Hari ini dunia politik dalam persidangan Parlimen Malaysia seperti pasar malam.Wakil-wakil rakyat sedang jerit menjerit, pekik memekik dan kutuk mengutuk sesama sendiri seperti penjual ubat di dalam Parlimen. Tidak kira Ahli Parlimen Melayu, Cina, India atau Sabahan semuanya sama.
Apa yang kartun ialah mereka yang terlibat di dalam adegan pekik-memekik itu dahulunya kawan sebantal, makan sepinggan dan belayar sekapal. Mereka sama-sama berganding bahu menyinsing lengan menentang Barisan Nasional dan UMNO di dalam PRU yang lepas. Hasilnya mereka berjaya memerintah di empat buah negeri dan nyaris-nyaris menguasai beberapa negeri lain juga.
Mereka berjaya memporak perandakan BN sehingga BN merasakan seolah-olah hilang haluan. Sehingga membawa akibat Pak Lah, Presiden UMNO dan Pengerusi BN dalam masa yang sama Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan secara terhormat agar tidak dilihat seperti digulingkan kerana BN kalah teruk dalam PRU.
Rupa-rupanya disangka panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Belum habis sepenggal memerintah, mereka telah bertokak sesama sendiri. Wakil-wakil rakyat mereka keluar parti satu persatu. Pembahagian kuasa menjadi rebutan, Melayu dan Islam menjadi pertaruhan.
Kisah mereka ini saling tidak tumpah seperti cerita P Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang. Dimana adegan perompak yang sedang membahagi harta rompakan “satu untuk kau, satu untuk aku, dua untuk kau dua untuk aku”. “Aik?!!?? Ini tidak adil…engkau tinggi macam bukit aku rendah macam gon” maka akhirnya perompak lari meninggalkan hasil rompakan mereka.
Hari ini ternyata rakyat dapat melihat Pakatan Rakyat sedang bekelahi sesama sendiri di dalam Parlimen. Ungkit mengungkit sesama sendiri seperti penjual ubat di Pasar Khadijah.
“They may be good friend during the bad time, but they become enemy during the good time”.
Kasihan mereka...Sedar tidak sedar mereka hanyalah pepatung wayang kulit dan dalangnya ialah Anwar Ibrahim.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Hii Mummy,
ReplyDeleteBukannya kehebatan Anwar Jbrahim tetapi hebatnya Najib dalam manipulasi keadaan.POLITIC is the art of possible kata ahli politik Jerman, Otto Von Bismarck.
dua ringgit, dua ringgit..satu gumpul dua ringgit!
ReplyDeleteSemua nak jadi 'hero' kepada rakyat. Kalau tak bercakap nanti rakyat kata tak buat kerja.
ReplyDeleteParlimen jadi makin teruk bila ada tayangan 'live' kat TV. Ada peluang untuk MP tunjuk 'power'.
Kalau semua betul-betul berkhidmat untuk rakyat, tak perlu terpekik-pekik dalam parlimen. Rakyat sudah tau depa buat kerja.