Kemenangan BN dalam PRK Galas dan Batu Sapi bukan gambaran sebenar kekuatan BN menawan PRU 13. Kemelut dalaman pakatan PAS dan PKR yang tidak berkesudahan sebenarnya banyak mengundang malapetaka kepada PAS dan PKR dalam pilihanraya kecil Batu Sapi dan Galas yang sebenarnya.
Kacau bilau ini banyak memihak kepada BN dan peranan besar kewibawaan Ku Li di Galas juga memulih keyakinan pengundi atas pagar. Manakala di Batu Sapi pula slogan Sabah untuk Sabah ternyata membunuh PKR dan SAPP kerana rakyat telah muak dengan slogan basi ini modal lama yang dimainkan oleh Pairin Kitingan semasa di luar BN dahulu dan kini Pairin telah kembali dalam BN.
Dakwaan sesetengah pemimpin UMNO khasnya wanita muda UMNO bahawa kejayaan di Galas dan Batu Sapi adalah gambaran sebenar yang akan dapat dilihat dalam PRU13 nanti adalah kenyataan politik cetek tanpa berpegang kepada asas akar umbi yang kukuh.
Ini kerana hakikatnya pergolakan di peringkat mikro dalam UMNO dan BN di bahagian-bahagian sebenarnya masih lagi belum selesai malah ada bahagian yang lebih parah dan masih berpuak-puak.
Kebiasaan di dalam pilihanraya umum masing-masing akan sibuk dengan kawasan masing-masing tidak seperti pilihanraya kecil di mana ramai tumpuan tokoh-tokoh besar yang turun membantu.
Jika Galas dan Batu Sapi diambil sebagai “benchmark” PRU13 akan datang ternyata UMNO hanya mimpi di siang hari atau kata orang Kedah “depa dok mamai atau qayan sorang-sorang” di mana akibatnya mereka dibuai syok sendiri dan akan kantoi lagi.
Apa pun UMNO jangan RAYA HINDU hasil kemenangan Galas dan Batu Sapi.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
kemenangan yang sememangnya sudah dijangka oleh semua pihak...
ReplyDeleteMAMI ROKIAH. TERIMA LAH HAKIKAT GELOMBANG RAKYAT SEDANG BERPIHAK KEPADA BN.KEYAKINAN RAKYAT KEPADA BN AKAN BERTAMBAH DARI MASA KE SEMASA. KEMENANGAN BESAR DI BATU SAPI BUKAN KEMENANGAN SIMPATI, KEMENANGAN DI GALAS JUGA BUKAN KERANA KU LI. TETAPI ADALAH KESEDARAN DAN KEINSAFAN RAKYAT YG TELAH NAMPAK KEPINCANGAN PUCUK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT YG AKAN MEMPORAK PERANDAKAN NEGARA INI SEKIRANYA DI BERI PELUANG MEMERINTAH. SAYA YG MENGUNDI PAS DAN PKR DALAM TAHUN 1998,2004 DAN 2008 TIDAK AKAN MENGULANGI KESILAPAN YG TELAH SAYA LAKUKAN DEMI BANGSA DAN ANAK CUCU SAYA.SEKIRANYA PILIHAN RAYA BERLAKU SEKARANG PERCAYA LAH BN AKAN MENANG BESAR.PUTERI UMNO TIDAK BERMIMPI DI SIANG HARI HANYA MAMI YANG BELUM BERPIJAK DI BUMI NYATA.
ReplyDeleteapa nak buat MR.Bukan apa cuma bagi orang kata penyedap selera sendiri.Mungkin Naib ketua PU3 ini ingat menang di Galas dan Batu Sapi dah jadi kayu ukor untok PRU 13 nanti.DiGalas banyak faktor pimpinan bahagian gua musang macam Ku Li yang masih utoh memimpin bahagian.Kalau bahagian pun berselerak tarak macam kain koyak sana sini jangan harap lah nak menang.Sendiri suloh lah pada cermin atau tengok air dala baldi.Aku nak cadangkan orang muda yang baru jadi pemimpin sehari dua ini pergi belajar dan berguru dengan Ku Li dulu.Itulah rahsia sebenar.Bukan bila jadi pemimpin pancung sana sini dan sengketa keliling penggang.MR depa ingat mudah PRU13 nanti.Lain padang lain belalang.
ReplyDeleteKelantan akan dilanda tsunami glombang biru pada pru13 selagi ni azis tak berhenti jadi teraju pas dan terus jadi mb.kemenangan bn di sabah bukan disebabkan slogan sabah untuk sabah oleh YTL tetapi kematangan bn dalam menghayati denyut nadi kehendak rakyat..sokongan pada bn makin pulih itu sudah pasti dan pr semakin tersisih dari hati rakyat juga semakin ketara.
