Wednesday, January 30, 2013

KEMELUT UMNO KEDAH- NAJIB USAH BUTA DAN TULI

Datuk Ahmad Bashah               Fail - MI
PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.
Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri. 
Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat. 
Mereka dibuai mabuk untuk berkuasa kerana ‘over confident’ bahawa PAS akan kalah dalam PRU13 nanti. Apa yang sedang berlaku cuba ditutup dari pegetahuan Presiden Parti DS Najib. Mereka akan berasak-asak mencium tangan DS Najib setiap kali lawatan DS Najib ke Kedah konon untuk tunjuk ‘everything is OK boss’. Tetapi semuanya ibarat bangkai gajah yang sudah tidak boleh ditudung lagi. Tudung kepala nampak kaki,tudung kaki nampak gigi. 
Menurut maklumat sahih masih terdapat bahagian UMNO di Kedah di mana perbalahan di antara Ketua Bahagian dengan Timbalan Ketua, Naib Ketua, Ketua Penerangan, Ketua Wanita, Ketua Puteri begitu parah sekali ‘bagai tongkang nak pecah’. Masing-masing mengheret penyokong masing-masing ke majlis anjuran masing-masing. Masing-masing mendabik dada masing-masing konon namanya akan diumum menjadi calun dan tidak dapat tidak semua mesti sokong beliau dari sekarang. 
Malah ada yang mendabik dada konon dialah yang bakal menjadi calun kerana kawan rapatnya adalah menteri kabinet yang disayangi presiden parti dan setiap majlis beliau dihurung seperti semut menghurung gula. Malah yang mengharubirukan lagi kedengaran kata-kata di belakang bahawa akan ada segelintir penyokong si anu bin si anu akan melancarkan boikot secara halus jika ketua mereka yang mereka tatang bagai ‘tokong hindu’ itu tidak disenarai sebagai calun PRU13 yang akan datang. Mereka lupa bila tongkang pecah kata Yus Jambu Maharajalawak Mega ‘apa pun tak dapat’. Ibarat peribahasa Melayu ‘Jong Pecah Yu Kenyang’.
Sinario hari ini, hakikatnya banyak aktiviti dan program yang dianjur oleh Bahagian-Bahagian UMNO di Kedah tidak mendapat sambutan langsung dan keseluruhan yang hadir hanyalah muka yang sama, kumpulan yang sama dan kelompok yang sama, bertepuk sorak syok sesama mereka sahaja. 
Menurut maklumat lagi untuk mengumpul 300 orang pun susah di dalam program ceramah yang dianjur UMNO. Malah di kalangan mereka sendiri pun ada yang tidak hadir kerana boikot dan tidak sebulu dengan jawatankuasa yang menganjurkan. Hanya apabila ada aktiviti yang melibatkan Presiden parti dan Timbalan Presiden parti maka berduyun-duyunlah rakyat hadir untuk mendengar apa pula pengumuman bantuan baru yang bakal digula-gulakan. 
Berbeza dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan NGO yang lebih mendapat sambutan dan ikhlas berjuang untuk agama Islam dan bangsa tanpa mengharapkan habuan. Tetapi yang menyedihkan aktiviti-aktiviti NGO ini seringkali dijauhi oleh kumpulan-kumpulan UMNO ini malah aktiviti mantan PM Tun Mahathir di Kedah pun mereka tidak hadir kerana Tun sudah tidak berkuasa lagi untuk mengumumkan gula-gula. Sebaiknya UMNO yang mendapat agihan peruntukkan yang banyak bagi menjalankan aktiviti harus menyokong usaha NGO-NGO ini. Mereka harus sedar segala aktiviti-aktiviti NGO yang mendedahkan kepincangan pembangkang ‘milage’ politik itu akhirnya adalah kepada parti UMNO dan memenangan untuk parti mereka juga.
Ramai yang meluahkan komen kata meraka kalau mengharapkan UMNO bergerak 'habuk pun tak ada', mereka masih tak habis-habis bertokak sesama sendiri. Sehinggakan isu kalimah Allah yang diperolok-olokkan dan dimanipulasikan oleh DAP pun mereka gagal menjadi juara untuk mempertahankannya. 
Yang sebenarnya hampir 80 peratus Bahagian UMNO di Kedah tidak membuat kerja hanya gila mengejar kuasa. Jika DS Najib hanya melihat pimpinan bahagian sebagai ‘winnable candidate’ bermakna DS Najib juga buta dan tuli.

