Friday, February 24, 2012

"Grand Design" untuk perjatuhkan MB Kedah. Sudah ada Kuasa Ketiga

Semenjak PAS menguasai beberapa Kerajaan negeri selepas PRU12 yang lepas seperti Perak, Selangor dan Kedah kemelut dalaman PAS yang paling ketara ialah apabila berlaku pemecatan Hasan Ali di Selangor atas desakan pakatan DAP dan Anwar Ibrahim.

Kini bahang yang terbaru ialah Negeri Kedah, dipermukaan dilihat seperti tidak ada apa-apa tetapi di bawah atau ’under current’nya hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa Ustaz Azizan, MB Kedah tidak dapat tidur nyenyak kerana tekanan-tekanan halus beberapa exco beliau sendiri hasil ‘grand design’ PAS pusat.

Kewibawaan Ustaz Azizan mengemudi Kerajaan Kedah dikira cukup cermat dan berhemah sehingga begitu sukar BN dan UMNO selaku pembangkang untuk menghentam beliau di dalam persidangan Dewan Undangan Negeri. BN dan UMNO seperti dikerat lidah mereka tidak berfakta untuk membelasah Ustaz Azizan dan semua serangan dijawab secara lembut dan pedas.

Sebaliknya apabila pembangkang begitu lemah di Kedah partinya sendiri menikam beliau dari belakang apabila 4 exco memboikot untuk dilantik sebagai exco.

Persoalannya apakah dengan pergolakan dahsyat ini PAS akan hilang pengaruhnya dan ‘milage’ politik akan beralih kepada BN dan UMNO? Percaturan secara cetek pemerhati politik akan melihat segala pergolakan ini banyak menguntungkan BN dan UMNO di dalam usaha untuk menawan kembali negeri Kedah.

Realitinya ini tidak berlaku kerana pergolakan di dalam UMNO sendiri masih tidak berkesudahan. Kepimpinan di dalamUMNO Kedah sendiri tidak berubah dan masih berada di dalam takuk lama. Rakyat Kedah tidak melihat satu keazaman yang kuat oleh Najib untuk mengubah UMNO Kedah. Perlantikan rakan seperjuangannya Ahmad Bashah Abu Hanipah sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO negeri sudah cukup membawa imej UMNO Kedah sukar berubah. Rata-rata pengundi di atas pagar mengeluh “balik-balik tak ada muka lain muka-muka yang sudah basi itu juga ditayang berulang kali”.

Mendesak pengundi supaya jangan mengundi individu sebaliknya memilih parti atau Lambang, Logo atau Warna bukan lah desakan yang bijak di dalam kancah politik semasa (lihat Zam di Merbok). Pengundi tidak boleh menjadi hippokrate lagi dengan mengundi calun yang mereka tahu korup, sombong, ego dan mengamalkan ‘penindasan’ kepada rakyat yang tidak menyokong mereka. Calun yang berpura-pura baik, bersih dan maksum di sebalik lambang parti harus disingkir dan tidak diberi tempat kerana pengundi akan sengsara selama lima tahun atau satu penggal.

Saranan Najib ‘winable candidate’ perlu diperhalusi dengan jelas dan mengapa Najib tidak menyebut ‘winable party’? Ini kerana Najib sendiri sedar partinya begitu lemah. Beliau mewarisi parti yang amat lemah dari Pak Lah seperti kata-kata Che Det dalam perjumpaan tertutup Perkasa bahawa “Najib terpaksa melayan semua kehendak , to please everybody kerana Najib mewarisi Kerajaan Pak Lah yang amat lemah”.

Semalam Utusan Malaysia, tulisan Zaini Hasan (lihat CUIT, Zaini Hasan) mendedahkan satu lagi bentuk penindasan yang terancang oleh Jabatan Perkhidmatan Awam apabila skim baru SBPA (Skim Baru Perkhidmatan Awam) cuba diperkenalkan yang lebih memperkayakan golongan birokrat atasan Gred Utama/ Khas C dengan cadangan kenaikan mereka sehingga 87% manakala golongan kakitangan bawahan hanya 7%.

Tindakan ini melemahkan lagi Kerajaan Najib dan secara langsung UMNO dan BN begitu mudah diperkotak-katikan oleh Pegawai-Pegawai atasan Kerajaan. Nasib baiklah adanya KUASA KETIGA seperti Cuepecs yang tampil menyuarakan isu ini dan menyelamatkan pengundi-pengundi di kalangan kakitangan bawahan. Jika skim ini terlepas dan Najib tunduk dengan skim yang tidak bertamadun ini maka BN dan UMNO akan kecundang ke dalam jurang tadahan Anwar Ibrahim.

