Telah menjadi satu “trend” setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil media-media electronik dan cetak akan menyiarkan lakonan-lakonan calun baik BN atau pembangkang turun menemui rakyat-rakyat marhain.
Mereka akan menemui rakyat-rakyat yang miskin, melarat, sakit, OKU, orang tua dan ibu-ibu tunggal. Mereka akan turun menemui rakyat-rakyat ini bersama-sama sekampit beras, 1kg gula, 12 tin sardin, 1kg tepong, 2 tin susu pekat,2 paket teh atau kopi dan sehelai sampul surat yang berisi wang tunai. Rombongan calun akan didiiringi oleh Mentri Besar atau seorang menteri cabinet.
Jika berlaku banjir, kebakaran atau kematian di dalam kawasan tersebut setiap calun-calun yang layak bertanding akan berpusu-pusu menziarahi mangsa musibah tersebut. Seolah-seolah musibah tersebut satu rahmat bagi bakal-bakal calun untuk mendapat “media milage” yang seluas-luasnya. Mereka berlakon seolah-olah mereka prihatin dengan kesengsaraan rakyat. Keesokannya gambar mereka terpampang luas dalam akhbar dan TV sambil menayang cek dan sekampit beras dan sumbangan tadi. Sama jugalah juga dengan projek-projek pembangunan yang kecil, sederhana dan besar yang dahulunya "pending" dan "KIV" selama beberapa tahun pun akan dilulus secepat kilat.
Begitu juga seperti kenyataan calun BN Kuala Terengganu Wan Farid baru-baru ini dimana beliau akan memberi tumpuan untuk mendidik pengundi-pengundi dalam kawasan KT cara-cara untuk megundi kerana semasa PRU12 yang lepas banyak kertas-kertas undi yang rosak. Mungkin beliau baru sedar.
Apabila rakyat keterlaluan disogok dengan lakonan-lakonan ini,rakyat mula naik loya, jelak dan termuntah dengan sikap pemimpin yang ada. Rakyat seolah-olah dicekik dan diugut untuk meraih undi. Sahlah kata mereka, bila nak undi baru turun
Bila dah menang mereka bergentayangan dengan kereta-kereta besar. Bila dah menang hisap curut yang sebatangnya Rm300 lebih mahal satu paket beras tadi. Bila dah menang kedudukan pun tinggi dan melihat yang di bawah semakin kecil. Kasut – Salvatore Feragamo. Jam- Rolex. Baju – Piere Cardin.
Rakyat terluka dengan sikap-sikap pemimpin sebegini. Jika rakyat terluka mereka akan pangkah semborono. Bukan kerana mereka mahu hudud. Bukan kerana mereka mahu Anwar Ibrahim dan bukan kerana mereka mahu PAS.
EM...betol ke orng memilih PAS sebagai tanda protes??atau...orng mula menyokong PAS kerana mmng telah berubah angin..disebabkan UMNO sudah tidak relevan,maka dipilih PAS yg belom tentu prestasinya lagi..xsalah mencuba nasib kerana sudah tahu kepimpinan sekarang tidak ke mana,seperti dulu,malah lebih teruk..belom menang sudah bongkak,apatah lagi selepas menang..
ReplyDeletePada kawasan yang ADUN atau MPnya tidak mendatangkan faedah, Mungkin rakyat akan selalu doakan kematian ADUN atau MP tersebut, banyak faedahnya pada rakyat bila kematian berlaku...
ReplyDeletePada pilihanraya tahun 1999 PAS menang di Terengganu. Ustaz Hadi telah menjadi MB mengetuai kerajaan PAS di Terengganu.
ReplyDeleteTapi yang peliknya pada pilihanraya tahun 2004, PAS terus bungkus di Terengganu.
Bagi saya ini sungguh pelik, kerana saya jangkakan bila 'Islam' memegang kuasa maka keadilan akan tersebar, rakyat miskin akan terbela, rakyat gembira dan puas hati.
Tapi kenapa tak jadi macam tu ye?
yangkita sedih kenapa sekarang baru pemimpin nak tunjuk prihatin. orang memilih bukan lagi kerana suka tetapi kerana benci. bukan lagi kerana suka apa-apa parti pun tetapi kerana benci kepada umno, kepada pemimpin2 umno yang masih belum sedar. yang masih menyangka rakyat masih boleh dipujuk. yang tidak pun peduli apa akan jadi selepas ini asalkan mereka dapat apa yang mereka mahu. pdulikah pak lah da khairy tentang calon mereka (bukan calon najib atau ahmad said) yang tidak disenangi? Khairy hanya pentingkan diri dan jawatan ketua pemuda.atur orang2 supaya dpt membantu kelak. jika kalah najib akan tanggung jika menang dia akan dabik dada. SAYA BERTARUH UMNO AKAN KALA DI PRK P36 NANTI.
ReplyDeleteBetoi tu mummy. Saya setuju seratus peratus. Inilah sikap pemimpin yang kita dok ada. Mummy singgah la sama kat rumah saya
ReplyDeletewww.ahmadsaabun.blogspot.com
Mummy,
ReplyDeletePakLah kena berkampung duduk seminggu di KT untuk menyakinkan penggundi KT untuk mengundi BN .
Wan Farid calun BN kena rebranding beliau membawa satu personaliti seseorang yg pandai tapi angkuh mewah dan tidak berhati rakyat .
Persepsi adalah penting dlm politik
Wan Farid punya masaalah imej .
Sala bloggers,
ReplyDeleteRamai yg berbelah bagi kpd siapa yg harus disokong.
Cuba renung "loosing the short battle to gain the long battle"
Mengapa UMNo tidak pernah belajar dari PRU12?
Memang betul komen mummy ni.
ReplyDeleteHarap-harap mummy boleh laporkan lebih byk citer mamcam ni buat pemikiran anak2 yg duduk PMR dan SPM.
Sebab kalau dah lepas SPM pun x boleh fikir macam ni jawabnya bila masuk U nanti, lingkuplah jadinya.
Bila dilihat photo yg mami dok letak tu, bukan main baik dan perihatinnya lagi calun2 bila nak kan undi..tp pabila dh dapat kerusi, waktu banjir besar dan kita tengah tenggelam pun dia org entah ada kat mana..betul2 hipokrit semuanya org2 politik ni..tetapi malangnya org yg saperti inilah yg kita sandarkan harapan..sungguh kasihan!
ReplyDeleteapabila sokongan rakyat mula pudar...senjata media akhbar dan tv menjadi kurang menyengat..UMNO ada 2 lagi senjata : RASUAH dan PENGUNDI ZOMBIE hehehe
ReplyDelete