Saturday, June 20, 2009

Jumlah pesakit mental meningkat

(Utusan Malaysia 20/6/2009)
KUALA LUMPUR 19 Jun - Jumlah pesakit mental di negara ini terus meningkat apabila sebanyak 400,227 kes dicatatkan tahun lalu berbanding 346,196 kes tahun sebelumnya.


KOMEN
Itu pesakit mental yang didaftar. Pesakit-pesakit mental yang tidak berdaftar mungkin lebih tinggi dari itu.

Pesakit-pesakit mental yang tidak berdaftar tergolong dari mereka yang terlibat dengan penderaan pembantu rumah, berpekik terlolong dalam Parlimen, bersidang di bawah pokok, mereka yang berketayap, lebai, berserban dan berwajah Tok Guru tapi menentang perpaduan serta perdamaian dan mereka yang naik nafsu shahwat kerana melihat lelaki comel.

Mereka-mereka ini lebih bahaya dari pesakit-pesakit mental yang berkeliaran di bandar-bandar mencari sisa-sisa makanan terbuang kerana mereka ini mempunyai pengikut-pengikutnya yang mentalnya lebih sakit dari mereka.

Mungkin istilah yang tepat ialah "mental block".

5 comments:

  1. Alhamdulillah. Saya takda simptom-simptom penyakit mental yang Mummy sebutkan. Lebih menakutkan bila ada penyakit mental akhir zaman yg boleh berjangkit melalui 'suara'.

    ReplyDelete
  2. Hah hah hah...bijak juga mammy rokiah berjenaka...aku ketawa sorang2 baca posting kali ini,aku harap tiada kaitan dengan semtom2 yg mammy sebutkan. Agak lucu tapi itulah realiti yg perlu ahli2 politik malaysia ambil tahu...kalau dah ada semtom2 seperti yg disebutkan rakyat pun boleh nilai tahap kewarasan akal pemimpin yg mereka pilih.

    ReplyDelete
  3. Huuuuh ramai tu pesakit mental kat mesia ni..tapi bila sumber dari utusan meloya ni aku rasa susah nak percaya sikit. kalau tgk statistik ni nak keluar rumah pun takut..orang gila ramai sangat kat mesia ni..tak tau la kat kaw rumah mummy ada ka tak dak..tempat aku payah nak jumpa..

    pasai mental block ni aku dok perati sejak BN kalah lima negeri secara mengejut ..dan hilang majoriti di parlimen..ramai yb , jkk umno yang kalah dok perasan depa masih ada kuasa..masih dok perasan depa boleh buat apa saja , masih dok perasan rakyat suka kat Bn , masih dok perasan segala jentera kerajaan dari polis , spram ,mahkamah lima minit , jkr ,hingga buroh majlis bandaran pun depa punya..masih dok perasan depa kuat sampai sanggup melutut kat Pas nak kan kerajaan perpaduan (UG)..macam2 perasan sanggup tuboh jkkp guna duit negara nak guling jkk negeri pakatan rakyat..ni pun satu penyakit gila juga yang mummy perlu ambik perhatian ..

    isssh aku teringat malam keputusan PRU 12 dulu ..ada yb asal nya hanya penjaga pintu gate ketapi..bila kalah terus tak dapat control ..akhir nya tinggal lah istana yang amat indah tunggu masa untuk di lelong... ni tak gila ka ?..

    ReplyDelete
  4. fulamak mummy, ni kira komen mummy yang terbaik setakat ni. betul mummy kata. aku tenguk nizar ni tak ubah macam badut pesta pulau pinang setahun sekali yang aku pi tenguk time aku kecik-kecik dulu.

    ReplyDelete
  5. saya rasa jumlah pesakit mental bertambah bila ramai yang lupa Tuhan,Rasul,Agama dan last2 lupa diri.Tak kiralah UMNO ka PAS ka KEADILAN siapa2 saja boleh diserang penyakit ini.Jadi kembalilah kepada Tuhan,Rasul dan Agama Islam.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.