Monday, May 10, 2010

Wartawan akhbar Melayu "chiak moooi la luuuuu..."

Sasaran firma-firma pengiklanan yang lebih cenderung memilih akhbar-akhbar The Star dan akhbar Cina daripada akhbar-akhbar Melayu seperti yang didedahkan blog www.malaysiaaktif.com ternyata menarik untuk diberi perhatian yang serius bukan sahaja kepimpinan Melayu tetapi NGO-NGO Melayu, Dewan Perniagaan Melayu, UMNO dan keseluruhan nasionalis (jika masih ada?).

Dewan Perniagaan dan UMNO sebagai contoh tidak seharusnya tertumpu untuk melobi projek-projek rundingan terus dari PM sahaja tetapi harus sensitif mengawasi firma-firma pengiklanan ini terutamanya yang berpengkalan di luar negara supaya membelanjakan dengan seimbang peruntukan pengiklanan di dalam akhbar-akhbar Melayu yang selama ini banyak membantu kestabilan kuasa mereka.

Sebagai contoh yang amat ketara ialah Giants Hypermarket dan Tesco Hypermarket di mana pemegang-pemengang saham terbesar ialah EPF dan SimeDarby. Ahli lembaga pengarah yang mewakili pemegang-pemegang saham ini harusnya bersuara mendesak iklan-iklan mesti diiklankan di dalam akhbar Melayu tetapi ini tidak berlaku.

Kuasa membeli golongan Melayu pertengahan telah meningkat , seperti yang diakui sendiri oleh Ketua Editor Kumpulan akhbar The Star, Datuk Wong Chun Wai di dalam artikelnya “Where have all the Chinese gone” telah menyatakan:

Far-sighted Chinese businessmen, seeing the changing demography of Malaysia, have already reassessed their customer base. Direct selling company Hai-O, for example, began a radical shift towards the growing Malay market by recruiting Malay members and rewarding them with trips to the Holy Land.

Hypermarkets are said to prefer locating their premises in Malay majority areas because of the huge consumption of their bigger families compared with smaller Chinese families. For sure, the Malay middle class now has stronger purchasing power Many Chinese restaurants, especially in Kuala Lumpur, have changed their menus to pork-free or halal to win a larger customer base.
Hakikatnya wartawan-wartawan The Stars dan akhbar China yang selalu menulis menghentam kaum Melayu hidup mewah dengan bonus yang tinggi hasil iklan dari pasaran Melayu. Manakala wartawan akhbar Melayu seperti melukut di tepi gantang dengan gaji yang rendah , seperti sindiran pepatah Cina “ chiak moiiii la luuuuuu” @ “awak hanya mampu makan bubur nasi”.

3 comments:

  1. MR..elok sangat artikel ini dibuat.pemimpim melayu kena sedar sejak lama dulu.puak dalam umno ini dia suka buat kerja melobi.terutamanya yang jadi ketua bahagian.dia lah jadi posmen orang kaya jadi pelobi.emntang-mentang menetri orang umno.memadai makan komisen dah cukup.sebab itu mereka kena cucok hidung.kelab perniagaan melayu pula bukan nak jaga kebajikan ahli.senyap-senyap guna persatuan atau kelab itu untuk diri sendiri.memang betul la LU CAK MOOI.BOO LEOO .WA CHAK LOOI

    ReplyDelete
  2. Hello Mummy

    Pernah tengok iklan BMW atau MERC dalam paper Melayu?. Sudahlah begitu GLC pun bukan tolong paper melayu tapi paper pembangkang pun depa sapu. Lebih teruk lagi iklan jawatan kosong dan tender kerajaan pun sekarang dan berebut nak buah di paper Bahasa Inggeris (Star) dan paper cina!

    Apa yang nasib bangsaku....

    ReplyDelete
  3. Helly Mummy Rokiah,

    Nak buat macam mana kalau number of readership of utusan is so low....Coporate ni dia mesti cari newspapers yg circulation is very high.Salah utusan jugak yg menyiarkan berita rasis. Multinatinal companies x suka babe. Ada Perkasa, lagi lah dia orang meluat....boss saya kat kulim pernah sebut quote and unquote.." Only the PLONKERS perkasa members looking for fannies read utusan but not the rest of malaysians."

    Matt

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.