Friday, November 20, 2009

"Sindrom Bisu " Adun BN Kedah atau "Sindrom Bisu " media perdana di Kedah?

(Sumber Utusan Malaysia 20/9/2009)
Wakil rakyat BN sentiasa bersuara

ALOR SETAR 19 Nov. - Semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) bukan sahaja bersuara malah malah lantang mengkritik kerajaan negeri setiap kali Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bersidang.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, perkara dibangkitkan meliputi kepincangan dalam kerajaan negeri seperti isu sampah, bekalan air, zakat, Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan sebagainya.
Minggu lepas MR berkesempatan singgah bermalam di Kedah dalam perjalanan ke Langkawi untuk temujanji perkembangan LIMA2009.

MR sempat bertemu dengan beberapa Exco Negeri Kedah dan beberapa ADUN BN. Di antara nya ialah YB S.Manikumar ADUN PKR merangkap Exco Pelancongan negeri.

Sepanjang satu jam perbualan dengan beliau yang berkisarkan daripada pembangunan industri pelancongan sehingga kepada situasi politik Kedah terserlah ketokohan beliau yang begitu teruja-ruja untuk membangunkan sektor pelancongan negeri Kedah.

Yang nyata beliau ingin mengambil pendekatan mesra dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan peruntukan demi pembangunan rakyat dalam negeri Kedah khasnya sektor pelancongan, tetapi yang menjadi kekangngan kepada beliau ialah untuk mendapatkan kerjasama dari Kedah Civil Service (KCS).

Berbalik kepada pertemuan dengan beberapa ADUN BN, banyak juga usaha-usaha yang telah mereka lakukan dan bangkitkan tetapi sukar untuk mendapat kerjasama media-media perdana kerana mereka lebih gemar untuk membuat liputan hanya jika program-program tersebut yang kehadirannya ialah Menteri atau sekurang-kurangnya Timbalan Menteri ke Negeri Kedah.

Media-media elektronik khasnya RTM Kedah seperti longlai tidak ada ”news angle” kerana wartawan-wartawan mereka sudah berakar umbi lebih berorientasikan Kerajaan.

Sikap mereka tidak seperti bekerja di bawah Datuk Seri Kadir Sheikh Fadzil, Menteri dari Kedah yang menjadi Menteri Penerangan dahulu. Begitu jugalah dengan TV3 yang lebih tertumpu kepada nilai-nilai komersial dan ”play safe”.

Janganlah ”Sindrom bisu” hanya dilabelkan kepada ADUN-ADUN Kedah sahaja tetapi peranan media-media arus perdana juga harus diambil kira. Tumpuan harus diberi dengan meletakkan wartawan-wartawan yang bermuscle dan strategis.

Bagi rakyat negeri Kedah ”No news is a good news..”.Hakikatnya rakyat Kedah tidak merasa banyak perbezaan di antara pemerintahan BN dan PAS. Ustaz Azizan juga bijak berpolitik dan berkawan dengan semua orang.

18 comments:

  1. Mummy..bukan RTM Kedah saja kot..media perdana kat semua negeri pun..buat kerja macam tak ada semangat saja..

    ReplyDelete
  2. Mummy tak tanya ka apa kata rakyat Kedah kalau PRK Kota Siputih diadakan?

    ReplyDelete
  3. Kire Kedah tak dak problem lah tue.. macam juga Perlis dan Johor..Kerajaan Negeri dah kira bagus, nak buat apa media nak cari kesalahan mereka pula..

    ReplyDelete
  4. wartawan hanya bekerja makan gaji sahaja, tak ada berita gaji mereka jalan juga dan gaji mereka tingi-tingi belaka.
    jangan duk nostalgia gheja wartawan tu nak kreatif bagi berita cantik dan nak cari idea cam na nak bagi cerita lawa.
    zaman cam rosnah majid masa di utusan dulu dah berlalu, sekarang zaman, cari makan dan cari duit. wakil rakyat mana hulur ongkos wakil rakyat tulah yang selalu ada cerita, yang kedekut maka kedekutlah beritanya...itulah hakikatnya
    jadi buat apa susah susah nak bagi coverage kat adun BN, lagipun BN kan dah jadi pembangkang. dan jangan lupa da gak wartawan yang simpati orang bulan, roket dan mata mat salleh "mata biru"

    ReplyDelete
  5. UMNO Kedah tak pandai mainkan peranannya sebagai pembangkang.