ReplyDeletePas kelantan akan dilanda tsunami gelombang biru pada pru13 andai nik azis tak berundur dan beri laluan kpda pemimpin muda trajui pas kelantan.slogan sabah utk sabah sebenarnya tetap dipegang pemimpin bn dari sabah sampai bila bila sebab tu sabah adalah layak diangap simpanan tetap bn.PKR dan PR semakin hanyut, mereka bebal dalam membentuk satu wawasan yg lebih baik daripada apa yg telah bn buat dan akan dibuat utk rakyat dan negara.
ReplyDeleteBN menang diGalas kerana faktor kepimpinan Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Ketua Bahagiannya.Inilah penyumbang utama kalau dibaca senario politik hari ini.Pengundi disini nampak lebih hormat pada Ku Li.Saya berada disini sejak sebelum dan sepanjang pilihanraya.Kita kena ingat saat ini faktor pimpinan juga ada pentingnya.Lagi pula calon nya seorang yang bersih dan tidak bermasaalah.Raut wajahnya yang tenang.Sana sini saya berkunjong di Galas ternyata calon ini tidak ada cerita yang tak baik.Ada juga mendapat pujian dari orang PAS sendiri yang begitu senang hati dengan calon BN.Ini lah bentuk calon yg diperlukan dalam PRU 13 nanti.Tak perlu jawatan penting sangat.Tiada banyak musoh.Di hormati parti lawan.Sederhana sahaja.Aku rasa BN juga kena buat postmortem bila menang.Jangan kalah sahaja baru nak buat postmortem.sekalung tahniah pada Ku Li dan UMNO Gua Musang dan UMNO Kelantan.
ReplyDeletesaudara Yang Peng,
ReplyDeleteSaya tidak yakin gelombang biru yg saudara katakan akan melanda Kelantan.Rakyat Kelantan adalah matang dalam berpolitik dan keputusan siapa yg akan memerintah ditentukan secara kolektif oleh tok2 ketua dan disampaikan kpd anak2 buah sehari sebelum pengundian.
Secara umumnya sentimen diperingkat akar umbi masih berpihak kepada PAS.Ini disebabkan walaupun PAS kurang memberikan pembangunan dari segi fizikal,tetapi tidak banyak penyelewengan berbanding zaman UMNO/BN memerintah.
Pendek kata rata2 rakyat Kelantan tidak mengejar kebendaan,cuma kemudahan beribadat,kebebasan meniaga dan hak Raja terpelihara,selebih dari itu dianggap bonus.
Jadi sipakah yang perlu berubah?
Surrogate
MR.Nak tanya sikit.PRU 13 nanti Naib Ketua PU3 Malaysia nak jadi calon dimana.Kerusi DUN ke Parlimen.
ReplyDeleteSepatutnya BN harus isytiharkan 'snap election' bagi menangani momentum gelombang biru sudah berpihak UMNO. Apo yang ditunggu lagi kalu sungguh bagai dikata hapuskan PR daripada landskap politik tanah air. cabaran ini harus disambut sebaik saja Najib pulih dari cacar dan gastrik. Nak tunggu kes liwat AI ambil masa lama dan Clinton pun dah beri 'warning' agar berlaku adil terhadap pembicaraan AI yang sampi kini tiada seorang pun berani atau ada telur menegur AS agar jangan campur 'tepi kain' perundangan Malaysia.Kalu tiada snap election maknanya Bn pun seronok angin aje bukan seronok hakiki.
ReplyDeleteSalam Mummy,
ReplyDeleteAlhamdulillah takdak apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku ketika PRK Batu Sapi dan Galas. Walaupun BN menang..janganlah kita terlena dan terlalu yakin. PRK dan PRU adalah 2 buah gelanggang yang berbeda. Oleh itu, BN kenalah persiapkan diri lebih dari apa yang dah kita buat setakat la..buanglah mana-mana prangai hat yang tak brapa nak elok..jangan dok keriau sana sini perlecehkan orang lain.. tunjukkan pada sumua bahawa BN betui-betui dah berubah..hat yang tu PM maksudkan dengan transformasi tu..janganlah bagi harapan tinggi kat PM masa dalam perhimpunan saja..buktikan.. buktikan..dan buktikan.
Nampaknya Naib Ketua PU3 Malaysia ini ada udang sebalik batu.Galas dan Batu Sapi memang dah diduga akan menang oleh BN.Wahai puan pu3 PRU 13 ini bukanlah mudah macam dikata.UMNO perlu selesai banyak perkara.
ReplyDelete1.masaalah dalam UMNO sendiri yang belum selesai akibat sengketa dibahagian terutama dikedah.
2.imej umno dimata umum tentang gejala rasuah politik wang masih tebal.
3.masaalah pengundi bukan melayu terutama yang jumlah pengundinya seimbang.