Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bimbang jika RTM atau TV3 memberi ruang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersiaran secara langsung di televisyen selama sejam ia akan merosakkan minda pendengar dan berupaya menggugat keharmonian.
Kata Khairy tindakan untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi itu boleh mengundang risiko kepada masyarakat.
Ramai pemerhati politik yang berkecuali atau yang di atas pagar berpendapat Hadi Awang seharusnya diberi ruang untuk menjelaskan apa sebenarnya Amanat Haji Hadi yang telah memesongkan ramai pengikutnya.
Masa selama satu jam itu sebenarnya tidak cukup untuk Haji Hadi menebus segala dosa-dosanya jika bersabit amanatnya itu yang terkumpul bertahun-tahun.
Persoalannya siapa yang mengawal RTM dan TV3 untuk lulus atau tidak penyiaran taubat Hadi ini? Jika terlalu banyak syarat dan songehnya terbuktilah badan penyiaran ini dikawal rapi dan ketat oleh parti-parti politik yang memerintah.
Di mana keterbukaan dan kebebasan bersuara dalam negara ini seperti yang di war-warkan sesetengah pihak hanyalah laungan kosong sahaja.
Rating penonton RTM yang paling tercorot jika dibandingkan dengan ASTRO khasnya Maharaja Lawak Mega tidak harus membimbangkan mana-mana parti politik yang memerintah.
Begitu juga rating TV3 yang semakin merudum lebih 58% bukan lagi saluran propaganda yang berkesan. Malah rating Ustaz Azhar Idrus di media sosial lebih mencanak jika di bandingkan dengan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di RTM.
Sesungguhnya Haji Hadi bukan calang-calang politikus. Kematangannya telah memerangkap dua badan penyiaran negara ini. Pengundi sudah boleh membaca siapa sebenarnya yang mengawal media negara ini dan ramai yang akan beralih arah merujuk media sosial, blog dan Youtube.
Sudah buat salah bertaubat sahajalah sekarang salahkan RTM, TV3 umno bn dan lain lain. Pemimpin yang angkuh tidak akan memohon maaf kepada sesiapa pun. Yang jadi masalah sekarang bukan penyokong BN atau Umno tetapi Pengikut PAS. Tak guna bagi 10jam sekalipun orang ini akan tidak akan menarik balik. Hanya Allah sahaja yang dapat memberi pertunjuk kepada mereka dan keluarga mereka.
ReplyDeleteDulu masa buat "Amanat" boleh pulak suka-suka buat di Kampung Banggol Peradong, Terengganu di depan pengikut tegar PAS. Skg banyak songgeh pulak nak disiar dalam TV pulak. Kan ker tv tu hanya "besi". Percaya pulak dia pada "besi". IngaT masa 1 jam boleh hapus dosa berpuluh2 tahun tu. Jumpa jer Nik Aziz dia yg boleh hapus dosa orng konon.
ReplyDeleteBerita tentang pembatalan program penjelasan amanat hj. Hadi di kaca TV oleh kerajaan dilihat sebagai satu kemenangan dari segi moral kepada PAS khususnya hj. Hadi dalam menyatakan kebenarannya. Dengan alasan bodoh dan dangkal yang diberikan oleh Menteri Penerangan membatalkan program tersebut memperlihatkan intigriti kerajaan berada dalam kedudukan yang amat rendah. Kerajaan pada awalnya bersedia memberi peluang kepada Hj. Hadi menjelaskan amanatnya di saluran TV kemudian menetapkan berbagai syarat termasuk memanggil mufti negeri2 bersama Hj. Hadi dalam program tersebut. Dengan berbagai helah dan putar belit yang diberikan oleh kerajaan akhirnya program tersebut dibatalkan serupa dengan isu yang sama beberapa tahun lalu dimana debat yang dirancangkan telah dibatalkan pada saat akhir. Kerajaan buat masa ini belum bersedia dan sedang membuat kajian mendalam menelaahkan berbagai jenis kitab (termasuk yang diimport dari negeri arab) untuk berhadapan dengan-Hj. Hadi. Mufti negeri2 juga tidak cukup hujah atau belum khatam ilmu untuk menyanggah apa yang disifatkan amanat Hj. Hadi itu.Begitulah rendahnya martabat para mufti jika dibandingkan dengan seorang Hj. Hadi…
ReplyDeleteAkubx risau tahap pemikiran mufti yg lebih rendah dari hj hadi.Yg aku risau ialah tahap akidah penyokong umno yg terang2 menyokong pemimpin yg menghina hukum hudud..