    ReplyDelete
  6. Salam mummy! Kat kedah, pas dengan umno macam dua beradik, pakat tak mau gaduh. Tak tau ka, tak macam negeri lain, yang jadi masalah ialah ada segelintir pemimpin umno bercakaran sesama sendiri dan ustaz azizan main "play safe" supaya rakyat suka. YB Nawawi pulak buat kerja dan kempen tu pastikan dapat sokongan rakyat akarumbi bukannya golongan pembodek saja....thanks

    ReplyDelete
  7. Anak Kedah PerantauanNovember 22, 2009 at 10:38 AM

    Sejarah kepimpinan negara ini banyak telah melahirkan tokoh-tokoh dari Kedah.

    Ini terdiri dari Tunku Abdul Rahman, Tun Mahathir, Datuk Senu, Tun Daim dan ramai lagi baik yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.

    Mereka bukan sahaja menjadi pemimpin negara nombor wahid malah perubah bangsa.

    Seperti menjadi "tabiat" atau "budaya" pentadbir khasnya federal government, dari mana pemimpin itu datang maka bercambah-cambahlah projek, program,publisiti, promosi dsbnya mencurah-curah ke negeri tokoh tersebut.

    Dahulu semasa Pak Lah jadi PM, Kepala Batas dan Bertam bertubi-tubi datang projek.
    Sekarang DS Najib berasal dari Pekan, semuanya tertumpu di Pekan, Pahang.

    Dukacitanya hari ini Kedah tandus pemimpin, yang ada Menteri Kabinet hanya Datuk Jamil Khir yang jaga agama sahaja dan Timbalan Menteri, Johari Baharum jaga Pertanian.

    Dulu Kedah bangga ada Tun M dan Tun Daim yang bawa pembangunan ke Langkawi.

    "Rakyat Langkawi bukan sahaja menikmati durian runtuh tapi pokok-pokok durian pun runtruh sekali" - Kata Tun M.

    Inilah Kedah hari ini, seperti meratapi kematian yang tidak sudah-sudah.

    Usang, sunyi menunggu menjadi padang jarak, padang terkukur.

    Dari,
    Anak Kedah di Perantauan.

    ReplyDelete
  8. mukriz for mb....

    the perfect candidate for PRK kota seputeh... minta maaf kpd adun yg ada sekarang.. sendiri punye mistake kena tanggung la sendiri la datok. salam

    ReplyDelete
  9. Mami oooiiii...orang Kedah dah takbaca Utusan Malaysia, Berita Harian atau mana-mana akhbar yang propaganda Kerajaan Persekutuan depa dah tau semua dok putaq belit.
    Depa lebih suka baca Akhbar Warta DarulAman kerana lapuran lebih berkecuali dan selera rakyat Kedah.
    Hang tau ka? Wartawan Kedah dah tak dak isu pasai pentadbiran Ustaz Azizan memang bersih dan bijak politik. Yang dok kalut puak-puak UMNO dua tiga kerat saja....
    Sama-sama kita doakan Ustaz Azizan jadi MB satu penggal lagikerana terlalu satu penggal tak cukup untuk menilai seseorang pemimpin, kalau Mahathir perlukan 22 tahun untuk buktikan kepimpinannya apa salahnya kalau Ustaz Azizan di beri 10 tahun?

    ReplyDelete
  10. Cik CCZ,
    You cuba lihat Sunday Star semalam dan Mingguan Malaysia semalam.
    -Sunday Star menyiarkan Chin Peng memohon maaf kepada mangsa dan keluarga yang mati semasa berbeperang dengan Komunis.
    M/S N12 - "I'm sorry, says Chin Peng".
    M/S F27 - Datuk Wong Chun Wai mengulas "It's Still Hard To Forgive"
    Dalam pull-out insertion STARMAG - Chin Peng A prisoner of his past(m/s 4,5 dan 6)
    Betapa Star membesarkan permohonan maaf Chin Peng- apa maknanya?

    Mingguan Malaysia - menyiarkan temubual Tun Daim yang menyatakan Tun Mahathir yang berpunca kekalahan PRU yang lepas dan semua isu Melayu berbalah dengan Melayu.

    Itulah bezanya media-media hari ini. CCZ terjemahlah sendiri yang tersurat dan tersirat.

    Anom 20/11 11:23
    Kalau pilihanraya kecil Kota Seputeh diadakan hari ini yang pasti BN kecundang.
    Kita lihat siapa calunnya....

    Fazli, Cedikcenun,Mentalon Post,
    PAS pun banyak problem.Mana ada politik tak ada problem?
    Tapi pemimpin PAS pandai handle mediasehingga media tidak dapat menghidu masaalah dalam mereka.
    Tidak seperti UMNO yang saling bercakaran sesama sendiri dan semua media yang dikuasai mereka juga yang dedahkan busuk-busuk dan pekong sediri.
    Ketua-ketua pengarang ada agenda mereka.