Konklusinya sudah ada KUASA-KUASA KETIGA yang tidak kelihatan seperti CUEPECS, BLOGGERS, PERKASA, JATI, FACEBOOK dan lain-lain cuma mereka ini tidak kelihatan secara langsung.

Tuesday, February 21, 2012

Kedudukan Melayu hari ini seperti nyawa ikan.

Apa juga forum yang dianjurkan hari ini baik Perkasa, JATI atau mana NGO berteraskan Melayua dan Islam semuanya meluahkan kerisauan tentang survival Melayu dan Islam dalam Negara ini. Semalam dalam forum Perkasa bersama Tun M pun tidak sunyi kedengaran kegusaran tersebut.

Melayu semakin risau apabila mereka tidak menjadi tuan lagi dalam negara ini, dan bibit-bibit tersebut sudah mula nampak sedikit demi sedikit selepas PRU12 2008 yang lepas.
Untuk melihat survival Melayu pada masa hadapan seharusnya kita melihat bagaimana sikap dan ‘wajah’ generasi Melayu pada hari ini.

Mereka terpisah jauh dengan sejarah, mereka terpaksa bersaing untuk mendapat tempat di university, sebagai pelajar university khasnya pelajar-pelajar jurusan Islam emosi mereka mudah diusik dengan isu-isu jangka pendek, mereka bergelumang dengan hutang PTPTN, mereka dijanjikan oleh Kerajaan pinjaman untuk belia berniaga tetapi realitinya jauh dari nyata, masa mereka lebih tertumpu dengan Facebook dan kurang bermasyarakat, politik bagi mereka adalah pemainan kotor seperti najis, mereka terhibur dengan rancangan-rancangan realiti TV, itulah generasi Melayu hari ini.

Apa pun hari ini adalah pelancaran JATI oleh Hasan Ali, satu lagi NGO non-politik yang ingin berjuang menegakan Islam, Melayu dan Raja.

Berbagai penawar cuba diubati Melayu yang sedang sakit dan koyak rabak ini kesan dari Pak Lah dan menantunya KJ, sama-sama lah kita bergerak atau yang ingin menunggu, tunggulah apa akan jadi PRU13 nanti.

Sunday, February 12, 2012

PAS Kedah bunuh parasit

PAS Kedah berdiri teguh di belakang MB Ustaz Azizan Razak dan memberi amaran kepada pemimpin pusat PKR supaya tidak mencampuri urusan dalaman Kerajaan PAS Kedah di dalam beberapa isu terkini di negeri Kedah khasnya isu AUKU 1971.

Nampaknya PAS Kedah telah berjaya menghidu parasit PKR yang mula menggerodak sedikit demi sedikit dan akan membangkai jika tidak dibunuh seperti apa yang berlaku di Selangor.

Ternyata walaupun Hasan Ali belum memulakan ‘roadshow’nya di Kedah tetapi mesejnya lebih awal sampai dan PAS pusat tidak harus memperkecilkan pengaruh Hasan Ali yang ikhlas mendedahkan pekong PAS kepada rakyat sejagat.

Kerja-kerja kotor parasit ini termasuk mendesak Ustaz Azizan melepaskan jawatan MB Kedah dengan berbagai cara halus termasuk menyentuh kesihatan Ustaz Azizan tak ubah seperti cacing kerawit menggerobek ponggong.

Apa yang lebih menarik lagi PKR Kedah melalui Pengerusinya Datuk Wan Salleh Wan Isa dengan pendirian yang tegas menyatakan kepada media sokongan kepada Ustaz Azizan dan mereka tidak langsung terbabit dalam konspirasi mahu menyinggkirkan Ustaz Azizan.

Apa juga kemelut dalaman pembangkang di Kedah ia masih tidak menguntungkan BN dan UMNO untuk kembali menawan Kedah kerana konflik dalaman UMNO masih membengkak. Golongan muda masih terpisah jauh dengan UMNO kerana Pemuda-Pemuda UMNO sedang mencanak gila untuk menjadi calun manakala pendekatan isu-isu anak muda masih dalam fantasi.

Kata seorang pemuda kepada MR “Sampai bila tugas kami dalam pilihanraya hanya layak untuk menggantung poster?”

