10 Adun BN Terengganu Tidak Hadir Sidang DUN
KUALA TERENGGANU, 14 April (Bernama) -- Sepuluh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini tidak menghadiri hari kedua persidangan Dewan Undangan Negeri, disini.
Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Mereka ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Tindakan kesemua Adun BN itu dipercayai mempunyai kaitan dengan SMS berbentuk ugutan yang diterima oleh tiga wakil rakyat BN iaitu Permaisuri, Paka dan Ajil malam semalam berhubung kemelut politik di negeri ini.
KOMEN:
Dunia dan rakyat Malaysia khasnya terkejut dan cemas apabila membaca berita bahawa keselamatan 10 Wakil Rakyat Barisan Nasional Terengganu terancam kerana ugutan SMS nyawa mereka akan melayang.
Mereka menjadi panik dan cemas sehingga takut untuk hazir ke sidang DUN dan semalam TV3 melapurkan mereka semua berkumpul dan berehat dibilik hotel.
Inilah kualiti wakil yang mewakili rakyat kita. Mereka mudah dipecah-belahkan dengan satu SMS sahaja di mana kesahihannya boleh dipertikaikan. Ini baru SMS, apa pula akan terjadi apabila mereka digempar dan dimomok-momokan dengan cerita-cerita hantu, tahyul dan jembalang?
Pastinya mereka pun akan lari lintang-pukang, riuh-rendah, panik, berlanggaran sesama sendiri malah tidak mustahil ada yang akan terjun ke dalam perigi buta sambil menggigil-gigil ketakutan macam cerita Panglima Bujang Lapuk arahan Tan Seri P.Ramlee–Cubaan...Cubaaan...Cubaan...
Maka hari ini terpancarlah dengan jelas kebodohan wakil-wakil rakyat yang kita pilih mewakili kita. Mereka tidak bijak menilai yang mana tulin dengan yang mana palsu. Sebab itu mereka mudah melatah apabila Anwar Ibrahim melancarkan serangan ”Gempaq Kelin” untuk menawan Putrajaya pada 16 Sept 2008.
Rakyat menaruh harapan agar DSN meneliti semula kelayakan wakil-wakil rakyat BN yang ada hari ini.
KIH KIH KIH...LINTANG PUKANG? INGATKAN LARI BALIK RUMAH MASING2.
ReplyDeleteTAPI LARI BERHIMPUN DALAM HOTEL...? LEPAS TU BUAT CONFRENCE PULAK.
KIH KIH KIH...PUKIMAK PUNYA SETAN...?
Sedihnya saya setuju dengan komen Mummy kali ini.
ReplyDeletesila baca umnobukitjelutong.blogspot.com
Mummy,,,,, begitu lah sikap dan perangai wakil rakyat BN mahu PR,,,, pengundi mereka ibarat batu loncatan untuk mereka mencapai matlamat menjadi wakil rakyat,, selepas itu pengundi di pelekeh kan seperti SAMPAH,,,,pegundi di BANGGANG BANGGANG kan,,,,, ini lah budaya org org POLITIK yg tidak ADA ETIKA dalam diri,,,
ReplyDeleteMummy,
ReplyDeleteSama-sama kita tunggu kejatuhan negeri Teranganu kpd PAS selepas ini.
Selamat datang PAS.
Sadist betul lah ..hua...hua...hua
ReplyDeleteOrang macamni-kah mewakili Rakyat..
UMNO dgn UMNO pun bergaduh sakan.UMNO dah tak kenal malu pd rakyat yg sedang melihat telatah beruk2 UMNO terenggani yg lari lintang pukang.Bg PR memang dah lali dgn ugutan bunuh membunuh ni.Kali ini UMNO pulak kena batang hidung sendiri.LU PIKIR LA SENDIRI.......
ReplyDeleteMreka, para YB tu tertiru telatah kelakar Anwar Ibrahim yg lari ke kedutaan asing satu dua malam kerana kes yang lebih kurang. Cuma para YB ni berani sikit kerana di hotel je.
ReplyDeleteSMS tu untuk gempaq wayang aje...
