Thursday, September 9, 2010

Wajah ayu, comel dan anggun DS Rosmah Mansor


Sesungguhnya mereka yang paling gembira berpuasa dan berhari raya pada tahun ini ialah isteri PM, DS Rosmah Mansor yang berjaya menunjukkan contoh yang baik apabila tamat khatam Al Quran 30 juzuk sempena bulan Ramadan Al Mubaraq.

Dengan pakaian yang serba puteh serta kelihatan wajah ayu, comel dan anggun duduk bersimpuh pada malam 6/9/2010 tamat membaca ayat-ayat lazim di Seri Perdana serta disaksikan suami DS Najib Tun Abd Razak.

Seharusnya contoh ini diikuti oleh isteri MB Kedah Ustaz Azizan dan isteri Anwar Ibrahim. Untuk isteri Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng diharap dapat berjinak-jinak mendekati isi kandungan Al Quran seperti wakil-wakil rakyat mereka yang mula berjinak-jinak dengan surau dan mesjid.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN KEPADA DATIN SERI ROSMAH BT MANSOR.
(FOTO : BERNAMA)

17 comments:

  1. Boleh ke baca al-quran tanpa menutup aurat??

    ReplyDelete
  2. sinis oh sinis.. haha selamat hari raya!

    ReplyDelete
  3. comel dan ayu betul Datin Seri Rosmah bila bertudung spt ini ...

    Selamat Hari Raya Datin Seri Rosmah..

    ReplyDelete
  4. Kalau macam ini, baik tak payah pakai tudung. Pakai pun macam tak pakai saja, main letak atas kepala macam tu.

    Serupalah macam Nie Cheng hari tu.

    ReplyDelete
  5. tudung tu tutuplah rambut tu sikit. Yang itu kurang praktik apa yang dibaca...

    ReplyDelete
  6. Ini kurang lucu, seperti Lim Guan Eng sembelih lembu atau seorang gadis cun Tionghua memberi 'taksirah' di sebuah surau; atau Musa Hassan yang dah pencen baru tahu yang dia selama ini kena ikat hidungnya dan nasihat semua polis jangan jadi 'yes man' yang lagi lucu ialah Lim Kit Siang akan bersunat selepas Syawal nanti!

    ReplyDelete
  7. memangla comel, tahniah diucapkan pada najib kerana dapat mendidik isteri untuk kelihatan cantik, tp klu tutup semua rambut kan lg afdal esok2 dekat sane tak susahkan diri.

    ReplyDelete
  8. Adakah Mummy pasti isteri Ustaz Azizan tidak khatam Quran bulan Ramadan ni?

    Adakah Mummy pasti isteri Anwar Ibrahim tidak khatam Quran bulan Ramadan ini?

    ReplyDelete
  9. cantik dan ayu lai tun siti asmah pade mangkuk ayun nie...hahahaha

    ReplyDelete
  10. apa2 pun semua org bagus,lebih bagus dari saya..tahniah.

    ReplyDelete
  11. isteri MB Kedah pun buat juga,tp tak dihebahkan.Jika dihebahkan tak dpt berkat pulak.Apa mummy rokiah yg ngok ni.....

    ReplyDelete
  12. BILA pulA dato najib nak pakai serban dan jubah macam nik aziz.Kalau boleh dato najib simpan sekali dengan misai dan janggut sekali.Datin rosmah lepas ini pakai tudong bagi lengkap je.Lagi nampak segak>Tobat Dato Najib betambah sayang.

    ReplyDelete
  13. Kalau susah hendak tutup aurat dgn betul,LEBIH MULIA PAKAI TOPI KELEDAR SAJA................

    ReplyDelete
  14. macam menyindir jer...
    macam nak menjatuhkan jer...

    ReplyDelete
  15. setuju dgn 'the clown'..

    standart pemkiran jumudian umno...ingatkan nama 'mumy', otak taraf ibu orang, rupanya taraf budak2..

    1. yakinkah isteri pemimpin PAS tidak khatam al-quran..jika tidak, fitnah anda mungkin tidak dimaafkan oleh yg difitnah..

    2. adakah itu kehendak syariat?..org yg melakukan perkara dosa berulang kali adalah tergolong dlm golongan fasik..tahu itu fasiq?..google cari sendiri..

    ReplyDelete
  16. What's the big deal I do it all the time not only during ramadhan and my record so far khatam 17 times a year. After I finish I jusr read the doa khatam thats all no beating of drums ....

    Min

    ReplyDelete
  17. baca Al-Quran kne praktikkan setiap hari~ mentup aurat 'Wajib'
    perempuan wajib menutup semua aurat seluruh badan.
    kecuali muka ( dagu pn kne tutup )
    dan kedua tapak tangan..

    sbb tu klw solat.. dahi dgn tapak tgn tidak blh ad lapik...

    sy cme nk share je kpd sesiapa yg tidak tahu had aurat lg..
    sy da belajar dari sekolah tadika umur 5 tahun..
    sblm 5 tahun ayah sy bgtau jgk ttg aurat...

    sekurang-kurangnye..lepas balasan kat akhirat sbb dah bgtau..

    P/S : tutup aurat tu adab baca Al-Quran..
    tapi... tutup aurat dpn ajnabi (bkn muhrim) wajib..
    antum sume blh baca dlm kitab fiqh sekolah rendah agama.
    TQ-

    seelok-eloknya amalan itu dirahsiakan unt mendapat keberkatan.

    -kalau nk delete cmmnt ni pn blh..
    Allahua'lam.. Assalamualaikum.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.