perhatikan 90% dari produk mereka dibuat di negara-negara dunia ketiga seperti Sri Langka, Indonesia, Malaysia, Mauritius, West Africa, India, Bangladesh, China dan lain-lain. Negara-negara ini kebanyakan beragama Islam dan yang pasti kesan dan akibatnya akan menjejaskan pendapatan industri kecil dan sederhana (IKS) serta peladang-peladang “cotton” di negara-negara ini.

Bagitu juga kalau kita ambil contoh produk-produk lain seperti jenama produk yang berasaskan ayam(KFC), daging(McD), tepong(Pizza), kopi(Starbuck) dsbnya. Cuba kita kaji, pendapatan golongan mana yang akan terjejas.

Mungkin sasaran yang paling utama untuk kita boikot ialah boikot penggunaan IT dan internet. Di mana pemboikotan ini tidak terjejas petani-petani, penternak dan peladang dari dunia ketiga. Contohnya kita boikot Microsoft, Windows, Google, Yahoo, MSN, Facebook dan lain-lain dan secara langsung kita boikot berblogging. Mari kita mogok dari berkomunikasi mengunakan platform ini. Kita boikot filem-filem Hollywood dan program-programTV AS. Inilah sasaran-sasaran penyumbang terbesar yang bernilai berbillion-billion kepada ekonomi AS dan Israel. Pendapatan ini dijana melalui sekali ”KLIK” sahaja di mana setiap “KLIK” adalah wang.

Yang paling penting sekali tindakan pemboikotan ini harus bermula dari pemimpin atas dahulu. Contohnya syarikat minyak terbesar Kencana Petroleum Bhd hak milik Mokhzani Mahathir, Opcom Bhd syarikat Mukhriz, Scomi Bhd syarikat Kamarudin Abdullah Badawi, Syarikat Perkapalan Mirzan Mahathir dan ECM Libra yang bersabit dengan KJ. Mereka seharusnya memulakan boikot ini dengan memboikot terus dari berdagang dengan AS dan sekutu-sekutu Israel.

Kerana kekayaan mereka yang terkumpul ianya tidak menjejaskan pendapatan mereka. Kita khuatir kesan dan akibat dari pemboikotan ini kelak akan menjejaskan peladang dan IKS negara-negara dunia ketiga yang rata-rata beragama Islam dan akhirnya ekonomi penganut Islam akan ketinggalan dan menjadi mangsa keadaan. Inilah perangkap Yahudi untuk melumpuhkan ekonomi umat Islam. Apabila ekonomi lumpuh, senjata pun akan lumpuh dan kewarasan berfikir pun akan lumpuh.

Satu lagi mungkin juga dapat dipertimbangkan di dalam masa yang terdekat ini ialah bantuan tentera, senjata dan peluru untuk pertahan rakyat Palestin?

MR

23 comments:

  1. boikot belaka...xkisah arrr apeape pon janji keuntungan hasil tidak kembali pada israel nga amerika...biar lah kita susah sedikit daripada melihat kanak kanak di palestin mati begitu shj...

    ReplyDelete
  2. tok mummy oii..nak boikot media ict? abih tok mummy guna OS apa nak berblogging ni? komputer tu guna processer apa? email guna yahoo ka gmail? byk lagi kalau nak tnya..internet yg tok mummy guna produk ict mana?

    mimos punya ka?

    ReplyDelete
  3. Tok Mami

    Saya rasa kalau takde demand takdelah suply(ceteris paribus).Spin off bila boikot ekonomi statik dan mengucup.Betoi kata mami haria jerung dulu.

    ReplyDelete
  4. Sokong 100% cadangan mengenai memboikot barangan US dan Israel. Tetapi kita jangan jadi bodoh, apa saja barangan mereka yang menjadi kepentingan kita, kita terus gunakan. Contohnya seperti Microsoft dan Apple. Mana-mana barangan lain yang tidak perlu seperti Coca Cola, L’Oreal, Starbucks, Revlon dll. (Sila rujuk di sini - http://khairulryezal.blogspot.com/2009/01/boycott-israel-campaign-you-can-make.html). Kalau tak nak boikot tak pa. Jangan menulis di dalam bog yang tindakan ini tak berfaedah.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  5. Jelas menunjukkan kita semua telah dikuasai oleh Amerika dan Israel, hampir semua barang-barang yang kita guna hari-hari adalah buatan syarikat mereka. Maknanya keuntungan syarikat-syarikat itu bukan untuk mereka saja tetapi untuk rakyat kita juga yang bekerja dan melabur dengan syarikat mereka.
    So kena buat plan B pulak la lepas ni. Mungkin kita kena buat tabung yang berterusan untuk membantu rakyat Palestin, bukan tabung semasa saja seperti sekarang ini.