35 comments:

  1. P15 BN disabotaj oleh UMNO Bahagian sendiri. Sehingga saat ini tiada pergerakan yang menunjukkan UMNO Bahagian Sg Petani bersedia untuk PRU. Bilik Gerakan TIADA aktiviti. Mesyuarat dengan komponen BN TIADA. Mesyuarat dengan JK PetiUndi DUN/Parlimen TIADA. Aktiviti "contact" dengan pengundi atas pagar TIADA Memang UMNO Bhg Sg Petani TIADA teloq

    ReplyDelete
  2. P15 BN disabotaj oleh UMNO Bahagian sendiri. Sehingga saat ini tiada pergerakan yang menunjukkan UMNO Bahagian Sg Petani bersedia untuk PRU. Bilik Gerakan TIADA aktiviti. Mesyuarat dengan komponen BN TIADA. Mesyuarat dengan JK PetiUndi DUN/Parlimen TIADA. Aktiviti "contact" dengan pengundi atas pagar TIADA. UMNO Bhg Sg Petani memang TIADA teloq

    ReplyDelete
  3. BETOI...SAYA SETUJU SANGAT. SEMUA KEPIMPINAN BAHAGIAN DOK REBUT NAK JADI CALON. PAKAT2 DOK PERASAN MCM AKAN DIPILIH JADI CALON. BUKAN SETAKAT TU...ADA JUGA KUTU2 KCS, TOK2 PENGHULU, KETUA2 JBTAN MCM PPD, PENGETUA2, GURU2 BESAR YG JUGA DOK KAYUH JUAI MUKA NAK JADI CALON. KERJA TAK BUAT, ASYIK DOK BEREBUT....LAST2 SEKALI KEDAH SEKALI LG AKAN REBAH.

    ReplyDelete
  4. P15 BN disabotaj oleh UMNO Bahagian sendiri. Sehingga saat ini tiada pergerakan yang menunjukkan UMNO Bahagian Sg Petani bersedia untuk PRU. Bilik Gerakan TIADA aktiviti. Mesyuarat dengan komponen BN TIADA. Mesyuarat dengan JK PetiUndi DUN/Parlimen TIADA. Aktiviti "contact" dengan pengundi atas pagar TIADA. UMNO Bhg Sg Petani memang TIADA teloq

    ReplyDelete
  5. AsSalam MR..entri yang jujur sambil membetulkan keadaan yang genting..bukan OK OK boss..syabas!

    ReplyDelete
  6. Suka saya nyatakan bahawa UMNO perlu bersatu di dalam masa yang sudah suntuk ini. Jauhkan persengketaan dan berpuak-puak.
    Tulisan puan sungguh tajam dan saya menerima ini sebagai teguran patut ditegur awal lagi.
    Kasihanlah pejuang-pejuang lama kita dahulu yang berpenat lelah menegakkan UMNO.
    Kini dirosakkan mereka ini.

    ReplyDelete
  7. Mami...mana depa nak sokong NGO depa dok musuh dengan NGO adalaaaa, depa takut ada ketua NGO dilantik jadi calon.
    Kedah bungkuihhhhh

    ReplyDelete
  8. umno dapat eluan buta.baik bagi kalah pilihanraya makan sedap, menang tak dapat apa.

