Akibat takut pengundi Cina tidak mengundi BN maka filem "Tanda Putera" disekat dari tayangan di pawagam. Filem "Tanda Putera" menjadi mangsa kebimbangan pemimpin BN sebelum pilihanraya yang takut jika ditayangkan pengundi Cina tidak akan mengundi BN dalam pilihanraya kerana konon ada elemen rasis dalam filem tersebut.
Jaga punya jaga atau kata Mat Kedah ‘pedo punya pedo’ takut Cina tak undi BN akhirnya apabila keluar keputusan pilihanraya memang betul pun mereka tidak undi BN walaupun filem "Tanda Putera" tidak ditayangkan. Menjaga hati Cina akhirnya hati Najib terguris luka tanpa berdarah kesan hirisan tsunami Cina.
“Do the Chinese voters care?” tanya seorang sahabat dan beliau sendiri menjawab “They don’t give a damn!”.
Hari ini dalam diam sebuah filem yang mengagungkan penganas Komunis, “The New Village” terbitan Astro-Shaw pula telah berjaya menyusup keluar di celah kelangkang Finas untuk ditayangkan di pawagam.
Tanpa angin tanpa ribut tiba-tiba filem ini dalam diam mendapat kelulusan segera berbanding filem Tanda Putera yang sudah 2 tahun bergelut untuk memdapatkan kelulusan tayangan.
Hati Melayu kini disakiti lagi. Menjeruk luka di atas tanah milik orang. Kini Komunis bukan lagi berperang dalam hutan tapi sudah berperang di pawagam.
Pengerusi Finas harus bertanggung jawab dalam hal ini kedudukan sebagai Pengerusi yang dilantik atas tiket politik harus lebih berperanan.
Pengerusi Finas cuma ada gusi dan mulut tanpa sebatang gigi pun.
ReplyDeleteAsalkan dapat elaun cukup.Melayu tak penting lagi......
Melayu perlu bangkit menentang kemungkaran yang sedang dilakukan oleh Najib
ReplyDeleteKita cuma tahu bahawa ideologi komusis di Malaya dan kini di Malaysia sangat negatif, itu pun setelah propaganda penjajah British dan selepas itu kerajaan yang ditunjang oleh UMNO berjaya memomokkannya. Pertama kebanyakan ahli komunis adalah orang Cina/Tionghua walaupun pada Rejim ke-10 PKM ahlinya terdiri dari orang Melayu dari kalangan kiri yang masuk ke hutan mahu menentang penjajahan British.
ReplyDeletePKM mula berjuang melawan penjajahan Jepun dan Ketuanya Chin Peng anak jati Setiawan mendapat pingat besar dari British, tetapi apabila PKM melawan penjajah British yang mentadbir Malaya ketika itu selepas Jepun kalah dalam Perang Dunia Kedua maka British mula mencari jalan bagaimana nak gambarkan PKM sebagai pengganas tegar lalu diaturkan satu keadaan pada tahun 1948 yang mana darurat diisytiharkan dan semua gerakan yang menentang British kecualai UMNO diharamkan.PKM terpaksa menjalankan perang guerila, maknanya ada perang bersenjata dan mahu melekatkan pada fikiran kita bahawa ia adalah gerakan Cina, tak percaya agama, gerakan yang hendak menghacurkan perpaduan dan pengganas. PKM bertempur dengan anggota 'mata-mata ' kini digelar sebagai Polis diRaja yang terdiri dari orang Melayu yang taat setianya adalah pada British kerana kerajaan Melayu tidak wujud pada era penjajahan. Ramai kelompok Tionghua dilonggokan dalam penempatan 'Kampung Baru Cina'. Prejudis ini dikira berjaya ditanamkan tetapi anak muda dan generasi baru mendapat maklumat dari Pak Lebai Google bahawa PKM adalah gerakan MELAWAN penjajah dan bukan melawan raja-raja Melayu. Tetapi kerajaan selalu mahu menggambarkan yang orag komunis ni pengganas tak keruan pada hal orang komunislah yang mula-mua bangkit menyusun melawan penjajah dan kemudian diikuti oleh gerakan kiri. Tak percaya sila rujuk banyak buku sejarah yang bukan ditulis oleh Profesor Kang Kung kiata.
Halo semua diatas..Dulu masa mahathir cakap cina boleh jadi PM malaysia (pd tahun 1999)..korang semua pi mana? Tgh tdo celah kangkang ka hahaha
ReplyDeleteMAKIN BANYAK KEROSAKAN YANG DILAKUKAN OLIH AHLI2 POLITIK ....DULU ADA ORANG KATA BIAR ORANG POLITIK YG SELESAIKAN MASAALAH POLITIK TP KINI AKU RASA TIDAK SESUAI LAGI PEPATAH INI
ReplyDeleteKita akan tentukan pemimpin melayu akan dtg adalah pemimpin yg memperjuangkan hak org melayu dan agama islam.
ReplyDeleteapa yg bolih diharap dari melayu umno??????50tahun berkuasa???semua utk anak aku.bini aku,menantu aku,kroni aku...melayu lain hanya sampah dan perlu bila tiba p/raya?????
ReplyDeleteUMNO boleh diharap untuk menambahkan kedai2 pajak gadai di kmpung2 tempat orang melayu tinggal. Melayu dan pajak gadai tiada terpisahnya..itulah kemajuan paling ketara yg UMNO hasilkan kpd orang melayu.
ReplyDeleteUMNO la ni pondan ponen.
ReplyDeleteKita sokong UMNO, tapi UMNO laa ni macam tak ketahuan apa.???
Nak sokong PR - no way - tu lagi mampuih.
Kita sokong UMNO ni kena berubah.
UMNO kena tegas dan betul dan berani.
Ada ka dalam UMNO pemimpin2 macam ni lagi?
Kalu UMNO tak berubah, kita kena jaga diri masing2 la.
JIKA UMNO X BERUBAH....... Dia orang akan menangis kerana MELAYU akan cari alternatif utk memastikan MELAYU kat MALAYSIA terus HIDUP..... UMNO yg akan berkubur kerana UMNO bukan lagi WADAH MELAYU.......
Delete