ReplyDeleteDepa tu cuma nak kata, yang mereka boleh ada 10 orang yang boleh buat macam PAS...
" MOHON SEMBAH DERHAKA "
Tuanku...kami tak boleh terima MB pilihan Tuanku...kami nak Deris natang...
Kami Mohon Sembah Derhaka tapi cara sinis Tuanku...
wakil rakyat tahi kucing kalau dengan sms pun dah kecut, kalau dengar bunyi senapang alamak terkencing terberak le dalam seluar
ReplyDeletepemimpin yang tidak berkualiti sebegini lah yang menyebabkan perpecahan sesama kita, mereka langsung tidak mempunyai semangat, penakut dan bacul, hanya pandai bercakap, tapi habuk pun tarak, poodah!
ReplyDeleteUnite us! unite Us!
www.armyofhope.blogspot.com
Setuju...
ReplyDeleteInilah akibatnya bila si bodoh dan si tolol dipilih sebagai wakil rakyat. Geng2 bodoh+tolol ini juga yang bawa kain rentang "KAMI NAK IDRIS NATANG" pada satu masa dulu...
Saya setuju dgn mummy, kesasihan sms belum dipastikan lagi tapi melatah yang lebih sampai balik pi tidok kat hotel pulak tuh. Haihh kalo yer lah pon nk curik tulang atau ada faktor lain, ingt2lah sikit pasal rakyat yg telah memilih mereka dalam pilihan raya lepas. Wat malu jer BN/Umno nih weii ... apakah selama ini negara kita melahirkan penakut sbg pemimpin?
ReplyDeleteAkan datang mungkin keluar berita mengatakan 10 adun trgnu ponteng sidang sebab terserempak hantu bertelekong di tgh jalan walhal orang perempuan nk g surau utk solat jemaah.
cakap macam setan..
ReplyDeletetp perangai macam tikus..
mulut macam buaya..
perut macam dugong..
yang ugut dan yang lari sama bengong..
penakut, pengecut, pencacai, pengkhianat, penjahat..bla
habak kat YB2 tu hampa yg Natang
ReplyDeleteNtah apa-apa visual YB semalam dalam Buletin TV3. Terima SMS macam tu lari bersembunyi dalam bilik hotel berkumpul dengan hp masing-masing dok tayang kat TV siap buat pc lagi.
ReplyDeleteTak hadir sidang ADUN takut nyawa terancam konon.... Sepuluh orang pulak tu ... ADUN apa macam ni?
Haprak punya wakil rakyat dan bodoh serupa kerbau.No kualiti punya wakil rakyat.
ReplyDeleteMummy...
ReplyDeleteSaya sedih dgn apa yg berlaku kat T'ganu...UMNO sedang "sakit"...dan baru je kita di"suntik" dgn "ubat" yang bernama Najib dan "ubat" yang telah kembali ke pangkuan UMNO..iaitu Tun M...
Sepatutnya depa ni jgn la buat perangai lagu tu...buat malu UMNO/BN jaaa...kalau ada konfrontasi pun, selesaikan la dgn cara baik...selesaikan secara tertutup dan bijaksana...kalau dah lagu ni...haru biru namanya...
Err...tima kasih sebab dan confirmkan kehadiran Mummy utk pertemuan blogger2 utara kat Cinta Sayang, SP..pada 2hb. May ni...saya masukkan nama nama Mummy dalam list kehadiran, tanda mummy dah confirm...
kepada sesiapa yg sudi join, silakan...tapi sila berikan "confirmation" tuan2/puan2 di blog saya atau bloggersutaraunion@yahoo.com...
bukan apa...kami kena buat list pasai nak kena tahu berapa dan sapa yg nak mai...sebab kami kena sediakan tempat...takut tak muat pulakkk..takut gak kena sabotaj...hehehhe...so, sapa yg nak hadir, sila berikan confirmation secepat mungkiin sebelum 1hb May ni...
thanks Mummy...mintak tolong Mummy promote sikit pertemuan kita ni...kita kurang publisiti...hehehheh...TQ Mummy...
