Mantan MB Kedah, Mahdzir Khalid atau lebih dikenali sebagai Tok Det menyindir Pakatan Rakyat khasnya PAS dengan menyatakan PAS membuat PKR seperti daun karipolay didalam gulai. Habis manis sepah dibuang.
Daun karipolay atau daun kari atau nama botaninya “Murraya Koenigii” seringkali digunakan di dalam masakkan kari atau nasi minyak.
"Tohmahan kononnya kita buat wakil rakyat PKR dan DAP macam daun karipole, cari bila nak guna, lepas guna buang, itu tuduhan jahat. Depa (BN) sudah gelabah," kata Ustaz Azizan.
Hakikat yang sebenarnya yang banyak menjadi mangsa seperti karipolay ialah rakyat-rakyat dalam negeri Kedah. Semasa pilihanraya rakyat-rakyat lah yang memilih wakil mereka, apabila menang mereka tidak turun kawasan dan lupa terus jasa-jasa rakyat. Maka rakyat telah dikaripolaykan.
Baik UMNO baik PKR sama saja. Baik ketua Bahagian baik pemimpin agung sama saja. Lihat apa jadikan kepada rakyat Kubang Pasu yang menantang Che Det seperti minyak yang penuh semasa beliau menjadi wakil rakyat Kubang Pasu. Hari ini langsung tidak jejak kaki di Kubang Pasu, rakyat Kubang Pasu telah dikatipolaykan.
Lihat apa jadi kepada rakyat Langkawi yang memilih Sanusi Junid sebagai wakil rakyat mereka hari ini langsung batang hidung pun tak Nampak. “Kot, kot nak jenguk kaa…kami yang dulu sokong dia, habukpun taraakkk” kata Pak Teh di Padang Matsirat.
Rakyat Merbok pun sama “Tun Daim dan Tok Zam sama saja, takut kami minta projek kat depa kot?” kata En Asan Ghani dari Tanjung Dawai.
Rakyat Kulim/Bandar Baru pun banyak yang dikaripolaykan oleh Tok Kadir. “Dia hidup mewah dalam istana di The Mine Country Home, kami dok memotong getah macam tu jugak laaa” rungut Tok Man Kg Tawa.
Apapun rakyat hari ini tidak mudah diperbodohkan lagi. Mereka tidak mahu dikaripolaykan lagi dalam PRU13 yang akan datang.
Khabar terbaru, rakyat Kedah sedang menunggu satu pengumuman minggu depan bahawa ada seorang wakil rakyat UMNO, pengasas Syarikat Kulim Enterprise Sdn Bhd akan berhijrah menyertai Parti Islam SeMalaysia. Beliau telah insaf dan juga mangsa karipolay.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
Dalam hal Syed Sobri ni, MR tak betoi. Syed Sobri bukan jadi karipoly. Tapi Syed Sobri karipolykan parti.
ReplyDeleteDia banyak masaalah kewangan dengan banyak bank dan JHDN. Bila ada duit dia beli harta, hutang tak mau bayar. Kes dulu, yang PAS kata nak jadi PRK di kawasan dia, parti dah tolong. Tapi, ada banyak lagi hutang dia tak bayar. Buat restoren sakan di Pumpung dan dengar cegheta dia beli kedai lagi di Jenan, buat hotel macam 5 star, Hutang tak bayar juga.
Semua hutang dia yang berjuta-juta tuuu nak suruh parti bayar?. Mana dia boleh buat macam tuuuuu.... Lepas tu nak ugut keluar parti dan nak letak jawatan ADUN. Dia dah nak karipulykan parti lah tuuuu...
Oghang macam ni, nak jemeghang pi belah sana pun, pi laaaahh... libeliti kapada parti. Jika dia pi sana, dan dia selamat serta terbayar semua hutang dia, ma'nanya ada pihak yang jadi tukang bayar hutang dia. Hutang dia banyak sangaaaat. Kes Kulim Eanterprise tu lah yang dia banyak hutang sangat.
Parti bagi dia bertanding, dia bukan nak terima kasih. Dia menang sebagai ADUN. Patutnya, bila dah jadi smbedy, usahalaaah..., dan bayar lah hutang tuuu...
Jadi, la ni MR fahamlah sikit kooott... noooo...???
Tok Det tak pernah melupakan Kubang Pasu. Hatinya terluka. Tahukah kalian Ketua UMNO Bahagian sekarang yang menghalang. Tun datang baca yasin di Masjid A'ala pun Ketua Bhgn minta polis halang. Nasib baik polis masa itu waras
ReplyDeleteTok Det tak pernah lupa Kubang Pasu. Hanya ketua Bhgn iaitu Ahli Parlimen sekarang yang menghalangnya pulang
ReplyDeleteRakan bloggers,
ReplyDeleteWalauapapun situasinya ini adalah satu kes dari beberapa kes apabila kriteria yang dipilih sebagai calun oleh Bekas Ketua Perhubungan UMNO atau BN Negeri Kedah dahulu.
