Rabu Januari 6, 2010
Rosmah Dapatkan Bantuan Isteri Presiden Mesir Bagi Bebaskan Seorang Pelajar MalaysiaKUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, akan mendapatkan bantuan isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak, bagi membebaskan seorang rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian konvoi Viva Paestina, yang ditahan pihak berkuasa negara itu, semalam.
"Saya dijadualkan bercakap dengan Madamme Suzanne menerusi telefon secara peribadi pada pukul 6 petang ini," katanya kepada pemberita selepas melawat pesakit pemindahan jantung Tan Geek Koon di Institut Jantung Negara (IJN), di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kejadian di mana lebih 10 anggota konvoi Viva Palestina cedera, empat daripadanya parah, dan tujuh ditahan polis Mesir dalam kejadian tunjuk perasaan di sini pada 11.40 malam Selasa waktu tempatan.
Yang ditahan termasuk seorang warga Malaysia, Ibrahim Mohd Azmi, pelajar Perubatan Universiti Bristol United Kingdom yang menyertai konvoi itu sebagai sukarelawan dari London 6 Disember lepas.
Rosmah berkata beliau akan berbicara dengan Suzanne "dari sudut kewanitaan, iaitu berkaitan kasih sayang terhadap anak-anak dan juga rasa kasih seorang ibu" walaupun sedar isu itu berkait rapat dengan isu diplomasi antarabangsa. Rosmah berkata beliau akan berusaha dengan cara yang terbaik bagi mencari jalan penyelesaian mengatasi masalah tersebut.
Sementara itu Duta Mesir ke Malaysia Hani Abdel Kader Ahmed Shash memberitahu pemberita bahawa Rosmah telah menghubungi beliau hari ini bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan terbaru insiden ElArish itu.
Seorang ahli politik Britain telah menamakan Rosmah, di samping mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, atas usaha gigih mereka bagi membantu konvoi bantuan kemanusiaan Viva Palestina untuk sampai ke destinasi di Semenanjung Gaza baru-baru ini. - BERNAMA
Keperihatinan DS Rosmah amat dihargai. Begitulah bijaknya seorang isteri Perdana Menteri menterjemahkan kuasanya yang ada. Tidak seperti isteri bekas-bekas Perdana Menteri yang lain.
Jika DS Rosmah Berjaya menyelesaikan isu ini ternyata Wisma Putra dan Menteri Luar, Anifah Aman harus menilai kembali KPI Kementeriannya. Begitu juga kementerian-kementerian lain jika berlaku kekusutan DS Rosmah dapat membantu khasnya yang melibatkan hal-ehwal antarabangsa. Kuasa isteri lebih berkesan dari kuasa suami. Isteri tak payah melalui protokol dan temujanji kerana kalau tak dapat tanda tangan siang hari boleh pada malam hari.
Rakyat dapat melihat baru sahaja menjadi isteri PM belum sampai 5 tahun pilihanraya, ternyata kuasa Rosmah terbukti mengatasi kuasa Tun Siti Hasmah Mohd Ali, isteri mantan PM Tun Mahathir yang telah memerintah selama 22 tahun. Tun Siti Hasmah di antara “pioneer Malay Women Doctor” mungkin tidak layak menjangkaui kuasa-kuasa Mahathir pada waktu itu atau kerana kesibukan mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak.
Begitu juga dengan isteri Tun Razak, Toh Puan Rahah yang sibuk mendidik Najib dan anak-anak sehingga tidak sempat menterjemahkan kuasa sebagai isteri PM.
Najib yang sedang kesibukan mengawasi disiplin dan kerenah Menteri-Menteri Kabinetnya yang sukar dikawal dan kerap ponteng dalam persidangan Parlimen, mungkin di antara sebab Najib terpaksa membahagi-bahagikan kuasa Perdana Menteri dengan isterinya yang tersayang, bak kata orang Inggeris “sharing is loving”.
Dan seperti kata Mak Long semasa MR membeli nasi lemak pagi tadi “Kalau tak percaya bini nak percaya siapa lagi?”.
Belum sempat bercakap dengan Suzanne Mubarak yang dijadualkan pukul 6ptg, pukul 4.30ptg pelajar Malaysia itu telah dibebaskan.
ReplyDeleteBegitulah kuat dan berpengaruhnya aura Rosmah.
Jika semua isteri atau suami wakil rakyat dan ahli parlimen BN dan pembangkang memainkan peranan masing2 membantu pasangan masing2 maka sudah tentu kebajikan rakyat akan lebih terjamin dan negara akan lebih cepat makmur dan maju.
Jika Rosmah diberi peranan lebih awal, sudah tentu wawasan 2020 sudah dapat dikecap sekarang - 2010.
hehehehehhehe sinis
ReplyDeletesindir ke perli ??
>>_______<<
SIAPA MENTERI?? ROSMAH atau ANIFAH?
ReplyDelete-----------------------------------
Saperti yang telah Mummy nyatakan
dalam posting yg terdahulu,Rosmah kedepan,Shahrizat dan Ng Yen Yen,
ketepi...ini dua Menteri,satu menteri hal2 wanita dan satu lagi
menteri pelancongan....,sekarang nk sibuk2 dgn Menteri Luar negeri.!
Adakah ini nak membantu atau mengacau atas dasar ingin tolong???
"ALONG ke atau MAU TOLONG..???"
Jangan ada prawn disebalek mee...
Susah lah DS Najib ,nanti pak...!!
Aduka Pendekar
Rasa nya kita adakan lagi satu jawatan baru dalam kabinet kerajaan BN,iaitu PM-General;mcm
ReplyDeleteSurgeon-General,Seretary-General,
Major-General,Army-General dsb...
sikit bawah jawatan PM...!!