    Adioslos,
    Mukhriz kan Ahli Parlimen? Timbalan Menteri lagi. Bapanya mahu beliau belajar berdagang antarabangsa bukannya bergelumang dengan ikan keli dan haruan di Kota Siputeh.

    Anak Kedah di perantauan,
    Itulah kelebihannya Menteri kabinet, ada kuasa semua dekat dan tak ada kuasa semua hilang.

    ReplyDelete
  11. Mummy, Yang ada saki baki dalam dewan di Kedah dari BN/UMNO semuanya menikus. Apa yang nak didebatkan kalau membaca/isinya tak dak. Jadi akhirnya dok jadi nasi tambah sajalah....

    ReplyDelete
  12. Mami....,

    Puak2 yang dok d Kedah, midea perdana ka, midea letronik ka, bukannye jadi sindrom bisu. Depa ni pun bukan tak mau hidup dari membisu. Mungkin ada pasai lain kooot...? Satiap majlis BN/UMNO depa mai.

    Tapi bila orang atas kata "berita ni tak leh pakai". Depa pun tak leh kata apa. Tambahan lagi, bila ada orang macam Zulkifli Bakar, yang tulis artikal nagetif pasai UMNO berpecah, yang kontrol diatas
    hmmmmm..... macamana?

    Sapa yang ada semangat nak jaga
    majikan yang berfikiran nagetif kapada UMNO/BN macam tu, walau pun majikan depa dijaga rapi oleh pemimpin BN. Majikan yang dok bayaq gaji kat depa tu pun kena tegoq sikit kooott... Lain lah zaman Rosnah Majid jadi salah sorang Pengarang dulu. Kedah selalu meletup. Macam2 cerita Kedah ada didada akhbar arus perdana.

    Tambahan lagi, la BN Kedah kalah.
    Kita nak merayu kat sapa?. Mami kena tolong lah. Zam? sengap terus. Kadir Jasin? komen negetif juga.

    Tak tau lah Mami ooooiii...
    Sapa punya agenda, yang jadi macam ni, kita pun tak tahu.
    Harapan la ni, kita dok main2 diruangan bloger2 macam Depakata, Pang5Hussain, DiukofUMNO dan banyak lagi yang saya tidak kenal yang dok bantu kabangkitan UMNO/BN Kedah. Tapi berpa orang rakyat Kedah yang baca?

    Bergerak tanpa bantuan media, macam orang bercakap, main utau jee lah Mami ooooiii....

    ReplyDelete
  13. Berkenaan RTM, cctv sokong 100% kbykan wartawan RTM Kedah la n hanya bg publisiti dkt sapa yg hulur lebih & bodek lebih. Klu smua sedar RTM Kedah asyik dok myekor & dok usaha nk menaikan seseorg d KP.Pd hal individu adalah pemimpin kuku besi & gila kuasa. Akar Umbi smua dh meluat kt dia cuma RTM Kedah aje yg dok Bodo nk bw naik dia.kah..kah..kah- CCTV

    ReplyDelete
  14. Mengkuang : saya antara yg bpeluang mjd pmerhati psidangan dewan pd 18 Nov 2009. Apa yg sy dpt lihat & dgr sepjg psidangan adalah Adun2 BN telah mjalnkan amanah selaku pembangkang dgn jayanya sampaikan sering kali pihak sebelah sana tak senang ddk!
    Sindrom bisu Adun BN Kedah adalah fitnah & tidak benar sama skali!

    ReplyDelete
  15. Mummy ooi,
    ramai anak Kedah jadi orang kanan media arus Perdana tetapi depa dah lupa negeri depa dan depa jaga periok nasi masing-masing saja sekarang. Pahang dan Johor kini kiblat depa. Utusan orang kuat dari Kedah ialah Othman dan Zaini TV3 Datuk Farid, Bernama TV Datuk Suhaimi, BERNAMA Zulkafly Salleh Radio24, Datuk Syeed Jamil RTM Noraini.

    ReplyDelete
  16. saya ada dalam dewan dun kedah..lebih 26 isu dibangkit oleh adun BN selama 3 hari tersebut.Akhbar Utusan Fitnah..mungkin ada agenda meeka disebalik tabir

    ReplyDelete
  17. sebenarnya kedah bayak problem tapi orang bn memang tak reti jadi pembangkang sebab dah lama jadi kerajaan.apa yang depa tau nak tekan oarang sendiri.

    ReplyDelete

Bloggers adalah mereka yang digolongkan berakal, waras, bijak dan berilmu serta dikira mempunyai peradaban yang tinggi. Elak dari bahasa-bahasa lucah atau yang tidak bersopan.
Sesungguhnya yang ampunya blog tidak akan bersubahat, bertanggung jawab dan menafikan segala bahan-bahan tersebut.