Monday, December 7, 2009

Nazri VS Mahathir

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata:

Kerajaan tetap mempertahankan keputusan untuk merombak modul BTN sedia ada selaras dengan matlamat untuk menyatukan semua etnik di negara ini.
"Katalah(komen)... kritiklah, tapi kabinet dah buat keputusan untuk rombak
modul BTN agar lebih relevan," katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.
Baru-baru ini Mohamed Nazri berkata kurikulum BTN akan dirombak bagi
mencerminkan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. (sumber mStar Online)

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata :

Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, tiada sebarang masalah terhadap modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN sekarang.
''Saya tidak nampaklah apa sebab (nak rombak)...saya ingat (modul sedia ada) kekal". (Sumber : Utusan Malaysia)


Nazri yang pernah mengheret Pak Lah berbalah teruk dengan Che Det dengan keceluparannya menghentam Che Det nampaknya melakukan sikap kurang ajarnya kembali.
Nazri begitu mudah terperangkap di dalam perangkap pembangkang dan akan mengheret Najib sekali.

Jika Najib tidak segera menjinakkan kelakuan liar Nazri ini ia akan merebak sehingga ke pilihanraya yang ke 13. Ketika itu nasi telah menjadi bubur slogan ‘Satu Malaysia’ akan berkubur seperti mana slogan ‘Islam Hadari”.

7 comments:

  1. UMNO kena juga memelihara anjing anjing untuk dipergunakan pada ketika yang perlu.

    Seperti KJ yang ditambat rapi, Nazeri pun dah tak lama lagi, masuk reban untuk cium najis sendiri.

    ReplyDelete
  2. DS Najib patut tidak melantik Nazri ini sebab dia ni adalah peninggalan pentadbiran flip-flop Abdullah. Tengok bagaimana dia cepat sangat melatah dan menari mengikut rentak parti pembangkang yg rata2 sedang gelak ketawa melihatkan telatah dia yg beria2 mahu menukar kurikulum BTN. Ada pakai konsultan ke nanti? Ada peluang buat duit ke nanti? Kami rakyat yg bodoh pun tahu kenapa kurikulum nak di tukar.
    DS Najib sila beri perhatian. Drop this guy in your next cabinet lineup, PLEASE.

    ReplyDelete
  3. Mengah juga hamba mencari dimana
    Nazri dalam arus jatidiri bangsa
    Tiba tiba muncul bijak berkata kata
    Tampa faham ia tajuk ia berbicara
    Mudul kursus BTN yang sentiasa ceria
    Dalam laksana yang sentiasa ramah mesra

    Sentiasa menyesuai pada sasaran sendiri
    Apa yang mahu disemak cari
    Ubahnya mahu kemana lagi pergi
    Kalau bukan sasaran orang hadhir sendiri
    Maka fahamlah sebaik baiknya Nazri
    Atau siapa sahaja yang mahu ceburi
    Gelombang bicara jelas berisi
    Jangan cuma percuma mahu mencari
    Glamour dalam kepentingan sendiri

    ReplyDelete
  4. nazri ni ada peranan, mummy. kalau dalam satu kumpulan, kita ada pemikir, penggerak, pencanai dan bonzer. nazri ni bonzer la. tukang bantai malaun-malaun pas dap dan pkr. jadi nazri perlu dikekalkan.

    ReplyDelete
  5. Salam Mummy, Nazri ni memang anjing kurap yang tak sedar diri. selama ini aku tak nak campur tetapi nampak gayanya dia dah lebih la ni...

    Siap kau Nazri!

    ReplyDelete
  6. Dr Sid kata nazri patut kekal untuk menyalak kepada malaun2 PKR dan PIS?

    2X2, hua hua hua.....

    Salakan nazri sekarang ini hanya boomerang kepada UMNO! Bagilah jawatan lain yang dia boleh terus menyalak, tetapi salak sorang-sorang...macam nyanyi karaoke kat bilik air ka!

    ReplyDelete
  7. Dr sid..apa hang kata nazri ni bonzer umno ka ? pas , pkr dap tak takut la dgn nazri ni...sekali lagi PRU nazri ni akan terjun dengan tak bertanga..

    elok nazri dan anak dia buka club malam sundri ..dan anak beranak jadi bonzer , usung betina dan boleh mentedarah arak puas puas..

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.