    ReplyDelete
  6. Mummy,



    Pengajaran yg perlu diambil kita kena kuat sains dan teknologi . Melipat gandakan usaha 'R & D ' dan mencipta produk/jenama sendiri supaya dunia bergantung dgn kita juga
    Ini bila bincang sains dan mathematic disekolah di ajar bahasa Inggeris kita dah menggigil ketakutan..

    ReplyDelete
  7. kenalah kita juga boikot diri sendiri. sanggupkah kita?

    ReplyDelete
  8. Bagi kami yang bekeja kilang US di Penang ni lak cam na? takkan nak boikot majikan sendiri????

    Tengah ekonomi sedang gawat ni kan..

    ReplyDelete
  9. Mummy,
    memang kena amalkan strategi dan bukan emosi dlm hal membuat protes terhadap zionis dgn cara boycott ni.

    Kalau ada yg terkena secara langsung spt pekerja kilang, pembekal dsbnya, anggaplah itu sumbangan jihad peribadi kepada perjuangan Islam di Palestin.

    Dalam masa sama, semua pihak kena peka n insaf kebangkitan umat perlu dari diri sendiri. Buat self check; adakah kita ni dibelenggu dek Colgate, Mark&SPenser, Nestle, P&G dsbnya, dan tak boleh switch to alternatif i.e Safi, Mukmin, dll

    ReplyDelete
  10. Cakap boikot senang. Kalau periok nasi sendiri tergugat dan anak di rumah tak makan?, kereta nak kena tarik,rumah kena seal?siapa nak bela kita?
    No money no talk.
    Yang betul kena fikir cara yang praktikal dan jangka masa panjang. Biar kita tak bising tapi kesannya mendalam.

    ReplyDelete
  11. Mummy,
    Dah jadi kebiasaan masyarakat kita semangat bermusim. Cuba dengar ceramah Ustaz Shamsuri Hj Ahmad,kisah seorang sahabat nak pergi berjihat dan tinggal keluarga kelaparan, Rasullullah SAW suruh jaga anak keluarga dahulu yang penting baru berperang.

    ReplyDelete
  12. tu le kata..nak cakap biar guna kepala otak bukan kepala lutut..memang kita sokong tindakan boikot ni tp kena guna akai la..

    mana2 produk yg BOLEH kita boikot kita boikot dan yang tak DAPAT tu kita guna.

    ni dgn bongkak kata boikot media ict tp yg dia dok berblog ni guna produk sapa, intel, microsoft, yahoo, gmail semua..

    pada sy produk ict ni kita guna sebagai senjata maya (nak lawan senjata canggih depa mmg tak boleh) untuk meyebarkan kekejaman yahudi ni ke seluruh dunia..kita tahu media barat spt CNN ka BBC ka tak akan menunjukan kekejaman yahudi di media depa..so kita gunakanlah spt rakan kita ni. http://palestinian.ning.com/forum/topics/the-other-side-of-the-story

    byk lagi kalau nak taip..fikir la sendiri

    ReplyDelete
  13. Mummy Rokiah,
    Itu saya tidak menafikannya. Sememangnya, ini semua adalah propaganda terancang Yahudi.
    Apapun, boikot tetap boikot!!!


    p/s: Di blog saay terdapat poll untuk di undi. Harap dapat beri kerjasama.

    http://meetuncleshah.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. jangan simply boikot. Pakai akal sikit, tak banyak...sikit je. kalau price barang US naik, that we can boycott but on these reasons, tak perlu lah boycott. There are american muslims working for these companies as well, what if yusuf estes held a share in starbucks and its dividend, he uses to fund his ceramah all over the world.

    jangan la akal tu pendek sangat. And to the blog owner, don't be so bitter la and raid other people's "home". i know you just want traffic to your blog.