Saturday, February 11, 2012

Kenyataan Daim Zainudin sudah ketinggalan zaman

Wira anak lelaki Daim Zinudin
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan bekas Bendahari Umno selama 17 agak ketinggalan zaman apabila menyeru BN perlu mengambil inisiatif untuk mendekati golongan muda dalam menarik minat mereka kepada gabungan parti itu.

Beliau menyatakan pada majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai merangkap Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Mungkin Daim tidak mengikuti perkembangan dan initiative berterusan PM DS Najib yang bukan setakat mendekati malah bercampur bersama mereka melalui Facebook, Twitter, menonton perlawanan bolasepak dan banyak lagi program bersama anak-anak muda.

Najib amat menyedari hampir 40 peratus pengundi berdaftar negara ini dikategorikan sebagai golongan muda yang memainkan peranan penting dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menentukan kemenangan seseorang calun.

Daim seharusnya sedar hakikatnya hari ini perjuangan anak muda telah didahului kejuaraannya oleh PKR dan DAP seperti isu AUKU dan PTPTN. Berapa ramai pemimjam PTPTN di kalangan anak muda yang kantoi dengan tekanan muflis dan ‘underpaid’ walaupun bekerja siang malam kerana pekerjaan yang mereka perolehi bukan melalui ijazah yang mereka dapat tetapi melalui sijil SPM dan STP.

Pinjaman PTPTN yang mereka pinjam untuk mendapatkan ijazah tidak mendatangkan pulangan atau ‘Return On Investment’ yang setimpal untuk mereka mampu membayar pinjaman mereka.

Isu-isu yang sebegini telah dijuarai oleh Anwar Ibrahim walaupun mereka tahu Anwar Ibrahim bergelumang dengan najis sex tetapi itu semua menjadi ‘priority’ yang terakhir kerana ‘priority’ utama mereka ialah ‘survival’ untuk hidup dan makan minum hari ini.

Tindakan-tindakan tegas kepada peminjam PTPTN di lihat di antara dasar-dasar Kerajaan Najib yang .memberii tekanan kepada golongan muda yang masih terumbang-ambing mencari sesuap nasi manakala di sebelah pihak lagi seperti Pemuda UMNO, Puteri UMNO dan anak-anak pembesar negara bergentayangan dengan kemewahan dan elitis.

Monday, February 6, 2012

Suami Shahrizat dan suami Zarinah Anwar

Akibat tekanan kerana penglibatan suaminya Tan Sri Zarinah Anwar, dilaporkan akan melepaskan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada bulan hadapan.

Suaminya, Azizan Rahman yang merupakan pengerusi E & O, telah membeli saham E & O beberapa hari sebelum pengumuman pembelian oleh Sime Darby dilihat sebagai aktiviti ‘insider trading’.

Dalam perkembangan yang sama juga Shahrizat Jalil sedang bergelumang dengan isu NFC kerana penglibatan suaminya, Datuk Mohammad Salleh Ismail sebagai Pengerusi NFCorp.

Inilah akibatnya apabila suami-suami mereka ini memegang 'remote control' dan bukan sedikit kes-kes yang sebegini khasnya dalam GLC-GLC sekarang.

Kata Sharizat di Beruas, Perak pada 5/2/2012 baru-baru ini bahawa 1.3 juta wanita UMNO adalah di belakang beliau dan akan terus menyokong beliau.

Sejauh mana kebenaran kenyataan Shahrizat yang menyatakan 1.3 juta wanita menyokong beliau harus disiasat kesasihannya supaya wanita-wanita ini tidak dilembukan dan dicucuk hidung mereka oleh Shahrizat.

Apa pun di dalam menghadapi PRU13 yang dikira seperti telur di hujung tanduk kepada UMNO dan BN Shahrizat harus akur dengan seruan mentornya Rafidah Aziz supaya beliau melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan dan parti.

Jika tidak jenuhlah wanita-wanita UMNO akan berhadapan dengan lembu-lembu PKR, PAS dan DAP yang lebih ganas dan sukar dikawal hendaknya apabila melihat kain-kain merah wanita UMNO.

Saturday, January 28, 2012

Jawatankuasa Disiplin UMNO tidak bertindak terhadap pembelot dalam PRU12 yang lepas

Jawatankuasa Disiplin UMNO akan mengambil tindakan disiplin lebih awal ke atas mana-mana pemimpin dan ahli yang cuba mensabotaj parti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 berlangsung.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah proaktif itu bertujuan membendung anasir tidak sihat yang sering kali menjadi duri dalam daging kepada parti sebelum ini.

