Komen Kadir Jasin yang agak keterlaluan di dalam posting MR:- “Selepas Vatican mungkin beliau akan meneroka kemungkinan menjalin perhubungan dengan Israel pula kalau didesak oleh Obama kerana Mohd Najib amat dahaga dinobatkan sebagai pelopor "global moderate" atau setidak-tidaknya pun tidak lagi kritikal terhadap Israel.” Sila baca sini.
Cetusan komen ini sebenarnya sukar diterima dan sangat mengancam tetapi ia tidak boleh dipandang remeh malah tidak mustahil kerena bibit-bibit tunas Israel sudah mula merayap dicelah-celah tempat sulit.
Yang sebenarnya jarum halus Israel telah pun disuntik ke dalam urat nadi rakyat ini dan sedang manjalar perlahan-lahan, terkemut-kemut, slow and steady, sedikit demi sedikit tetapi kumannya telah berada di dalam badan tanpa sedar.
Apabila DS Najib mencetuskan gagasan "1Malaysia" terdapat beberapa pihak melihat gagasan ini bermiripkan konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an.
Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Ramai pihak telah bangkit khasnya pasukan gerak saraf jabatan-jabatan tertentu untuk menjelaskan bahawa "1Malaysia" tidak sama dengan "One Israel". Walaupun kata mereka berbeda tetapi ‘branding’nya tetap sama; “1Malaysia”-“One Israel”.
Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu.
Apabila berbangkit isu disamakan "1Malaysia" dengan "One Israel", pelaksana "1Malaysia" terpaksa membuktikan bahawa "1Malaysia" tidak wujud persamaan dengan "One Israel" oleh itu polisi-polisi yang kontra terpaksa dibuktikan dan dilaksanakan.
Di antaranya semua hak-hak kepentingan Melayu dibuka kepada semua kaum, penjawat-penjawat awam, pendidikan, ekonomi dan taraf Bumiputera.
Apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama resmi telah tenggelam oleh keterbukaan amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik.
Akhirnya "1Malaysia" sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi ‘boomerang’ atau ‘backfired’ kepada kaum peribumi dan agama Islam.
Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakkan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia.
Terkini Tun Mahathir dalam blog nya menulis "Apabila keadaan sudah lebih terbuka maka orang luar pun
masuk untuk cuba mempengaruhi politik kita. Bagi AS mereka secara
terang-terangan mahukan perubahan pemerintahan dan sesiapa yang tidak mesra
dengan mereka akan ditukar. Dalam hal ini saya fikir mereka ada kecenderungan
untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka akan membantu beliau namun
mereka tidaklah menunjukkan berseteru dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun
bagi mereka pilihan yang terbaik tetap Anwar."
Hakikatnya gagasan 1Malaysia langsung 'tidak balik modal' kepada orang Melayu dan umat Islam negara ini malah ia lebih merugikan.
Hakikatnya gagasan 1Malaysia langsung 'tidak balik modal' kepada orang Melayu dan umat Islam negara ini malah ia lebih merugikan.
Dia ingat bila nak bagi sama rata orang akan undi dia tapi ada kaum mau jawatan dia dan Malaysia, manusia yang mementing diri sendiri telah merosakkan agama dan bangsanya sendiri.
ReplyDeleteJika Najib tidak harus terus di dikerusi PM, agak-agaknya siapakah yang paling afdal menjadi PM untuk dilihat meneruskan legasi Dr Mahathir? Ini pun satu persoalan kerna di luar BN tidak ada harapan langsung.
ReplyDeleteSlogan '1 Malaysia' apa kurangnya dengan slogan 'Cemerlang, Gemilang dan Terbilang' atau 'Besih Cekap dan Amah' kerana tidak membawa bangsa Melayu/Islam lebih bermartabat dan digniti. Itu semua nak melindungi atau memberi persetuan bahawa kerja operasi "Ketuanan Melayu" yang mana elit UMNO/BN akan menjarah kekayaan negara dan meninggalkan kesan bahawa majoriti orang Melayu dalam kelompok miskin bandar berterusan, negara sarat berhutang,urustadbir negara bagaikan kalut, rakyat Malaysia tak mampu berbicara dengan baik bahasa Melayu mahupun Inggeris, mutu pendidikan negara jauh merosot dari segi kualiti, tiada IPTA tergolong dalam 200 universiti terbaik dunia dan keselamatan bagi semakin merosot dan kini rakyat tak mampu membeli rumah jika tidak berhutang selama 30 tahun!. bagi mengkaleh kepada isu-isu ini maka slogan yang berdentum-dentam dimunculkan agar rakyat lena dan para gila kuasa UMNO sibuk mencari jalan singkat untuk membesarkan tempolok mereka.
ReplyDeleteAssalamualaikum MR,
ReplyDeleteNajib mahu dikenali sebagai "global moderate"?
BUKTIkan dengan memberitahu dunia, seluruh DUNIA dan isinya pendirian Najib dalam isu Morsi dan Basyar Assad.
Hingga ke hari ini, saya belum dengar kenyataan RASMI Wisma Putra mengenai konflik di Mesir dan Syria.
....atau mungkin saya terlepas pandang dan dengar!
Hakikatnya gagasan 1Malaysia langsung 'tidak balik modal' kepada orang Melayu dan umat Islam negara ini malah ia lebih merugikan.
ReplyDeleteSATU konklusi yang tepat. Di mana dan ke mana 1Malaysia hari ini?
MR.
ReplyDeleteSiapakah tokoh pemimpin Melayu Islam yang boleh diharapkan memnela Melayu Islam Malaysia.
Adakah Hj Hadi Awang.
Atau Anwat Ibrahim.
Atau pun Najib Tun Razak.
Masa depan politik mereka pun celaru.
Mereka jadikan rakyat sebagai taruhan.
Berilah kepada mereka yang BENAR-BENAR IKHLAS berjuang mahu kembali kepada al Quran dan Sunnah... nescaya kamu akan dapati diri kamu dan semua rakyat akan cemerlang...
ReplyDelete