Wawancara Calun BN Kuala Terenganu Wan Farid dalam The Star 25/12/2008 menunjukkan dengan jelas sikap calun ini. Di antara faktor untuk menang yang digariskan calun ini ialah :
a) Selama ini beliau banyak membela pengundi pos yang berjumlah 1,001 di Parlimen. Beliau penuh yakin mereka ini akan menyokongnya.
b) Diukur dari jumlah ribuan kedatangan semasa Rumah Terbuka Hari Raya setiap tahun memang mereka ini sokong beliau dan yakin akan undi beliau.
c) Setiap satu malam sekurang-kurangnya 12,000 orang kampong akan datang hanya untuk berjabat tangan dengan beliau.
d) “Saya yakin dengan nilai diri saya sendiri apabila wartawan mempertikai pengaruh saya di akar umbi. Sebab itu saya telah menjawab surat berjela-jela kepada wartawan bukan kerana saya angkuh.” kata Wan Farid.
e) “Penyokong saya bukan sahaja datang dari UMNO. Saya bercampur dengan semua kaum. Rakan kongsi firma guaman saya juga CINA. Saya bekerjasama rapat dengan Cina. Pengundi Cina merupakan 11% dari jumlah 80,000 pemilih. Saya yakin mereka akan menyokong saya” kata Wan Farid lagi
Komen:
Inilah wajah pemimpin muda UMNO yang akan pimpin negara dimasa hadapan. Rakan karib KJ. Begitu mudah dan sap-sap sway membuat kenyataan dengan penuh keyakinan akan menang. Tidak langsung menyentuh sensitiviti dan kemaslahan rakyat di bawah. Dalam kenyataan yang katanya tidak angkuh tetapi penuh berbau keangkuhan.
Adakah beliau tahu kerusi tersebut panas dan duhulu pernah diwakili oleh PAS? Adalah beliau tahu calun dahulu hanya menang dengan majoriti tipis sebanyak 1,933 sahaja. Adakah beliau tahu rakyat sudah cerdik?
Memang beliau tahu semua ini, tetapi hanya sikap tidak sensitif terhadap perubahan dan kehendak rakyat kerana buta dan tuli dan "arogan".
Sama-samalah kita ucapkan selamat tinggal Kuala Teranganu.

Pemimpin tak perlu tungu rakyat datang mengadap baru nak tunjuk muka. Kalau turun padang bermusim seperti datangnya musim tengkujuh, hampeh le.
ReplyDeleteMummy,
ReplyDeletekalau itulah x faktor wan farid ramalan mummy akan jadi kenyataan saperti lagu 'selamat tinggal romeo'
Mengapa UMNO tidak insaf lagi dan tidak berubah lagi tidak belajar dari PRU 12 . Farid adalah contoh keangkuhan dan kesombongan UMNO .
kalau dari kecil sudah dididik memandang lekeh rakyat bawahan, bila sudah besar angkuhlah jadinya tambahan hari ini hidupnya dikelilingi orang-orang yang berkuasa.
ReplyDeleteTak apa, rakyat akan ajar keangkuhannya itu. Dia jangan anggap rakyat ini macam ikan keli dalam tong. Bila nak dimakan ketuk sahaja kepalanya.
Mummy Rokiah dan bloggers,
ReplyDeleteYakinkah kita kata-kata Wan Farid yg penuh keangkuhan itu didengari oleh rakyat? Yakinkah kita keangkuhan Wan Farid itu diperdengarkan oleh RTM, TV3 dan media arus perdana untuk pengundi mengadili beliau di hari pengundian? Atau pengundi akan lebih terpesona dengan asakan bertalu-talu RTM, TV3 dan medi arus perdana terhadap parti yang menentang Wan Farid kelak?
Memang betul seperti kata Mummy, rakyat sudah cerdik, tetapi tidak semuanya secerdik Mummy, secerdik kita. Oleh itu masih terlalu awal utk kita memaksa Wan Farid mengucapkan sayonara kepada Kuala Terengganu. Segalanya boleh terjadi dalam tempoh beberapa hari ini, kerana dalam politik ala-Machiavelli tujuan menghalalkan cara.
Pendikar gunung keriang,
ReplyDeleteBelajar dan ambillah iktibar PRU12.Semua calun-calun BN dan UMNO mengaharapkan media perdana RTM, TV3 dan lain-lain untuk "spin" menolong mereka.Hasilnya berapa ramai calun-calun BN yang telah terbunuh politik mereka hasil spining ini?
Lihat apa jadi dgn mantan MB Kedah Syed Razak, MB Selangor Khir Toyo yang politik mereka dibunuh oleh TV3. Apa jadi bila RTM menayangkan tarian Anwar? semuanya telah "backfired" kepada BN.
Baru-baru ini pun TV3 nak "cornered" MB Teranganu,SAhmad Said.
Pls BRo,thats not the game anymore. Michevllian? please,please,please generasi kita dalam era "Soft Power".
I know Wan Farid style.He never change.
Sori Mummy,
ReplyDeleteApa maksud Mummy, "I know Wan Farid style. He Never change". What u mean "He never change?"
Hanya berkongsi pndapat.
