PUTRAJAYA 9 April - Prestasi para menteri, timbalan menteri dan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam akan dinilai menggunakan pendekatan Petunjuk Pretasi Utama (KPI) setiap enam bulan sekali.
Pendekatan baru dalam pentadbiran kerajaan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sebelum mengumumkan senarai barisan Kabinet baru di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, KPI akan menekankan aspek impak, hasil dan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang dipimpin seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. (Utusan Online 10/4/2009)
KOMEN:
Hakikat yang sebenarnya pendekatan yang ingin dibuat oleh PM DS Najib ini bukannya perkara baru tetapi pendekatan yang sama juga telah diumumkan oleh Pak Lah semasa mula-mula mengangkat sumpah jadi PM dahulu. Hanya Pak Lah memperkenalkan "report card" untuk memantau menteri-menteri dan timbalan menteri melalui lapuran setiap 3 bulan sekali.
Kata Pak Lah jika kad lapuran ini merah menteri atau timbalan menteri tersebut tidak akan dicalun lagi dalam pilihanraya kelak.
Tetapi akhirnya "report card hanya tinggal report sahaja". Ia berakhir setiap calun dalam PRU yang lepas yang dilantik semuanya atas kuasa lobi melalui KJ juga. Akhirnya apa jadi?
Minta jangan Najib hangat-hangat taik ayam. Rakyat akan tanya "boleh caya ka???".
Pendekatan baru dalam pentadbiran kerajaan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sebelum mengumumkan senarai barisan Kabinet baru di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata, KPI akan menekankan aspek impak, hasil dan penyampaian perkhidmatan awam yang berbaloi dan akan dipantau oleh sebuah unit baru yang dipimpin seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. (Utusan Online 10/4/2009)
KOMEN:
Hakikat yang sebenarnya pendekatan yang ingin dibuat oleh PM DS Najib ini bukannya perkara baru tetapi pendekatan yang sama juga telah diumumkan oleh Pak Lah semasa mula-mula mengangkat sumpah jadi PM dahulu. Hanya Pak Lah memperkenalkan "report card" untuk memantau menteri-menteri dan timbalan menteri melalui lapuran setiap 3 bulan sekali.
Kata Pak Lah jika kad lapuran ini merah menteri atau timbalan menteri tersebut tidak akan dicalun lagi dalam pilihanraya kelak.
Tetapi akhirnya "report card hanya tinggal report sahaja". Ia berakhir setiap calun dalam PRU yang lepas yang dilantik semuanya atas kuasa lobi melalui KJ juga. Akhirnya apa jadi?
Minta jangan Najib hangat-hangat taik ayam. Rakyat akan tanya "boleh caya ka???".
Salam mummy,
ReplyDeletePembetulan mummy, report card hanya tinggal card saja, reportnya entah tak tau kemana...
Yang enam bulan ni pun samalah jugak kot...
AKU SETUJU MUMMY, TAKPA KAMI DI SINI AKAN SENTIASA TEGUR KALAU-KALAU DS NAJIB TERLUPA...HE HE HE
ReplyDeleteAPA KHABAR MUMMY? SIHAT KA?
Mummy okey,
ReplyDeleteYang mummy susah hati pasai apa, kalau DSN pun tak menjadi kita try Mummy la jadi PM.
Mummy,
ReplyDeletemesti ingat perpatah mat salleh " Penyapu baru, cuci bersih" bila lama kotor balik lah.
Harap-harap DSN kota apa yang dia kata, jika tida PU nanti tergoleklah dia dan barisan-barisannya.
Mummy saya hairan MCA harap DNS kekalkan jumlah Menteri dan Timbalan Menterinya pada senarai kabinet baru, tapi MCA dapat tambah satu lagi Timbalan Menteri. Barisan Jemaah menteri dan timbalan menteri DSN cipta sejarah, kerana begitu ramai Senator kebanyakkannya terdiri daripada ahli politik yang tewas pada PU lepas bukan golongan technokrat. Bagi saya ahli politik yag tewas pada PU adalah golongan yang direject oleh rakyat apa pasal dilantik duduk kerusi empok.
Ni satu petanda rakyat akan reject UMNO dan BN pada PU-13 nanti.
Ahli UMNO 1969
Salam Mummy,Mummy ni kena la bagi peluang, ruang dan masa untuk Dato Najib buat perubahan seperti yang diwawarkan. Kita tunggula 6 bulan. Sabaq la sikit Mummy.
