Thursday, December 4, 2008

Dongjiazong berjaya memikat jiwa Melayu


Dongjiazong yang ditubuhkan di awal tahun 1950an. Satu ketika dahulu pertubuhan ini sering dianggap sebagai kumpulan yang bersifat chuvinistik oleh orang-orang Melayu. Ini kerana perjuangannya yang berapi-api mempertahankan satu sistem pendidikan vernacular Cina serta berautonomi demi mengekalkan bahasa, budaya dan identiti ethnik Cina di Semenanjung Malaysia.

Mereka berjaya menyerap dalam parti politik komponen BN melalui Parti Gerakan kerana mereka sedar kepentingan mereka hanya akan dapat dipertahankan hanya melalui dalam kerajaan sahaja. Walaupun pada mulanya Dongjiozong telah menjalinkan hubungan dengan DAP. Tindakan mereka ini menyebabkan DAP marah dan menentang dua tokoh calun Dongjiozong dalam pilihanraya pada tahun 1982, iaitu Kerk Choo Ting dan Koh Tsu Khoon. Kerk Choo Ting telah kalah dan Koh Tsu Khoon hanya menang tipis.

Hari ini melihat dari kelemahan BN, UMNO dan Melayu nampaknya sahabat karib UMNO ia itu MCA pun terpaksa mengikut rentak Dongjiozong demi survival politiknya. Buktinya jelas apabila ada pemimpin muda yang mengumpan dengan mencadangkan satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan nampaknya semua parti Cina termasuk MIC bersatu menentangnya.

Apa yang lebih menarik hari ini Najib pun terpaksa menentang cadangan satu sistem ini dan menari mengikut rentak Dongjiozong demi “survival” politiknya juga. Akibatnya terbuktilah kekuatan Dongjiozong dan mereka telah menjadi asset, di mana sesiapa yang ingin survive dalam politik negara ini mesti menyokong perjuangan Dongjiozong.

Maka akhirnya halatuju dasar pendidikan negara ini telah dicorak oleh dasar-dasar pendidikan Dongjiozong. Kini Dongjiozong telah bejaya memikat jiwa nurani pemimpin Melayu.

9 comments:

  1. Wahai pembesar2 UMNO, tidak jelaskah lagi yang mana rakan dan yang mana sahabat dan yang mana musang didalam BN. Syabas Mukhriz kerana umpan dah dimakan. Kita orang Melayu sekarang dah nampak jelas. Cumanya PAk2 Menteri UMNO sedar atau tidak?

    ReplyDelete
  2. Mummy,
    Perjuangan Dongjiazong ni kena berjuang di Singapura baru depa tau macam mana Spora akan bunuh mereka. Depa tau depa tak laku di Singapura depa dok berjuang di tanah Melayu ni. Dan Melayu pula lembut dan kemaruk undi Cina kena la layan depa.

    ReplyDelete
  3. Mummy,

    mana pergi GPMS ? tak dengak komen dari presidennya pun . Reezal Merican tu kan orang kampung mummy , mummy kena belasah sikit Reezal tu kata nak tanding naib ketua tak dengak pun perjuangan manifesto pasal apa nak jadi naib ketua .
    mengapalah GPMS lesu macam tak dapat kopi tongkat ali.

    ReplyDelete
  4. Chengho,
    Mummy ucap banyak terima kasih kat hang kerana peringat Mummy tentang GPMS pimpinan Reezal Merican orang kampung Mummy. Mummy pun pun bila dok kalut dengan semut seberang laut lupa gajah dok tepi kain.
    Memang betui la Reezal ni dah lupa daratan sejak-sejak menikah dgn artis Sharipah Hazlinda ni dia pun lembut lutut. Ni lah kerja depa, bila naik dan ada pangkat sikit kira nak main betina. Apa yang depa tau hanya perguna GPMS, perguna pemuda UMNO dok ligan projek untuk temolok* depa.
    Bijaknya Dongjiazong mereka mempergunakan politik untuk perjuangan mereka dan mereka tidak terlibat langsung dalam politik tetapi GPMS telah dipolitikan untuk tujuan peribadi pemimpin Melayu.
    Kawan Mummy kata semalam GPMS, Gabungan Penyamun Melayu Semenanjung, pasai depa dok sibuk samun projek.

    *untuk orang KL termolok bermakna kerongkong

    ReplyDelete
  5. Kejadian cadangan Mukhriz ini sebenarnya adalah satu rahmat yang besar kerana dengannya kita boleh lihat betapa hipokritnya mereka-mereka yang bercakap tentang perpaduan, bangsa Malaysia dan lain-lain yang sekutu dengannya. Malah DAP dan Anwar pun terpaksa tunduk kepada golongan rasis cina ini. Bayangkan, apalah maknanya bercakap tentang perpaduan tetapi mati-matian mahu mengasingkan anak-anak kecil dari kaum yang berbeza? Dan juga cadangan Mukhriz itu tidak mencadangkan penghapusan pembelajaran bahasa mandarin/tamil, malah membolehkan juga anak Melayu untuk belajar bahasa tersebut. Dalam hal ini, Mukhriz patut diberi pujian kerana berenang melawan arus. Pergi sahaja ke Malaysia Today, blog-blog bukan Melayu dan kita boleh lihat betapa berapinya mereka menentang cadangan tersebut.

    -Ako

    ReplyDelete
  6. Mummy, cek nak tanya gambar sapa yang mami post kat sini yang pakai baju Cina tu? Dari tongsan ke?

    ReplyDelete
  7. Mak Limah,
    Gambar itu ialah bekas Menteri pelajaran En Khir Johari semasa kabinet Tunku Abd Rahman dulu.
    Ihsan Utusan Melayu Bhd. Dari buku Mei 13.

    ReplyDelete
  8. Mummy,
    Betui tu gambaq Allahyarham Tan Sri Khir Johari dan Allahyarham isterinya Che Tom. Depa orang Kedah (Sungai Petani ka mana ka tak taulah).
    Semoga dicucuri rahmat Allah keatas ruh kedua-duanya. Amin.

    Chek

    ReplyDelete
  9. Salam Mummy,

    Nampaknya nak kena hantar DJZ ni balik ke China ler. Memang takde langsung identiti sbg rakyat Malaysia.

    Lagi nak itu ini. Konon Bangsa Malaysia tapi tak sedar di mana bumi yg dia pijak. Kalau nak sgt jadi WARGA CHINA di Malaysia, lebih baik diorg pegi pindah negara China semula. This is MALAY LAND and will always be.

    Singapore yg hampir 90% Cina pun hanya gunakan satu bahasa aje bagi persekolahan, papan tanda dan nama jalan. Terbukti Cina Malaysia ni memang RACIST.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.