Mummy,inilah nilai YB yg ada sekarang di lantik zaman PAKLAH jadi PM, Punca semua ini adalah dari PAKLAH...Ketua gerombolan yg buat hal d terengganu ni balaci PAKLAH dan KJ dulu rasa semua dah tahu...ID...JS...baru menang MT dah besag KEPALA,,,menang Mt pon group package yg RASUAH dan Tabor duit sama dgn mamak azeez rahim baling....SPRM jgn diam siasat depa ni,nanti habis rahsia meeting MT dijual pada musoh umno dan melayu...sekali khianat dia tetap akan lakukan bila2 masa dan menanti peluang saja...contoh apa yg berlaku sekarang ini d terangganu...inilah doktrin paklah pada orang2nya...DSNAJIB...jgn biarkan apa berlaku ini iktibar munkin bencana yg lebih besar akan berlaku jika di biarkan.....MESAGE IDRIS dan 10 orang geng nak sampai pada MB dan TUANKU dan DS NAJIB yg mereka ni power d terengganu.......salam
ReplyDeleteMung wak gape lari litang pukang tu? baru tubik SMS doh kecut peruk doh! BODO mung! kata mung jenih gedebe! tu dok lagi rakyat wok tubik "nhapa jepung"! mu gi hotel tu wak gape? ade bende ke kat nuh?
ReplyDeleteTo : Derih
Demo nih wak malu orhe Besut jah... kalu orhe Besut nih, satu Panta Timur tahu keGedebeLan nyo... tapi Demo nih jenih puok mano berehi lari baru jah SMS nih?
Bunyi macam kes bekas wakil rakyat bukit selambau tu kan.. lari sampai ke India sbb takut dok dapat sms ugutan..hahah.. yg tu lagi kes teruk.. sampai blk india.. kot2 di india org tak leh cari dia sbb semua kulit sama..hahahaahah...
ReplyDeleteReformasi dan Transformasi Ala Terengganu.Ini kah hasil yang dibawa balik dari Perhimpunan Agung UMNO yang masih panas lagi.Atau ini kah contoh-contoh manusia yang saya gelar 'Si Bebal Yang Tak Sabar'
ReplyDeleteRasa-rasanya apa yang berlaku di Terengganu ini, memberi gambaran UMNO akan kecundang lagi pada PRU 13 . Mereka ini memang tak beriman. Nafsu mengatasi kepentingan Bangsa dan Agama.
Saya yakin mereka semua yang tidak hadir itu bukan pengecut.Ini ada udang di sebalik Batu 'Batu Buruk'. YB lelaki yang takut pada ugutan SMS ni memang tidak ada batu.Takkan kerana ugutan sms pun dah lari lintang-pukang, macam mana nak berdepan dengan musuh bangsanya.Tidak ada jatidiri langsung!. jadilah dayus dan bacul.
Saya tidak mahu bersikap keterlaluan dalam hal ini, Tetapi merasa bosan dengan tingkah-laku para pembesar-pembesar sebegini. Logiknya kalau seorang sahaja menerima SMS ugutan memang patut orang berkenaan takut dan risau serta tension. Ini 10 orang? Dan mereka pula adalah para ‘intelek’ minda kelas pertama. Ini lah juga contoh yang arwah Dato’ Mufti Shuib sebutkan tentang mentaliti pemimpin sekarang berbanding dengan pemimpin semasa memperjuangkan kemedekaan.
Inilah kalau dah gila dunia , pangkat dan pengaruh. Saya bukanlah ahli firasat, tetapi hati saya dah mula berat merasakan bahawa peristiwa besar keruntuhan UMNO akan melanda.
Saya mengajak para pembaca suluh (jangan lihat sahaja), keadaan kehidupan manusia yang bergelar pemimpin bagaikan sudah tidak sedarkan diri lagi lakunya. Mereka menzalim dan menganas seperti merekalah jaguh dalam UMNO. Mereka rasa bagaikan dalam UMNO ini sudah tidak ada yang jaguh melainkan mereka. Itulah sebabnya kelakuan ‘keganasan’ dan ‘kezaliman’ serta ‘penindasan yang berlaku bagaikan sudah tidak dapat dikawal lagi dalam parti sendiri.