    ~anon11.55

    ReplyDelete
  15. manusia mana tidak berperasaan dan tidak emosional. Hatta haiwan pun ada kasih sayang juga walaupun itu sekadar naluri sahaja. Tengok cerita hindustan pun boleh nangis, apatah lagi gambaran dan berita yang menyayat hati berlaku kepada sesama insan, kecil dan tidak berdaya.

    I guess, loosing job is not as bad as loosing your precious life, or the loved one for that matter.

    boikot hanya sebahagian jihad kecil kita sahaja. adalah lebih baik berbuat sesuatu daripada hanya berdiam diri dan berputih mata sahaja.

    Sedangkan dunia bertungkus lumus sedaya upaya membantu penduduk Gaza, 2 hari lepas dalam berita, US hantar 3000 tan lagi bekalan peluru kepada Laknatullah itu. macamana tak emosional.

    cuma mampu berberdoa agar kezaliman terhadap saudara kita akan cepat berakhir dan kita dijauhi dari bahana sebegitu rupa.

    my 2 cents

    ReplyDelete
  16. Salam Mummy,
    Rasionalnya..... bukan semudah yang diucapkan.Hampir kesemua diantara kita mengguna,makan,minum,pakai dan menonton Made In USA.
    Rasionalnya juga....andai kita memboikot kesemuanya,memang akan memberi impak yang besar...yang pastinya kepada rakyat dan Ekonomi Malaysia sendiri.

    Kita pakat ramai-ramai untuk pikirkan jalan yang terbaik,dan langkah pertama dengan memboikot yang tidak akan menjejaskan periuk nasi rakyat biasa.

    p/s..cadangan mummy boikot IT dan internet tu pun baguih gak..tak la mati kebuluq kalau tak tengok screen komputer atau TV(Bila nak mula?)and then company dari family Pak Lah and Che Det.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. mmg le sng suruh boikot tp apa kesannya kpd ekonomi keluarga..kalau job dh x der, keluarga nk jd mcm mana..kalau gov boleh sponsor x per lah..jgn kita tempek sja lebeh..tguk juga kiri kanan..

    nampak tidak betapa bijaknya yahudi pergunakan org islam..kita nk boikot pun dh jd serba salah kerana ramai yg bergantung hidup dgn bisnes mereka..cuba tguk kat tesco tu, bangsa mana hampir majoriti pekerjanya..

    ReplyDelete
  18. a'kum..ni adalah julung kali chek nak mengoment kat blog mummy yg makin hari makin ramai folowers..
    terasa seram pun ada..takot tersalah kata tersilap type tersasul ayat terpleot jari terpercik ayaq lioq ka malu chek..

    chek agak bersetuju dgn pandangan mummy supaya kita jgn dok memboycott x tentu hala..

    tapi mummy..dlm isu ni kalau kita tgk..bila kita bt kempen memboycott barangan amerika..org2 melayu yg x cukup bersifat kemaknusiaan dan belas kasihan terus melenting..depa kata KEJAM..nanti kalau boycott org kita gak yg kena trima akibat.. tapi kalau kita tgk akibat yg kita terima x la seterok mana dgn sumbangan yg kita bagi pada israel dan sekutu depa dalam serangan keatas palestin.. kalau kita boycott pun kita x kebuloq aih. org kita x dpt juai ayam dkt kfc pun blh kaya lagi.. biaq KEJAM sikit mummy jangan KEJAM byk sampai dok biaq org2 seagama kita mati dibunuh. bab family PM dgn exPM chek tak berani komen..chek mana gheti hal org2 kaya ni aih..

    p/s : kita dok menketadarah kfc. bukan main sedap lagi ayam goreng hot & spicy..org kat palestin kena lapah dgn israel mcm ayam gak..hot and spicy hari2 bom depa..mana x nya dgn ada fosforus kimia lagi.. LEBIH HANGAT DARI BIASA..

    ReplyDelete
  19. Saya rasa pendapat anda tersasar daripada hakikat kebenaran. Boikot barangan Amerika adalah salah satu daripada tindakan yang kita, rakyat kerdil boleh lakukan, selain daripada melalak di jalan-jalan raya dan membakar bendera. Walaupun impaknya sedikit, tapi ada. Jika kita berterusan berteori dan bertanya mengapa orang lain atau syarikat-syarikat lain tidak melakukannya, tiada akan ada apa yang akan bergerak. Jadi jika kita mulakan sedikit pengorbanan dengan tidak membeli barangan jenama Amerika, InsyaAllah dengan pertolongan Allah, akan ada nampak sedikit sebanyak perubahannya.