    ReplyDelete
  9. Najib turun Kedah pun buang masa saja.BN/UMNO akan kalah kerana pemimpin UMNO dibahagian diKedah tidak popular.Harap jawatan dalam UMNO saja.Bertokak belum tamat.

    bahagian yg tenat dan tempah kalah ialah Kuala Kedah/Pokok Sena/Alor Setar/Merbok/Sungai Petani/ Padang Serai/Baling.

    Inilah persepsi orang ramai.Tak caya turun sendiri.Bohong atau cerita benar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hal Baling tu tak betul,
      BALING akan menang kesemua 4 kerusi (3 DUN & 1 PARLIMEN), ketua bahagian buat kerja kuat sampai ke plastin, australia, jordan dll..............
      masakan Baling akan kalah, BN BALING AKAN MENANG DGN UNDI MAJORITI YANG BANYAK......

      Delete
    2. Bubuh Mad Sudin, Azeez Rahim, Rozai, Aziz Sheikh Fadzir, Tajul Urus...sah-sah PAS/PR tak payah kerja kuat pun boleh menang.

      Delete
  10. 7 Bhg yg tenat. Mmg tenat sebab pengurusan..... terutamanya KB Bhg SP. Peratus kemenangan tinggi Tapi kalau KB jadi calon samada Parlimen atau Dun kompom kalah teruk. Sama jugak di Merbok dan PokokSena. PM kalau tak dengaq jugak akaq umbi. Kekalahan UMNO adalah kelalaian PM. Lu tanggung le akibatnye.

    ReplyDelete
  11. Masa singgah minumm kopi kat pekan Lunas dalam Padang Serai.Wow rupanya panas merebut sama-sama AJK bahagian gila nak jadi calon DUN Merbau Pulas.

    Cerita ini cukup panas.

    UMNO dah memalukan orang Melayu kerana gila pangkat.
    Sebab itu makin lemah.

    ReplyDelete
  12. Saya sangat setuju dengan MUMMY ROKIAH, kebanyakan petugas dan kakitangan UMNO terutama di Bahagian dan Negeri sedang mengaut wang politik kerana takut UMNO dan BN akan kalah PRU13.

    Belum berperang dah mengaku kalah.

    ReplyDelete
  13. Banyak NGO telah bersepakat nak tolong UMNO/BN dalam PRU ke 13 ini. Banyak aktiviti dalam pelbagai bentuk dan cara dilaksanakan bagi menuju ke arah kejayaan BN di Kedah. TAPI malangnya, kepimpinan UMNO/BN , terutama UMNO, sedikit pun tak kisah dengan niat baik NGO-NGO ini. Jangan kata nak hulur bantuan, material atau kewangan, nak hadir di acara-acara anjuran NGO2 pun tak diminati. Habis bagaimana nak dapat sokongan NGO secara berterusan dan berkekalan ????? Sifat bodoh sombong memang wujud di kalangan kepimpinan UMNO di Kedah. Ketua-Ketua Bahagian terlalu ego dan sombong ; kepentingan peribadi menjadi-jadi. Betul seperti dikata, yang diutamakan waktu ini ialah samada mereka akan dipilih sebagai calon. Kerja sebenar dilaksanakan juga , tapi tak semaksimum seperti yang patut. Tunggu dulu hingga senarai calon diumumkan. Barulah lepas itu akan kerja kuat atau cabut lari dan serah tugas pada pemimpin lain. Macam mana nak menang. Tobat lahum kata orang Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NGO NGO jgn lah susah hati, pru13 ini calon2 nya adalah kejutan besar........
      calon2 terdiri drp:- profesional,guru, peniaga, usahawan,penternak, nelayan,dan daripada pertubuhan2 NGO (samada drp jati, perkasa, gpms dll)............. tggu sja , dato seri pengerusi BN akan umumkan sja.....