Dalam perspektif politik, rakyat melihat system politik UMNO telah mencipta manusia, menjadi orang yang gila kuasa, gila harta , rakus dan seumpamanya. Lantas tidak teragak-agak bertindak melawan ‘fitrah Allah’. Rakyat tidak akan percaya kepada UMNO. Jalan politik UMNO bukan jalan penyelamat umat. Jalan politik UMNO adalah jalan jahat yang tidak ada hujungnya. Lagi mereka mara kedepan lagi mereka nak jahanamkan orang. Jalan politik mereka ialah kalau dia yang memerintah dia akan jahanam orang-orang yang menjadi penghalang tanpa mengira sangat apa kaedahnya asalkan mereka selesa.
Sebab itulah saya rasa sudah tiba masanya Najib dan Muhyidin membela UMNO dengan dos yang sesuai. Mereka berdua telah diberi amanah oleh Allah. Amanah itu hanya dipinjamkan. Monitorlah perjuangan dalam UMNO dengan tepat dan betul. (No-lips services please)
Akhir kata dibawah ini adalah ilmu yang diamanahkan oleh nabi Muhamad saw supaya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina.
Kata Sun Tzu:
# “Heaven” is created by exemplary leadership“
“The good commander seeks virtues and goes about disciplining himself according to the laws so as to effect control over his success”
Salam Mummy,
ReplyDeletequote:
"Maka hari ini terpancarlah dengan jelas kebodohan wakil-wakil rakyat yang kita pilih mewakili kita. Mereka tidak bijak menilai yang mana tulin dengan yang mana palsu. Sebab itu mereka mudah melatah apabila Anwar Ibrahim melancarkan serangan ”Gempaq Kelin” untuk menawan Putrajaya pd 16 Sept 2008"
Memang betul tu mummy, saya cukup bersetuju. Cuba tenguk dia org punya kualiti - bila DSN gempak, semua berterabur datang balik - hilang soal takut kena ugut. Betul-betul kartun ! Org macam layakkah jd wakil rakyat. Mereka hanya pentingkan kedudukan politik serta gemar berkonspirasi. Org macam ini patut digantikan sahaja. Apa yang pasti, mereka ini jgn lagi diambil untuk jd calun pd PR13nanti. DSN arahkan semua wakil rakyat tingkatkan imej parti dgn bekerja keras, sebaliknya mereka buat konspirasi. Mereka ni mesti ada ketua. Ketua ni perlu pegang dulu sbb dia nilah yg jd puncanya. Yang lain2 tu tak guna akal, ikut sahaja. 3rd class punya wakil rakyat.
Mata kecik sebelah..
Setingkat lagi mata pelajaran anda/diri sendiri bagaimana untuk belajar/memahami apakah peranan/fungsi "JAWATAN KET.PERHUBUNGAN UMNO NEGERI".
ReplyDeleteApakah? dan bagaimanakah? bentuk penyelesaian/tindakan susulan yang akan dilaksanakan oleh kepimpinan sekarang,ini akan menyumbang kepada "Fasa Permulihan/Pemutihan".Saya yakin penuh kepada kepimpinan DSN akan dapat menstabilkan semula pentadbiran diperingkat semua negeri.Inilah hikmahnya disebalik permasaalahan tersebut.
Semoga negeri kedah dapat ditadbir semula oleh kerajaan sebelum ini dan begitu jugalah negerix yang telah ditewaskan pada PRU 12.
Rumusan:
Perlantikan untuk menduduki jawatan Ket.Perhubungan UMNO Negeri penting bagi membolehkan BN menawan semula negerix yang telah diambilalih pada PRU yang lepas.
"Semoga negeri kedah dapat ditadbir semula oleh kerajaan sebelum ini dan begitu jugalah negerix yang telah ditewaskan pada PRU 12."
