Saturday, May 12, 2012

Perhimpunan UMNO di Bukit Jalil bukan penentu kemenangan dalam pilihanraya

Sambutan ulangtahun UMNO yang ke 66 di Stadium Bukit Jalil semalam ternyata berjaya membangkitkan suasana kekuatan UMNO terkini. Wajah-wajah anak muda, remaja dan belia yang cintakan keamanan dan kedamaian terpancar dengan serlah.

Ini berbeza dengan‘backdrop’ UMNO yang selama ini hanya mempamirkan perhimpunan agung UMNO dalam Dewan PWTC sahaja. Di mana rata-rata dihadiri perwakilan terpilih dari bahagian-bahagian yang wajahnya hanya tua-tua dan veteran politikus yang sama setiap tahun. Gambaran dan persepsi mereka yang diluar UMNO adalah UMNO parti tua yang balik-baliknya dikuasai wajah-wajah yang sama dan tidak berubah. Ternyata perhimpunan semalam menyaksikan sebaliknya.

Lebih kurang 10 minit mukadimah ucapan Presiden UMNO DS Najib menghentam Perhimpunan Bersih 3.0 yang berhimpun untuk mengulingkan Kerajaan atau dalam maksud yang lebih tepat untuk menggulingkan UMNO dan Barisan Nasional parti yang memerintah.

Apapun perhimpunan semalam bukan kayu pengukur atau gelombang yang akan menentukan kemenangan pilihanraya kepada BN kerana DS Najib selaku Pengerusi Barisan Nasional harus mengadakan satu lagi perhimpunan dengan mengumpulkan seluruh ‘wajah-wajah’ parti komponen Barisan Nasional. Jika ini dapat dilakukan dengan kehadiran jutaan parti komponen barulah DS Najib boleh mengistiharkan tarikh pilihanraya.

Hakikatnya tidak kurang sedikit rakyat yang cintakan keamanan dan keharmonian kaum dalam negara ini menarik nafas lega bahawa negara ini masih berada di bawah kempimpinan yang waras, bijak dan tidak beremosi.

5 comments:

  1. Apa yang pasti ia membuktikan MELAYU masih Wujud di bumi Malaysia nie....menanti laungan untuk bangkit menjahanamkan peualang dan penjahanam Negara...Fikir2kanlah

    ReplyDelete
  2. MR/
    Tahniah pada seluruh jentera UMNO diatas sambutan 66 tahun.

    Meriah jugalah dgn merah darahnya.

    Itu baru ahli UMNO dan kumpulan cari makan dgn UMNO.

    UMNO perlu lebih laju lagi untuk meraih undi dari golongan tak berparti.

    Setakat hari ini UMNO hanya bergelumang dengan ahli sendiri sahaja.Belum lagi keluar kepompong sendiri.

    Dicawangan dan bahagian serta negeri pun masih ditahap syok sendiri.

    Orang Kedah kata pi mai pi mai tang tu juga.

    Jentera UMNO dimana.Atau pun disembunyikan.

    Muka calon kalau penuh segala isu,skandal,rasuah,tak amanah atau sekadar SPM tunggulah.

    Bukan faktor usia tetapi calon berjiwa rajyat yg mesra dan hidup sederhana sebagai pejuang rakyat berbilang kaum.

    Sudahkah UMNO menilai ini semua.

    ReplyDelete
  3. Apa helnya Najib melolong-lolong menghuraikan 7 perkara prinsip untuk menilai rakyat? Tak payahlah ungkit siapa jaga raja, agama Islam, kaum lain dan yang lainnya? Soalanya jurang kesenjangan ekonomi dan pendapatan antara rakyat biasa dan elit UMNO/BN masih tajam, golongan majoriti orang Melayu(isi keluarga atau isi rumah) tergolong dalam kategori miskin yakni memperolehi RM3,000 sebulan pada saat ini dalam konteks inflasi. Apalah RM5000 (BRIM), RM100 setiap pelajar, RM15000 pada peneroka, atau
    kepada polis/staf keselamatan semasa perang itu dan ini dan berbagai-bagai pemberian one-off itu sebenarnya dah habis dek belanja. Hadirin yang dikepung mindanya di stadium bolehlah diklentong. Jangan duk melalak bagaikan tiada rasa security terhadap Bersih 3.0 atau pembangkang, isytiharkan membubarkan Parlimen.

    ReplyDelete
  4. bebudak kg aku pergi 1 bas tuu..
    last week pg kelantan..dibayarin..
    terkini..d bkt.jalil..jg dibayarin..
    sian bebudak tu..ko nk blajar..byr blik (plus bunga2)..tp kalu ko nk terpekik tlolong ampu aku..ada plak duitnye tu..muskil

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.