Friday, June 26, 2009

Pulau Pinang - Balik Pulau Bayan Lepas, Sana Terpelau sini Terlepas

Tiada anugerah untuk ahli DAP: Lim Guan Eng
(BeritaHarian 19/6/2009)

GEORGETOWN – Kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan menganugerahkan darjah atau pingat kepada ahlinya yang aktif sempena ulang tahun Yang di-Pertuan Negeri Tun Abdul Rahman Abbas ke-71, bulan depan. Ini merupakan kali kedua kerajaan terbabit mengamalkan pendekatan itu sejak mereka mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada tahun lalu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, DAP hanya mencadangkan kakitangan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain daripada individu yang berjasa kepada masyarakat.
“Bagaimanapun bagi ahli yang aktif dalam NGO atau pemimpin pertubuhan akan dipertimbangkan, ia bergantung kepada sumbanganya kepada masyarakat, bukan kerana politik.

“Ia telah diamalkan sejak tahun lalu, bukannya mengharapkan ganjaran darjah kebesaran dan pingat tetapi adalah khidmat kepada masyarakat,” katanya.

KOMEN:
Mungkin tidak terlewat untuk dikupas, diselami dan diselongkar kenyataan Lim Guan Eng berhubung perkara di atas. Sekali imbas ”at the surface level” kenyataan ini mengambarkan ketelusan dan murninya kepimpinan DAP di Pulau Pinang. Melayu akan mudah terjerat khasnya ”fence sitter” yang merupakan penentu kebangkitan kepimpinan Melayu di Pulau Pinang.

Yang sebenarnya mesej halus DAP ialah mereka tidak mengiktiraf Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu adalah boneka bagi mereka. Corak dan pendekatannya lebih berkiblatkan PAP dan Singapura yang jurang geopolitiknya tidak jauh dengan Pulau Pinang.

Mungkin kerana kesibukan berpolitik sesama sendiri dan cakar-menyakar sesama kawan Melayu Pulau Pinang tidak berkesempatan untuk bersatu dan bangun bersaing dengan Singapura. Atau untuk maju seperti Singapura, Pulau Pinang memerlukan adik PAP iaitu DAP?

15 comments:

  1. Mummy,

    Pulau Pinang mana ada raja? Yang ada pun Rajamanikam dan Rajaguru. Sultan ada iaitu Naina Mohd.
    Sultan tapi berasal daripada Malabar,naik kapai SS.Citambaram sekali dengan gang al-kutty kita.

    Apalah yang ada dengan kurniaan pingat? Jika kurniaan itu dibuat dengan jujur & ikhlas diberi kerana khidmat seseorang itu tak apa. Tapi bila wang ringgit dijadikan pertaruhan, nilai pingat dah tak ada.

    Aku masih ingat dulu bila gomen BN edar borang untuk dapatkan gelaran,tapi kenalah derma. Untuk title datuk RM100,000 kalu tak salah aku. Lebih kurang macam yang berlaku di Melaka. Sesekali Melaka istihar sampai berpuluh2 orang datuk.

    Ini bukan soal hina raja atau sultan. Tapi kalu title datuk itu diberi dengan syarat ada imbuhan(dibeli) dan diberi kepada towkay yang nak cakap Melayu pun tak lepaih,tambah lagi kalau masyarakat kenal pula towkay itu adalah ketua ahlong...sapa yang
    lebih hina?

    Jadi langkah yang diambil Guan Eng itu bijak.

    cheers.

    ReplyDelete
  2. Ngarut hang ni. Pulau Pinang dah lama tak dak Raja atau Sultan...

    Zaman British lagi dok pakat pakat ngan Sultan dulu...

    Raj Lap

    ReplyDelete
  3. Baguslah tu, buat apa dibagi pinggat kat munki-munki kaki ampu, bodek dan kuat jilat. Di negara ini, lebih ramai penerima pinggat daripada rakyat yang benar-benar berjasa kepada bangsa, negeri/negara dan agama. Kaki sebat pun dah jadi datuk, tan sri dan tun. macamana rakyat nak respect orang macam ni.Harap semua negeri yang tidak raja atau sultan patut ikut Pulau Pinang. Pingat dan darjah kebesaran hanya Agong saja patut beri, baru ada standard sikit. Lagi pun TYT adalah wakil Agong adalah molek Agong saja menentukannya.Bagi negeri yang beraja dan bersultan jumlah Datukship juga handaklah berpatutan, contohilah negeri Johor.