Ini adalah oleh kerana kita terpaksa mengambil kira usaha2 Rosmah,nak menyibuk dalam segala galanya,dengan ungkapan "AiMah tak kisah..."(mcm "Aiman tak kisah..")
Semalam Rosmah sibuk2 kat hospital
BENGANG si-Liow.....
Apa apa aje lah....
Doa Nik Aziz pecah perut dah melarat ke Perak....ni Nizar pulak kemalangan kereta terbalik....nasib baik hanya luka2.
ReplyDeleteAllah Islam nak bagi peringate le tu...jangan main2 dengan lilin Allah Kristian tu...
Rosmah bantu bebaskan Ibrahim
ReplyDeleteKUALA LUMPUR 7 Jan. - Naluri keibuan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendorong beliau berusaha membantu membebaskan pelajar Malaysia, Ibrahim Mohd. Azmi yang ditahan di Pelabuhan El-Arish, Mesir.
Menurut Rosmah, beliau mendapatkan pertolongan daripada isteri Presiden Mesir, Suzanne Mubarak melalui satu panggilan telefon kira-kira pukul 6.15 petang semalam untuk merayu pembebasan Ibrahim.
"Saya memberitahu Suzanne bahawa kami berdua sebagai seorang ibu tentu faham perasaan ibu bapa Ibrahim.
"Sebelum itu, saya juga telah memaklumkan kepada Suzanne bahawa saya ingin makanan, ubat-ubatan dan juga ambulans sampai kepada mangsa-mangsa di Gaza," katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini hari ini.
Turut hadir Duta Mesir ke Malaysia, Hani Abdel Kadir Ahmed Shash; Timbalan Ketua Setiausaha 1 Kementerian Luar Negeri, Datuk Mohd. Radzi Abd. Rahman dan bapa Ibrahim, Azmi Mohd. Ghazali.
Ibrahim, 23, pelajar kedoktoran Universiti Bristol, Britain ditahan Selasa lalu dalam kejadian tunjuk perasaan membabitkan anggota konvoi Viva Palestina.
Beliau yang merupakan seorang daripada tujuh yang ditahan polis Mesir bagaimanapun dibebaskan kira-kira pukul 10 malam waktu tempatan iaitu empat jam selepas Rosmah menghubungi Suzanne
(Sumber Utusan Malaysia 8/1/2009)
6hb Januari Berita Perdana 8.00 malam TV 3: pelajar Malaysia dilepaskan pukul 4.30 petang.
ReplyDeleteUtusan Malaysia kata pukul 10.00 malam.
Mana satu yang betul ni...
http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2010/01/susah-juga-tak-boleh-bohong.html
kalau tak caya isteri, boleh caya girlfrend...?
ReplyDeleteAda juga rakyat Malaysia yang tak faham bumi ini bulat dan waktu di mesir dan Malaysia tak sama...hehehe
ReplyDeletecian nyer...
Kat pejabat kerajaan tempat aku kerja, benda ni dijadikan isu oleh pro pkr, bukannya isu palestin dan pelajar kena tahan yang di bincang. Bila diberitahu "korang breakfast sampai dua jam kat cafe... orang mesir tengah tido"..baru mrk diam.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa mereka kerja di pejabat kerajaan jika tak suka kerajaan sekarang.
Salam ziarah,
ReplyDeleteBagus juga kalau manusia selalu berniat baik, bersangka baik kan?
Tapi biasanya, bukan itu perkiraan atau cara berfikir orang politik, apa lagi penulis politik.
Tidak ada siapa yang tidak mengharapkan yang sempurna...
Dan dalam hidup ini, kita selalu berhadapan bukan cuma pilihan hitam atau putih.
Kerana itu budibicara perlu berteraskan kebijaksanaan bukan emosi, apa lagi sembrono...
Mami,
ReplyDeleteYang sebenarnya Rosmah mempunyai banyak masa untuk berpolitik kerana anak-anaknya sudah besar.
Cuba Najib mengandungkan Rosmah dengan sorang lagi anak tentunya Rosmah akan sibuk mendodoi anak dan mendidik untuk menjadi pintar.
JANGAN PULA PILIHANRAYA SEKALI LAGI JANGAN PULAK NEGARA INI DIJENAMAKAN "DI BAWAH PEMERINTAH QUEEN KONTROL"
Mana bolih Rosmah dimengandungkan sekarang ini??? Dia dah TUA dah..!!
ReplyDeleteLebih tua dari DS Najib..!! Melainkan Rosmah ni dari golongan
puak KLINGON (watak dlm Star Trek)..!! Hairstyle dia dah mcm hairstyle KLINGON..!!Hehe..
Manusia sejagat yang dihukum ke Bumi ini adalah kerana Nabi Adam melanggar peraturan Allah SWT kerana mendengar cakap Hawa.
ReplyDeleteLihat apa peranan wanita dalam hidup Presiden Kasanova Sukarno seperti senarai isteri-isteri beliau - Utari Tjokroaminoto, Inggit Garnasih,Fatmawati,Hartini, Yurike Sanger, Haryati, Kartini Manoppo dan Ratna Seri Dewi.
Mungkin Najib akan melakar sejarah negara ini di mana peranan isteri mula menjadi perbualan harian rakyat-rakyat jelata.
Mohon jangan ada bloggers yang cuba mengaibkan DS Rosmah Mansor kerana secara langsung akan menjatuhkan DS Najib.
ReplyDeleteMelayu hendaklah bersatu.Terdapat bloggers-bloggers goblok yang cuba menjatuhkan DS Rosmah.
Tolong hentikan usaha ini kerana ianya tiada mendatangkan faedah kepada rakyat negara ini.