Mementingkan bulu dan rakan dan membelakangi kehendak rakyat di akar umbi.Rakan-rakan yang berjasa bersekongkol berkongsi mengagih harta dan projek ditawar habuan sebagai calun dalam pilihanraya dengan harapan jika menang berkuasa untuk bersekongkol berpesta kuasa pula. (HARTA = KUASA + WANITA)
Rakyat diakar umbi dipaksa memangkah calun yang mereka tidak tahu latar belakangnya.
Rakyat dperbodohkan apabila calun yang mereka terpaksa pangkah itu yang sebenarnya adalah "liabilities" bukannya"asset".
Hari ini amanah dan kepercayaan yang diberikan rakyat dijadikan barangan jualbeli, khasnya golongan rakyat marhaen yang betul-bendul dibawah sana.
biarkan dia lompat.. tgk apa komen mahaguru nik ajiz.. akil baligh tak si pelompat tu?? dan dibolehkan tak? tapi korang pasti dah tau mesti "boleh" sokmo kalau menguntungkan pihak nik ajiz!!!...
ReplyDeletepacat
Lompat melompat katak ni dah jadi budaya politikus kita.Depa ni ada sifat katak dan tikus, jadi haiwan kacukan baru- KAKUS.
ReplyDeletenanti bila balik Tanjung, boleh saya jumpa mami di Hutton Lane? tengok foto kat profile mami tu, lawa sangat...
sri hartamas (hometown: Penang)
syed sobri buat hal pula.dia gempak kena kat dia.yang susah rakyat.susah dia kerana dia buat sendiri,ikut hang lah syed sobri hoi.rupanya ramai pemimpin indah khabar dari rupa.
ReplyDeleteSri Hartamas,
ReplyDeletebole....hang kena blanja Mami di Pen Mutiara Batu Maung, kari kepala ikan...baguihhhhh punya dok ada.
Hang biasa pekena kat sana ka?
syed sobri adalah pemimpin dan pembela rakyat miskin/ susah.sebab itulah dia susah hati,susah perut dan pelbagai susah.sampai parti pun susah
ReplyDeletemummi rokiah.aku nak tanya hang.kalau hang jadi panel pilih calon pru 13 nanti.hang nak pilih calon yang macamana bagi bakal calon dikedah ni.habak mai.jangan pilih diri sendiri dah la
ReplyDeleteMergas tua,
ReplyDeletePemilihan calun hendaklah dibuat berdasarkan kemahuan rakyat bukan nya kemahuan pemimpin UMNO yang dah usang dan lapuk dan yang menang atas taburan wang.
Kehendak pengundi dan kehendak pimpinan UMNO bahagian adalah 2 perkara yang jauh seperti langit dan bumi.
Menang di UMNO bahagian tidak bermakna menang dihati pengundi. Menang dengan mejoriti 80-100 undi sebagai ketua bahagian hasil rasuah politik tidak langsung mencerminkan kekuatan di kalangan rakyat.
Bila dah menang ketua bahagian UMNO dah mendabik dada aku dipilih rakyat!rakyat suka aku!aku ada pengaruh!. Jika Presiden atas termakan gedembong dan temberang mereka ini jawabnya hancus UMNO.
Itulah ceritanya sedikit pahit tapi penawar.
awat ni MR nampak macam anti ketua bahagian je pun.MR tau ke depa ketua bahagian tu very very powerful.
ReplyDeleteSuriawati,
ReplyDeleteDue respect ada juga Ketua Bahagian yang perform well.
Seperti Pak Lah Badawi, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.
salam MR,
ReplyDeleteDari mana dapat cerita ni,
saya juga terkejut sebab saya dok kawasan tu (tapi tak mengundi disitu). Pada khamis lalu (27 Mei) bos ajak pi makan di Kola Nerang, Kedai tepi sungai. Sampai di kedai tu nampak ramai juga, ada orang UMNO, ada orang kuat pas. Masa nak masuk kedai Doto' Syed Sobri Sampai.
Kami tak join meja mereka, walau pun kami kenal semua mereka. Kami dengar sikit-sikit perbualan mereka. masalah besar kawasan itu adalah perebutan tanah antara Tred Win (syarikat yang mengambil alih ladang tebu) yang berebut tanah dimana Pejabat Tanah Banyak berpihak kepada Syarikat Tred Win yang menyebabkannya dan penduduk tidak puas hati.