ReplyDeleteKEDAH KALAU DAPAT SEMULA KEPADA BN, PASTIKAN DET KHALID YG DH BERUBAN TU, TIDAK DILANTIK JADI MENTERI BESAR. DIA NI HAPRAK. DIALAH MUSAANG BERBULU AYAM YG MENGATUR STRATEGI BAGI MEMASTIKAN DR MAHATHIR KALAH DARI MENJADI CALUN PERWAKILAN KE PERHIMPUNAN
UMNO DULU. DIA BERSEKONGKOL DENGAN JOHARI BAHAROM. SEKARANG CUBA TENGOK NANTI, DIA ORANG NI PUNYA JILAT DR MAHATHIR SEBAB SAHAM MAHATHIR KINI TENGAH NAIK. BETUL2 HIPOKRIT TAHAP GABAN !!! ORANG MACAM INI MEMANG TIDAK BOLEH PAKAI..TIDAK ADA PENDIRIAN, HANYA LAYAK DISURUH2. KETIKA MAHATHIR BERKUASA DULU, DIA ORANG NI PUNYA JILAT..INILAH MANUSIA HAPRAK YG TAK BERMARUAH !!!
mata kecik sebelah..
mai la pakat sokong pkr di penanti nanti..hehehe.umno dah tak relavan.
ReplyDeleteDengan SMS pun takut, ni nak berjuang rakyat. Boleh mampuih la wakil rkyat mcm ni
ReplyDeleteSemua nie panjang akai laa..pasai dok xsenang dah masingx,sapa dapat jadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.Pandangan kena jauh kedepan untuk PRU 13 Le...
ReplyDeleteMesyuarat pertama MT dijadualkan pada 24hb ni..
DSN,bukan calangx pemimpin,dia dah pasti memahami permasaalahan UMNO disetiap negeri ketika ini.
Di-Kedah,fahamx sajalah...pasai apa BN kecundang pada ayaq lepas.
Sama-sama kita tunggu,macamana hasil keputusan pada hari tersebut.
Jangan mudah lupa.....?
Ayahda Tun Che Det sampai xlepas G7,awat dia lekeh sangat ka....?
Tim.Ket.Bahagian dapat jadi calon untuk bertanding kerusi Perlimen Oooo.....
Dapat jadi sanator...macamana dia buat?
Lu fikir le.... sendiri.bo
Det Khalid kalau dok jd Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah jgn dok mimpilah Kedah nak dapat balik!!!
ReplyDeletePUR12 sapa yang menghancurkan Kedah. Sapa yang dia pilih jd calon BN. Pi buh calon yg semua kerja dgn dia spt Ali Yahya & Azmi Che Husin. Buh Osman Desa jd calon..... Tajul baguih sangat ka yg di pilih jd calon. Yang menguasai kepala otak det Khalid ialah KJ. Otak Tajul pun KJ control. Merbok owned by Singaporean.
Kalau nak dapat balik Kedah, pemimpin yang ada di setiap bahagian kena ganti.
Contoh Merbok.
Ketua Bahagian- terang2 beli undi dan juga proksi KJ.
Timb Ketua Bhg- kaki betina, beli rumah joint nama dengan Yati anak Hj Saidin tp bkn wife dia lagi. Sessi lalu tidak pernah turun mesyuarat AJK tp lawan menang. Bohong org Merbok dia close ngan Awang Adek. Mai musim lawan huloq duit sahaja. Tak percaya tanya Lah Kaki Besi cawangan Bt 5, Simpang Bujang.
Naib Ketua- salah guna duit KEMAS. TAk percaya tanya Cikgu yang mengajar Semeling yang buka kedai kat taman Bujang. Tanya Ujang Tg Dawai, berapa RM dia bagi? Tanya Bg Lah Jilid berapa dia bagi?
AJK- Ali Din, Poat, Chop Keda apa yang anda perjuangkan? Trip p Medan saja yang mereka tahu. Non Bkt Inas- apa perjuangan anda?
Syukur YNB? AJK Lantikan - Hashim & Syed Osman- Apa yang anda perjuangkan untuk kepentingan orang Melayu Merbok? Apa program yang anda jaya sewaktu anda jd Naib Ketua Bhgn dahulu? Nak beli orng Merbok senang sahaja- sediakan bilik di KL waktu Perhimpunan Agong UMNO, sedekah RM50 waktu mesyuarat caw, sedekah RM50 sewaktu persidangan bahagian. Itu saja yang ahli UMNO Merbok yg kebuloq.