Nampaknya pemimpin yang terdekat yang bakal diambil tindakan ialah pemimpin secondhand Kadir Sheikh Fadzil yang sedang menembak UMNO dan BN seolah-oleh parti tidak pernah berjasa pada beliau. Siapa Kadir semua orang tahu, membina istana jutaan ringgit di tengah-tengah kampong yang di kelilingi rakyat-rakyat marhaen. Memakai rantai dan rambut palsu seperti jutawaan India dari Madras, merasmikan petandingan ratu cantik putih gebu Chinatown.

Seharusnya selepas menyedut segala kekayaan semasa berada di dalam Kerajaan beliau insaf dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Jaawatankuasa ini sebenarnya sepatutnya telah lama mengambil tindakan ke atas pembelot-pembelot semasa PRU12 yang lepas tetapi mereka-mereka ini yang masih berkuasa sehngga hari ini malah ada yang diberi jawatan kerana kroni rakan baik kepimpinan tertinggi parti.

Friday, January 27, 2012

PAS ketinggalan dalam mencegah murtad

Penubuhan Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah bagi memantau lebih rapi pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam dikira tepat pada masanya ketika Islam sedang diterjah oleh pihak-pihak yang tidak tahu menghormati Islam.

jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu akan memastikan setiap pihak berkuasa yang terlibat di bawah Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam melaksanakan bidang kuasa masing-masing.

Jawatankuasa ini juga turut memantau pengembangan ajaran salah antara sesama umat Islam. Umat Islam hari ini yang rapuh iman mereka senang diumpan dengan kekayaan dana kemewahan sanggup mengadai akidah mereka.

Kita berharap jawatankluasa ini juga mampu mengesan tunas-tunas awal punca-punca murtad dan mengambil langkah di sekolah-sekolah kindergarten dan pusat-pusat asuhan yang cuba menanam benih murtad di kalangan kanak-kanak Islam.

Wednesday, January 25, 2012

Jangan percaya ramalan dan analisa politik. Sarawak seperti telur dihujung tanduk.

Ahli dan penyokong Barisan Nasional (BN) tidak perlu percaya sangat macam-macam ramalan atau analisis yang dibuat pelbagai pihak menjelang pilihanraya umum ke 13 akan datang. Sebaliknya, menumpukan usaha mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan orang ramai tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Itu mesej Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyangkal analisis atau ramalan rambang bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Sebelum ini, media banyak melaporkan berbagai-bagai analisis atau ramalan politik yang dibuat oleh NGO dan ahli akademik mengenai jangkaan terhadap pilihanraya akan datang. Sesetengahnya amat mengarut sehingga menjadi bahan ketawa orang ramai. Antaranya ramalan yang dibuat sebuah NGO semasa Pilihanraya Negeri Sarawak yang kononnya pembangkang akan menang besar di mana sehingga menumbangkan kerajaan BN.

Sebab itu kata Ahmad Zahid, tanggapan kononnya BN hanya berpeluang 50-50 untuk merampas negeri pembangkang hanya analisis politik yang dibuat secara rambang."Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang, bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Dewan UMNO Bagan Datoh pada Ahad. Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu pemimpin BN di berbagai-bagai peringkat perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Sementara itu, BN Sarawak perlu mencapai kemenangan besar pada PRU13 untuk mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan BN dalam mencapai matlamat Wawasan 2020, kata ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof.

Jelasnya, BN negeri yang ditunjangi oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu diperkuat dan diperkukuh lagi agar Sarawak kekal menjadi kubu kuat kepada BN pada pilihan raya umum nanti.

"Dalam politik, angka (majoriti) itu penting, kalau angka kita besar maka kita lebih mudah untuk merancang pembangunan negara khasnya dalam masa kita mahu menuju Wawasan 2020," katanya ketika berucap pada majlis pemukiman jentera Pilihan Raya BN P194 Petra Jaya di Santubong, Ahad.

Bernama melaporkan, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata pembangkang hari ini sedaya upaya mahu mengurangkan majoriti BN dalam kerajaan pusat dan mereka sanggup berjanji kosong kepada rakyat semata-mata mahu memerintah dan menumbangkan kerajaan BN.