ReplyDeletePuak-puak ni beranggapan apabila kjaan bina masjid dh Islam. Dangkal nye pemikiran, blaja xmau, dok pk pkai otak tanpa ilmu. Camna nanti nk jawap dlm kubor tu.
ReplyDeleteDi mana silapnya amanat ni? 1) Mengekalkan/menggunapakai undang2 selain Allah terbatal iman? Dari segi tauhid kan Allah tu Esa, mana ada yg boleh sama taraf/ lebih tinggi drp undang2 yg Allah maktubkan dalam al-quran. 2) Politik suku, agama suku? kan ni fahaman sekular, mengapa menerima pakai fahaman lain drp fahaman islam? Bukan kan masa solat kita baca, hidup dan matiku untuk Allah, apa yg kita buat dipertanggungjawabkan nnt, atau dlm politik takda kira dosa sbb politik suku, agama suku..ni baru simple tauhid darjah 6, lom sifat 20 lagi..
ReplyDeleteMajlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mengenai Amanat Haji Abdul Hadi
ReplyDeleteTarikh Keputusan: 24 Jul, 2002
Keputusan:
1. Bahawa Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah -
(a) bercanggah dari segi ajaran Islam;
(b) bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam dan kemuliaan Agamanya; dan
(c) bercanggah dengan prinsip dakwah Islamiah.
2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang -
(a) menyebar, mengajar, mempelajari dan mengamalkan amanat tersebut; dan
(b) menjual, mencetak, mengedar, membeli atau memiliki amanat tersebut.
KEPUTUSAN INI ADALAH DIMASUKKAN DIBAWAH KATEGORI AKIDAH. JADI FAHAM-FAHAM LA... SAPE YANG MENGIKUT, MAKNANYA AKIDAH PENGIKUT TU TELAH MENJADI SONGSANG DAN SESAT.....!!!!
Ajaran Islam memang betul.Yang bengkok itu amanat hadi.
ReplyDeleteAjaran Islam tak pernah berubah.
Amanat hadi ikut semasa kata mat sabu dalam ceramah dia.
Inilah yg merosakan umat Islam.
Amanat hadi ikut selera politik kerana undi dan jawatan
Biar Islam jadi mainan hadi saja.
Orang lain pun ada ilmu juga cuma tak takbur politik saja.
Amanat hadi adalah retorik politik semata.
Otak pengikut PAS ni telah ditanamkan fahaman bahawa UMNO ni menolak hukum hudud secara mutlak, itulah yang ada dalam fikiran mereka, UMNO bukan begitu, siapa kita nak membantah hukum2 Allah, cuma pelaksanaannya belum lagi dibuat. Tapi UMNO sentiasa memertabatkan Islam dalam bidang lain, seperti perbankan, kewangan Islam, penerapan nilai2 Islam dan banyak lagi, rasanya cabang2 muamalat, munakahat dan jinayat semua telah ditambah baik oleh UMNO kecuali undang2 hudud sahaja. Mana tahu suatu masa nanti bila akan diamalkan diMalaysia setelah puak2 munafik lalat hijau sudah pergi mengadap ilahi...
ReplyDeletePengikut ngok PAS mana ada pakai otak. Oleh kerana taksub dengan Amanat Hadi, mayat dikebumikan di tepi rumah sebab tak mau dikebumi di perkuburan orang2 UMNO, isteri diceraikan kerana tak nak masuk PAS, solat ada 2 imam, nikah oleh kadhi UMNO tak sah dan mesti dinikahkan semula. Kalau nikah oleh kadhi UMNO tak sah, maka adakah ini bermakna anak2 dari pernikahan ini adalah anak luar nikah? Sungguh hebat PAS sampai boleh mengisytiharkan anak-anak yang tak berdosa adalah anak luar nikah. Adakah ini yang dituntut Islam? Adakah Hadi akan menanggung dosa atas perpecahan sesama umat Islam.
ReplyDeleteBaru-baru ini, seorang Ulama' dari masjidil Haram berada di Malaysia dan mahu berjumpa Hadi untuk menjelaskan Amanatnya....tapi Hadi sibuk tak boleh jumpa. Mengapa....takut dikritik ke? Ulama' itu ada berkata perbuatan memecah-belahkan orang Islam seperti yang berlaku akibat Amanat Hadi adalah dilarang. Atau mungkin Hadi ingat dia lagi terror dari Ulama' dari masjidil Haram kot? Bukalah mata wahai pengikut-pengikut PAS! Masih belum terlambat!