Thursday, January 1, 2009

Dari diari ke sebuah memoir

6.00 Pagi, 1 Januari 2009. Pagi ini membelek-belek diary mana yang sesuai untuk catatan pada tahun ini. Kerana terlalu banyak sumbangan diary dari rakan-rakan ada yang pratikal dan ada yang sekadar cantik kulitnya sahaja.

Kerapkali di awal tahun, semangat untuk mencatatkan segala macam perancangan dan nota harian dalam diary berkobar-kobar. Tetapi apabila bulan-bulan beransur semangat ini semakin cair seperti seketul ais.

Catatan diary memerlukan keazaman yang kuat. Hasil keazaman ini kelak dapat melahirkan satu Memoir yang menjadi bahan rujukan sejarah.

Contohnya seperti Memoir Shamsiah Fakeh yang mungkin kita boleh berkongsi catatannya di sini :
“1 April 1992, akhbar Malaysia melapurkan bahawa Panglima Angkatan Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Yaakob Zain yang mengatakan beberapa orang pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) menyatakan pendirian tidak akan pulang ke negara ini bagi menjalani kehidupan baru. Beliau mengatakan bahawa aku sudah memutuskan untuk terus menetap di Beijing, China. Aku dengan tegas menolak kenyataan Jeneral Tan Sri Yaakob itu. Kenyataan aku itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia di ruangan “Surat Pembaca“ bertarikh April 1982. Aku mengatakan bahawa pulang ke Malaysia adalah hak asasi manusia yang diakui oleh masyarakat atarabangsa. Tekad aku hendak pulang ke tanahair tidak berganjak, kata mesti dikotakan. Kenyataannya, rakyat Malaysia boleh memilih corak pemerintahannya sendiri." Demikianlah catatan dalam sebuah Memoir Shamsiah Fakeh, dari AWAS ke Rejimen ke 10.

Mungkin ini harus menjadi keazaman tahun baru ini “Dari catatan diari kesebuah Memoir” bukan untuk tatapan awam tetapi untuk tatapan anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit dan sahabat-sahabat dekat.

5 comments:

  1. catatan di blog ini juga boleh dianggap sebagai sebuah memoir. tapi takut hilang pulak nanti jika blogspot berkira-kira untuk tidak meneruskan perkhidmatan pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. helaian diari saya selalunya putih bersih. kurang disiplin diri agaknya.

    ReplyDelete
  3. teruskan menulis, mencatit dan memoirkan apa jua, ralit membacanya.
    untuk renungan anak2?
    dah berapa ramai anak?

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy,

    Biasanya apa-apa pun, mula-mula saja rajin, lama-lama bila dah "mandom" dia tinggai habis semua.

    Kekadang tulis dairi ni pun ikut "mood" juga...waktu rajin berjela-jela...waktu malas kosong saja

    ReplyDelete
  5. Mummy,
    Ada juga yang tak berani nak catat detail sangat dalam dairy ni...takut terbaca oleh bini atau suami depa dan rahsia terbongkar!!
    "AWAS KEKASIH GELAP!!!"

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.