ReplyDeleteBN sudah tidak dapat sokongan dari orang Cina dan India. Paham-pahamlah. Jadi kita mesti teruskan agenda Melayu tanpa mereka "without fear". Mereka tidak mahu bersama kita.Bukan salah kita. Teringat President Bush berkata " Either you are with us or you don't". So the struggle must go on with or without them. We just cannot continue with this kind of game play of hypocrisy by the Chinese and Indian communities. How much more sacrifice the Malays have to offer. Surely, there is a limit to everything. It looks like nothing is being appreciated.
ReplyDeleteRahman,Ah Chong,Muniandy,
ReplyDeleteKalaulah Najib bolih tegas macam yg hang kata tu, dah lama negeri ni aman.
Those who are not grateful for little will not be grateful for much.
Orang melayu kena tenguh dan belajar bersatu macam orang Cina dan India
ReplyDeleteMCA adalah rakan tradisi UMNO. We've done and delivered good things together. So, Najib nampaknya rasional untuk memberi "muscle" kepada MCA supaya MCA lebih lagi bertenaga dari DAP sebuah parti chuvanis yang lebih merosakkan dari membina.
ReplyDeleteMelayu harus terima hakikat mereka bukannya bersaorangan mereka harus berkongsi kuasa.
Jika Melayu syiok sendiri seperti Melayu UMNO yang sentiasa masih bermimpi tentang keagungan mereka dahulu so they can forget it.
Melayu UMNO mengambil jalan mudah untuk berkuasa dengan membeli kuasa melalui amalan rasuah politik.
Mereka hanya pandai bercakap di dalam perhimpunan agong UMNO dan bertepok sorak apabila perwakilan menaikkan semangat Melayu.
Fikirlah tak siapa sangka Obama akan menjadi Presiden AS.
Mummy oi,
ReplyDeleteBukan soal Melayu UMNO ka?, Melayu PAS ka?, Melayu PKR ka? Yang jadi masalah ni, Melayu duk dengan sapa pun nampak gaya rugi. Konsep perkongsian kuasa memang la amalan negara kita. UMNO - BN, PAS,DAP dan PKR. Yang nampak duk celaru ni, dengan BN dah 50 tahun banyak yang dah bagi sikit-sikit hak Melayu pada orang lain atas nama toleransi kaum. DAP di Pulau Pinang nampak okey hak masyarak Cina dia jaga, PAS di Perak lagi okey hak Cina dan India terpelihara. Melayu tak pa makin lama makin layu. Orang Melayu ni Mummy oi kalau dihina tentang agama dan bagsa dia takpa. Orang Melayu ni Mummy oi dia tak kisah sangat soal bangsa di dunia. Dia duk jaga akhirat. Pasai tu bila seorang wanita Cina yang dituduh kena bogel dalam lokap suatu ketika dulu MP keturunan Cina bela. Sampai kena minta maaf secara terbuka kepada kerajaan China. Bila empunya diri kata dia tu melayu. MP Cina yang duk bela diam saja. MP Melayu tak buat apa-apa. Bila EWong gambarnya disiar, Melayu tudung labuh duk pertahan. Betul la tu, Islam ni dia jaga semua. Pasai tu la bila TV3 tunjuk ayam disembelih tak ikut syarak orang Melayu tak kata apa. Mummy oi, jangan duk sama Obama dengan kita. Di USA yang naik tak kira Obama ka sapa, 2X5 - 5X2 sam. Kita lain. pasai tu bila YB Cina di Perak berceramah di Perak guna ayat Quran orang Melayu yang dengar tepuk tangan. Baguq la tu proses 'islamisasi' dah berjaya. Lepas ni, kita tenguk orang Cina pula duk "bang" suruh orang Melayu pi sembahyang Mummy oi.
Tak payah tenguk dan pi jauh jauh la mami, sampai di A/S. Di Pulau Pinang boleh ka Melayu jadi Ketua Menteri. Bagi dulu Melayu jadi Ketua Menteri di Pulau Pinang la ni. Saya tenguk ADUN Melayu di Pulau Pinang (PAS - PKR) ada 2@3 orang tu bagi la jadi Ketua Menteri. Wait and see la mami. Boleh tak boleh, Boleh kut, berkorban la sikit, lepas tu apa salahnya kita bagi depa pula jadi PM. Mereka pun rakyat Malaysia. Kita kan satu bangsa, bangsa Melaysia. Dah lama kita terkorban untuk mereka, tak begitu mami.
