Perhubungan Mat Sabu dengan bekas pengganas Komunis bukan perkara baru.
Blog Komunis atau telah lama menjulang Mat Sabu kerana Mat Sabu berterima kasih kepada Chin Peng Mat Sabu berterima kasih pada Chin Peng.
Susulan dari pada itu pada 14/12/2010 Mat Sabu telah membuat rombongan bertemu Abdullah CD Mat Sabu bertemu Abdullah CD untuk menjalin persahabatan dengan bekas-bekas pengganas PKM.
Konklusinya, Mat Sabu terpaksa mengambil kesempatan pendekatan ideologi Komunis ini apabila beliau tidak lagi yakin pejuangan beliau dalam PAS dapat bertahan lama kerana parut beliau sebagai bekas ditangkap khalwat terlalu dalam.
Beliau bimbang jika beliau mati 'digelek' lori polis seperti dalam lakonan demonstrasi Bersih baru-baru ini beliau akan mati 'khojol'.
Daripada mati sebagai seorang bekas pegkhalwat adalah lebih baik Mat Sabu mati sebagai seorang ‘pejuang’ Komunis sebaris dengan Mat Indera, Chin Peng dan Rashid Maidin.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
sebenarnya ini adalah percubaan pertama Mat Sabu untuk meneyerapkan pengaruh ideologi komunis dalam PAS.Sekarang dia sudah Timbalan Preseden PAS.Inilah masanya penyerapan secara halus sedang dilakukan oleh Mat Sabu.
ReplyDeletePemimpin PAS macam Mat Sabu ini boleh dijual beli oleh mana-mana pihak.Pendidikannya bukanlah setara mana sangat.Sebab itu DAP bermatian-matian sokong agar dia menduduki tahta jawatan nbo 2 dalam PAS.
Itu baru Mat Sabu.bagaimana pengikut MAT Sabu dibawah.tentu sependapat dengan Mat Sabu.
PAS drp Parti Islam,membenagun bersama ulamak,membangun bersama Islam,negera berkebajikan dan akhir sekali ideologi komunis.Itulah halusnya PAS.
Apa salahnya Mat Sabu mahu mengiktiraf sumbangn komunis terhadap perjuangan kemerdekaan? Komunis salah satu gerakan yang aktif berjuang untuk kemerdekaan Malaya selain dari gerakan PUTERA-AMCJA, Kesatuan Sekerja, NGO, Gerakan Asas 50 dan banyak lagi dan tercorot mungkin UMNO. Ramai orang Melayu bersama komunis tetapi mereka masih orang ISLAM seperti Rashid Maidin, Abdullah Sidi atau Syamsiah Fakeh dan ramai lagi. Memandangkan orang komunis adalah gerakan pertama selepas Perang Dunia untuk mengusir penjajah dan bukannya orang UMNO.Kini terbongkar sudah bahawa pemimpin UMNO terulung Tungku dan Dato Onn Jaafar adalah pegawai British dan mereka tak pernah kena halau oleh British. Mereka tak pernah menentang kepenting British yang telah mengaut keuntungan besar selama 200 tahun menjajah Malaya. Orang UMNO cuma bernasib baik pada peringkat hujung dicekup oleh kolonial British untuk membereskan kerja-kerja prosedur nak Merdeka.
ReplyDeleteSejak hari pertama lagi orang kapitalis UMNO benci kepada orang Cina yang memimpin komunis dan sesiapa ada kaitan denganya akan disamakan seperti pengkhianat sehingga sanggup menjadi buta sejarah. Orang UMNO berjaya meracun semua Profesor Kang Kung IPTA(termasuk sejarawan, sasterawan), Polis dan sebahagian orang Melayu yang UMNOlah pejuang kemerdekaan - KENTUT! pada hal sejarah tulen tidak kata begitu. Komunis itu satu ideologi walaupun tak percaya Tuhan tapi satu panduan bagaimana nak mengurus negara. Pemimpin Islam percaya Tuhan tapi ramai yang mengamal syirik juga, adalah satu pegangan dan keyakinan bagaimana nak mentadbir manusia. Ingat ada banyak ideologi yang boleh mengurus pelbagai umat di dunia. Lihat banyak negara 'Islam' tapi hampir semuanya rasuah, tiada demokrasi, miskin, hari-hari bergaduh sebaliknya negara kapiak walaupun tak sempurna banyak yang maju, bersih, teratur,moden prihatin pada dunia yang kurang baik.