    Mempersoalkan yang baju di Mark and spencer dibuat oleh ribuan umat Islam adalah satu alasan yang dibuat untuk melindungi barangan jenama Amerika. Perkataan yang sama juga selalu diulang-ulang oleh syarikat syarikat seperti coca-cola, pepsi, KFC dan McDonald. Inilah alasan mereka agar umat Islam tidak memboikot barangan mereka, dalam masa yang sama mereka mengatakan yang orang Islam akan kebuluran jika mereka tidak memberi mereka pekerjaan! Dan idea ini pula terus digunapakai oleh umat Islam termasuk anda! Sungguh malang!

    Dalam pada hendak membantu umat Palestin, janganlah kita kaitkan fahaman berpuak kita. Mempersoalkan syarikat milik anak-anak orang ternama tidak menderma atau berbuat sesuatu hanya untuk memberi alasan kenapa kita tidak berbuat sesuatu adalah sesuatu yang amat malang bagi kita umat Islam. Tak payahlah kaitkan politik dalam isu kemanusiaan.

    Saya baharu tiba di Mesir, atas misi kemanusiaan Aman Malaysia dan Kumpulan perubatan Islam M'sia pertama. Mesir masih menutup sempadannya dengan Gaza. Gaza yang hanya 600km persegi saban hari dihujani tembakan senjata Yahudi. Tiada bantuan yang boleh masuk. Kerajaan Malaysia masih terus menekan Mesir agar membuka sempadan agar semua perubatan yang dibawa dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Saban hari anak-anak kecil dan wanita putus kaki tangan dan hilang nyawa, tanpa dapat dibela. Tangisan ibu-ibu tua yang kehilangan ahli keluarga tidak pernah putus.

    Tiada kepedihan dan kesayuan yang dapat mengatasi penderitaan mereka.

    Saya teramat kesal anda dan sebahagian Rakyat Malaysia, duduk dikerusi empuk di Malaysia masih mempertikaikan langkah memboikot barangan Amerika! yang mana hasil keuntungan Yahudi yang menggunakan umat Islam sebagai pekerjanya ini di dermakan kepada rejim yahudi untuk membeli senjata guna membunuh anak-anak Gaza! Dan jangan terkejut jika antara nama yang anda katakan tidak membantu itu, telah menyumbangkan bantuan ubat-ubatan berjumlah RM2.5 juta yang kami bawa bersama ke Mesir!.

    Bagi Rakyat Malaysia dan anda sendiri, jikapun tak boleh nak boikot, berdiam diri mungkin langkah yang lebih baik.

    Minta maaf jika tulisan saya menyinggung perasaan.

    Salam drp Amri s.m, Rafah Egypt

    ReplyDelete
  20. Salam,
    Rasional ke dgn memboikot ni?Antara sedar x sedar kita akn membunuh(sori ar kalau kasar)sahabat,rakan kita yg lain ,yg x berdosa..Yg paling penting kita sama berdoa agar kekejaman yg berlaku akn segera selesai.PASTI!..

    ReplyDelete
  21. The only way to stop future genocide is to fight back our way. The cowards use drones and missiles. No suicide bombs. Use snipers and hitmans. Pay them to kill their ambassadors and their families, their company ceos and their families. They kill our children. List down the numbers they have kill and we try to reach that number. An eye to an eye. Hit them anywhere in this world, from Brazil to Mongolia.
    Distribute this comment to as many people as possible all over the world.

    ReplyDelete
  22. ini juga menjadi debat antara saya dan rakan....boikot punya pasal...rakyat Malaysia hilang pekerjaan....

    ReplyDelete
  23. Rakan bloggers yang dihormati,
    Melihat dari perdebatan hangat ini, Mummy mohon maaf bukan hasrat Mummy untuk membangkitkan perdebatan ini. Pandangan dan pendapat disini semuanya dikira bernas dan masing-masing berhak menyuarakan kemarahan masing-masing dengan bijak.
    Begitu jugalah sejak azali lagi apabila Allah mencipta manusia di dunia ini.
    Terima kasih.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.