ReplyDeletemummy, saya mungkin berfikiran sempit dalam memperkatakan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran negara. Untuk mengurus sebuah negara, kita perlukan pemimpin yang dihormati dan disegani dan boleh dipercayai. Nak cari yang bersih sebersih-bersihnya memang sukar, tetapi sekurang-kurangnya biarlah yang yang elok dipandang mata.
ReplyDeleteSaya tidak nampak di mana hebat DSN. Kalau orang BN sendiri mempertikaikan kewibawaannya, apatah lagi pembangkang.
Jadi orang2 UMNO, telus dan beranilah bercakap benar. Ramai antara kita hari ini bercakap apabila bicara tidak diperlukan dan berdiam diri apabila bicara diperlukan.............
Yang penting rakyat boleh measure performance mereka. Kaedah menggula-gula harus di hentikan dengan segera. Bahagian-bahagian yang di tunjangi oleh Perasuah Tegar juga kena di hapuskan. Mereka-mereka ini antara penyebabkan rakyat meluat dan akhirnya rakyat meluat keseluruhan BN dan UMNO.
ReplyDeleteBN khasnya UMNO, perlukan penjawat-penjawat jawatan yang baru, bersih dan berkaliber. Jika tidak pendekatan baru tidak boleh di laksanakan.
format saja.. install new windows
ReplyDeleteSatu pembaharuan bila Jamal Khir dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, personally I like his speech and always follow his ceramah. Harap dia mengutamakan kebenaran dan tidak dipesongkan oleh agenda politik
ReplyDeleteAnon (April 11, 2009 9:17 AM),
ReplyDeleteApa yg hang kata tu anon, mmg tepat sekali. Kita ni melayu, nama saja islam tp ajaran islam kita tak pakai habis. Kita lebih byk tumpu pd "kulit" drp "isi". Kalaulah melayu ni ingat kat masa depan anak cucu dia, dh lama dh mereka bersatu. Kalau kita utamakan penyatuan bangsa melayu drp lepas merdeka dulu, tak lah bangsa kita jadi merempat macam ni. Punca perpecahan ni asalnya kerana melayu ada dua parti politik. Sekarang ni dh jadi tida pulak. Pemimpin2 mereka hanya mementing survival politik diri sendiri dan kroni2 mereka sahaja.
Salam Mummy dan kawan-kawan pembaca,
ReplyDelete1. Memang senang untuk kita nak kata macam2 dekat DSN, sebab bukan kita yang jadi PM.
2. Mungkin kalau yang macam kita-kita ni jadi PM, agaknya berterabur habis apa yang ada...
3. Jadi, sebelum cepat sangat kita perlekeh DSN, kita bagi lah sat ruang dekat dia berfikir, merancang dan melaksana rancangan dia.
4. Kita tengok dulu, menjadi atau tidak rancangan dia. Elok ka tidak pelaksanaan di bawah dia.
5. Bila tak elok, kita pakat-pakat tegur supaya dapat dibetulkan.
6. janganlah ingat lantik kerajaan dan PM ni perkara mudah. silap haribulan jadi macam fiji tu.. tak tehawan kalu...
7. dan kepada puak Pakatan tu, jangan syok sangat ingat hampa akan jadi lebih baik. Baru ada 5 negeri, dah hilang satu, sampai jadi krisi perlembagaanlah, mesorat bawah pokok lah... macam ni punya cara nak memerintah satu negara ka? haii..... perasan sungguh puak2 PAKATAn ni... ada yang tua2 pun tak berapa boleh nasihat yang muda2...
8. Kita janganlah judi kan nasib anak-anak kita, bimbang nanti anak2 kita tanya, "pak... dulu bukankah malaysia ni boleh aman juga, maju jugak, awat sekarang chek nak belajarg pun susah, nak minta bantuan kewangan pun susah, nak dapat kerja pun susah? Apa yang jadi masa 2012 dulu sampai Malaysia jadi teruk macam ni? sebab bila chek baca sejarah, malaysia antara tahun 1970 sampai 2002 maju sungguh...????!!!"
"APA JADI PAK..., MASA PILIHANRAYA 2012?"
(HAA..... JAWAB PAK, JAWAB... JANGAN TAK JAWAB.....)
"NAK, PAK DULU PANDAI SUNGGUH, PAK PANGKAH PAKATAN INGAT NAK BAGI MAJU LAGI ... PAK NAK DEMOKRASI!!!!
RUPA-RUPANYA HAMPEH......., SORRY LAH NAK YAA... PAK SILAPPPPPP!!!"
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna!!!
-pemerhati setia-