Mat Sabu orang Islam yakin pada sejarah yang orang tak percaya Tuhan juga telah menyumbang terhadap kemerdekaan Malaya ketika itu. Apa ini pun tak boleh ke?
Pengalaman kecil saya beberapa orang 'kapiak' telah menyelamatkan saya dari maut beberapa kali ( satu tenggelam di sebatang sungai diselamatkan seorang penarik beca Kristian, satu lagi tersimbah petrol keseluruh badan dan diselamatkan seorang Cina, kedua-duannya tidak mahu diberi habuan sesen pun dan saya mendapat ilmu dunia yang baik si sebuah negara kapiak),dan bukannya dari orang Islam, tapi saya masih orang Islam dan tidak akan lupa jasa orang kapiak yang menyelamatkan saya.
Sekali lagi Mat Sabu berdosa besar ke menyebut komunis dan mengiktiraf sumbangnnya? Pemikiran pemimpin bagaikan terkepung macam Balai Pasung Bukit Kepung.
Hehehehe..ada ada ja Mummy nie..hihihi..
ReplyDeleteApa nak heran mummy..! mat sabu cuma ada hubungan dgn blog komunis spt kata mummy.. Tapi kerajaan kita buat MOU lagi dgn negara komunis..!
mummy baca kat sini.. http://bicaraonline.com/?p=391
Kalau kurang percaya juga Mummy tanya uncle Google.. kalau tak percaya juga kena tanya putrajaya la hehe..
Meme le UMNO buleh merdeka dari oghe puteh tapi hok sebenarnya oghe puteh tak cekak keno gomo dek kominih lebih-lebih lagi ghama oghe Melayu tok sir ke dio. Takdok jale lain keno bagi merdeka jugok. UMNO cumo ambik namo jah..sabit tu tak ngedan-ngedan bui merdeka pada 31 Ogos. Buat perlembagaan pun caro tergeso-geso..kalu tak silap ambo dale 2 bule gitu. Oghe puteh takut oghe Melayu beronar tak leg nak ok doh. Tapi biasolah nate UMNO ni susuk semuanyo..abih tukar sejarah takut dio tohok dek oghe..tapi rakyat celik mati jugok..nak mujur le ni oghe tak main japan bungkuh jah.
ReplyDeleteLepas jadi barua Jepun jadi barua British. Insiden Bukit Kepong tu tahun 1950, le.
ReplyDeleteMasa tu bendera yang berkibar Union Jack dan bukan Jalur Gemilang. Gambar yang digantung kat balai islah King George dan setiap pagi nyanyi God Save the Queen. Duit kat kocek pun gambar King George.
Apalah spin spin ni? Sejarah pun nak politik macam si Profesor Emeritus kankung tu ke?
PAS kini sedang bermetamorfosis atau berubah pada kadar yg sangat pantas melebihi kelajuan suara dan kelajuan cahaya...
ReplyDeletePAS sedang mengalami metamorfosis 3K - dar parti yg berlandaskan KeIslaman, bertukar kepada Kebajikan dan kini kepada Kekomunisan. Dari Islam ke Kebajikan dan ke Komunis. Itulah PAS kini..
Selayaknya PAS dipanggil Parti Kebajikan dan Komunis SeMalaysia. Sebenarnya konsep negara kebajikan yg mau dibawa PAS adalah konsep Sosialisme. Komunisme (fahaman komunisme) juga sebahagian dari Sosialisme..