      Delete
  14. Di Merbok ada calun potensi menang namanya Zubir:
    Rekodnya : i) Pernah baling pasu bunga dari tingkat 1 Masjid Negara semasa anwar di tangkap ii) Pernah bakar bendera UMNO kerana marah kpd Tun M iii)Pernah menjadi ahli PAS seumur hidup setelah kecewa tidak diangkat sebagai calon oleh PKR iv)Pernah mengepalai Angkatan Muda Keadilan negeri Kedah yg membela anwar ibrahim v) Pernah melompat parti dari UMNO ke Keadilan seterusnya ke PAS dan kembali ke UMNO. Tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bodoh betull laa si MNA botak nii...komennyer membuatkan si abang Kelab Tidak Menyokong Tajul semakin rusak kok kalu yer pun nak menyundal duit abang tajul jangan laah komen yg boleh merosakkan imej abang tajul yang tengah rusak skrg niii...tak kesian ker ko kat dia...dah ayat mcm tu sering diucapkan oleh abng tajul...nanti orang akan cakap Md Noor Abdullah si botak keparat tuu abang tajul lah pulakkk...kenape laa bodoh sangat...Zaidi Manaf dan Md. Noor Abdullah tuu kan same aje orangnye...pssst baru-baru ni abang tajul dah gunakan pak tuan syed osman pengerusi perkasa buat perjumpaan antara zaharan, mazlan mahmud mantan set pol tan sri zam di rumah pak tuan hingga jam 3.00pagi...abang tajul jumpa dia orang untuk mintak tolong supaya menyokong abng tajul dicalonkan pada pru13 nanti...seronaknyer pak tuan skrg nii krn mendapat kepercayaan abang tajul...tan sri zam dah lupa dahhh...mazlan mahmud sokonglahhh yer abang tajul tu...dan si zahran pulak sokonglahhh sama yer...nanti mana tahu boleh jadi setiausaha kerja umno negeri lagi...hari abng tajul marahhh kejap ajer...jangan ambik hati yer zaharan...hihihihihi awwww...

      Delete
    2. calon2 di merbok semua nya dah kita tahu:-
      parlimen:- y.bhg.dato' mokhzani tun dr mahathir
      dun tg.dawai:- ir romli ishak
      dun bkt.selambau:- dgr kata subra...

      Delete
  15. Di padang serai pula selagi terdapat kumpulan 6 jahanam ini selama itulah umno akan lingkup.
    Mereka ini lah jadi makhluk perosak umno dulu kini dan selamanya.

    BN akan kalah dan punah angkara kumpulan 6 jahanam ini.

    ReplyDelete
  16. Mamy Rokiah harus cari maklumat tepat. Yang tentu nya, Mami Rokiah tulis pakai akal dan maklumat amat terhad.

    PM bukan hanya datag ka Kedah sahaja untuk tujuan itu. PM datang nak bertemu orang muda Kedah. Pertemuan tu berjaya. Kesempatan itu PM jumpa pemimpin Bahgian, antara meseg PM ialah mengharapkan, jika ada masaalah betulak saja, jangan nanti PRU datang baru nak betulkan.

    Tugas saperti ini, PM lakukan juga dinegeri lain, umpamanya di Kelantan, Selangor, iaitu negeri ditangan pembangkang. Dinegeri-negeri ditangan BN ditugaskan TPM menjalankan tugas saperti ini. Sekarang telah beberapa negeri selesai.

    Masaalah saperti ada disemua negeri. Formet pucuk pimpinan, ini adalah kerja-kerja terakhir dalam menghadapi PRU.

    Kehadziran ayahenda Dr Mahathir ka Kedah sentiasa disambut oleh kepimpinan UMNO Kedah. Di Sik ramai pemimpin datang. Demikian juga di Merbok hari ini. Suasana menggembirakan ayahenda Dr Mahathir. Malah satu ketika kita mengadakan satu himpunan khas di Dewan Wawasan Jitra, hampir 5000 orang pemimpin UMNO seluruh Kedah hadzir.

