Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal berkata dalam ucapan pada majlis makan malam Gala Halfest 2011 dan Anugerah Usahawan Majlis Amanah Rakyat bahawa Produk desa perlu dipromosikan sebagai berdaya maju dan menarik kepada cita rasa pelanggan dalam usaha meningkatkan nilai rantaiannya dalam pasaran.
Ungkapan sebegini dah naik termuntah rakyat mendengarnya kerana telah berkali-kali nyayian yang sama diulang-ulang setiap kali berhadapan dengan pengusaha-pengusaha desa dan bumiputera.
Hari ini rakyat ingin melihat ‘result’ apa yang kerajaan telah lakukan dan tindakan pro aktif Kerajaan di dalam menjayakan pengusaha desa.
Ramai Pak Menteri cakap tak serupa bikin di hadapan pengusaha kampong apabila tiba perlaksanaannya di bawah lain pula jadinya. Pegawai-pegawai perlaksana di bawah langsung tidak bergerak. Ramai yang bermain wayang di hadapan Pak Menteri.
Isu sama juga berlaku kepada usahawan-usahawan siswazah dan belia yang baru untuk berniaga. Salah seorang pengusaha muda yang MR jumpa katanya “Menteri cakap lain tapi pegawai di bawah lain yang mereka buat, hampeeeh lah MR. Baik kami jadi Namewee yang kurang ajar tu….”.
Kata anak muda tersebut yang sudah tidak yakin dengan dasar Kerajaan kepada mereka.
The compassionate face of Islam
-
MUSLIMS should welcome the announcement by Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, the
Minister in the Prime Minister’s Department in charge of religious affairs,
tha...
5 years ago
saya kerajaan tidak perlu ada pegawai dan kakitangan pelaksana dasar lah kalau macam ini. Apa kata segalanya dibuat oleh PAK MENTERI iaitu pembuat dasar akan melaksanakan dasar tersebut atau pun dasar tersebut hanya dilaksanakan oleh ahli parti PAK MENTERI tersebut..tujuan sebenar kerajaan mengambil kakitangan awam banyak pertama adalah untuk memberi peluang rakyat malaysia mendapat punca rezeki untuk melaksanakan dasar kerajaan.jika sebaliknya berlaku.parti kerajaan memerintah perlu melaksanakan dasar itu sendiri,sebabnya kakitangan awam semuanya bukan ahli parti pemerintah,yg berhaluan kiri pasti ingin menggagalkan segala dasar yg Pak menteri umum kan..ini lah jadinya....
ReplyDeletemmg btul mummy..idea dr kerajaan tu btul nak bantu rakyat..tp pegawai2 khas, n konco2 buat benda lain..sibuk kumpul kekayaan utk diri sendiri..
ReplyDeleteBETOI..betoi.betoi ! Bila takde keje mintak keje!..dah dapat keje..malas keje !!....gaji mau lebey..keje maleh ! ...hampehhh !
ReplyDeleteMR.Di Kedah :
ReplyDeleteKEDA pun satu.Ramai bersungut minta bantuan alat dan mesin tak dapat.Menteri cakap punyalah hebat.Bila pergi kat Napoh Jitra pegawai kata tak ada peruntukan.
PM lulus bilion sana sini.Rakyat miskin minta bantuan mesin kata tak ada peruntukan.
Itulah cerita KEDA.
Kesian pada orang miskin.Kalau gula kopi kain pelikat dan RM 59 barangkali cepat kot.
Pirahhh. Pegawai kerajaan fed up bukan kerana mereka ahli parti pembangkang. Yg jadi ahli parti pemerintah pun fed up juga. Tengok menteri salahgunakan wang pembayar cukai untuk kepentingan peribadi, famili dan kroni cukup memualkan mereka. Arahan dan cakap berkobar kobar serta janji manis diberi di depan rakyat bermacam macam, seolah negara kita ni amat kaya. Bila pegawai cakap kpd mneteri bahawa peruntukan tidak ada, Menteri tak mau dengar. Menteri mau popular saja. Cakap pak menteri ni, terutamanya Shafie anak Apdal memang jenis menang sorak dan lip service saja. Pak mertua pun ahli trio Datuk T.
ReplyDeletesri hartamas