    ReplyDelete
  4. Hangpa yang dok komen kat sini memang bingai la. Memang la kita tau Penang takdak Sultan atau Raja. Tapi ini konsep yang cuba diterap DAP adik kandung PAP supaya negeri bawah pembangkang yg lain ikut! DAP memang tak mau Raja dan sultan! Itu adalah hakikat, sebab itulah Gobind kurap mahu rakyat mengundi untuk memilih PM terus. Ini semua adalah mainan halus DAP untuk melenyapkan kuasa Raja2. Aku sedih tgk ada melayu tak sedar diri yang nak memusnahkan negara. Dulu melayu jugak lah punca Singapura terpisah ngan Malaysia. Sekarang aku nampak benda yg sama dok berulang! Bila lagi melayu nak sedar ni?? Jangan la mudah terpedaya!

    ReplyDelete
  5. Orang DAP memang anti Melayu, Lim kit siang dan anaknya, Kapal Sink dan anaknya mana nak gelaran datuk, kerana membawa imej Melayu, Berbanding dengan pemimpin PAS dan Melayu PKR yang kebanyakannya bergelar Datuk termasuklan Datuk Nizar. Untuk orang Melayu Pulau Pinang janganlah berkecil hati, kalau peranan anda diketpikan dalam pentabiran DAP di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  6. alahai mummy,

    saya setuju dgn ali dalam bab nih. Dalam soal ini wang ringgit bukan menjadi taruhan, tetapi usaha dan khidmat yg diberikan kepada masyarakat. Kerajaan negeri mempunyai saluran dan perkhidmatan mereka sendiri dan saluran2 ini perlulah digunakan sepenuhnya untuk kesenangan dan keperluan masyarakat.

    Maka untuk mengehadkan kakitangan kerajaan dan badan bukan NGO sbg penerima yg benar2 layak utk pingat/darjah sememangnya langkah yg wajar. Yang paling utama kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dgn memberi penghargaan kepada kakitangan kerajaan. Ini merupakan langkah bagus dalam memberi suntikan motivasi kepada mereka agar merasa dihargai oleh kerajaan yg memerintah.

    Sapa yg dok banyak kerja kat govt sector tuh mummy? Bukan orang2 melayu jugak ker. Sapa yg akan dapat banyak manfaat dalam hal2 ini? orang melayu jugak. Tidak dinafikan ada juga kakitangan kerajaan yg bukan melayu di sana dan mereka juga berhak mendapat penghargaan tersebut bukan atas dasar wang ringgit yg disumbangkan tetapi titik peluh dan usaha yg mereka curahkan kepada masyarakat Penang. Itu yg penting.

    Saya tidak mengenepikan hak2 raja melayu/sultan dalam hal begini. tetapi adakah Penang mempunyai sultan /raja di sana? Jadi tiada persoalan timbul dalam menidakkan hak raja2 melayu yg hanya ditimbulkan oleh mummy sendiri. Harap2 dapat dibezakan dua perkara yg berbeza ini agar tidak dicmpur adukkan yg akhirnya menimbulkan buruk sangka terutama antara kaum2 di Malaysia. Cukup2lah perang saraf perkauman di Malaysia, rakyat mahu bersatu membangunkan Malaysia sama2.

    ReplyDelete
  7. Singapore terpisah ngan M'sia..Batu Putih pun lepaih kat S'pore..memang angkara Melayu..Melayu Umno...Tah-tah nanti nie Johor pulak lepaih kat S'pore..

    ReplyDelete
  8. Bukan Mahathir(raja mamak kari cap ayam) yang gila nak hapuskan imuniti raja-raja Melayu? UMNO punya sakan sokong sana sini dulu.

    Tak payah dok pertahan sistem raja-raja kerana yang nak perlingkop sistem raja-raja adalah orang Melayu juga, bukan bangsa asing.

    ReplyDelete
  9. Ishh aku naik cemuihh pasai pingat ni..siakap kata tu aku sokong sangat...

    Ubah la budaya melayu..sikit sikit gelaran yang di utamakan..sistem monarki nak jaga hayat..pengampu UBN nak tunjuk kuasa ...

    teringat allahyarham TUN GHAFAR BABA...gelaran di bagi jugak walaupun dia tak teringin..kalau dia hidup lagi rasa nya mmg tak pakai apa gelaran pun..jasa tetap di kenang..

    awat nya kalau lim guan eng tak kemaruk pingat tu , raja rasa lagu mana..nak kena paksa ka ? simpan ja la pingat tu gantung kat dinding..

    shah rukh khan boleh la..kerana kak rosmah merayau terpaksa la mai ambik juga pingat tu..