    Peneangan UMNO Kedah, hingga kini yang diadakan, sambutan kapada majlis ceramah UMNO lebih ramai dari majlis ceramah Mat Sabu di Pendang baru-baru ini. Ceramah yang MR sebut tu ceramah harian, itu pun tiapa kali diadakan 300 hingga 500 orang yang hadzir. Ceramah Ustaz Fathul Bari di Baling, dihadziri lebih 3000 orang. Orang PAS pun hadzir. Cerama bertajuk "KENAPA KALIMAH ALLAH TIDAK BOLEH ADA DALAM BIBLE VERSI BAHASA MELAYU....". Sambutan di luar dugaan.

    Kenapa MR tidak bercakap pasal isu PAS merobek hutan rimba...?. Pi lah siasat....!!!. Selalu MR tulis hentam UMNO. Jika banya bahan tak betul elok MR cuti tulis fasal UMNO Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon,
      Menyentuh realiti di Kedah tidak lengkap jika tidak dinyatakan jumlah daftar pemilih di antara top five kawasan Parlimen yang terbanyak ialah : 1)Kuala Kedah-94,094 2)Baling-92,431 3)Sg Petani-91,675 4)Merbok-84,563 5)Pokok Sena-80,069.

      Dengan aktiviti ceramah bawah 3,000 orang apakah tuan sudah berpuas hati dikira menyentuh seluruh jiwa dan sanubari pengundi yang berdaftar? Apakah nisbah ini cukup dengan angka yang tuan nyatakan? Berapa ramai ahli UMNO sendiri yang tidak daftar untuk mengundi? Mereka lebih asyik bertikam dalaman dari menumpukan 'core business' mereka ia itu untuk mendaftar sebagai pengundi.
      Hari ini ramai pengundi atas pagar sedang mentertawakan ketua-ketua bahagian UMNO yang membodek naik asap Tun M di mana mereka juga lah dahulu yang meminggirkan Mahathir kerana harapan habuan bila Pak Lah berkuasa.
      Hari ini apabila mereka ingin dicalunkan mereka menggunakan Mahathir, apa akibatnya jika mereka tidak dicalunkan? Pastinya mereka akan melancar sabotaj halus. Realitinya Mahathir dipergunakan mereka agar nama mereka dicalunkan.
      Isu merobek hutan rimba? Siapa yang bangun perjuangkan? UMNO is not championing this issues it is the NGO's who came forward.UMNO hanya jadi pak pacak dan menempek di belakang NGO.
      PEACE.

      Delete
    2. Isu merobek hutan, saya tanya MR kenapa tak tulis kisah trajis PAS merobek hutan belantara?.

      NGO, itulah sebenarnya MR tak tahu apa itu NGO. Dalam NGO MR tak kenal sapa yang ada didalamnya. Bodohnya MR. Orang nak bergerak tak lah sebodoh MR. Dalam NGO (PEKIDA contohnya)sapa ketua Kedah?, MR tak siasat. Nak sedap tulis sapa pun boleh.

      Ayahenda Tun M, sapa pun tak pergunakan dia, malah anak dia langsung tak boleh pergunakan dia. Dek kerana jiwaraganya adalah UMNO dulu kini dan selamanya, maka Tun M turun menyinting lengan bantu perjuangan kita. Soal calun Ayahenda Tun M berkali-kali dah kata dia tiada kuasa nak tentukan, tak dak orang pun yang pergunakan Ayahenda Tun M untuk jadi calun. Bila dia turun kita suka denga ucapannya kita sertailah majlis beliau.

      Penerangan, begitulah caranya parti bergerak. Nak ikut resso peratusan pengundi mana boleh. Selain ceramah kita ada banyak aktiviti lain. Melalui media, melalui lawatan pemimpin sebaran risalah dll. Yang saya kata kita buat majlis hadzir lebih 3000, cuba kali dengan 200, jawabnya banyak orang yang dengar tuuuu MR. Satu Kedah kita dah buat hampir 5000 kali ceramah, termasuk yang kecil dan besar.