Tidak menghairankan akan metamorfosi yg sdg dilalui PAS. PAS kini dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah satu himpunan bagi semua manusia2 MISFIT..yakni manusia2 yg roask akhlak dan peribadi...
Misfit2 dlm PR ini datang dari berbagai bangsa dan agama - ada Melayu, ada Cina, ada India, ada Kadazan, ada Iban, ada perempuan, ada laki2, ada pondan, ada Muslim, ada Kristian, ada Hindu, ada Buddhist, ada Atheis, dan ada macam2 jenis misfit..
Apa pun agama, bangsa dan jantina mereka,misfit2 dlm PR ini memegang berbagai2 ideologi sesat dan kufur, termasuk SEKULARISME (ideologi yg mau pisahkan agama dari pemerintahan negara), PLURALISME (ideologi yg percaya bhw semua agama dalam dunia adalah sama, tak kira Islam atau agama apa pun, semuanya percaya pd Tuhan, cuma cara sembahyang saja berbeza), FEMINISME (ideologi yg percaya lelaki dan wanita punyai hak yg sama dalam segala urusan hidup), SOSIALISME (ideologi yg percaya bhw semua sumber produksi ekonomi negara mestilah dikuasai pemerintah atau syarikat kerjasama pemerintah dan firma swasta hendaklah diharamkan samasekali, so mcm komunis), KOMUNISME (ideologi ni mcm sosialisme tp lagi teruk sbb dia tak percaya Tuhan dan anti semua agama), dan macam2 lagi..
Oleh kerana PAS berkawan dgn misfit2 ini dlm PR, maka PAS kini pun mengandungi misfit2 ini. Dlm PAS, geng misfit ini dipanggil Puak Erdogan. Mat Sabu salah seorang darinya. Puak2 Erdogan PAS ini ada semua belaka misfit - ada sekularis, ada pluralis, ada sosialis, ada feminis dan ada komunis..
Rosak, rosak! PAS semakin rosak!
MatSabu bukan dibebaskan drp tuduhan khalwat ke, mummy? Kalau betul dia dibebaskan, kenapa ungkitkan lagi?
ReplyDeletesri hartamas
Beliau adalah Pelawak Pentas. Dalam ceramah beliau bahkan trend yang diikut kebanyakkan penceramah PAS iatu buat lawak, lucah sikit, orang ketawa, maki caci sana sini - famouslah lepas tu.
ReplyDeleteItu lah tahap pemikiran orang kebanyakkan dalam PAS. kalau tanya mereka, apasal pakai ketayab, serban. Sure mereka jawab ikut sunnah nabi. kalau tanya apasal dalam barisan pemimpin tertinggi mereka, hanya sorang saja yang pakai ketayab, mereka akan jawab 'ini komplot umno lah tu' walaupun jawapan tak relevan langsung dengan soalan.
Tunku dan Dato Onn Jaafar menggerakkan serangan gerila - saraf dari dalam. Itu taktik perjuangan yang tidak mengorbankan banyak jiwa berbanding dengan perang berkonfrantasi.
ReplyDeleteAnon 10.17 ada fikir ka?
Mana lebih bahalul; bersekongkol dengan kafir harbi untuk menjatuhkan islam berbanding dangan bekerjasama dengan kafir zimmi untuk memakmurkan negara?
kalau tak faham perjuangan, jangan tempah senjata.
Sesuatu perkara ada pro dan kontra tetapi mesti bersandar kepada fakta yang sahih, kalau tidak ianya umpama menipu diri sendiri.Dosanya bawa sampai kemati.Masa berlakunya peristiwa Bukit Kepong kerajaan mana yg memerintah, BN ke British? Sesiapa yg berlawan dengan
ReplyDeleteBritish atau dengan mereka yang makan gaji dengannya(British) pada masa itu boleh dianggap pejuang kemerdekaan.Selepas Merdeka mereka yg terkorban kerana menjaga maruah negara adalah wira.