Gunung kriang,
ReplyDeletePolitik ada seninya yg tersendiri.Rakyat tidak sahaja menilai kewibawaan,kelayakan, kedudukan atau pangkat dlm kerajaan. Tetapi rakyat menilai isteri,anak, ibu,bapa,rakan rapat in shorts semua yang terdekat dengan pemimpin mereka. Adat Melayu hormat pada pemimpin sehingga pemimpin boleh menjadi idola mereka begitu juga pemimpin boleh menjadi kebencian rakyat jika pemimpin itu hippocrate.
Dalam kontek calun KT, seharusnya diingat ini bukan pemilihan dalam UMNO ini pilihanraya rakyat yg memilih. Bukan semua UMNO suka rakyat suka.
Kaji sebab apa undi rosak begitu banyak di KT(1,050)Adakah begitu bnyaknya pengundi yg tidak tahu pangkah? Kena diajar memegang pencil?
WF kata semalam nak latih mereka.Pendek otak.
Bab WF nak ajar Ganu kite pangkah kertas tu buat kita tergalak besau.
ReplyDeleteCamni rupanya tanggapan pemimpin-wannabe terhadap Ganu kite. Kuno, ketinggalan dan kurang ajar-an.
WF nak ajar cara pangkah undi? Harap-harap dunia luar tak baca berita ini. Jika depa baca, malunya org Terengganu dan Malaysia, nampak macam kita masih tinggal atas pokok!
ReplyDeleteMARILAH KITA SELIDIK DENGAN LEBIH TELUS TENTANG KEKUATAN UMNO NI.
ReplyDeletePROSES UMNO:
A) AHLI-AHLI MEMOHON MENJADI AHLI. DIKUMPULKAN LEBIH KURANG 100-200 AHLI DIJADIKAN SATU CAWANGAN.KEBANYAKKAN WANITA.ANAK-ANAK KETUA CAWANGAN, MENANTU DAN ADIK BERADIK SAUDARA YANG DEKAT.MEREKA BERMESYUARAT SESAMA MEREKA DAN PILIH SEORANG KETUA. KERAP KALI MESYUARAT TAK CUKUP KORUM. WANITA YG MENCUKUPKAN KORUM MEREKA.
B) DALAM SATU PARLIMEN ATAU BAHAGIAN LEBIH KURANG 200 HINGGA 300 CAWANGAN DIKUMPUL MENJADIKAN SATU BAHAGIAN. KETUA-KETUA CWANGAN MEMILIH KETUA BAHAGIAN.
C)KERAPKALI SATU-SATU BAHAGIAN MEMPUNYAI KEAHLIAN SEBANYAK eg Bahagian Kuala Terangganu 24,236 dan bukan semua aktif.LAZIMNYA KETUA BAHAGIAN AKAN MEJADI WAKIL RAKYAT.
d) Kalau mengikut jumlah pengundi yg berdaftar di KT aialah 80,229. Ahli UMNO 24,236. Jadi kalau WF nak menang kena menawan pengundi PAS, atas pagar, ahli-ahli UMNO yg keciwa dan pengundi pos.
e) Kalau WF tak pandai tackle hati rakyat dan dok buat eksyen. Jawabnya Selamat Tinggal Teranganu.
Saya tidak mengenalinya tetapi mendengar hubungan rapat dengan KJ membuatkan ramai pengundi tak senang hati. Dari wawancara tersebut satu perkataan yang dapat saya katakan: - angkuh!
ReplyDeletePengundi dalam dilema; Sokong najib undi farid KJ menang, sabotaj KJ tak undi farid najib mangsa.
Bagaimanapun, farid dan kj kalah di PRK P036. Lihat blog - http://yangkata.blogspot.com
wow pnulis ye..salam kenal
ReplyDeleteUNDI rosak sampai 1000???
ReplyDeleteApa hal ni??? Marah dengan MAt Sabu ker? Atau marah dgn Razali Ismail?
Apa pun kalau dah lebih seribu tu bererti dah ramai sgt fed up.
Dan takkan dah jadi seantor nak jadi MP pulak/
Tak cukup2 ker/
Dan dah sampai masanya jawatan Senator ini perlu dipertandingkan TERMASUK wakil dari negeri-negeri.
Saya cadangkan kit ada 2 senator dari setipa negeri dan WP. 32 orang semua.
Kemudian barulah kita ada Senator yang mewakili pertubuhan dan juga badan2 tertentu yang akan ditentukan oleh Parlimen nanti.
CONTOH. wakil pertubuhan pekerja 2 orang.Wakil kaum orang asli 2 orang. Bg kaum lain tak payah ada wakil khas sebab mereka ni semua dah terwakil. Orang Asli perlu kerana mereka ni sentiasa terkebawah dalam semua hal. Peribumi Sabah dan Sarawak pun tak perlu kerana mereka memang terwakil di Parlimen pun.
Mungkin kita boleh ada 1-2 wakil belia dan pelajar. Ini memang negara lain tak pernah buat tapi kita buat supaya suara mereka sentiasa terdengar.
Bagi wakil ni kita hadkan sampai usia mereka 30 tahun sajalah.
CUKUP sebanyak itu jer senator dalam Dewan Negara.
APA MACAM bagus tak idea ni????
Senator?
ReplyDeleteJins Samsudin pun senator. Apa dia berjuang utk seniman? utk diri sendiri ada laaa.
Di utara kalau Senator tak perform depa panggil SENATOR REMPAH CABAI.
Sebab Senator yg macam ni berlambak dalam kedai-kedai nasi kandaq.