      Sayangnya MR ni rajin tulis mengata orang tak buat kerja dengan fakta yang tak kena. Rosak lah MR as a wartawan awang-awangan.

      Delete
    3. MR ingin ucapkan ribuan terima kasih di atas penjelasan tersebut dan MR juga berlapang dada menerima penjelasan tuan.
      Apa pun akhirnya kita ingin melihat 'resultnya'.
      Biar Kedah dipimpin kembali oleh barisan kepimpinan yang hebat, berintegriti dan di dalam peliharaan Allah SWT.
      Gembelinglah segala tenaga-tenaga pakar anak-anak Kedah di dalam dan luar.
      PEACE.

      Delete
    4. MR, mari kita hantam PAS gila kuasa tapi bodoh guna kuasa. Sekali DAP cakap kecut teloq Ustaz Azizan. Apa pun DAP nak semua jadi macam kerbau kena cucuk hidung.

      MR, pasa apa kita kata Azizan Razak bodoh. Contoh satuuuu jeerr. Dalam belanjawan dinyatakan dalam Dewan Undangan Negeri bahawa Kerajaan Kedah akan dapat keuntungan jualan air kapada Pulau Pinang sebanyak rm40juta lebih. Esoknya Lim Guan Eng jawaba Kerajaan Pulau Pinang tak akan bayar. Muka Azizan Razak jadi pooot. Arah Fahrulrazi musuh dia pi runding dengan Guan Eng, sampai la tak dak apa-apa rundingan.

      Satu lagi bodohnya pentadbiran PAS niiii... Phahrulrazi buat kenyataan nak jual air Tasik Pedu kapada MADA kerana air tu datang dari hutan Pedu yang Kerajaan Negeri punya, bila yang Kerajaan Negeri dok jaga huta di Pedu tu? Depa tebang tebas hingga botak hutan tu, adaaaa la. Pahahrulrazi niiii bengong dan tak tahu ka Tasik Pedu tu MADA punya. Buat Tasik d Pedu dan arigesyen MADA tuuuu... kita pinjam dari Bank Dunia. Bodoh sangat depa ni MR ooooiii... Jika depa perintah lagi, punah Kedah ni.

      Kes KUIN depa tipu dan bawa DYMM Tuanku Sultan, nanti kemudia saya cerita dalam pos MR pasal KUIN tu.

      Delete
  17. KENYATAAN TUN M AGAR PILIH PARTI BUKAN CALON.
    RAMAI TAK SETUJU.MEREKA NAK TENGOK CALON DULU.
    ORANG UMNO BOLEHLAH.ORANG TAK BERPARTI JGN IKUT CADANAGN TUN M ITU.TAK SESUAI LANSUNG MASA KINI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang ni betuil2 haprak, org islam wajib undi BN demi untuk jaga ISLAM, Bangsa......
      PAS dibawah DAP, DAP minta kalimah ALLAH maka PAS bagi, PKR pula ajar ajaran liberalisme dan LGBT, so dua2 PAS dan PKR haprakkkkk di bawah DAP sebagai ketua, jdi BN lah jawapan nya...