Selepas itu terdengar, perbualan Dato' Syed Sobri dengan entah siapa dengan suara yang kuat. Beliau mengatakan minggu depan akan membuat pengumuman samada akan mengistiharkan dirinya ADUN BEBAS atau menyertai PKR dan meletak Telefon.
Selepas itu kami pun balik.
Macam mana MR kata Dato' Syed akan menyertai PAS?
Dari mana maklumat ini?
Dato' Syed ini Pas pun Tak Lapar, sebab dia kaki Danok.
Sama-samalah kita tunggu minggu ni.
Salam bloggers,
ReplyDeleteIsu Syed Sobri bukan isu yang besar. Isu kacang miang dan saki baki desprado yang berlakon depan rakyat.
Yang besar ialah apabila rakyat dikaripolaykan.
BETUL, SAYA BERSETUJU DENGAN APA YANG DIKATAKAN OLEH MR. SEHINGGA WAKTU INI SAYA MASUK PEKAN KOLA NERANG DAN BERTANYA KHABAR TENTANG CERITA NI, DATO SYED TELAH HILANG DAN TELAH MEMATIKAN TALIAN HAND FON.
ReplyDeleteMARI KITA TEBANG POKOK KARIPOLEH.......
Dalam hal ni Dato Syed Sobri sangat cerdik,Semua Orang tau Dato Syed Sobri ni menghadapi masalah hutang keliling pinggang(yang diistihar dan diketahui dari persembunyian)lalu dia menghadapi situasi muflis mujur juga parti menyelamatkan dia...Tolong bayar(aku pun hutang banyak,aku ahli parti tapi aku bayar sendiri parti tak pandang pun aku)kelicikan dato Syed Sobri memang hebat sekarang dia menggunakan kaedah ini untuk menyelamatkan dirinya.ugut nak keluar parti ,nyatakan rasa tak puas hati....supaya parti bertanya khabar sebab apa nak keluar parti..dan parti yang berura ura nak merampas balik kedah dari PR akan mula mempertahankan kerusi EMAS ini dengan apa cara pun...Aku rasa UMNO lupakanlah hasrat nak ambil balik kedah dalam masa terdekat ni kalau tolong jugas Syed Sobri ni UMNO memang lah sebuah parti yang bodoh.duit nak tolong Syed Sobri ni berikanlah kat aku aku nak tolong Kempen bagi Badrul hisyam ka atau Dato Mukhriz ka lagi bagus....Tentu tuan tuan ingat Kem DJELAPANG dekat jitra,kem ini dulu milik En Amran dari Sykt Ria Masyur Amran ni pembelit besar,kemudian persatuan pembekal telah mengambil inisiatif membuat memorandum dan hantar pada JKM,Dato Syed Sobri yang kononnya pejuang telah melihagt peluang itu lalu membeli tanah Kem DJELAPANG ini lalu berlakulah perebutan antara Amram pemnbelit dan Dato Syed Sobri.Amran mempertahankan Prasarana Dato Syed Sobri yang menangguk diair keruh mempertahankan Hak Milik Tanah.lalu pertikaian telah dibawa ke Mahkamah tinggi.Proksi Amran Pembelit juga hebat,lalu terbongkarlah Si Syecd Sobri ni masih ada hutang yang boleh menyebabkan dia diistihar Muflis dan Parti boleh kehilangan kerusi.
ReplyDeleteHARI INI SYED SOBRI TAHU DIA BOLEH MENGGUNAKAN PARTI DENGAN HARAPAN DAPAT MELUNASKAN HUTANGNYA(Wah senang banyaklah Syed Sobri oiii kalau mcm tu)ni kami yang dok di akar umbi dok kacag kempen untuk hampa sampai peluh meleleh sampai ketelog tak dapat apa pun malah,masa kempen dulu dato dato tan sri tan sri jadi kawan tellah masa mana pun depa angkat la ni jangan kata telepon msg dari tahun lepas pun tak balas balas lagi.kami tak kata pa pun)kalau nak kira kami lagi kecewa.
Kalau UMNO cerdik biarkanlah Syed Sobri ni dengan taik taik dia.Kalau bodoh TOLONGLAH DIA.Dia buat begitu sebab dia dah nak lemas dengan hutang bukan perjuangan sangat pun.dia gembag secara real sebab nak dapatkan sesuatu sebagaimana Najib terpaksa turun naik berulang ulang ke Sabah sebab Di GREMPAG.Fikir fikirlah....
bro Syed Sobri ni...Jom pi Danok naik proton wira kawan kawan.tsk kan nak makan teh tarik jer sesekali jom pekena coca cola
ReplyDeletekelako bonar lah komen mummy nih.. tergolak bosau eden.. you made my day.
ReplyDelete