Menurutnya BN Sarawak akan memastikan impian pembangkang itu hanya angan-angan kosong kerana kerajaan yang sedia ada hari ini telahpun membuktikan kemampuannya dalam merancang serta membangunkan negeri ini.

Sementara itu, Naib Presiden PBB Datuk Daud Abdul Rahman berkata beliau bersama-sama tiga lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu Tupong, Semariang dan Satok dalam kawasan Parlimen Petra Jaya berharap Fadillah kekal menjadi calon BN untuk kerusi tersebut pada pilihan raya umum nanti.

Katanya Fadillah telah membuktikan kewibawaannya menjadi wakil rakyat dalam kawasan Petra Jaya sejak dua penggal lalu dan tidak timbul isu untuk mencari calon pengganti kepada beliau setakat masa ini walaupun keputusan muktamad ditentukan oleh pucuk pimpinan BN di peringkat negeri dan pusat.

"Apa yang penting sekarang ialah kita perlu mempersiapkan jentera pilihan raya kita dan cuba untuk menyelesaikan segera isu-isu yang berbangkit dan menambah apa yang masih diperlukan rakyat di kawasan," katanya yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri ketika merasmikan majlis itu.-23/1/2012 (Sumber Agendadaily)

NOTA

Percaya atau tidak di Sarawak, Ketua Menterinya mesti melepaskan jawatan seperti signal yang telah diberi oleh rakyat dalam pilihanraya Sarawak tempoh hari.

Janji-janji DS Najib akan berlaku perubahan politik Sarawak masih belum ditunaikan.

WAIT AND SEE.

Wednesday, January 18, 2012

Ahmad Maslan tidak pernah label blogger UMNO sebagai sampah

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan sebuah Facebook kononnya beliau pernah membuat fitnah dengan melabel pemblog-pemblog pro-Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai sampah.

Katanya, dalam hidupnya selama ini beliau tidak pernah menganggap dan menggelar mana-mana pihak sebagai sampah, lebih-lebih 'panglima-panglima' siber Umno-BN.

"Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih-lebih lagi jika mereka itu membantu Umno dan BN," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen ini menambah, beliau tidak sebodoh itu dan "saya kira ini adalah cubaan untuk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya."

Nota:
Ahmad Maslan harus berjaga-jaga supaya tidak menerima nasib yang sama  dengan mantan Menteri Penerangan Zainudin Maidin apabila menggelar blogger sebagai 'gobblog'.

Friday, January 13, 2012

Hangpa nak mampuih dengan Tun M?

Kononnya Le Tour de Langkawi (LTdL) kini sudah menjadi satu branding yang kuat ianya tidak perlu lagi dijalankan di tempat asalnya, Langkawi kata ketua pegawai operasi LTdL 2012, Emir Abdul Jalal.

"Walau di mana pun acara ini diadakan, LTdL kini sudah jadi brand name yang cukup kuat di Asia. Tidak semestinya kalau kita tidak bermula di Langkawi, perlumbaan ini tidak boleh dikenali sebagai Le Tour de Langkawi,” katanya dalam sidang media selepas majlis menerima penajaan untuk edisi perlumbaan tahun ini di ibu pejabat LTdL, Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

"Untuk tahun ini, kita tidak melibatkan laluan Langkawi dan salah satu sebabnya kita mempunyai obligasi penajaan terhadap negeri Terengganu, di mana mereka memberi penajaan sebanyak RM1 juta kepada perlumbaan kali ini.

"Kita menukar sedikit laluan kali ini dan memberi kelebihan kepada negeri Terengganu. Tahun ini, kita ada tiga peringkat perlumbaan di Terengganu,” katanya. (Bernama)

Tindakan ini tidak ubah seperti nama Langkawi ‘dilacurkan’ kepada Terangganu. Venue Langkawi untuk sukan ini tidak pernah konsistent, sekejap ada sekejap tiada. Sesuka hati mereka sahaja.

Rakyat Kedah dan Langkawi khasnya tentunya terguris kerana negeri mereka tidak mampu menaja RM1juta untuk sukan ini maka itu negeri yang kaya dengan sumber minyak menyambarnya. Penduduk Langkawi hanya melopong kerana tidak ada 'economic spill over'hasil dari sukan ini untuk menjana pendapatan harian mereka. Dalam lain perkataan pakai nama tapi pendapatan habuk pun taraaak.

Kita tunggu dan lihat apa komen Tun M selepas ini.