      Delete
  18. Sebenarnya UMNO Kedah ada problem.Bangkai gajah mana boleh tutup.Semua orang tahu.Kem diperingkat negeri dan kem diperingkat bahagian.Zaman dulu boleh tipu orang ramai.
    Kalau tidak masakan PM/TPM tidur tak lena di Putrajaya.
    UMNO Kedah masih lesu.UMNO Kedah lesu.Masih belum mampu tembusi kubu pembangkang dan atas pagar.
    Cerita kelamkabut UMNO Kedah semua orang tahu.
    UMNO Kedah sudah kering kontang dengan tokoh.Mengharapkan PM/TPM sahaja.Nasib baik ada Tun M.Itu pun jumpa dengan UMNO saja.
    masaalah dibahagian belum selesai termasuk cawangan.kepimpinan bahagian yang amat lemah.Banyak bergantung pgrogram kerajaan pusat.Yang kerja kuat bukan orang UMNO.Sebaliknya pegawai kerajaan pusat.
    UMNO/BN Kedah belum menyusuri akar umbi untuk menang.Buat kerja untuk kuat diri sendiri serta persiapan nak bertanding jawatan UMNO musim depan.
    Kalau tak percaya turunlah sendiri kebawah.Tulisan MR ini memang ada kebenaran.UMNO Kedah bukan makan nasihat dan tunjuk ajar.
    UMNO Kedah tak ada think thank yang hebat.
    Sepatutnya saat ini UMNO Kedah sudah kemas dan mantap.
    Jumpa PM pun katanya masih menagih projek dan peruntukan.
    UMNO Kedah perlu dibuat perubahan segera.Semua mata duitan.
    Sebenarnya BN/UMNO Kedah masih sesak nafas terutama diselatan dan Kedah tengah.
    Faktor calun amat penting.Kalau main tangkap muat saja lingkuplah BN kali ini.
    UMNO/BN kena kuat.Bukan bergantung pada isu PAS/PKR /DAP saja.
    Kalau pasukan bola maknanya UMNO Kedah tak ada striker dan penjaga gol yg baik.Yang ada pun ialah bekas penjaring gol sendiri PRU yang lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. helo helo helloooooo, yang u dok panic dgn umno kedah tu pasai apa, PM & TPM dah tau macamana nak letakan calon2 pru13, terdiri dari kalangan NGO's, dari kalangan profesional, guru, artis, nelayan , dll, dari kalangan luar ajk umno bahagian pun ada, PM & TPM dah tau semua, tunggu sja pengumuman nya,

      Delete
  19. aku mmg tak nampak langsung calon UMNO berwibawa untuk parlimen Sungai Petani....dok lama pengati.....UMNO SP dok lagu tu jugak....Merbok pulak si Tajul dok pulun....tapi orang dah meluat tengok dia dok lobi nak jadi calon....kat SP tk bergerak langsung...habuk pun tarak...alamatnya Johari Bedul lg la jd MP kat situ....

    ReplyDelete
  20. Siapa cakap yang UMNO SP tiada calon yg berwibawa. Sebenarnya ramai calon2 yg layak utk dijadikan calon cuma perlu dicari calon yang rajin dan merendah diri dan calon2 disini kita lihat ada beberapa orang tokoh dari Jawatankuasa UMNO Bahagian itu sendiri. Cuma mungkin mereka2 ini tiada peluang dan tidaklah sekaya dengan sptmana pemimpin kanan UMNO Sg Petani. Bagi menyelesaikan kemelut ini, mungkn cadangan diberikan peluang kepada AJK UMNO BHg Sg Petani yang berwibawa dan berpengalaman dan yang pandai membawa diri, merendah diri dan rajin turun ke cawangan. Dengan pemilihan tersebut saya rasa ada caranya untuk menyelesaikan kemelut di SP kerana saya juga tertarik dgn seorang dua dari jawatankuasa yg saya rasa cukup berwibawa dgn budibahasa, menghormati orang lain dan disukai ramai dan yang lebih penting lagi beliau mdah didekati dan cepat mesra dgn masyarakat. Saya, pernah berbual dgn beliau mengena masalah2 di UMNO SP ini dan apa yg dapati bahawa idea penyelesaian itu dapat dilakukan kerana beliau tidak mempunyai masalah dgn orang lain tetapi beliau adalah penentang Ketua Bahagian dari segi politik bukannya dari segi hubungan sesama insan. Dan saya percaya sekiranya orang ini diletakkan sebagai calon maka selepas ini kemelut Sg Petani akan dapat diselesaikan krn beliau banyak memberi contoh kepimpinan Arwah Ibrahim Mustapha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencadang Kemelut, sebut saja lah nama orang tuuuu.... Orang boleh buat kajian. Tapi ingat, jangan dok pi lobi pulak. PM dan TPM tak pakai dah lobi-lobi niiiihhh....