Ahli2 UMNO Merbok, bukannya ada benda nak perjuangkan. Juang untuk perut sahaja. Ahli UMNO Merbok nilai RM50 shj. Boleh RM50-selesai. itu sahaja yg mereka mau.
motto perjuangan UMNO Merbok ' Tanpa RM Kami Kaku'
UMNO Merbok kena di bersihkan.
Rakan Bloggers dari Merbok,
ReplyDeleteDengaq kata Tajul akan dilantik jadi Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri kedah.
Hampa tolong nagi sokongan sat.Mohon pendapat hampa.
DSN tegaskan hanya pengerusi yang di terima akar umbi sahaja yang layak jd Pengerusi Perhubungan Negeri....TAJUL URUS LAYAK KA
ReplyDeletederih jusuh masih tak puas hati tuuu dengan MB
ReplyDeleteerm pandai Mummy nie noo,,..seronok dok baca tulisan Mummy
ReplyDeleteDet Khalid, Tajul, Ali Yahya n Johari Bahrom antara nama yang TIDAK PERLU ADA dalam Perhubungan Negeri Kedah. Kalau rasa nk hancur buh tengok.
ReplyDeleteInilah kuncu-kuncu KJ yang menggangu gugat DSN!!
Semua ini di control dengan mudah oleh KJ secara remote control sahaja.
Siapa yang hentam dan merencana kegagalan Tun untuk jd perwakilan G7???
KJ adalah mata telinga Anuar Ibrahim di dalam UMNO.
Masih ingat lagi KJ menghantar PASPORT kepada Anuar Ibrahim. Kenapa perlu KJ yang hantar????
KJ akan merobek dari dalam UMNO dan Anuar Ibrahim akan menghancur dari luar.
Tajul akan menyokong Anuar Ibrahim. Bagi yang tahu, Pegawai Belia Kuala Muda kena tukar suatu ketika dahulu oleh Anuar Ibrahim kerana Tajul. Tajul dakwa pegawai itu tak beri kerjasama.
Tajul bukan sahaja org KJ, orang Anuar juga termasuk Zubir Zufa Farmasi.
Mereka-mereka ini mencari makan dalam politik!!!!
Perlukah mereka dalam kancah politik UMNO hari ini????
la aku difahamkan yg KJ tu agen antaq passport..kalu sapa yg nak buat passport blh melalui KJ...siap dgn penghantaran sekali...baguih service yg KJ bg..aku pun memang nak buat renew passport jugak...passport aku dah tamat tempoh..nak ikut rombangan UMNO Bhg Merbok ke Bandung bulan dpn...sapa2 yg nak p..blh bagi nama kat pej UMNO..lgpun duit PRK Bkt. Selambau banyak lg...ketua bhg pandai simpan sikit utk kita p jln2...bukan mcm Tok Mie..xpandai langsung nak simpan duit sikit habuan nak jln2...abis di perabih kat semua peti undi...
ReplyDeletewoi....xkan AJK Bahagian saja kot?,abih ketuax cawangan nie camana?
ReplyDeletexpa! ketuax cawangan xpayah bawa depa,kita belanja mee rebus dengan tea 'o' sudah,
Kalau nak pi juga,kena jumpa le.. tajul..lepas tu kena bersumpah depan dia dengan berkata 'Saya sekarang nie..bukan lagi orang Tok Mie.Saya orang Tajul dah he...he...
Jangan buat lupa pulak,hari tu bolehpun sapax nak tawarkan diri jadi AJK Bahagian.
Hari tu...boleh le....,bawa pi makan kat western food,nak undi bang....?,la..'Special Offer' dah habis.Kena tunggu jualan 'Mega Sale'lah pulak?.
apa kelas ketua cawangan nak ikut..yg tajul nak bw ini org2 yg kena teruk ms PRK Bkit Selambau br2 ni..ketua cawangan tunggu 3 tahun lg..br dia kalut cr balik...la ni dia buat xreti ja la..nak rs duit tajul balik tunggu la pemilihan 3 tahun nnti..xkan yg tu pun xtau..kepentingan ketua cawangan dah xdak..sebelah mata pun tajul xpandang la
ReplyDelete