    ReplyDelete
  10. Assalamaualaikum

    Buat Parpukari

    Sudah banyak kali sy membaca pertelinkahan sesama melayu didlm blog yg telah sy layari dan nampaknya tidak ada kesudahan. Melayu tidak akan dpt bersatu lagi atas alasan berbeza ideoloji politik.

    Jadi biarlah mungkin melayu nak rasa malaysia ini diperintah oleh kafir. Mungkin bagi mereka kalau kafir memerintah mereka akan dpt semua apa yg mereka mahukan. Kalau org Melayu yg perintah ada saja yg tal kena.

    Kafir akan memberikan lebih baik apa yg telah TEKUN, MARA, PTPTN. Kouta kemasukan universiti dan lain-lain lagi. Selain itu mungkin hak pengeluaran minyak akan diberikan 100% kpd mereka.

    Biarkan, ..................

    ReplyDelete
  11. dipersilakan ke laman hamba utk mengikuti pkembangan trkini di PRK Manek Urai. terima kasih..

    ReplyDelete
  12. Kepada : Anonymous @ June 26, 2009 11:35 PM.

    Kaji balik apa yang anda perkatakan. Kalau tak faham buat rujukan. Selidik kenapa pekara ini berlaku dan tujuan pekara ini di laksanakan.

    Kepada Semua,

    Fahami apa yang tersirat sepertimana PARPU KARI faham. Taktik macam inilah antara taktik yang berjaya bagi mata orang Melayu kelabu. Macam Chin Peng menentang penjajahan Jepun. Dia tentang Jepun sebab Jepun serang China. British pun kena bohong oleh taktik ini. Matlamat mereka nak kan Tanah Melayu. Bila minta Pari Komunis di bubarkan dalam rundingan Baling mereka tak mahu. Sebab cita-cita mereka nk tubuh kerajaan Komunis. Yang penting skrip bagi orang Melayu percaya.

    Lihatlah dengan pelbagai sudut.

    ReplyDelete
  13. DAP tak akan buat sesuatu yang tidak menguntungkan strategi politiknya. Saya sependapat dengan Parpukari. Kalau boleh DAP bukan setakat tak mau majlis penganugerahan, malah tak mau Raja dan Sultan. Jarum halus DAP ini bahaya jika tidak dapat dihidu oleh orang Melayu. Bila lagi orang Melayu nak sedar?

    ReplyDelete
  14. Anonymous said...
    Bukan Mahathir(raja mamak kari cap ayam) yang gila nak hapuskan imuniti raja-raja Melayu? UMNO punya sakan sokong sana sini dulu.

    Tak payah dok pertahan sistem raja-raja kerana yang nak perlingkop sistem raja-raja adalah orang Melayu juga, bukan bangsa asing.

    June 27, 2009 12:26 PM

    saya pilih komen Anonymous ni kerana kawan ni bercakap tanpa mempunyai fakta, buta sejarah dan buta kayu tentang perlembagaan.

    Kalau Anony mengatakan UMNO menghapuskan sistem raja, mengapa perkara 38, 181 dalam perlembagaan persekutuan dikekalkan. Contohnya perkara 38 mengenai majlis raja-raja, terkandung di dalamnya bahawa Majlis Raja-Raja Melayu tidak boleh dibubarkan tanpa mendapat persetujuan Majlis itu sendiri.

    Jika dikaji dengan teliti, pindaan perlembagaan yang dibuat pada tahun 1988 ketika krisis kerajaan dengan Raja-Raja Melayu adalah bertujuan untuk melindungi institusi ini daripada dihina dan dihapuskan di masa hadapan.

    Apa perasaan Anony jika sedara mara Anony dipukul atau dianiaya oleh Raja atau Sultan, oleh kerana baginda kebal tidak boleh didakwa adakah Anony masih lagi menghormati atau tidak akan merasa marah kepada Raja-Raja Melayu.

    Oleh kerana Raja/Sultan juga manusia biasa juga mereka tidak terlepas dari membuat kesilapan, tambahan pulak mereka mempunyai kuasa. Bagi memastikan Raja/Sultan kekal dan dihormati, satu undang-undang diperlukan untuk melindungi kedaulatan mereka.

    Harap kalau tidak ada ilmu jangan semborono cakap, nanti akan menambahkan kebodohan kita yang memang dah sedia bodoh tu.

    terima kasih.
    wwww.wakilrakyatblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  15. Ketua Bahagian Merbok Dato Tajul Urus pun...mengamuk2 kat Dato Det bila xdapat pingat Dato 2 tahun lepas...bini Tajul siap telepon Bini Tok Det marah2 lagi..apa crita ni?

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.