      Ingaaat... yang PMdan TPM mau, calun yang boleh menang. Jika tak tonjol nama orang tuuu... macam mana orang ramai nak tahu.

      Delete
    2. kesiannya anonymous diatas ni.......nak tutup bangkai gajah.sudah terang lagi bersuluh.ini mentaliti org yg berada di bahagian2 umno kedah.tak nak mengaku yg nyata

      Delete
    3. PRU 13 dah berlalu , Umno PS dah tewas angkara kumpulan penjual bangsa dan parti. Ari tu angan-angan nak jadi YB tapi kini dah kempen nak jadi ketua bahagian pulak. Cuba cermin diri kumpulan yang nak bertanding,adakah cukup ilmu dan sahsiah utk jadi pemimpin.
      Dari kajian dan juga pemerhatian ,AJK Umno PS tidak berilmu kalau setakat SPM saja mana nak ada wawasan kpd ahli dan rakyat. Kalau berjuang pun hanya utk peribadi sj.
      Memang menjadi dasar Umno amnya memilih org. yg nak jadi ahli , mesti lebih bodoh dari ketuanya- kalau pandai dan berpelajaran tinggi akan ditolak mentah utk jadi ahli atau nak tukar cawangan kerana takut kerusi yg diduduki akan dirampas.Tapi syg bila PRU 13 datang,ketua cwg. wanita ,pemuda,puteri tak tahu nak buat kerja, hanya buat-buat sibuk tapi semua kerja dibuat oleh org lain yg pandai buat kerja.Depa hanya ambil nama saja sbgai ketua.
      Umno tak akan maju kalu akar umbi mengekalkan cara begini utk kekal sbgai pemimpin cwgan. Umno perlu letak syarat utk jadi ketua cwgan mesti ada spm sekurang-kurangnya. Dan bagi peluang pada yang ada potensi kepimpinan utk memimpin cwgan atau bahagian bukan dipilih dengan duit dan pengaruh.
      Ps akan hancur sekira masih mengekalkan muka lama yg berebut jawatan- mereka ini bertanding utk kepentingan diri bukan parti , buktinya pru13 satu kerusi pun tak menang, dun kalah tipis disebab ada unsur sabotaj dari ahli parti sendiri.
      PS perlu melakukan revolusi tranformasi dari ahlinya. Bangunlah ahli umno utk mengubah apa yang patut diubah.Berubah kearah parti yg kuat bersatu dgn pemimpin yg ada wawasan dan kreadibiliti.

      Delete
  21. Salam semua , PS dan umno tenat ,mesy. pemilihan bhgian akan bermula tapi kump. jahanam tlh bergerak mengatur ketua cwgan dah bermula.Wlaupun ketua cwgan tak boleh tulis baca tapi masih boleh menang dgn cara apa pun.Itulah janji Zuber utk menang sbg ketua bhgian PS.
    Masih relevankah diberi mandat sbgai ketua cwgan seorang yg buta huruf?
    Masih relevankah dipilih sbg. ketua cwgan org yg tiada berpendidikan?
    Sudah menjadi konsep UMNO memberi laluan dicwg kpd yg bodoh spy bhgian dapat mempergunakan mereka ini. Tolak ahli yg punya idea dan sifat kepimpinan nanti takut lawan tokey.
    Itulah yg terjadi dalam UMNO hari ini d PS terutama d dun Merbau Pulas. Pemimpin disini tdk memikirkan kemanakah arah dan tujuan perjuangan parti Umno tp memikirkan bagaimana mengekalkan jawatan dan menjadikan 'aku kaya'.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.